Resepi Puding Buah Markisa

Resepi Puding Buah Markisa

Buah Markisa atau nama lain dia Passion fruit juga dikenali dengan nama buah susu. Rasa dia masam-masam manis. Buah Markisa boleh dimakan begitu sahaja atau boleh dijadikan jus, dessert dan banyak lagi. Kali ni nak kongsikan resepi Puding Buah Markisa. Jatuh hati dengan buah Markisa sebab aroma dia yang unik. Ada dua warna jenis Buah Markisa. 

Kebiasaan warna Ungu yang banyak di Negara Tropika macam Australia & India, lagi satu warna kuning yang ada di tanam di Malaysia. Warna Ungu kebiasaan dimakan begitu sahaja dan warna kuning selalunya dijadikan jus. Selalu tengok buah Markisa dijadikan topping untuk pavlova.

Puding Markisa recipe

Tips Pilih Pakej Katering dan Perkahwinan

Tips Pilih Pakej Katering dan Perkahwinan 

Bukan senang ye nak pilih Pakej Katering yang boleh penuhi kehendak kita. Akak ni cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Mestilah nak yang berbaloi dengan harga, makanan kena sedap dan paling penting kena dengan bajet pengantin. 

Masa majlis kahwin akak dulu, dah set nak upah Katering je. Malas nak penatkan keluarga. Nak pulak kami kahwin tiga beradik serentak. Dapat bayangkan penat tu macamana kan?

Djarilicious Catering



Tips Berguna Pilih Pakej Katering dan Perkahwinan Lengkap Djarilicious Katering

Kali ni akak nak kongsi tips yang akak duk ulang banyak kali ingatkan diri sebelum lantik Katering yang disukai. Sekurang-kurangnya awak tak ulang kesilapan yang akak dah buat. Rugi woo. 

1. Tetapkan bajet anda dan pilih Pakej ikut kemampuan. Tetapkan berapa jumlah tetamu yang awak nak jemput. Kalau duduk di kawasan kampung memang kalau boleh satu kampung parents nak suruh jemput. Kebiasaan Pakej akan ada minima pax jemputan. Lagi banyak lagi murah harga kita boleh dapat. 

2. Cari maklumat dan buat rujukan. Sekarang mudah sebab semuanya di hujung jari. Lepas tu rajinkan diri berkunjung ke pameran pengantin, dan dapatkan maklumat di internet dan majalah. Lagi bagus kalau pihak Katering ada buat Food testing. Lagi puas hati. 

3. Pilih Pakej yang berbaloi dengan apa yang anda bayar. Pilih beberapa Katering dan bandingkan servis yang diaorang tawarkan. Lagi bagus kalau study pasal latar belakang pihak caterer. Pilih yang dah ada pengalaman. Senang kerja,  tak gitu?  

DJariArt Event and DJarilicious Katering Services

Minggu lepas akak memenuhi undangan DJariArt Event and Katering Services untuk merasai 10 menu utama, semasa Open Day Djarilicious yang diadakan di hadapan Pejabat mereka di Kajang Perdana. 

Ramailah bakal pengantin yang datang untuk ambil peluang survey pakej-pakej yang ditawarkan. Oh ya, antara dewan yang turut berkolaborasi dengan pihak DJariArt untuk majlis perkahwinan ialah seperti Dewan Ostia Bangi, Dewan Ar Raha Shah Alam, Dewan Bukit Mewah Kajang, dan Dewan Seri Cempaka Saujana Impian. 

Untung tau kalau ambil pakej dengan DJariArt, Pakej Lengkap dalam  satu harga termasuk lah hiasan dewan serta tatarias, Katering, kelengkapan pengantin, PA System dengan Karaoke serta DJ, Fotografer dan juga Servis Wedding cordinator.

Bagi akak, Harga yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan dan tak payah risau sebab semuanya akan di uruskan oleh mereka. Pengantin hanya bayar dan bergembira di hari bahagia. ewah. 

Tapi kak saya tak mahu buat majlis di dewan, saya nak suruh tetamu datang ke rumah saya boleh tak? Eh mestilah boleh. Pihak DJariArt juga turut sediakan pakej makanan sahaja. 


Pakej Perkahwinan Murah Dewan Ostria



Jangan tak tahu yang DJarilicious Katering ada 9 tahun pengalaman mengendalikan katering majlis perkahwinan dan katering korporat. Sesuai la dengan tagline “your satisfaction is our best achievement” ramai pelanggan berpuas hati dengan service Djarilicious.


Pakej Pengantin Lengkap


Sedap ok semua masakan dia, kena dengan tekak akak yang sukakan makanan pedas. Antara menu yang akak cuba hari tu ialah ayam masak merah, ayam goreng rempah, daging masak hitam, dhalca sayur, daging kuzi, masak lemak cili api nangka dengan perut, dowry tempura dengan sos lemon, gulai ikan masin dengan terung, sambal sotong, acar buah serta pelbagai pilihan desert yang sedap habak hang. Tahniah Daging Kuzi Berjaya memikat hati akak. 


Pakej Katering Murah



Akak juga sempat merasa menu pencuci mulut yang disediakan oleh salah seorang vendor Dijarilicious iaitu Mior Dessert. Semua pencuci mulut sedap dan menggunakan bahan berkualiti. Favourite akak semestinya tart chocolate. Berkrim dan kaya dengan coklat. 


dessert Chocolate murah


dessert pilihan



Selain daripada Pakej Katering perkahwinan lengkap, Djarilicous juga tawarkan Pakej lain seperti Pakej Tunang/Nikah dan sempena Bulan Ramadhan dan syawal yang bakal menjelma, Pakej Berbuka Puasa dan Pakej Jamuan Raya dah ada tau. Yang malas nak kotorkan dapur dan nak senang kerja tapi nak juga buat open house bolehlah hubungi no kat bawah ni.

Yang tengah survey menu dan harga untuk jamuan di pejabat juga boleh hubungi Puan Shida. Kalau tak berkenan dengan menu yang ada dalam pakej sedia ada, masih boleh berbincang dengan mereka. 

016-232 8532 Sham
016-905 8532 Shida
016-660 8532 Naziah
016-920 8532 Amy

Atau boleh like dan follow FB dan website mereka. 

Semak Parcel Worldwide Guna Aftership Package Tracker @AfterShipOfficial

Assalamualaikum semua, 

Khas untuk penjual dan pembeli barang secara ONLINE, untuk entry kali ni akak teruja nak kongsikan dengan semua satu cara TERMUDAH & TERPANTAS untuk jejak a.k.a semak Parcel Worldwide Guna Aftership Package Tracker. Yang paling penting ianya adalah PERCUMA. 

Applikasi yang akak maksudkan itu ialah Aftership Package Tracker yang boleh di muat turun di #Appstore #Googleplay atau @AfterShipOfficial bagi pengguna Telegram. 

Akak bukan sembang kosong ye, akak kongsi sebab akak sendiri faham betapa pentingnya tracking parcel ni. Jadi akak memang rekomen sangat sebab ia memudahkan pengguna dan pelanggan yang “terjebak” dalam perniagaan online yang berkembang pesat sekarang bak cendawan tumbuh selepas hujan. Akak la antara cendawan-cendawan tu hahahhaha

Apa itu Aftership Package Tracker @AfterShipOfficial? 

Aftership Package Tracker atau @AfterShipOfficial merupakan applikasi percuma yang digunakan untuk mengetahui status penghantaran bungkusan anda dan TIDAK TERHAD di Malaysia sahaja malah di luar negara. 

Siapa perlu guna?

Macam akak explain dekat atas tadi, baik penjual mahupun pembeli yang menggunakan khidmat penghantaran barang seperti PosLaju, SkyNet, GDex, DHL, UPS, CityLink, TNT, FedEx, China EMS, China Post & Carriers 370+ boleh gunakan AfterShipRobot untuk semak status semasa penghantaran barang anda. 

Mungkin yang berniaga dan shopping online di dalam Malaysia sahaja akan rasa lagi mudah untuk semak di web Pos Laju dll, tetapi untuk mereka yang menggunakan khidmat postage #internationale #worldwide boleh cuba dan rasai keterujaan anda. 

Cara Guna

Ok, benda ni mudah yakmat tapi hanya terpakai kepada pengguna #Telegram sahaja. Yang guna #Whatsapp sorry tak layan. Kalau masih belum install Telegram sila lah install terlebih dahulu. Selepas tu buka applikasi Telegram sila search @AfterShipOfficial 

parcel checking
Semuanya mudah dengan robot @ telegram bot. Selepas tu hanya ikuti arahan bot. Boleh tengok contoh akak kongsi dekat bawah ni. 
check guna bot
Tekan je start tu dan tunggu arahan seterusnya
Aftership Package checker
ikut arahan yang bot berikan. Ni dia minta tracking number so masukkan tracking no anda 
Select jenis courier yang ada
ha nanti dia akan keluar status macam atas ni. 
Alternatif lain jika tiada aplikasi Telegram, awak-awak semua boleh download terus aplikasi Aftership Package Tracker di #Appstore #Googleplay Apps ni di bangunkan oleh AfterShip Limited dan size agak besar juga iaitu 61.1MB sebab tu akak cuma guna di platform Telegram sahaja. 
Ha mudahkan nak track parcel anda. Bagi online seller / Founder anda share je post akak ni dekat Stokis, agent, dropshipper anda untuk memudahkan mereka untuk update customer masing-masing. Kepada Online Buyer pula, akak rasa applikasi / bot ni salah satu benda penting yang wajib anda ada. 

