Resepi Puding Caramel Mudah

Rodiah Amir
1

Resepi Puding Caramel Mudah

Pertama kali buat Puding Caramel di usia mencecah 33 tahun. 
Dulu tak suka makan dessert, lama kelamaan mula jatuh cinta pada makanan manis. 
Sila jangan ikut. Tapi nak makan kena berpada-pada la. 

Tak berapa nak suka kan Puding Caramel sebab risau bau hanyir telur tu. 
Lepas buat rupanya tak bau pun walaupun resepi ni akak tak letak Vanilla Essense sebab stock kat rumah dah habis. 

Puding Caramel mudah


Cadangan Makan;

Sejukkan dalam peti ais semalaman lepas tu baru lah dipotong. Baru potongan nampak cantick dan kemas. Sebelum telangkupkan dalam bekas, longgarkan sekeliling pudding dengan pisau supaya senang puding nak tercampak keluar. 

Resepi Puding Caramel Menyentap Jiwa


5 sudu besar gula
3 sudu air suam
4 keping roti
Satu cawan Susu cair/ segar
Satu cawan air suam
Setengah cawan susu pekat
3 biji telur Gred B
Sedikit Essen Vanila

Cairkan gula di dalam kuali sehingga keperangan dan masukkan 3 sudu air suam. Panaskan sehingga gula larut dan tuangkan kedalam Loyang. Biarkan seketika sehingga gula mengeras. 

Blend roti bersama air suam, dan susu. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Akhir sekali masukkan essence Vanila. Susu pekat boleh dikurangkan mengikut kemanisan yang anda mahu. 

Tuang ke dalam Loyang dan kukus selama 45-60 minit guna api sederhana. Setelah masak biarkan puding sejuk sepenuhnya sebelum di tukar ke bekas hidangan. 

Siap dan selamat mencuba. 


Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan