Tips Memilih Pemimpin Yang Baik Sempena Pilihanraya Malaysia

pilihanraya Malaysia 2018

Assalamualaikum, 

Bahang pilihanraya raya semakin terasa. Dah tak lama pun, sekali lagi semua rakyat Malaysia akan keuar mengundi memilih pemimpin yang dirasakan layak untuk mentadbir Malaysia dengan jayanya. Semoga apa jua keputusan membawa berkat kepada semua. 

Dah ada calon favourite ke? 

Bersempena dengan pilihanraya yang bakal di adakan pada bulan May nanti Kak Diah nak share tentang “CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK”. Menentukan pemimpin adalah penting dan wajib di dalam Islam. Semoga perkongsian ini dapat membantu pengundi-pengundi membuat pilihan yang tepat. Boleh dijadikan guideline untuk mereka yang masih kabur-kabur nak pilih yang mana. 

Kalau di zaman para sahabat dahulu, Setelah wafatnya Nabi Muhammad S.A.W., para sahabat akan bermesyuarat untuk melantik pemimpin. Sabda Nabi s.a.w:

إِذَا خَرَجَ ثَلاَثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ

Maksudnya: “Apabila keluar tiga orang dalam musafir maka lantiklah salah seorang mereka sebagai ketua”. [Abu Daud, no. 2608, Hasan Sahih.

Jadi, kita haruslah sedar bahawa ketua yang baik akan membawa kesan yang besar kepada Islam, negara dan bangsa.

*Ciri-ciri pemimpin dalam Islam*💪🏻💪🏻💪🏻

1- *Berupaya menjaga agama dan menegakkan syariat di muka bumi.*

2- *Mempunyai kekuatan  fizikal dan rohani*, kerana mereka menanggung amanah yang besar.

3- *Memiliki sifat taqwa* kerana ia akan membawa kepada sifat takut kepada Allah.

Firman Allah:
وَلَوْ أَنَّهُمْ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَمَثُوبَةٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ خَيْرٌ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُون
(Surah Al-Baqarah:103)
Maksudnya: "Jika mereka beriman dan bertaqwa, nescaya mereka mendapat pahala dan pahala di sisi Allah itu lebih baik jika mereka mengetahui".

4- *Adil*
Firman Allah dalam Surah An Nisa: 58
 إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْل
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya kamu memberikan amanah kepada orang yang ahli, dan jika kamu meletakkan hukum kepada manusia hendaklah kamu menghukumnya dengan adil.

5- *Bertanggungjawab*, tidak sombong dan menyayangi orang lain.
Firman Allah:
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
(Surau At-Taubah: 128)
Maksudnya: "Telah datang seorang rasul daripada kaummu, beliau merasa penderitaanmu dan sangat menginginkan keselamatan bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin".

6- *Prinsip teguh*.Tegas melaksanakan hukuman.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.:
 لو أنَّ فاطمةَ بنتَ محمدٍ سرقَتْ لقطعتُ يدَها ) درجة الحديث: صحيح
Maksudnya: "Jika Fatimah anak kepada Muhammad mencuri nescaya akan ku potong tangannya".

7- *Menunjukkan teladan yang baik*

8- *Menunaikan janji kepada orang bawahan*

Jadi dah jelas ke siapa yang patut dipilih? Selamat mengundi kepada yang layak mengundi dan selamat bercuti. 

1 comment:

  1. sekarang dh susah nak tahu mn yang adil dan yang ikhlas..
    tp sebenarnya jadi pemimpin mmg susah sbb bila di akhirat nanti memang byk yg akan dipersoalkan

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.