Itu sahaja untuk sesi perkongsian kali ni. Semoga bermanfaat. 

Kisah April yang Penuh Pengajaran


Kisah April yang Penuh Pengajaran

Selamat datang May yang indah. Semoga bulan akan datang ni membawa seribu satu rahmat untuk akak dan keluarga. Banyak sungguh dugaan serta cabaran untuk April yang sudah. Kisah di bulan April yang penuh pengajaran. Di Selang seli dengan kenikmatan sampai confuse ini ujian atau hadiah Allah berikan. 

Moment paling banyak Allah hadiahkan untuk akak personally akak rasa Allah tunjukkan kat mana kemampuan akak. Allah dorong ke mana kekuatan dan Allah kasik tunjuk kelemahan yang memang akak takut sangat nak akui. 

Kelemahan akak dari dulu nak terima Rejection atau penolakkan. Tak kisah dari sesiapa pun. dengan anak sendiri pun boleh emo. dah memang tanam dalam otak kalau berlaku rejection bermaksud akak tak cukup bagus. Itu cara akak ajar diri supaya sentiasa jadi lebih bagus. Tapi sakit woo. Nak mengaku kelemahan. Tu cara kejam akak la. 





Selalunya kalau ada kalah dengan rejection akak suka muhasabah diri dan check semula mana yang tak kena. Apa yang tak cukup. Boleh migraine fikir. Kadang-kadang jadi habit buruk sebab boleh effect kesihatan. 

Lama-lama dah terbiasa dan semakin dewasa akak dah slowly boleh handle. Satu cara di reject akak cuba cara lain. 

Start dari awal tahun Allah temukan akak dengan ramai orang. Pelbagai jenis perangai yang buat akak buka mata seluasnya. Alhamdulillah siapa pun yang lintas dalam hidup akak, akak sambut dengan baik. Semuanya ada pesanan khas yang Allah turunkan. 

Cukup bab emosi. Akak masih belajar maksud tersurat dan tersirat takdir Allah. 

Untuk kesihatan, Alhamdulillah akak dah dapat berat badan yang akak nak selepas lahirkan anak ke tiga. Cuak juga. Kalau ikut sejarah, anak pertama akak mengembang dengan jayanya. 

Bila masuk anak ke dua selepas 5 tahun baru la dapat turunkan berat badan. Anak yang ketiga akak Berjaya pantang makan. walau pun berpantang sendiri. 

Satu yang akak perasan, tips untuk nampak muda dari usia memang kena jaga berat badan. Pemerhatian akak, orang yang kurus tampak lebih muda dn bertenaga berbanding orang yang punyai berat berlebihan. 

Ni akak cakap berdasarkan diri sendiri ya. Bila tengok semula gambar semasa kembang dan kuncup sedikit ni dapat la beza. 

Overall pengajaran paling bermakna untuk bulan yang lepas adalah, jangan mudah jatuhkan hukum dan pandang rendah kepada orang lain. 

Mungkin kita tak sengaja nak pandang rendah tapi akibat tak sengaja tu lah jadikan kita semakin riak. Macam fikir kita lebih bagus dari orang lain. Macam sifat setan. Nauzubillah. 

Semoga May dan seterusnya akak lebih pantas paham apa Allah aturkan dan apa yang Allah nak suruh akak belajar. Tak lama lagi nak puasa so dengan hati yang tulus ikhlas akak memohon keampunan andai ada terkasar Bahasa dalam penulisan yang dilihat sengaja mahupun tidak di sengajakan. 

Rumah Transit Belia (RTB) Bantu Golongan Muda

Rumah Transit Belia Bantu Ringankan Beban Golongan Muda 

Kalau ikutkan tahun ni adalah tahun ke 8 kak diah menetap di KL. Lepas je grad terus cari kerja dan sewa rumah yang dekat dengan pengakutan awam. Paham-paham je la kalau dekat dengan fasiliti haruslah sewa dia mencengkam jiwa. 

Masa tu kadar sewa adalah RM500. Itu pun dah rasa tak mampu nak bayar. Sekarang memang tak dapat la harga macam tu.  

Baru-baru ni akak ada terbaca tentang bantuan Rumah Transit yang telah dilancarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Khas untuk golongan belia dan pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga yang menetap di Kuala Lumpur. Alahai untung sangat. Zaman akak tak ada semua ni dik. 

Rumah untuk belia


Kenapa Perlu ada Ramadhan Planner?

Sebagai langkah sediakan payung sebelum hujan tahun ni akak dah ready dengan Ramadhan Planner supaya Ramadhan akak kali ni terisi dengan benda bermanfaat. 

Kali ni akak nak kongsi sebab kenapa perlu ada Ramadhan Planner. Penting sangat ke? 

Baru-baru ni berkesempatan membeli buku Ramadhan Planner buat pertama kalinya. Jumpa iklan pun di Facebook di penghujung bulan Rejab. 


Kenapa Perlu ada Ramadhan Planner?

Promo pre order rm30 termasuk postage. Ada 8 design dan warna menarik untuk dipilih dan kak Diah telah memilih warna hitam.

Beauty Planner



Palnner Viral

Ramadhan Planner satu keperluan?

Jujurnya masa akak beli sebab tertarik dengan free gift yang diberikan dan bukanlah merasakan yang Ramadhan planner satu keperluan pun. 

Dengan setiap pembelian planner akan dapat lima benda iaitu stiker, Poskad Raya, Poskad Ramadhan, 3 keping sampul duit raya dan sliding box (cover planner). Banyak kan? Berbaloi la dengan harga. 

Alhamdulillah selepas dua minggu akhirnya planner sampai ke tangan akak. 

Planner ni khas untuk empat bulan yang mulia iaitu Rejab - Keampunan, Syaaban- Islah Diri, Ramadan- Upgrade Ibadah dan juga Syawal - Muhasabah & Istiqomah. Sangat bagus. 

Seeloknya penjual buat promosi lebih awal sebab planning harus di buat se awal Bulan Rejab. 


Planner


Apa ada dalam Planner?


Ha ni semua telah dimuatkan di dalam planner yang kecil comel ni. Padat dan tepat. Sesuai nak selit bawah bantal dan dibaca sebelum tidur.

Monthly plan
Weekly plan
Infographic peristiwa-peristiwa bersejarah dalam islam. 
Info Ayat Quran dan hadis
Set goal setiap bulan
Ramadhan daily plan
Jadual waktu imsak dan iftar
Check list mutabaah Amal 
Graf mutabaah amal
6 blank page
Jadual Waktu solat
Quote motivasi setiap hari
30 days’ challenge (hafaz & write dua)
Crossword Challenge
Ramadhan Countdown
Challenge setiap bulan
Ruangan tampal gambar raya
Indeks doa dalam al-quran
Qadha puasa tracker
Meal plan
Tips khatam alquran dalam masa 30 hari
Puasa 6 tracker
Ruangan untuk tadabbur juz amma
Month review

Dalam banyak-banyak tu akak paling suka Indeks doa dalam al-quran. Mudah dan sangat membantu.

Kesimpulannya, Bagi akak tak beli planner pun tak apa asalkan dah ada plan/note book sendiri dan rancang apa pengisian Ramadhan anda. 

Rancang dan buat. Cuma kalau planner ni kita mudah tertarik sebab warna dan isi kandungan dia. Baru semangat tu lebih sikit. Apa yang penting kita laksanakan apa yang kita plan.



Ramadhan Doa


Akhir kata, Selamat menyambut Ramadhan Karim untuk semua. Harapnya Ramadhan dan amal kita tahun ini diterima oleh Allah. Selamat membuat persediaan.

*gambar credit google image/ Facebook

Pelakon lelaki Drama Mr Grey Sakit Misteri


Fendy Bakry in Drama

Terkejut bila baca berita tentang pelakon lelaki yang tengah popular dalam drama Mr Grey lakonan Fendy Bakry menghidap sakit misteri. Berita tu di sahkan sendiri oleh kakak Fendy yang mengatakan yang Fendy tidak mampu bertutur dengan jelas, badannya semakin lemah dan pergerakkannya amat terbatas. 

Khabarnya Fendy telah dirujuk ke hospital dan keadaannya masih sama. Sama-sama lah kita doakan supaya dia beroleh kesembuhan segera. Allah Maha Mengetahui atas setiap apa yang berlaku. 
Berubat, sihat dan kembali mewarnai industri perfileman Malaysia. 

*gambar google image

Resepi Puding Caramel Mudah

Resepi Puding Caramel Mudah

Pertama kali buat Puding Caramel di usia mencecah 33 tahun. 
Dulu tak suka makan dessert, lama kelamaan mula jatuh cinta pada makanan manis. 
Sila jangan ikut. Tapi nak makan kena berpada-pada la. 

Tak berapa nak suka kan Puding Caramel sebab risau bau hanyir telur tu. 
Lepas buat rupanya tak bau pun walaupun resepi ni akak tak letak Vanilla Essense sebab stock kat rumah dah habis. 

Puding Caramel mudah

LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) harus diberi pujian kerana sekali lagi pihak LHDNM ini telah berjaya meneruskan misi mereka untuk lebih mendekati masyarakat dalam membantu negara untuk membina satu masyarakat yang penyayang.

Pendekatan yang dilakukan merangkumi pelbagai aktiviti di mana pihak LHDNM sendiri turun padang mengadakan aktviti kesedaran tentang maklumat percukaian, khidmat kemasyarakatan serta melaksanakan program tanggungjawab sosial.


LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial

Menerusi misi ini pihak LHDNM telah berusaha untuk mendekatkan diri mereka dengan masyarakat di seluruh pelosok negara dan kali ini mereka tiba di Terengganu pula. 

Kami, selaku warga pantaitimur sangat berbesar hati dan berterimakasih di atas keprihatinan pihak LDHNM yang sudi untuk mengadakan acara sebegini demi untuk mengeratkan ukhwah di antara pihak LDHNM dan masyarakat.


LHDN Karnival

Kesinambungan usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam memperkasa aktiviti kemasyarakatan menerusi aktiviti tanggungjawab sosial (Social Responsibility) kali ini diteruskan dengan acara penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar kepada lima buah sekolah terpilih di daerah Setiu, Terengganu.

Nama 5 (lima) buah sekolah yang terbabit adalah :
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarik
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera Jaya
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong

Di bawah ini adalah sebahagian gambar semasa penyampaian sumbangan terbabit di lakukan.

LHDN bantu rakyat


Majlis ini telah diadakan bertempat di Laman Seri Rhu 10, Setiu, Terengganu dan program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDNM tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Tuan Hj. Ngah Bidin, Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Badrulhisham Hj. Shafie, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Setiu, Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Puan, Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Pegawai-pegawai Kanan LHDNM dan para guru serta pelajar dari sekolah yang terlibat. 

31357697_10215913210452695_4770284587844632576_n

31301854_2093626130654358_6870056857197608960_n
 

Datuk Noor Azian dalam ucapan beliau berkata “Program SR LHDNM pada hari ini merupakan bukti bahawa LHDNM komited dan tidak pernah jemu untuk berkongsi manfaat cukai kepada masyarakat serta berusaha meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat menerusi pengedaran risalah percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan”. 

Beliau juga mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan kepada sekolah-sekolah terpilih di Daerah Setiu ini sedikit sebanyak akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti yang lebih selesa kepada para pelajar sekaligus dapat membantu sekolah untuk mencapai tahap akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

IMG_20180425_113957


Sebagai rekod, pada tahun ini saja sebanyak lima program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM setakat ini bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu. 

Di ikuti pula dengan Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada 150 orang pelajar kurang berkemampuan di kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan. 

Seterusnya penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah. 

Penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 5 buah sekolah terpilih di Bukit Mertajam dan penyerahan sumbangan dua unit Alat Bantuan Mengajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru – baru ini. 

Dimaklumkan juga bahawa masih ada destinasi lain untuk program sebegini yang akan LDHNM lakukan dan ternyata program sebegini benar-benar telah membuka minda masyarakat tentang tujuan utama pihak #hasil4u ini di tubuhkan.


IMG_20180425_120355


Menerusi program tanggungjawab sosial ini juga, pihak LDHNM turut sama memberikan pelbagai maklumat supaya masyarakat lebih faham apa itu Lembaga Hasil Dalam Negeri, apakah tugas utama mereka dan lain-lain lagi. 

Pengunjung juga boleh bertanya pelbagai soalan kepada wakil pihak LDHNM yang bertugas demi untuk membantu menjelaskan segala kemusykilan mereka. 

Pembahagian risalah - risalah kepada penduduk setempat juga merupakan satu inisiatif yang bagus untuk memberi maklumat percukaian dengan lebih tepat.

Secara kesimpulannya, pihak LDHNM ini ternyata amat komited dengan negara  untuk memanfaatkan percukaian kepada masyarakat. Yang pasti, apa yang dilakukan oleh pihak LDHNM ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi kebajikan untuk semua dari masa ke semasa.

Untuk lebih maklumat lanjut berkaitan pihak LDHNM, anda boleh berkunjung ke website utama Hasil


5

Bersama Membangun Negara 
Manfaat Cukai Untuk Semua 
Cukai Memakmurkan Malaysia 

Pengalaman Upah Instafamous Buat Gift Review

Pengalaman Upah Instafamous Buat Gift Review


Semangat untuk ber business Alhamdulillah Berjaya dikekalkan buat masa sekarang. Bermula selepas upah Insta Famous untuk buat Gift Review, followers kedai akak bertambah sekaligus Sale pun naik. Walau tak sekencang mana tapi tetap bersyukur stok wax tak tersimpan bawah katil. 

Kisahnya, akak ada approach seorang Insta famous di kalangan golongan muda mudi untuk buat review wax yang akak jual. Perbincangan semua smooth, dia pun ok. Layan semua mesra dan paling penting beradap. Sukar ya tuan puan nak mencari anak muda yang beradap masa sekarang. 

Elok selepas beberapa hari dia buat review, tup-tup dia dipanggil jadi guest dalam rancangan yang selalu menerima kecaman tu; iaitu Motif Viral. Salah satu rancangan favourite akak juga tu. 

Dia dikutuk teruk oleh netizens sebab masa temubual dia macam panik, jawab soalan tak tentu hala, dan perangai pelik dia keluar sekali. Terperanjat beruk agaknya dicampur nervous masuk TV. 

Ramailah yang membawang dan viralkan tentang dia di FB. Tak cukup dengan apa yang dia kena, netizens pun korek video-video lama dan mengajak yang lain mengutuk secara berjemaah di FB. Terbaru dia dikecam kerana ada satu video yang dia dituduh mempersendakan agama. Yang tu akak tak jumpa la pulak. 



Insta Famous Berbakat besar

Bagi akak memang dia kelihatan pelik dengan attitude dia yang tidak dijangka tu. Tapi dia memang berbakat besar. Idea dia nak promote barang yang instashop upah dia tu memang lain dari yang lain. Kreatif. Salute akak part tu. 

Tapi manusia kan tak lari dari melakukan kesalahan. Semakin kerap dia menerangkan setiap tindakan dia semakin banyak fitnah yang tercipta untuk dia. 

Dan sekarang oleh sebab banyak sangat orang buka pekung dia, orang sebarkan review-review kurang matang dia sebelum ni beserta pendedahan kawan-kawan dia yang dua alam memburukkan lagi imej dia yang sedia ada. 

Kalau dulu akak follow dan boleh gelak dengan video dia sebab akak sejenis #mudahterhibur tapi sekarang tidak lagi. Akak terlalu tua nak paham lawak generasi sekarang agaknya.  Jadi dah tak seronok, kagum macam sebelum dia viral. 

Agaknya terkesan juga la dengan kepedihan makcik bawang di alam maya. Itu kesan kat akak sebagai orang luar. Kalau empunya diri macamana la agaknya. Kena kecam, kena maki. Uiii rabak jiwa. 

Pesanan akak untuk semua terutama diri akak sebelum kita sebar tentang sesuatu berita, video, cerita, gambar atau sebelum mulut kita keluarkan pendapat nak judge orang, beringatlah. Selagi kita belum kenal siapa mangsa yang kita nak judge dan sebarkan tu janganlah terlalu lantang dalam memberi pendapat. 

Kata-kata tu lebih tajam dari mata pedang right? Ia mampu membunuh mangsanya. Ye akak paham konsep negara demokrasi dan kebebasan bersuara tapi kita ni Bangsa Melayu yang terikat dengan adap dan budaya. 

Jangan kerana kelantangan kita bersuara menjadi asbab kita dicari di akhirat kelak. Nauzubillah. 

Tips Memilih Pemimpin Yang Baik

Bahang pilihanraya raya semakin terasa. Dah tak lama pun, sekali lagi semua rakyat Malaysia akan keuar mengundi memilih pemimpin yang dirasakan layak untuk mentadbir Malaysia dengan jayanya. 

Semoga apa jua keputusan membawa berkat kepada semua. Dah ada calon favourite ke? 

Bersempena dengan pilihanraya yang bakal di adakan pada bulan May nanti Kak Diah nak share tentang “CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK”. 

Tips Memilih Pemimpin Yang Baik Sempena Pilihanraya Malaysia


Menentukan pemimpin adalah penting dan wajib di dalam Islam. Semoga perkongsian ini dapat membantu pengundi-pengundi membuat pilihan yang tepat. 

Boleh dijadikan guideline untuk mereka yang masih kabur-kabur nak pilih yang mana.


pilihanraya Malaysia 2018

Drama Mr Grey Best!

novel mr Grey

Assalamualaikum, 

Alahai suka pulak Megadrama yang tengah popular dekat Astro ni. Drama Mr Grey. Zaman membaca novel dah berlalu bagi akak so kita tengok kat tv je la. Pemilihan pelakon pun not bad. Dulu selalu tengok heroin dia berlakon dalam Astro Ceria je, sekarang dah matang pun.W pun sesuai dengan dia. Dah nak habis pun cerita ni since ada 14 episod je. 

Siapa yang nak tengok ulangan pun berbaloi. 

Drama Mr Grey ini adalah adaptasi daripada Novel Mr. Grey karya novelis Syamnuriezmil dan drama ini mempunyai 14 episod. Pelakon Drama Mr Grey ini adalah Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Gambit Saifullah, Lisdawati, Rahim Jalani, Mardiana Alwi, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi.

Terbaca komen-komen pembaca novel tentang Drama ni. Ada yang sama pendapat dengan aku. sep sikit. Tapi serius lepas tengok satu episode mulut aku terus cakap keluar loghat Utara. Kuang hajaq. Hahahhah. 

- Zabariah Iberahim-
Mula2 baca sampai nk terikut ckp loghat utara, wlaupn sy bukan org utara... bila part dia tunang hingga kahwin tu da meleret sikit, tp terhibur la... apepun best

- Summer Velez-
Kalau dah baca gerenti tak nak stop. Sumpah! Buku ni best atau sy sorg je rasa mcm tu. Jalan cerita menarik rumit sikit berbanding buku buku yg sy baca sebelum ni. 
Mr Grey ni attractive betul walaupun sekadar fiction. Kesian jugak kat dia yg selalu je nak mengalah. Untung-untung Nisa dapat suami mcm ni. PA pulak ada team yg hebat belaka. Ain, Nadine semua lah. Novel ni beri banyak iktibar kepada sy. Jangan mudah terpedaya/ melatah. Kena banyak bersabar

- Ogy Yusof -
Nisa Ardina ke kuala lumpur dengan satu tujuan murni, mencari pekerjaan dan seterusnya mahu menyambung pelajaran. Tinggal bersama jannah, sepupu merangkap sahabat baiknya dari kecil. yang tak berapa bestnya Jannah ada buat part time sebagai escort girl selAin menjadi model muslimah. Nisa sudah menasihatkannya untuk berubah dan atas diri jannah sajalah jika mahu berubah. hari pertama bekerja, Nisa terperanjat bila ada lelaki di dalam rumahnya dan perasaan terkejutnya makin bertambah bila tahu lelaki itu dalah Mr. Grey, bos ditempatnya melapor diri. Dan dari situ dia tahu keadaan sebenar yang berlaku pada jannah.

Penyampaian berkesan puan penulis memang tidak boleh disangkal. Keterujaan untuk terus membaca sentiasa meluap seiring dengan percambahan cerita dan perkembangan olahan idea puan penulis. semuanya seperti berlaku depan mata sendiri, seperti kita adalah antara watak dalam novelnya. tak kisahla nak pegang watak yang mana satu. Nisa dari sehari ke sehari baik dengan Mr. Grey dan kak Ain sendiri perasan akak perubahan itu. Kak Ain ni PA di syarikat itu dan Nisa adalah pembantunya.
Saingan dalam syarikat. Mr Grey dan Mr Red. ada saja yang tak kena. Terutama Mr Red, seringkali mahu membusukkan nama Mr Grey termasuk staf sekali. kalau tidak masakan sanggup nak fitnah kak Ain songlap rm50K duit syarikat. Nasib baik Nisa nampak orang yang meletakkan duit di tempat kak Ain. seronok baca rentetan kisah syarikat ni. tak kisahlah nak kata cerita orang kaya projek juta-juta sekali pun bila olahan mantap dan menyengat.

Mr Grey rupanya ada hati dengan Nisa. padanlah sentiasa mahu Nisa ada. suka pulak tu melayan mulut becok si Nisa. pendekkan kisah, ada konspirasi yang buatkan Nisa dan Mr Grey ditangkap khalwat. mujur saja ada jannah di dalam rumah sewaktu itu. jannah pula dikaitkan sekali dengan Nisa buatkan Nisa juga dipecat kerja. kemuncaknya, Mr Grey yang sudah dipilih sebulat suara untuk menerajui puncak angkasa step down dan memilih untuk berkahwin dengan Nisa. berpindah ke kampung Nisa. ada saja perancangan untuk mereka berdua. oppss.. Mr. Grey ni doktor tau, jadinya salah satu perancangannya buka klinik selAin menguruskan tanaman herba dengan bantuan ilham, abang ham yang cintanya tak berbalas terhadap Nisa. dah Nisa terima Mr Grey kan, abang ham ni dapat pandang sajalah sambil menjeruk hati yang kecewa. tapi yelah, bila orang dicintai bahagia dia lega.

huiisshhh…. kalau nak diceritakan panjang lagi kisahnya nih. tapi susunan puan penulis kali ni rasanya lebih kemas dan mantap. lawak sentiasa ada. kisah cinta yang tak berapa sangat konflik cantik saja susunannya. loghat utara pun senang pembaca nak faham, siap boleh bayangkan setiap kali watak bercakap. tak boleh blah jugak bila john, kambing si Nisa dimandikan dengan soflan oleh Mr Grey. baik tul ko kambing… 

serius, sebuah kisah kekeluargaan yang sangat menarik. apa-apa pun dalam dunia ni, mak yang kita patut dulukan. walaupun mak tu tak berapa nak baik. pelajaran juga amat penting selAin pengalaman. bila dah dapat tanggungjawab dalam bekerja janganlah diperlekeh dan dipersiakan. buatlah sehabis baik dan jauhkan sikap mahu menyeleweng dan tidak jujur dalam membuat kerja. dalam rumahtangga pula, setia paling utama tapi bukan membabi buta. jujur gandingannya. jangan pula suka berprasangka, siasat dan cari kebenarannya. siapa suka warna kelabu? adakah betul anda misteri orangnya?

- Aezra-
Ada part yang ok ada yang tak. Kadang-kadang ada rasa cerita ni sedikit meleret. Nama watak utama Malique Gregory yang agak annoying. Suka part kambing dengan sabun Softlan tu! 
Masih lagi mengangkap Isteri Untuk Disewa, Tuan Anas Mikael dan Perempuan Paling Bahagia sebagai karya terbaik Syamnuriezmil.

Credit – goodreads.com

Stress Dan Luahan Cancer Fighter

Kak Diah nak kongsikan luahan hati dan tulisan dari salah seorang pesakit kanser dan masih berjuang untuk sembuh. 

Apa yang buat Kak Diah tersentuh dan berfikir panjang adalah antara penyumbang besar wanita kini mudah di serang kanser adalah disebabkan faktor  tekanan bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran. 

Stress memang memberi kesan yang teruk kepada kesihatan. Tak kisah lelaki atau perempuan, dan juga tak kira apa jua jenis pekerjaan. 

Suri rumah macam akak pun tak terlepas dari stress. stress bila gagal nak uruskan waktu nak berikan yang terbaik untuk keluarga.


Stress Dan Luahan Cancer Fighter 

Bagi pendapat akak punca stress ni berbeza setiap orang. Ada yang rasa puncanya kecil je tapi besar bagi orang lain. 

Macam akak, bila anak tak mahu makan breakfast akak bekalkan pun akak dah murung. So kena cepat-cepat berfikiran positif. Kalau tak memang bahaya. Boleh sakit kepala.


pejuang cancer


Luahan Pesakit Cancer 

Jom baca luahan #LindaMohdNor #cancerfighter yang sedang berjuang kat luar sana. Jom dokan juga untuk semua supaya kuat dan sembuh menjalani kehidupan macam orang biasa. 


“Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatat. Ini adalah hal antara hidup dan mati. 

Perhatikan angka-angka ini:
S - 33 tahun - kanser payudara
M - 32 tahun - kanser payudara
M - 35 tahun - kanser servik
E - 33 tahun - kanser kelenjar
Z - 44 tahun - kanser hati & servik
M - 40 tahun - kanser payudara & tulang


Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak.

Satu hal penting perlu dicatat - mereka juga tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali.

Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang,  mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka.

Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. 

Mengapa?

Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stres bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran. 

Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak.
Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.

Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, bukan boleh dipercayai seratus peratus. 

Kanser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4!

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.

Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stres isteri. 
Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak.

Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh. 

Stress adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kenser akan bangkit bermaharajalela!
Terima kasih Dr zubaidi HjAhmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda. 


#PRIDE #LindaMohdNor
#cancerfighter

Cara menghilangkan Stress:

Ini apa akak selalu buat kalau dilanda stress. 
  1. Makan - Makan makanan yang membantu menaikkan mood macam coklat dan manisan tapi dalam kuantiti yang dibolehkan. 
  2. Memasak - Proses memasak dan menyediakan makanan kepada keluarga adalah salah satu terapi paling berkesan untuk akak. Kejayaan menyediakan makanan yang sedap boleh bantu akak kurangkan tekanan. 
  3. Membaca Tafsir Al Quran dan buku - Baca tafsiran Alquran dan Cari komik yang kelakar boleh buat akak lupa pada tekanan. 
  4. Mengadu selepas Solat - Selalu akak termenung dan ambil mood sebelum mengadu habis-habisan kepada Allah. Kalau perlu menangis, menangislah supaya hilang segala beban di dada. 
  5. Cuci Bilik air - Ha yang ni paling berkesan, bila hati akak runsing akak akan masuk bilik air dan cuci sampai akak rasa puas. Bila dah bersih dan keluar dari Bilik air memang lega dan kosong fikiran. 

Jom kongsikan dengan rakan-rakan wanita dan suami mereka agar mereka lebih prihatin dan bersedia dengan penyakit maut ni.