Bagaimana Youtuber (S) Berjaya Mengubah Hidup Aku

Assalamualaikum. Seperti yang korang baca tajuk posting aku dekat atas tu, untuk entri kali ini aku nak berkongsi perkara benar yang telah dan sedang berlaku pada aku iaitu bagaimana Youtuber berjaya ubah hidup aku.

Dalam erti kata lain, pandangan aku tentang kehidupan sedikit berubah dan lebih berkelas. Ala-ala pengakuan ikhlas la gitu. 

Bagaimana Youtuber (S) Berjaya Mengubah Hidup Aku 


Sebelum aku teruskan, segala isi kandungan yang aku kongsikan di blog aku bukanlah bermaksud aku mahu mendabik dada, bermegah-megah atau lead to something yang akan harm aku in future.

Nauzubillah minta dijauhkan. Aku niatkan segala perkongsian yang baik akan menjadi #sahamakhirat aku bila aku dah mati nanti. 

Back to the topic, bagaimana Youtuber (s) berjaya mengubah hidup aku dalam sekelip mata. 



Best Youtuber


Senarai Youtuber (S) Berjaya Mengubah Hidup Aku


Semuanya bermula bila aku mula hilang idea dan bosan dengan kehidupan seharian aku. Parah kan? Bila bosan mula la cari hiburan, orang lain cari Al Quran baca dan insaf #sentap 

Oleh sebab pakej line Celcom aku ni memang free kalau tengok Youtube jadi untuk tidak mensia-siakan data yang diberi dan memang aku cari bahan atau belajar banyak benda dekat Youtube. 

Banyak juga Youtuber Malaysia yang aku follow. Kriteria yang aku cari ialah mereka yang gila-gila, suka makan, tak fake, tidak terlalu pelik, menjaga batas aurat dan semestinya memberi inspirasi dari segi content channel diaorang. 

Antara Youtuber yang sedang dalam pemerhatian aku ialah Hazeman Huzair pengacara Motif Viral, Shazz Zainuddin, dan ada beberapa lagi yang aku rasa memang ada potensi untuk beri influence yang baik kepada penonton. 


#1 Hazeman Huzair - Pengacara Motif Viral dan anak didik Dato Aznil


#2 Shazz Zainuddin - gadis kacak yang bekerja sebagai Freelance Photographer tapi suka buat video dan pemalas nak edit.



#3 Seminit Resepi - Seminit Resepi adalah sebuah channel video resepi masakan yang kami cuba sendiri. Resepi dikongsi berbentuk tutorial untuk memudahkan rujukan memasak.



#4 Rodiah Amir - Mari la subscribe YouTube Channel aku. Tengah slowly masukan content. Cita-cita aku semoga ianya bermanfaat juga untuk orang lain. 



Salute untuk mereka yang suka merepek in a good way especially yang perempuan masih lagi berjaya menjaga batas dan aurat. Kenapa aku tak suka buat video sebab aku ter amat malas nak edit kadang-kadang ternampak aurat. Leceh. 



Cara Mudah Menangani Toxic Person


Salah satu video yang berjaya memberi kesan kepada aku ialah video Haze menemuramah Prof Muhaya bertanyakan tentang soalan bagaimana cara berdepan dengan ‘Toxic Person’ atau orang yang bermasalah. 

Memandangkan dia pengacara dan juga selebriti yang sering berjumpa ramai orang, antara soalan yang kerap ditanya oleh netizen ialah bagaimana Haze menguruskan ‘Toxic Person’ ni. 


Kebetulan masa tu Haze ada program dengan Prof Muhaya, jadi sempat la dia menyelit dan bertanyakan soalan tersebut. 

Kagum dengan jawapan Prof Muhaya. Dia terangkan jawapan dengan memberikan situasi dan minta Haze berfikir tentang jawapanya. 

Ni aku ringkaskan ya, Profesor kata; bayangkan ada satu bulatan yang penuh dengan bintik-bintik putih kemudian ada satu bintik hitam. Yang mana anda akan nampak dulu? 

Kalau anda nampak hitam dahulu bermaksud fikiran anda sering mengutamakan yang negatif dahulu. 

Yang perlu kita amalkan adalah sentiasa bersangka BAIK dan sentiasa positif. Baru yang datang dalam hidup benda-benda positif sahaja. 

Lagi satu pesanan Prof ialah apabila kita berhadapan dengan Toxic Person, kita perlu anggap orang itu adalah anak kecil yang berusia lima tahun yang tidak dapat kasih sayang secukupnya. Bayangkan anak yang mendapat kasih sayang dan mahukan perhatian kita.



Kesimpulan

Lepas beberapa ketika aku cuba praktikan apa yang disarankan aku rasa berkesan untuk diri aku. 

Yelah nak ubah diri dan cara pemikiran bukan sehari dua. Tapi tak mustahil untuk kita ubah. Wah kebanyakan entri aku sekarang ala-ala memotivasikan diri nampaknya. 

Hahahaha. Ok la kalau rasa bermanfaat sila amalkan ya. Aku hanya memanjangkan sahaja ilmu yang aku dapat ni. 

Semoga amalan berkongsi dan menyebarkan ilmu tak kira dalam apa jua bentuk perkongsian mendapat keberkatan dan diterima oleh Allah. Semoga bertemu lagi di lain entri. Wassalam. 

Resepi Aneka Biskut Raya Popular Yang Sedap

Asalamualaikum. Mood nak buat biskut raya dah datang. Suami pun dah mula bertanya nak beli atau nak buat macam tahun sebelumnya. 

Masih lagi bersemangat nak buat biskut raya sendiri then kerepek sahajalah yang aku plan nak beli. Aku ada jumpa beberapa resepi biskut raya popular yang aku teringin nak cuba. 

Resepi Aneka Biskut Raya Popular Yang Sedap 

Jadi aku kongsikan resepi aneka biskut raya popular yang sedap untuk korang cuba juga. Doakan cita-cita nak buat biskut raya tercapai eh. Jom la kita sama-sama.  




Antara resepi Biskut raya yang banyak kali dirujuk dalam blog rodiahamir adalah seperti Brownies Cookies dan resepi Popia jejari Coklat. 

Aku rasa sebab dua resepi memang senang sangat nak buat. tinggal rajin je. Jadi jom tengok resepi Aneka Biskut Raya Popular Yang Sedap dekat bawah ni:



*Credit: Nur Rabiatul Fatien‎ 

Resepi Popia Nestum Bersalut Coklat

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus popia
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula – kisar halus
  • 1 cawan nestum – kisar halus

Cara Membuat:

1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian. Gulung kulit popia menggunakan straw. Jangan gulung terlalu tebal sebab nanti keras. 
2. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. 
3. Apabila sudah sejuk, tabur, horlicks, gula dan nestum yang dikisar di atas kulit popia tersebut.
4. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan tadi. Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Popia Coklat versi aku: DI SINI



Credit: intaidapur.blogspot.my

Resipi Brownie Cookies

Bahan-Bahan:

  • 120 gm dark chocolate Beryl coins
  • 1 biji telur gred A atau B
  • 100 gm gula aising 
  • 50 gm tepung gandum
  • 40 gm marjerin/mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Kekacang pilihan sangai dulu (optional)

Cara Membuat:

1. Di dalam satu mangkuk tahan panas, double boil chocolate dan marjerin sehingga cair, ketepikan.
2. Ambil mangkuk lain, masukkan telur dan gula aising, pukul dengan whisudu kecil sehingga gula larut.
3. Tuangkan chocolate yang telah dicairkan tadi, kacau rata.
4. Tambahkan esen vanilla, tepung gandum dan kekacang, gaul sebati.
5. Perap/rehatkan adunan selama 5-10 minit. (saya rehatkan selama 10 minit).
6. Sementara itu panas kan oven pada suhu 180'C.
7. Sudukan satu adunan ke atas loyang yang telah di alas baking paper, susun dan jarak-jarakkan adunan. (Adunan agak lembik).
8. Bakar selama 10-20 minit atau mengikut oven masing-masing.
9. Setelah masak, biarkan sejuk di dalam loyang kerana ketika ini cookies masih lembut.
10. Simpan cookies di dalam bekas kedap udara. 

Nota tambahan: 

i) Untuk cookies jenis chewy, masa bakar selama 12 minit.
ii) Untuk cookies jenis crunchy, masa bakar selama 15 minit.
iii) Kalau nak tahu cookies itu sudah masak, atas dia akan berkilat dan pecah berkedut-kedut macam dalam gambar

Resepi Brownie Cookies versi aku: DI SINI



Credit: Ina Azlina

Resepi Walnut Premium Cookies

Bahan-Bahan dan cara membuatnya:

500g kacang walnut disangai
250g premium butter / Butter Cup
¾ cawan (150g) gula perang halus atau kurangkan kalau mahu kurang manis
1sudu kecil esen vanilla
Kacau sebati
Masukkan
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan walnut cincang separa halus
2 sudu besar  tepung jagung 
¼ cawan (5 sudu besar ) minyak Canola

Kacaukan ke semua bahan
Tambahkan sedikit demi sedikit 3 ½ cawan (350g) Tepung Gandum Cap Ros
Bentukkan cookies mengikut acuan yang digemari. Bakar biskut pada suhu 170c selama 20 minit atau sehingga bisudu kecilut perang.

350g coklat beryls yang di cair kan 1sudu besar shortening menggunakan teknik double boiled.
Setelah Biskut sejuk celupkan Biskut ke dalam coklat dan Biskut dengan walnut yang di cincang.  



Credit: Ina Azlina


Resepi Tart Nenas Almond Meletop

Bahan-Bahan dan cara membuatnya:

250g butter atau majerin
3sudu besar gula perang halus
2 sudu besar myk sapi ghee
1 bj telor kuning
Esen vanilla
Pewarna kuning
(Kacau sebati pakai senduk je)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
½ cawan serbuk almond
sedikit garam

Kacau dan kemudian masukan 2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut.

Rehat kan doh sekejap. Boleh bentuk-bentuk kan. 
Sapukan kuning telur dan tabur serbuk almond.

Bakar pada suhu 170c selama 25-30 minit
(Dari bawah rak no 2 tuk oven 100L rak no 1 untuk oven 45 L)



Credit: Ina Azlina

Resepi Bangkit Cheese Melting

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan bangkit cheese

  • 500g butter / majerin pelangi
  • 350g gula aising
  • 3 biji kuning telur
  • 500g tepung ubi - sangai selama 15 minit atau jemur dibawah panas
  • 400g tepung jagung
  • 50g serbuk santan 
  • 50g serbuk badam 
  • ½ sudu kecil baking powder
  • ¼ sudu kecil garam
  • 150g parutan keju cheddar

Cara membuatnya:

Satukan semua bahan-bahan kering dan gaul rata
Mix butter dengan gula aising hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati
masukkan cheddar parut dan gaul sebati
Masukkan bahan-bahan kering tadi smbil uli sehingga jadi doh
Canai dan terap
Bakar pada suhu oven 170 masa selama 15 hingga 20 minit



Credit: Masni Bahari

Resepi Biskut Makmor Gebu

Bahan-Bahan:

  • 3cawan tepung gandum (tambah jika perlu)
  • 125g minyak sapi di cairkan
  • 2 sudu besar gula di blend
  • Sedikit Garam

Cara membuatnya:

Sangai tepung atau bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian satukan kesemua bahan di atas dan uli sehingga menjadi doh. Tambahkan tepung jika masih lembik. 
Rehatkan doh selama 10 minit. 

Bahan Untuk inti:

200g Kacang tanah yang disangai dan di kisar
Susu pekat secukupnya. 
Gaulkan kacang tanah bersama susu pekat dan bentukkan menjadi doh bulat kecil. Jangan over picit doh dikhuatiri doh menjadi terlalu keras. 
Kemudian, ambil doh tepung tadi dan bentukkan menjadi bulat dan masuk kan inti kacang. 
Bakar pada suhu 180c selama 25 minit. Sejuk kan biskut dan salutkan denagn gula icing. 



Resepi Udang Masak Lemak Ala Maharaja Untuk Berbuka

Resepi Udang Masak Lemak Ala Maharaja Untuk Berbuka 

Assalamualaikum. Sekejap je kan dah nak masuk pertengahan Ramadan. Semoga kita kuat mengutip sebanyak-banyaknya pahala dengan baki yang tinggal beberapa minggu lagi. Alhamdulillah sehingga sekarang mood memasak untuk berbuka puasa masih ada.

Bukan tak mahu ke PARAM, cuma masa memang tidak mengizinkan. Hari ni aku nak kongsikan menu berbuka aku minggu lepas iaitu udang masak lemak ala Maharaja. Oleh sebab bahan-bahan nak masak Udang Maharaja tidaj cukup, jadi kita alter jadi masak lemak sahajalah. Tapi versi lain sikit. Pon masih sedap.


Super Race Contest Superpark Malaysia

Super Race Contest Superpark Malaysia


Assalamualaikum. Minggu sebelum puasa hari tu aku sempat berkunjung ke SuperPark Malaysia yang bertempat di Avenue K Shopping Mall Kuala Lumpur sempena pelancaran SuperPark Super Race contest.  

Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang SuperPark Super Race contest, biar aku terangkan serba sedikit tentang SuperPark Malaysia.

SuperPark Malaysia baru sahaja dibuka kepada orang ramai pada bulan Disember 2018. SuperPark dikenali sebagai the friendliest all-in-one indoor activity park on earth sesuai untuk semua golongan daripada kanak-kanak sehinggalah ke orang tua. 

Tambahan lagi, SuperPark merupakan indoor park dari Findland yang mempunyai 18 activity park di seluruh dunia dan Malaysia merupakan lokasi ketiga mereka di dalam Asia. 



