Cuma seorang emak yang suka menulis tentang kehidupan, anak-anak dan pengalaman harian. Kalau ada cerita yang boleh beri manfaat, aku kongsikan di sini.
Review Klinik Pergigian Shahar Di Temerloh
Sabar Didik Anak Dua Tahun
Sabar Didik Anak Dua Tahun
Jom Bercuti Di Pulau Pangkor
Hoi malasnya nak update entry pasal bercuti last year. Amboi macam dah lama sangat kan? Hahhahha. Padahal pergi 28-29 December 2013.
Plan pun tak lama dan agak mengejut sebab layankan akak aku teringin nak berjalan time cuti sekolah. Nasihat siapa nak bercuti pergilah masa bukan cuti sekolah tapi kalau degil dan tahan lasak apa salah cuba.
Kali ni bercuti yang dekat dan jimat duit. Tak nak penat drive dan tak ambil cuti ekstra pun. Kali ni bercuti ramai. 3 keluarga campur mak aku. Dalam anggaran 12 orang.
So kali ni jom jalan ke Pulau Pangkor Lumut. Naik dari Jeti Lumut, parking kereta kat parking bertingkat dengan bayaran RM12.
Jom Bercuti Di Pulau Pangkor
Breakfast option sesuai dengan harga RM10. If compare resort macam Hornbil yang memang dekat dengan laut rasanya takda privacy kot. Tapi Purnama Beach Resort ni memang sebelah je dengan Budget Hotel.
Masa kitaorg datang ni semua resort penuh. So sesiapa nak senang book dulu sebelum pergi kecuali hari biasa memang tak ramai orang.
Lokasi Purnama Beach Resort
Tengah syok kunyah nasi tetibe dia menggelupur kena sawan pig. Kus semangat, kelam kabut akak kedai suruh jirus muka, kepala dengan air kasik sejuk.
Pusing-Pusing Pulau Pangkor
Oh suka ikan bilis jugak. Then dia stop kat Tokong Cina. Ha kat sini fridge magnet, dll amatlah murah compared to kat chalet.
![]() |
![]() |
![]() |
Dijentik Dan Terus Dijentik
Dijentik Dan Terus Dijentik
Aku dijentik kuat dan lebih kuat lagi.Cuba untuk tidak terjatuh.
Mana mungkin.
Lemas atau mati?
Sungguh banyak soalan.
Yang aku sendiri tak mampu nak jawab.
Sumpah, aku dah cuba.
Sedaya upaya Sehabis baik.
Sampai usaha terakhir saat aku ketika itu.
Aku Penat Sangat
Rasa sesuatu ditarik perlahan dari jiwa.
Rasa membunuh dalam diam.
Cuma satu yang aku pasti
Tersepit antara rasa hormat dan derhaka.
Bila cuba untuk hapuskan punca.
Allah Maha Mengetahui
Syurga Buatmu - Ahmad Amar Ahmad Azam Ab Rahman
Syurga Buatmu - Ahmad Amar Ahmad Azam Ab Rahman
![]() |
Kereta Baru Beli Dah Kena Langgar
Kereta Baru Beli Dah Kena Langgar
Selain kemek nombor plat pon tercabut. Tak terbayang betapa kuatnya budak tu menghentam kereta kami dengan motor dia.
Terperanjat Tak Sangka Kereta Kena Langgar
Budak-Budak Bermasalah - Salah Siapa?
Standing Instruction Pembayaran Kereta Bank Muamalat
Standing Instruction Pembayaran Kereta Bank Muamalat
Untuk pembayaran bulanan pinjaman kereta aku dan suami pilih Bank Muamalat (BMMB) sebab masa tu aku bekerja dan BMMB offer rate yang bagus untuk syarikat aku.
Sewaktu tandatangan perjanjian, staff BMMB advise untuk aku buat Standing Instruction (SI) supaya urusan bayaran lebih mudah.
Standing instruction juga adalah untuk elak aku lupa bayar pinjaman.
Kiranya pinjaman automatik ditolak pada setiap bulan.
Ini pertama kali aku buat SI jadi banyak benda yang aku masih kurang arif. Aku memang ikut bulat-bulat apa yang staff tu advise la.
Apa itu Standing Instruction atau Arahan tetap?
Aku kongsikan Standing
Instruction atau Arahan Tetap untuk Bank Muamalat dan tak semestinya bank lain
pun buat benda yang sama ya. Lebih baik rujuk bank untuk terma dan syarat.
Standing Instruction atau Arahan
tetap merujuk kepada cara membuat pembayaran automatik sejumlah tetap untuk
pinjaman, bil atau kredit kad pada waktu yang sama (minggu/bulan). Pembayaran
boleh dilakukan dari akaun simpanan atau cek.
Selalunya orang guna standing instruction untuk bayar pinjaman kereta, gadai janji, dan bil utiliti. Ada caj tertentu yang dikenakan oleh bank dan setiap bank caj amount yang berbeza.
Proses Apply Standing Instruction
Berbalik kepada kisah aku buat Standing Instruction dengan BMMB, aku berurusan dengan Bank Muamalat cawangan Taman Melawati.
Sebelum meneruskan cerita, entri ini bukan nak aibkan sesiapa
cuma nak kongsi pengalaman supaya orang lain boleh amik langkah sepatutnya,
menjimatkan masa, dan terhindar dari stress.
Masa submit pinjaman kereta, aku juga isi borang untuk SI sebab aku nak elak terlupa bayar. Masa tandatangan perjanjian jual beli kereta semuanya ok. Pinjaman lepas.
Oleh sebab siang aku bekerja, jadi jumpa dengan sale officer tu pada waktu malam. Waktu tu bulan Ramadhan jadi agak tak selesa keluar malam hari.
Tapi demi melancarkan urusan aku setuju je lah. Tak lama lepas tu aku terima panggilan dari staff bank dan cakap borang SI aku di tolak oleh HQ BMMB kerana masalah bahagian SIGNATORY.
Rupa-rupanya signatory aku tak
serupa dengan signatory masa aku buka akaun dengan BMMB satu ketika dulu. Waktu
tu aku dah frust sebab mana aku ingat signatory zaman tok kaduk tu woi.
Sekali lagi aku jumpa staff bank
tu dan dia terangkan sebab musabab. Dari sabar terus hilang sebab staff tu bagi
aku beberapa form untuk aku sign. Kira macam ikut nasib la dia akan submit
beberapa form ke HQ.
Aku ada la pertikaikan tiada solusi lain ke contoh submit lampiran buku akaun ke. Aku expect staff tu akan bagi solution.
Tapi tidak ya, dia nekad suruh aku balik dan practice untuk tiru
signatory. Oleh sebab dah frust aku ikut saja kehendak dia.
Selepas beberapa hari sekali lagi terima call dari bank dan kali ini aku dikehendaki untuk pergi ke HQ BMMB dan buat update signatory. Sengal terasa disitu ya. Lebih baik staff tu advise aku dari awal untuk terus ke HQ sahaja. Buang masa dan tenaga sungguh.
Kesimpulan
Alhamdulillah urusan di kaunter HQ smooth je. Hanya isi borang untuk update signatory dan selesai. Moral of the story, urusan Standing Instruction ni mudah sahaja.
Untuk BMMB, apa sahaja urusan yang melibatkan Saving Account yang perlukan signatory perlu pastikan signatory sama masa buka akaun. If not jadi macam kisah aku la ye.
Update Julai 2020: Notis dari
BMMB.
Mulai 1 Julai 2020, perkhidmatan
Instant Bank Fund Transfer (IBFT) bagi Pindahan Dana (Fund Transfer) termasuk
Arahan Tetap (Standing Instruction) ke bank-bank lain tidak lagi ditawarkan di
i-muamalat.
Untuk membuat Pindahan Dana Antara Bank atau membuat Arahan Tetap yang baharu, boleh menggunakan perkhidmatan DuitNow atau Pindahan Segera (Instant Transfer).
Info Rawatan Terapi Sonotron & Lokasi
Info Rawatan Terapi Sonotron & Lokasi
- Stroke
- Gout
- Asma (Lelah)
- Bronkitis (terutama kanak-kanak)
- Sakit Tekak/Batuk
- Kayap/Ekzema/Kudis
- Sakit Pinggang/Pinggul
- Sakit siku/jari/lengan
- Migrain
- Angin ahmar (Strok)
- Resdung
- Sakit sendi lutut
- Kaki terseliuh
- Bengkak pada tapak kaki"
- luka
- ulser
- Masalah kulit/ jerawat
Perkembangan Ikhwan Hafeez Menuju 2 Tahun
Assalamualaikum. Tadi blogwlaking dan terbaca kisah satu blogger cerita pasal perkembangan anak dia. Fuh terus seram sejuk dan gusar tak tentu hala.
Mulalah perasaan tu nak membandingkan perkembangan anak orang dengan anak sendiri. Risau, almaklumlah anak pertama.
Perkembangan Ikhwan Hafeez Menuju 2 Tahun
Perkembangan Kanak-Kanak 12 hingga 24 bulan
Percutian Ke Gold Coast Morib
Percutian Ke Gold Coast Morib
![]() |





















