Ais Krim Onde Onde Dari King’s Inspirasi dari Kuih Tradisional

Assalamualaikum. Korang dah cuba ais krim King’s Potong Onde Onde? Ini merupakan perisa paling latest dari King’s Potong. 

Di inspirasikan dari kuih tradisional iaitu Onde Onde atau nama lain dia Kuih Buah Melaka. Dulu aku adik beradik akan dapat makan Kuih Onde Onde ni masa bulan puasa je. 

Sekarang dah banyak orang jual tak kira bulan apa pun. Dalam banyak-banyak Ais Krim King’s Potong yang pernah aku cuba, perisa Teh Tarik dan Onde Onde ni berjaya menambat hati aku. 

Ais Krim Onde Onde Perisa Terbaru Dari King’s Potong Inspirasi dari Kuih Tradisional 

Cukup lemak dan tak terlalu manis. Tu kalau ikut tekak aku la. lain orang lain selera. Rasa Ais Krim King’s Potong Onde Onde ni sebiji rasa Kuih Onde Onde yang sebenar, tapi bertambah sedap sebab dia sejuk. 

Ada gula Melaka dekat tengah-tengah. Siap ada kelapa parut.



King’s Potong Onde Onde


Korang boleh dapatkan Ais Krim King’s Potong Onde Onde ni dekat pasaraya dan kedai serbaneka. Hari tu masa balik Melaka, dekat Jasin kami tak jumpa pula. Sold Out agaknya. 

Balik Pahang baru berjaya beli. Harga satu batang Ais Krim King’s Potong Onde Onde ialah RM2, dan satu kotak ada enam batang berharga RM11.


Pendapat Aku Tentang King’s Potong Onde Onde

Personally bagi aku tak rugi nak cuba Ais Krim King’s Potong Onde Onde terutama untuk mereka yang suka makan macam aku ni. Tapi makan berpada-pada ya. 

Next perisa yang aku nak cuba ialah Ais Krim King’s Potong Cempedak dan Ais Krim King’s Potong Pulut Hitam. 

Korang dah cuba?


Resepi Kuih Keria Viral Keria Tower

Aku rasa tak layak pon nak share resepi, Sebab bukan menjadi sangat kadang-kadang. Jadi or sedap kat tekak aku tak bermakna jadik kat tekak orang lain kan?

Orang tengah sibuk buat kuih keria antarabangsa dari Melaka tu. Tak payahlah nak drive jauh jauh ke melaka nak beli kuih ni kan. Banyak la belanjanya kan. Nak kena beratur lagi tengah panas.

Resepi Kuih Keria Viral Keria Tower 

Itu tahun lepas. Tahun ni belum datang angin viral. Aku tak teringin pon saja nak jadi sebahagian benda viral. Supaya Suami nampak aku rajin dan bagus. Gitu. 


Mula-mula beli Sweet Japanese Potato ni nak buat puri Raudah. Sekali Raudah tak boleh makan. Meragam perut. Maka dengan apa yang ada kat dapur jadilah keria comel.



Bahan-bahan:

Untuk Keria

Rebus Keledek 200gram dan lenyekkan.
Uli dengan tiga sudu tepung gandum + 1 sudu Soda Bikarbonat.
Aku suka buat kecik-kecik dan goreng api slow dan minyak panas.
Fail goreng maka tak sedapla Keria kau.

Untuk sira:

Brown sugar, gula batu dan sedikit air, dan sedikit garam. Cairkan garam + Gula jatuhkan keria yang dan digoreng dan golekkan.
Longgokkan atau kau hias la Keria macam tower.

Tips:
  • Jangan banyak sangat tepung nanti Keria kau boleh jadi batu.
  • Tak suka manis tak payah letak letak Gula batu semasa Sira. Aku saja nak cuba.
  • Keria tak leceh macam donut kena tunggu bagai. Boleh rebus, uli dan goreng, dan makan.

Nursing Inner Adrini’s Sleveless Praktikal & Multifunctional

Assalamualaikum. Nursing Inner atau baju menyusu memang dah jadi baju perlu ada dalam almari untuk semua ibu-ibu yang menyusukan anak. 

Nursing Inner memang sangat membantu terutama bila kita berada dekat luar. 
Semestinya kena la pakai Nursing Inner yang menutup aurat dan juga kelihatan sopan. Aku lebih prefer untuk direct feeding dari nak kena pam dan letak dalam botol.


Nursing Inner Adrini’s

 

Nursing Inner Adrini’s Sleveless Praktikal & Multifunctional

Bercakap tentang Nursing inner atau baju menyusu, memang aku akui aku agak cerewet dalam membeli baju menyusu. Selalu berkira-kira nak beli dan end up angan-angan tu berlalu begitu saja. 

Bukan apa, aku memang cari material yang selesa dan yang praktikal boleh dipakai dengan semua baju. 

Itu dulu la, sekarang dah banyak butik mengandung yang jual baju menyusu sebab ibu-ibu mula sedar tentang kebaikan menyusukan anak sendiri. Perubahan yang bagus.



Nursing Inner Adrini’s Sesuai Untuk Semua Baju

Aku nak kongsikan Nursing Inner yang aku cuba iaitu Nursing Inner Adrini’s. Prihatin dengan kehendak ibu menyusu yang perlukan Nursing Inner yang praktikal, multifunctional, mudah dan selesa.

Adrini’s memperkenalkan Nursing Inner Sleveless yang sesuai dipakai dengan pelbagai jenis baju tertutama baju berzip dan berbutang. 

Tak risau nak menyusukan anak bila berada di tempat awam. Founder Adrini’s ni merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata jadi tak diragui lagi lah yang dia faham kehendak ibu-ibu ni.  

Dengan pengalaman dan minat terhadap dunia penyusuan dia membantu ibu-ibu melalui proses menyusukan anak supaya jadi lebih mudah.
 

Nursing Inner Adrini’s


Ciri-Ciri Nursing Inner Adrini’s

Selalu kalau aku shopping baju mesti kena consider design yang nursing friendly, memang agak limited sebab tak boleh beli baju yang anak dara pakai. 

Bukan sebab saiz tak muat tapi sebab rekaan baju tu sendiri. Nak menyusu kan anak kecil kena la cari baju yang senang nak di selak. 

Tapi kalau dah pakai Nursing Inner Adrini’s ni boleh la melaram sebab inner ni jadi lapik dan cover aurat korang.

  1. Pertama kali cuba, aku suka sebab material dia yang nipis tapi tak jarang. Selesa bila dipakai walau pakai baju dua lapis. Tak panas la.
  2. Inner Adrini’s juga sesuai dipakai dengan banyak jenis baju termasuk lah baju berbutang, boleh jadi inner dan pakai blazer untuk ke pejabat.
  3. Aku selalu pakai nursing inner Ardini’s dengan cardigan masa keluar cari barang dapur. Dah jadi baju harian pun. Sarung je cardigan then bila dekat rumah dia jadi tshirt sleeveless. Sangat praktikal la bagi aku.
Nursing Inner Adrini’s


Review aku tentang Nursing Inner Adrini’s

Personally aku suka material dan kebolehan Nursing Innerni dipakai dalam banyak gaya. Boleh jadi formal dan juga kasual. 

Terpulang pada kreativiti kita. Nursing Inner Adrini’s direka untuk mudahkan ibu-ibu nak susukan anak dan paling penting material dia yang SELESA dipakai. 

Kalau korang berminat dan nak beli korang boleh pilih banyak lagi warna dekat website Ardini’s ni  https://adrinis.com/estore/


https://www.instagram.com/adrinisofficial/
https://adrinis.com/

Kedai Format Laptop Murah Di KL

Assalamualaikum. Hai pengguna laptop dan PC. Ada soalan nak tanya ni. Berapa kali dah korang format laptop atau PC korang dalam tahun ni? 

Korang tahu tak kenapa laptop dan PC tu kena format? dan paling penting, dekat mana nak cari servis format laptop murah terutama di Kuala Lumpur (KL)?

Tolong ambil serius tahap kesihatan laptop dan PC korang sebab dia kalau nak rosak memang tak bagi amaran awal. 

Kedai Format Laptop Murah Di KL 

Tapi kan masih wujud ke kedai Format Laptop Murah Di KL ni? Dengan keadaan ekonomi sekarang yang barang semuanya naik, payah nak cari harga yang munasabah. 

Sebenarnya ada tau. Nak tahu jawapan kena teruskan membaca sebab aku nak buat perkongsian tentang format laptop murah di KL dan harap membantu korang.




FR Laptop Format Laptop Murah Di KL

Kenapa aku kata penting cari kedai format laptop murah di KL ni ialah sebab aku bukan datang dari golongan bangsawan yang lahir atas dulang emas. 

Jadi semuanya kena harus bijak berbelanja. Faham-faham saja lah duduk di tengah bandar setiap inci perlukan kos. 

Sebelum aku dedahkan dekat mana kedai format laptop murah di KL, jom aku terangkan kenapa kena format laptop? 

Format Laptop – Proses pembuangan segala software yang telah anda install sepanjang anda menggunakan laptop atau PC anda. 

Segala data yang ada akan di delete seolah-olah laptop anda adalah laptop baru. Macam baby gitchew.



Sesiapa sahaja boleh format laptop asalkan dia ada kemahiran dan pengetahuan tentang laptop lah. 

Tapi kalau korang yang hanya tahu guna laptop dan PC je macam aku, lebih baik serahkan laptop korang pada yang pakar macam FR Laptop kedai format laptop murah di KL. 

5 Punca Laptop Atau PC Kena Format 

Menurut FR Laptop Format Laptop Murah Di KL, ada beberapa situasi yang memerlukan laptop korang akan di format. 

1. Masalah Boot Issue. Selalu terjadi bila laptop atau PC dihidupkan ianya asyik loading dan akan appear mesej “Repair Disk” atau “Black Screen, Press F8 for repair atau Press any key”. 

2. Diserang Virus atau Malware. Sering terjadi dikalangan student yang sering cucuk pendrive, external hard disk masa buat assignment dekat PC makmal dan akhirnya menjangkiti laptop atau PC sendiri. 

3. Upgrade System. Format laptop sebab nak upgrade Window yang lebih terkini. 

4. Reorganized Disk Space. Terjadi bila storage (partion C) penuh sebab kebanyakan services Windows running dekat partition C. 

5. Performance Laptop yang perlahan disebabkan install pelbagai software dan window kena running sepanjang kita gunakan laptop atau PC.




FR Laptop Kedai Format Laptop Murah Di KL

Untuk korang yang berada di sekitar lembah Klang yang mencari tempat untuk Format Laptop Murah Di KL aku cadangkan korang untuk mencuba servis di FR Laptop yang terkenal dengan servis Format Laptop Murah Di KL. 

FR Laptop Kedai Format Laptop Murah Di KL tawarkan perkhidmatan pembaikan computer seperti format laptop, skrin pecah, jangkitan virus, computer laggy, nak naik taraf dan nak back up data. 

FR Laptop Kedai Format Laptop Murah Di KL menyediakan khidmat runner untuk pick up dan delivery kepada pelanggan. 

FR Laptop Kedai Format Laptop Murah Di KL memberikan tempoh jaminan dan 100% money back guarantee.

Pekerja-pekerja di FR Laptop Kedai Format Laptop Murah Di KL terdiri daripada mereka yang terlatih dan mesra pelanggan.

Pelanggan yang pernah mendapatkan servis di FR Laptop Kedai Format Laptop Murah Di KL berpuas hati dengan servis yang mereka tawarkan.  Boleh baca lebih banyak testimony di laman Facebook FR Laptop Format Laptop Murah Di KL

Lokasi FR Laptop Format Laptop Murah Di KL


FR Laptop Format Laptop Murah Di KL menjalankan perniagaan mereka di premis yang beralamat seperti di bawah. Boleh contact no yang tersedia ya. 

FR Laptop
Telefon / WhatsApp: +60172882349 | Link WhatsApp
Website: www.frlaptopservice.com
Facebook: @FRLaptopService

Alamat:
508 Jalan Kanan 1 Kampung Pandan 55100 KL
Waktu Operasi: 9.00 Pagi – 9.00 Malam (kecuali Cuti Am)
Waze / Google Map: FR Laptop Service



Mudahnya Masak Guna Pressure Cooker Giselle

Assalamualaikum. Aku nak kongsikan pengalaman aku menggunakan Pressure Cooker Giselle yang aku terima dari Alpha Living & Beauty Sdn Bhd - Most Trusted Online Home Appliances bulan April yang lepas.

Memang sangat-sangat berguna sebab aku fully utilized sepanjang bulan Ramadan lepas. Menu paling banyak aku masak menggunakan Pressure Cooker Giselle ialah nasi. 

Jangan gelak ok tapi masak nasi guna Pressure Cooker rasa macam makan nasi Sushi tu. Lembuit bak hang.

Mudahnya Masak Guna Pressure Cooker Giselle 


Selera kami anak beranak makan. Sebelum aku teruskan membebel, aku nak beritahu aku bukan lah wakil jualan Alpha Living & Beauty Sdn Bhd ok, jadi apa yang aku kongsikan di sini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku yang tak seberapa.

Sepanjang tempoh aku guna Pressure Cooker ni memang aku puas hati sangat. 



Pressure Cooker Giselle


Giselle Pressure Cooker sebagai Multi-Functional Cooker (6 Fungsi)


Kalau nak tahu Pressure Cooker ni juga dikenali sebagai Multi-Functional Cooker sebab dengan satu periuk boleh bertukar menjadi pelbagai periuk. Wah kau cakap nak hebat je kan Rodiah Amir. 

Hahahaha. 

Peringatan: aku tak jual periuk ni ok! 

Berbalik kepada Multi-Functional Cooker tadi, Giselle Pressure Cooker boleh berfungsi sebagai pressure cooker, rice cooker, slow cooker, steamer, saute & warmer. Ha banyak kan? Enam dalam satu la kiranya.


Pressure Cooker Giselle


Giselle Pressure Cooker 18 In 1 Multi Options Program

Selain daripada itu, Giselle Pressure Cooker ni ada 18 in 1 multi options program yang terbahagi kepada dua iaitu untuk non pressure cooking dan juga pressure cooking. 

Diringkaskan Pressure Cooker ini ada 18 fungsi memasak dan 4 tetapan tambahan. Korang boleh pilih untuk 𝑝𝑟𝑒𝑠𝑠𝑢𝑟𝑒 𝑐𝑜𝑜𝑘 atau 𝑛𝑜𝑛-𝑝𝑟𝑒𝑠𝑠𝑢𝑟𝑒 𝑐𝑜𝑜𝑘. Ia sesuai untuk memasak segala jenis masakan, mengikut citarasa korang.

Pilihan yang tersedia ialah:

Slow cook (Low Temp / High Temp), Saute, Yogurt, Deep Fried, Cake, reheat, defrost dan keep warm, soup, rice, meat, Congee, roasted, ribs, tendons, baby food dan juga stew. 

4 tetapan tambahan termasuk lah Keep Warm/Cancel, Timer + Custom, Power ON/OFF, Custom. Dengan cogan kata ‘from cooking rice to baking a cake’ memang sesuai sangat la banyak fungsi dia.


Kenapa aku suka Giselle Pressure Cooker?

Seperti yang pernah aku uar-uarkan sebelum ni, aku memang teringin sangat nak beli Pressure Cooker sebab aku rasa hazab sangat nak masak sup tulang letak sudu sebab nak bagi daging empuk. 

Dah la lama nak tunggu dia empuk, habis tangan aku kena periuk panas masa masak atas dapur gas. 

Jadi memang aku senyum lebar bila ada pressure cooker ni. Ko tumis then ko masuk segala bahan, ko tunggu je dia masak.

Senang je kan? So far aku dah pernah masak kambing, tulang lembu, nasi, kari ayam dan defrost daging ayam guna Giselle Pressure Cooker.




Ciri-Ciri Giselle Pressure Cooker

Kalau korang teringin nak beli pressure cooker, antara ciri-ciri yang patut korang tahu dan bandingkan dengan jenama lain adalah multi options program yang ada. 

Semakin banyak fungsi semakin tinggi la harga dia, accessory yang ada dalam set pressure cooker macam inner pot tambahan, basket untuk deep fry, bowl untuk steam dan banyak lagi. 

Semua ni ada kalau beli Giselle Pressure Cooker ni.

Ciri lain aku suka tentang Giselle Pressure Cooker ni dia jimatkan banyak masa dan tenaga aku nak masak, bil elektrik aku tak berubah pun lepas guna, capacity dia agak besar (6 L). 

Paling penting bila aku masak kari, atau sambal atau benda yang diperlukan untuk menumis dia tak merecik jadi dapur aku kurang kotor. Yeah. 

Boleh study lebih lanjut dekat sini Tentang Giselle Pressure Cooker


Pressure Cooker Giselle

Harga dan Nak beli dekat mana?

Harga Asal Giselle Pressure Cooker 18 In 1 Multi Options ialah RM699, tapi sekarang hanya RM299 sebab tengah promosi dan ada free gift. Sampai bila harga dia murah macam ni dan berapa banyak stok ada aku tak boleh tolong. 

Korang contact lah sendiri Alpha Living & Beauty Sdn Bhd - Most Trusted Online Home Appliances dekat Instagram atau Facebook mereka. Kalau ada soalan pun mereka boleh jawab.





Sebelum aku terlupa, aku banyak dapat mesej dan juga call dari pembeli Giselle Pressure Cooker ni, bertanya tentang bunyi Giselle Pressure Cooker masa memasak. 

Masa aku masak memang ada bunyi, kuat pula tu, tapi rupa-rupanya aku SALAH PASANG PENUTUP dia. 

Korang jangan jadi macam aku. Kena tutup betul-betul dan keadaan penutup (tulisan Giselle) kena sama dengan dalam gambar. 

Pastikan juga muncung di bahagian atas tu betul. Kau tolak-tolak jelah sampai bunyi tu hilang. Faham ke idok? Jadi tiada masalah bunyi bising masa memasak pun. Tak faham rujuk gambar di bawah. 



Peringatan juga, hati-hati bila memasak guna Pressure Cooker tak kisah apa jenama sekali pun. Baca arahan betul-betul dan jangan buka secara melulu. 

Tunggu wap panas dibebaskan dan baca lah arahan dengan betul.

Update: Seminggu puasa tahun 2023,  Pressure Cooker Giselle dah tamat riwayat dia. Awalnya penutup dia crack lepas tu wayar dia ada masalah macam eletrik tak sampai. 

Aku fully utilize jadikan pan untuk masak lauk dan juga nasi. Apa pun banyak jasa  Pressure Cooker Giselle ni dekat keluarga aku. Berbaloi. 

April 2019 - April 2023


Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti?

Assalamualaikum. Bila masuk bulan Syawal ni ramai lah ambil kesempatan untuk buat puasa enam sebab bahang puasa masih membara. 

Kebanyakan wanita la yang ambil peluang sebab dah bercuti masa Ramadan dan nak ganti tu memang bercinta sangat.

Kalau buat lambat-lambat peluang nak ganti puasa tu makin tipis dan semakin tinggi cabaranya. Selalu orang akan tanya “boleh ke puasa enam di sekali kan dengan puasa ganti”. 

Kadang-kadang dah tahu jawapan dia tapi masih lagi nak tanya. Risau salah hukum pulak. Aku la tu. 


Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti?


Selain dari niat nak dapat pahala lebih dengan puasa sunat di bulan Syawal, puasa Enam juga salah satu cara untuk hentikan sekejap pesta makanan yang kita asyik duk hadap bermula satu Syawal hari tu. 

Bayangkan berapa banyak makanan sedap (baca: berlemak, tinggi kolestrol, tinggi gula dan garam) yang kita dah telan.

Confirmed banyak dari biasa kan? Mana ada beraya rumah orang tapi makan selain menu raya kan? Jadi dengan puasa Enam lah kita kawal semula badan dan selera makan kita. Kena sayang badan. 




Niat Puasa Enam Beserta Puasa Ganti


Dalam keluarga aku, kalau bab persoalan hukum agama aku akan rujuk dua orang akak aku sebab diaorang lepasan Agama. Mudah la sedikit nak tanya dan kurang malu. 
Masa duduk berborak kunyah maruku sempat la dapatkan jawapan nak puasa sekali gus ni. 


Hukum Puasa Enam disekali kan dengan Puasa Ganti 

Alhamdulillah ikut pandangan Ulama majoriti membenarkan puasa enam disekalikan dengan puasa ganti. Jadi tiada masalah nak ganti dan berpuasa Enam dalam satu masa. 

Aku suka rujuk lama web Mufti Wilayah kalau nak dapatkan keterangan lanjut. Rujuk http://www.muftiwp.gov.my aku kongsikan kesimpulan Mufti beri tapi aku galakan korang pergi baca artikel penuh untuk elak segala salah faham ok. 

Kesimpulannya, mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal. 

Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif. 

Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa.


Persoalan ganti puasa dah clear jadi jom lah kita sama-sama ganti puasa. Dapatkan balik berat badan masa puasa hari tu. Mujur tak terlajak jauh walhal dah telan bergelen air gula dan banyak ketupat dan rendang. 


Cerita Raya Kami 2019

Cerita Raya Kami 2019  

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya. Alhamdulillah setelah berhempas pulas satu bulan berpuasa, akhirnya Syawal disambut dengan jayanya. Raya tahun ni beraya di belah keluarga suami dahulu di Melaka dan hari raya ke tiga baru balik ke Pahang. Buat julung kalinya, keluarga di Melaka tak keluar beraya.

Semua sanak saudara serbu rumah mertua memandangkan ayah mertua adalah anak sulong dan mak antara anak yang paling tua dan masih hidup. Raya aku kali ni memang kebanyakan masa adalah di dapur dan memasak. Macam biasa la kan. Tapi tahun ni paling sibuk rasanya.



Raya Pertama di Melaka 2019

Aku sampai dari KL sehari sebelum Raya. Bertolak dari rumah pukul 9.30 pagi dan pukul 11.30 pagi aku dah sampai di rumah mertua. Perjalanan paling smooth setakat ni. Rasanya sebab semua dah balik awal jadi highway pun lengang.

Aktiviti raya pada hari pertama kami seperti biasa, bermaaf-maafan, tangkap gambar, bagi duit raya dan terima kunjungan tetamu. Malam Raya kami sibuk masak rendang, masak lodeh, rebus ketupat, dan sediakan pinggan mangkuk.

Dah jadi tradisi, setiap kali Raya mesti abang ipar akan beli sate dan bakar panas-panas untuk dihidangkan untuk tetamu. Memang meriah walaupun sedikit penat. Memang tak ada peluang nak pakai smart kalau kena kipas sate. Jadi, aku lebih rela duduk bahagian dapur refill makanan. Bijak kan? Masa raya ni lah semua ambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara. Meriah teruk, 

Raya Ketiga di Pahang

Raya masih diteruskan walaupun Raya ke tiga baru aku balik ke Pahang. Memang tahun ni giliran aku dan adik beradik lain beraya bersama keluarga mertua. Jadi Raya pertama hanya ada dua orang abang aku yang temankan mak. Raya ke tiga baru penuh rumah.

Masih meriah sebab Raya ke tiga kami masak Nasi Bukhari dan laksa Utara. Oleh sebab dah raya ke tiga kami sempat beraya di rumah adik arwah abah je di Felda Bukit Mendi. Itu pun sebuah rumah je. Kurang mood nak beraya sebab badan penat memasak. 

Secara rasminya kami tak ada gambar satu keluarga pakai baju raya sebelah Pahang. Tema Baju Raya sebelah Melaka ialah purple dan Raya di Pahang kami pakai warna Biru. Stress mak! Sempat tangkap gambar bersama suami je. Nak tangkap gambar satu keluarga macam nak berperang. 

Tradisi Bergambar Bersama di Hari Raya 


Dah jadi tradisi masa hari Raya la kami akan pastikan ada gambar bersama. Bayangkan kalau semua ada. Sepuluh beradik hanya seorang yang bujang. Ditambah dengan anak-anak memang kecoh jadinya sesi bergambar. Tak pelik kalau ambil masa sejam untuk siap tangkap gambar keluarga. kahkahkah.

Dalam gambar ada tiga beradik yang tak ada. Adik bawah aku, anak ke tujuh tak dapat balik raya sebab kena bertugas. Nasib kerja Jururawat begitulah. Lagi dua orang dah balik ke sarang masing-masing. 


Ahamdulillah masih lagi diberi peluang beraya bersama mak dan mertua dalam keadaan sederhana. Masing-masing dah dewasa nak hargai setiap detik yang ada. Bersyukur sangat dengan nikmat Allah beri. Semoga diberi kesempatan nak berpuasa dan beraya pada tahun hadapan.

Apa cerita raya korang? Harapnya yang indah-indah sahaja ya. Selamat Hari Raya. 

Review Telefilem Wakaf Dosa

Assalamualaikum. Korang ada tengok tak telefilem 'Wakaf Dosa' lakonan Dato Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina? Memang merembes air mata aku masa ayah dia meninggal dunia tu. 

Cerita ni aku rasa memang tepat sangat nak gambarkan apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita masa sekarang. Fitnah dan dosa tu dah jadi biasa. Sedihnya. 

Untuk korang yang terlepas tengok korang boleh tengok di Tonton.my atau pun YouTube TV3. Aku sangat-sangat setuju kalau korang tengok Telefilem Wakaf Dosa ni sebab ianya memang sarat dengan pengajaran. 


Tonton Telefilem Wakaf Dosa, Kisah Realiti Zaman Sekarang


Lakonan Dato Rosyam Nor memang tak perlu dipertikaikan lagi lah. Memang berjaya bawa watak yang dibenci oleh keluarga. Lagi satu pelakon yang aku rasa berbakat sangat ialah Sweet Qismina. 

Aku memang suka watak dia bawak. Dia dah berlakon banyak cerita dan aku memang minat dia dari dia berlakon cerita Elly & Epit tu lagi. