Menu Berbuka Day 1, Ikan Keli Bakar

Rodiah Amir
3
Menu Berbuka Day 1, Ikan Keli Bakar 

Selamat berpuasa kepada semua. Harap masih kuat berpuasa dan kuat juga menghalang diri dari melakukan perkara yang sia-sia. Baru lah puasa bermakna. Ye dak? Ini ucapan kepada diri sendiri ni hahaha. 

Sudah lebih seminggu kita puasa dan Alhamdulillah tahun ni kurang bebanan dari segi fikir nak masak juadah berbuka dan bersahur. Tahun ini lebih teratur berbanding tahun-tahun sebelumnya. 





Berbuka & Sahur Hari Pertama Berpuasa

Oleh sebab pemilihan menu berbuka & sahur ditentukan oleh aku maka setiap menu adalah mengikut selera makan aku lah. Tapi kebiasaan apa aku makan akan disukai suami dan anak-anak. Tahun ni aku masih lagi berpuasa sebagai seorang ibu yang menyusu anak. 

Sekarang anak baru setahun tiga bulan, masih panjang lagi nak tamatkan diploma penyusuan dua tahun. Korang doakan aku berjaya ya. Aamiin. 

Walaupun Sabtu Ahad minggu sebelum puasa tu jadual aku agak pack dengan event luar, tapi sempat juga kami selitkan aktiviti beli barang dapur. Macam biasa kalau beli lauk pauk dan sayuran suka beli dekat TT Fish Mart Taman Melawati. 

Aku suka beli dekat situ sebab harga masih lagi murah dan ada pelbgai jenis hidupan laut. Kelengkapan memasak semua ada dekat satu tempat la. TT Fish Mart ni berdekatan dengan tapak Pasar Tani Taman Melawati. 

Menu Berbuka dan Bersahur Hari Pertama

Menu berbuka kami simple je, aku masak ikan keli bakar cicah dengan sambal lada kicap. Untuk sayur aku masak Sup bebola campur cendawan. Ramadan kali ni aku ada semangat rajin lain macam mesti nak ada kuih sebagai pencuci mulut. 

Jadi aku buat bubur sumsum. Kali pertama dan aku buat dengan jayanya sebab anak repeat makan dan dia cakap sedap. Sebagai mak aku terpaksa percaya. Lol. 

Meh aku kongsikan resepi menu berbuka aku cara aku. 

Resepi Ikan Keli Bakar

Bahan-bahan yang diperlukan ialah; Ikan keli ikut berapa banyak korang nak. Kemudian selar ikan keli supaya bahan perapan meresap ke dalam isi. Lumurkan ikan keli dengan pes ikan bakar segera atau apa je pes yang korang ada. Kalau tiada pes boleh lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. 

Untuk kali ni aku lumurkan dengan serbuk perencah beriani. Saja nak cuba. sedap juga rasa dia. Aku pernah cuba serbuk perencah rendang dan serbuk kari. Semua sedap di tekak aku sebab aku suka makan. 

Perap ikan keli beberapa jam sebelum bakar. Lagi lama lagi serasi ikan dengan bahan perasa. Kemudian, bakar ikan dalam ketuhar pada suhu 160/170c selama 30 minit atau sehingga ikan masak. 
Tip cuci ikan keli jadi bersih. 

Nak hilangkan lendir yang ada pada badan ikan keli tu boleh cuci dengan buah limau. Aku nak senang aku hanya guna serbuk limau jenama Knorr. Memang hilang la lendir tu. 

Senang kerja. Memang standby serbuk limau Knorr untuk cuci ikan dan makanan basah lain. Aku tak suka guna tepung sebab kurang bersih dan melekat-lekat. 

Resepi Sambal Kicap

Sambal kicap aku simple je; 15 biji cili api, sedikit gula, kicap secukupnya, sedikit cuka, seulas bawang merah dan seulas bawang merah. Campurkan semua bahan dalam blender dan kisar sampai halus. Siap. Selalu aku akan buat lebih untuk jadi stok makan dengan bihun sup dll.

Alhamdulillah perjalanan hari pertama puasa, memasak dan bersahur berjaya. Semua berjaya menghabiskan puasa dan tak banyak sangat dugaan kecuali anak kecil merengek minta perhatian bila pukul lima petang ke atas. Semoga perjalanan puasa kita semua dipermudahkan Allah. Selamat berpuasa


Selamat Mencuba. 


Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. sedapnya. walaupun ray x minat keli tp kalau keli bakar, ray makan. i did try a few times. a few times only hehe

    BalasPadam
  2. wow !! menu ringkas biasanya sedap sampai makan bertambah.. hee~ bahaya tu.. peluang berat badan naik dengan jayanya..

    BalasPadam
  3. macam sedap pulak menu kau ni. nk beli arr petang ni kat bazar

    BalasPadam
Catat Ulasan