Superpark Malaysia  Super Race Contest


Superpark Malaysia - Indoor Park Untuk Satu Keluarga

Ni kali pertama aku datang dan sangat kagum dengan aktiviti-aktiviti yang ada di Superpark Malaysia ni. Kebiasaan indoor park dekat luar sana korang akan expect ada ibu bapa yang akan duduk main handphone atau bersembang kan? Berlainan dekat sini semua orang ambil bahagian dan bergembira termasuk ibu bapa. 



Superpark Malaysia

Superpark Malaysia


Ada lebih 25 aktiviti menarik dan menyeronokkan yang boleh korang cuba dan terbahagi kepada tiga seksyen utama iaitu: Adventure Area, Game Area dan Freestyle Hall. Ko sebut je lah nak main apa, ice skating, pedal car, football, wall climbing? Semua tu dan banyak lagi ada di bawah satu bumbung. 

Adventure Area
Flying Fox (Zip Wires)
Kid’s Adventure City (Kid’s Freestyle Area, Kid’s Gym, Sliding Mountains)
Pedal Car
Tube Slide
iWall (interactive parkour game) 

Game Arena
SuperBall
SuperPinball
Baseball
Robo Keeper (Al Goalkeeper)
Street Basketball

Freestyle Hall
Super Climb (tailor made fun climbing concept) 
Trampoline Platform 
Ice Skating
Ninja Track (Warrior obstacle course)
Skate and Scoot World 

Ada had masa bagi setiap setiap aktiviti dekat sini jadi jangan risau dan tak lah perlu beratur panjang. Krew bertugas pun ramai yang akan bantu dan jaga di setiap stesen. Semua krew adalah terlatih jadi jangan malu nak minta tunjuk ajar.


Sahut Cabaran Super Race Dan Menang Hadiah Menarik


Sekarang juga tengah berlangsung Pertandingan Super Race di SuperPark Malaysia dan menawarkan hadiah harian dan mingguan untuk dimenangi. Pemenang harian dan mingguan berpeluang memenangi 2 regular day full day tickets and special edition SuperPark branded Football. 

Sudah semestinya hadiah utama bernilai lebih RM1000 termasuklah SuperPark branded Scooter dan Ful-Day tickets ke SuperPark Malaysia (SuperPark merchandise). Cabaran Super Race akan tamat pada 16 June 2019. Jadi yang nak menang hadiah dan cuba uji stamina diri jom la ajak kawan-kawan ke SuperPark Malaysia. 


Superpark Malaysia - Super Race 1


Cara Nak Sertai Super Race

Untuk yang berminat nak sertai, hanya beritahu krew yang bertugas semasa pendaftaran yang korang nak join cabaran Super race ni ok. Ada lima aktiviti yang perlu korang sertai dan pastikan dapat markah yang tinggi. 



Superpark Malaysia Dari Pandangan Aku

Kenapa aku suka dan cadangkan SuperPark Malaysia kepada korang? 

  • SuperPark Malaysia sesuai untuk semua golongan. Tempat yang sesuai untuk anak-anak berkumpul bersama keluarga dan keluarkan peluh. 
  • Melalui aktiviti di SuperPark Malaysia dapat eratkan hubungan keluarga. 
  • Harga berpatutan dengan semua permainan yang ada dan boleh keluar masuk ke SuperPark. 
  • Indoor activity – Bersih, selesa dan ada aircond. 
  • Sesuai untuk anak-anak sebab mereka yang suka kan benda baru dan mencabar. Let’s them play and explore. 
  • Sesuai untuk sambut birthday dan juga tempat terbaik buat team building. 
  • Lokasi yang sangat strategik. Boleh datang dengan menaiki kereta ataupun Cuma naik LRT (Kelana Jaya Line) dan berhenti di Stesen KLCC. 


Harga Tiket SuperPark Malaysia 

Superpark Malaysia 7 
Superpark Malaysia 8



Operation Hour SuperPark Malaysia 

Superpark Malaysia 9


SuperPark Malaysia
Unit 4-1, Level 4
Avenue K Shopping Mall
 156, Jalan Ampang
 50450 Kuala Lumpur
📞 : +603 2789 1408


Resepi Sambal Goreng Cili Kering Pembuka Selera

Resepi Sambal Cili Kering Goreng Pembuka Selera | Assalamualaikum. Pernah tak korang alami nak makan nasi tapi selera langsung tak ada. Ada lauk sedap pun selera hilang sebab makanan tak pedas. Ha itu la yang jadi kepada aku. Oleh sebab ada princess kecil dalam rumah semua menu kena consider tekak princess iaitu yang tak pedas. Nak masak asing memang aku malas melampau. Tak kose nyah. Anak kecik asyik melalak. Jadi, memang aku akan makan nasi dengan sambal cili kering goreng.

Sambal Goreng Cili Kering
Resepi Sambal Goreng Cili Kering

Sambal Cili Kering Goreng Pembuka Selera

 Aku dapat resepi ni dari kawan abang ipar yang datang rumah masa aku kecik dulu. Dah arwah dah pun abang tu, meninggal kemalangan motosikal berkuasa tinggi. Arwah stay rumah kami beberapa hari sempat dia buat macam-macam. Dia ajar Sambal Cili Kering, dia ajar buat donut Giant. Arwah baik sangat orangnya. Suka layan kami adik beradik. Main kejar-kejar lah. Masa first time rasa aku dah suka sangat Sambal Cili Kering Goreng ni. Nama sebenar sambal ni aku tak tahu, tapi arwah selalu kata Orang Johor suka sambal ni. Kalau salah jangan marah ya.

    Resepi Sambal Goreng Cili Kering
    Resepi Sambal Goreng Cili Kering 1


Resepi Sambal Cili Kering Goreng 

Sambal ni sedap makan dengan nasi panas atau sebagai sambal untuk mee sup atau bihun sup. Aku tak payah lauk lain kalau dapat sambal Cili Kering Goreng ni. Makan sekali dengan ulam, memang tak pandang kiri kanan la. 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Resepi Sambal Cili Kering Goreng adalah seperti berikut: 

Segenggam Cili kering yang diracik halus. 
Dua genggam ikan bilis
Dua ulas bawang merah
Dua ulas bawang putih
Gulu secukup rasa

Cara-cara membuat Sambal Cili Kering Goreng adalah:

Goreng cili kering dan ikan bilis sehingga betul-betul garing. Elak goreng cili dari hangit. Goreng juga bawang putih dan bawang merah seketika. 
Kemudian tumbuk kesemua bahan goreng tadi sehingga hancur dan masukan gula secukupnya. Sebab aku malas aku blend satu-satu bahan dengan blender kering. Sedap juga. 
Siap. 
Selalu memang tak lama bertahan sebab aku makan denagn apa sahaja

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang yang nak cuba. 

12 Cara Jadikan Media Sosial Sebagai Lubuk Pahala

12 Cara Jadikan Media Sosial Sebagai Lubuk Pahala

Masuk je bulan Ramadan berebut-rebut orang nak buat pahala. Aku pon tak ketinggalan nak kumpul pahala tapi bila sedar diri harta tak banyak mana aku cari jalan lain la kumpul pahala. Cara korang utilize puasa pula macam mana? Selain baca Quran dan sedekah apa lagi korang buat?  Meh la kongsi boleh aku buat juga.

Media Sosial Sebagai Lubuk Pahala

Salah seorang pakar penulisan yang memang aku follow di Facebook, Saudara Khairul Hakimin Muhammad ada berkongsi yang semasa bulan Ramadan ini lah, kita boleh jadikan wall kita sebagai lubuk pahala dengan membangunkan content.

Dia menulis berdasarkan content di Facebook dia. Jadi aku panjangkan pendapat dia di medium blog pula. Kita jadikan blog sebagai sumber pahala la pula. Memang aku galak kan sangat korang follow Saudara banyak perkara positif dia kongsi di laman Facebook beliau sini link dia Khairul Hakimin Muhammad

Media Sosial Sebagai Lubuk Pahala

Amalan Tathaiyur Yang Kita Amalkan Sejak Dulu Lagi

Aku terbaca tentang tathaiyur di Facebook. Tak malu mengaku yang ini pertama kali aku jumpa perkataan tu. 

Lepas baca dan fahamkan rupa-rupanya tathaiyur ni sangat-sangat banyak aku jumpa dalam kehidupan kita terutama orang Melayu. 

Rasanya dah menjadi budaya. Melalui perkongsian Saudara Affendy Arifin di Facebook, orang Islam tidak boleh bertathaiyur dan boleh membawa kepada syirik.

Amalan Tathaiyur Yang Kita Amalkan Sejak Dulu Lagi 


Amalan Tathaiyur Yang Kita Amalkan Sejak Dulu Lagi

Apa itu Tathaiyur? Perbuatan Tathaiyur adalah berasa bernasib malang disebabkan sesuatu yang di lihat atau pun di dengar atau sesuatu yang diketahui selain dari di lihat dan di dengar. 

Kalau orang dulu-dulu memang selalu sangat sebut perkara-perkara Tathaiyur ni untuk beri amaran kepada anak-anak supaya berkelakuan elok. 

Contoh-contoh Tathaiyur yang berleluasa dalam kehidupan masyarakat kita. 

  • Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
  • Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
  • Ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur. (hakikatnya semua orang akan mati. Ini antara amalan paling popular sekali. 
  • Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
  • Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan. Ada lagi best letak seluar dalam atas atap untuk halang hujan. Lol. 
  • Tidak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
  • Diberak burung kononnya ada rezeki.
  • Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
  • Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
  • Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan. 
  • Jumpa ular melintas di jalan, kononya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.
  • Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.

Tahu tak yang sebenarnya kita dilarang untuk percaya akan Tathaiyur dan boleh mengakibatkan syirik bagi orang Islam. 

Kenapa dikatakan syirik? Jom baca.


عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل

“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W: Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)

Bahaya At- Tathaiyur
“At-Tathaiyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:

1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Padahal Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]

Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ
“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)

2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)

Wallahualam. 

Jadi kita yang dah tahu ni boleh la tinggalkan amalan yang dapat menggoyahkan akidah kita. Beruntung kita lair dan hidup pada zaman sekarang. 

Jika dibandingkan dengan generasi dulu, pencarian ilmu amat terbatas. Hanya mengharapkan guru-guru mengaji. Kita sekarang sangat beruntung nak ilmu semua ada di hujung jari. Jadi, jom manfaatkan apa yang kita ada. 

Resepi Bubur Sumsum Guna Santan Kotak

Korang kenal kan bubur sumsum tu apa? Jangan jadi macam aku dah besar baru tahu apa itu sumsum. Bubur sumsum ni dimakan dengan kuah gula. 

Nasib mak mertua aku jenis tak suruh masak-masak dekat rumah. Dulu, bila aku tengok mak aku buat bubur sumsum selalu aku fikir apa yang sedap sangat kuih ni. 

Bila dah meningkat dewasa baru aku faham feeling teringin nak makan kuih-kuih lama ni. Aku banyak rujuk Youtube untuk tengok cara memasak. Ada video dan penerangan jadi lebih faham. 

Resepi bubur Sumsum Guna Santan Kotak 

Oleh sebab dah beberapa hari asyik duk teringat jadi beranikan mencuba buat sendiri. Jadi tak jadi belakang cerita. Jom aku kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk membuatnya.


Bahan-bahan Resepi Bubur Sumsum


1 cawan tepung beras
1 kotak santan Kara
700 ml air 
Sedikit garam

Cara-cara membuat bubur sumsum ialah campurkan kesemua bahan dalam periuk. Air tu agak-agak sehingga adunan menjadi cair dan tak melekat pada senduk. 

Kemudian masak atas dapur guna api perlahan. Kacau setiap masa sehingga adunan menjadi likat. Tanda bubur tu masak adalah dia tidak melekat pada dasar kuali. 

Tak lama pun tempoh nak kacau tu. Dalam sepuluh minit macam tu. 

Kemudian masuk kan bubur tadi ke dalam bekas dan ratakan. Kemudian biarkan sejuk. Untuk senang dipotong kena dibiarkan setengah hari. Baru elok bentuk dia. 


Cara membuat kuah gula versi gula melaka:

Tiga ketul gula Melaka dihancurkan dan dimasak bersama satu kotak santan kara dan 400ml air. Masuk kan juga beberapa helai daun pandan untuk bagi dia wangi. Masak sehingga mendidih. 

Kalau ikut resepi gula original, masak kuah gula guna gula putih. Resepi masih sama cuma tak letak santan sahaja. Terpulang selera masing-masing. 


Walaupun pertama kali mencuba buat bubur sumsum ni bagi aku tak la susah pun. Lepas tu bahan-bahan diperlukan pun senang nak cari. 

Bubur sumsum ni sedap makan sejuk-sejuk. Ada sesetengah orang suka makan suam-suam lagi sedap katanya. Korang cuba la sendiri ok. 
Selamat berpuasa dan selamat mencuba. 

Menu Berbuka Day 1, Ikan Keli Bakar

Menu Berbuka Day 1, Ikan Keli Bakar 

Selamat berpuasa kepada semua. Harap masih kuat berpuasa dan kuat juga menghalang diri dari melakukan perkara yang sia-sia. Baru lah puasa bermakna. Ye dak? Ini ucapan kepada diri sendiri ni hahaha. 

Sudah lebih seminggu kita puasa dan Alhamdulillah tahun ni kurang bebanan dari segi fikir nak masak juadah berbuka dan bersahur. Tahun ini lebih teratur berbanding tahun-tahun sebelumnya. 





Berbuka & Sahur Hari Pertama Berpuasa

Oleh sebab pemilihan menu berbuka & sahur ditentukan oleh aku maka setiap menu adalah mengikut selera makan aku lah. Tapi kebiasaan apa aku makan akan disukai suami dan anak-anak. Tahun ni aku masih lagi berpuasa sebagai seorang ibu yang menyusu anak. 

Sekarang anak baru setahun tiga bulan, masih panjang lagi nak tamatkan diploma penyusuan dua tahun. Korang doakan aku berjaya ya. Aamiin. 

Walaupun Sabtu Ahad minggu sebelum puasa tu jadual aku agak pack dengan event luar, tapi sempat juga kami selitkan aktiviti beli barang dapur. Macam biasa kalau beli lauk pauk dan sayuran suka beli dekat TT Fish Mart Taman Melawati. 

Aku suka beli dekat situ sebab harga masih lagi murah dan ada pelbgai jenis hidupan laut. Kelengkapan memasak semua ada dekat satu tempat la. TT Fish Mart ni berdekatan dengan tapak Pasar Tani Taman Melawati. 

Menu Berbuka dan Bersahur Hari Pertama

Menu berbuka kami simple je, aku masak ikan keli bakar cicah dengan sambal lada kicap. Untuk sayur aku masak Sup bebola campur cendawan. Ramadan kali ni aku ada semangat rajin lain macam mesti nak ada kuih sebagai pencuci mulut. 

Jadi aku buat bubur sumsum. Kali pertama dan aku buat dengan jayanya sebab anak repeat makan dan dia cakap sedap. Sebagai mak aku terpaksa percaya. Lol. 

Meh aku kongsikan resepi menu berbuka aku cara aku. 

Resepi Ikan Keli Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan ialah; Ikan keli ikut berapa banyak korang nak. Kemudian selar ikan keli supaya bahan perapan meresap ke dalam isi. Lumurkan ikan keli dengan pes ikan bakar segera atau apa je pes yang korang ada. Kalau tiada pes boleh lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. 

Untuk kali ni aku lumurkan dengan serbuk perencah beriani. Saja nak cuba. sedap juga rasa dia. Aku pernah cuba serbuk perencah rendang dan serbuk kari. Semua sedap di tekak aku sebab aku suka makan. 

Perap ikan keli beberapa jam sebelum bakar. Lagi lama lagi serasi ikan dengan bahan perasa. Kemudian, bakar ikan dalam ketuhar pada suhu 160/170c selama 30 minit atau sehingga ikan masak. 
Tip cuci ikan keli jadi bersih. 

Nak hilangkan lendir yang ada pada badan ikan keli tu boleh cuci dengan buah limau. Aku nak senang aku hanya guna serbuk limau jenama Knorr. Memang hilang la lendir tu. 

Senang kerja. Memang standby serbuk limau Knorr untuk cuci ikan dan makanan basah lain. Aku tak suka guna tepung sebab kurang bersih dan melekat-lekat. 

Resepi Sambal Kicap

Sambal kicap aku simple je; 15 biji cili api, sedikit gula, kicap secukupnya, sedikit cuka, seulas bawang merah dan seulas bawang merah. Campurkan semua bahan dalam blender dan kisar sampai halus. Siap. Selalu aku akan buat lebih untuk jadi stok makan dengan bihun sup dll.

Alhamdulillah perjalanan hari pertama puasa, memasak dan bersahur berjaya. Semua berjaya menghabiskan puasa dan tak banyak sangat dugaan kecuali anak kecil merengek minta perhatian bila pukul lima petang ke atas. Semoga perjalanan puasa kita semua dipermudahkan Allah. Selamat berpuasa


Selamat Mencuba. 


Lagu Sesungguhnya2019 Trending Nombor Satu Di Youtube

Sesungguhnya 2019 Trending Nombor Satu Di Youtube 


Assalamualaikum. Korang dah dengar lagu yang tengah trending nombor satu dekat Youtube sekarang, Lagu Sesungguhnya2019 nyanyian Kumpulan Raihan dan Alif Satar. 

Weh menangis dengar. Sedap betul suara masing-masing. Kumpulan Raihan kan dah lama tak keluar dekat televisyen.

Bila duet dengan Alif Satar ni keluar jadi terubat la rindu nak dengar suara diaorang. Makin suka dengan Alif Satar, berbakat dan suara memang sedap.  




Lirik Lagu Sesungguhnya 2019


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga kutahu
Syukurku adalah milik Mu



Aku suka cara Alif Satar bawa lagu ni. Penghayatan dia terbaik ah. Kumpulan Raihan memang tak boleh la dipertikai, otai kumpulan nasyid. 

Ah benci nak nangis lagi sambil tengok Youtube ni. Terbayang betapa banyaknya dosa aku sebagai manusia. 

