Resepi Puding Buah Markisa

Puding Markisa recipe

Buah Markisa atau nama lain dia Passion fruit juga dikenali dengan nama buah susu. Rasa dia masam-masam manis. Buah Markisa boleh dimakan begitu sahaja atau boleh dijadikan jus, dessert dan banyak lagi. Kali ni nak kongsikan resepi Puding Buah Markisa. Jatuh hati dengan buah Markisa sebab aroma dia yang unik. Ada dua warna jenis Buah Markisa. 

Kebiasaan warna Ungu yang banyak di Negara Tropika macam Australia & India, lagi satu warna kuning yang ada di tanam di Malaysia. Warna Ungu kebiasaan dimakan begitu sahaja dan warna kuning selalunya dijadikan jus. Selalu tengok buah Markisa dijadikan topping untuk pavlova. 

Kali ni nak kongsi resepi Puding Buah Markisa. Kalau ikutkan Kak Norazlita Aziz resepi Puding dimakan dengan sos Vanila tapi sebab malas nak buat sos Vanila makan puding sahaja pun sedap. Suka puding ni sebab dia masam-masam manis so lepas makan memang rasa fresh dan tak muak. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

2 biji buah Markisa diambil biji nya sahaja
½ peket agar-agar tali
400ml air
300ml susu atau whipping cream
125gm gula pasir
1sb sunquick perisa buah-buahan – ganti jus delima
Sedikit pewarna kuning – tak letak
2 biji telur putih – tak letak

Cara-cara 

Masak agar-agar bersama gula sehingga larut. 
Ambil sedikit agar-agar yang dimasak tadi dan campurkan dengan biji buah Markisa. 
Ini nak jadikan lapisan pertama puding Markisa.
Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. 
Biar kan seketika hingga keras. 
Campurkan pula susu ke dalam baki agar-agar sehingga mendidih kemudian masukkan pewarna dan sunquick. Kacau rata. 
Biarkan mendidih dan tuangkan ke dalam bekas acuan puding Markisa yang telah keras tadi. 
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais. 
Sedap dimakan sejuk. 
Puding Markisa
Resepi ni ambil masa kurang dari 30 minit untuk siap. Amat sesuai andai nak menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah. Selamat mencuba. 

2 comments:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.