Tepat sangat lagu ni keluar masa bulan Ramadan. Atleast boleh la cuci jiwa. Syaitan pon kena ikat. Kalau tak rasa apa-apa bila dengar lagu ni, cuba la dengar masa tengah malam dalam gelap.





Selamat menghayati. Salam kemaafan dari aku si penulis blog www.rodiahamir.com

Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak, Harga Barang Mampu Milik

Assalamualaikum. Sabtu lepas aku ke Jalan Jalan Japan yang terletak di M3 Mall Gombak. Ini merupakan outlet mereka yang ke empat yang dibuka di Malaysia. 

Outlet Jalan Jalan Japan yang pertama telah dibuka di Level 1A, Sky Park, One City, USJ, yang kedua terletak di Level 3, Shamelin Mall, Cheras, KL, yang ketiga di Level 3, CenterPoint, Seremban dan paling terbaru ialah di Level 2, M3 Mall Gombak. 


Shopping Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak


Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak, Harga Barang Mampu Milik

Kalau nak tahu Jalan Jalan Japan ni menjual barang preloved dari Japan. Walaupun preloved tapi korang jangan risau sebab barang yang dijual masih dalam keadaan baik dan ada yang nampak macam baru ok.  

Sebelum ni aku agak ragu-ragu dengan khabar angin tentang harga giler yang ditawarkan di Jalan Jalan Japan ni tapi lepas masuk dan shopping dekat sini memang rambang mata weh. Ternyata kalau tak kuat iman memang ber troli-troli korang akan borong.





Outlet Ke Empat Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak


Semasa sesi pengenalan Jalan Jalan Japan oleh Mr Daichi Shuzui, Director BOK Marketing Sdn Bhd, dia terangkan yang recycle trend bermula di Jepun kerana mereka kekurangan tempat untuk menyimpan barang-barang. 

Jadi untuk mendapatkan barang yang baru mereka akan menjual barangan yang mereka ada di Kedai Preloved. 

Sejak itu konsep preloved telah menjadi budaya dan sebati dalam kehidupan masyarakat di Jepun. Syarikat Bookoff Corporation di Jepun telah membawa idea dan konsep preloved ini ke Malaysia. 






Semua Barang Ada Di Jalan Jalan Japan

Dekat Jalan Jalan Japan ni korang akan jumpa pelbagai barangan daripada baju untuk kanak-kanak dan dewasa sehinggalah pinggan mangkuk dan barang perhiasan rumah. 

Selain tu, korang boleh beli kasut, beg tangan, anak patung, aksesori rambut, koleksi mainan termasuk anime, barangan bayi, dan juga alatan sukan seperti golf dan surfing board. 





Seronoknya semua barangan dijual di Jalan Jalan Japan adalah pada harga mampu milik. Harga paling murah dijual adalah RM1. Memang shopping tak ingat dunia. 
Kalau korang yang berjimat dan mencari barang pada harga yang murah, Jalan Jalan Japan adalah tempatnya. 



 Pengalaman Shopping di Jalan Jalan Japan M3 Mall


Memang seronok sangat dapat membeli belah di Jalan Jalan Japan M3 Mall ni sebab staff dia yang mesra, setiap saat akan dengar staff dia greet pelanggan yang masuk dan mereka akan tawarkan bantuan sambil beri senyuman yang manis. 

Jangan risau dia tak lah ikut je korang ke mana korang pergi. Kawasan dalam outlet pun selesa untuk tarik troli, susunan barang mengikut jenis barangan dan jadi mudah nak mencari.  




Bak kata-kata Mr. Daichi, orang Jepun tidak menjual barang-barang mereka untuk mendapatkan wang tunai tetapi ia adalah cara untuk mereka menggantikan pakaian baru dalam almari mereka. 

Jepun kan memang terkenal dengan fesyen yang terkini, jadi kebarangkalian mereka membeli amatlah tinggi. Sebab tu semua barang yang dijual masih dalam keadaan baik. 



Siapa yang patut datang ke Jalan Jalan Japan? 

Jalan Jalan Japan adalah destinasi terbaik untuk mereka yang mencari barangan pelbagai yang dijual pada harga mampu milik setanding kualiti pada harga murah giler. 

Untuk korang yang berdekatan jangan lupa yang Jalan Jalan Japan M3 Mall bakal dibuka kepada orang ramai pada 18 Mei 2019 pada pukul 10 pagi. Jadi mark kalendar korang dan datang ok. 

Lokasi M3 Mall terletak berdekatan dengan LRT Taman Melati. kalau berjalan kaki ambil masa lima ke supuluh minit sahaja. Jadi mudahlah kalau nak datang. Nak drive sendiri pun tiada masalah. 


Jalan Jalan Japan
Level 2, M3 Mall
Jalan Madrasah, Jalan 1/22a,
Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur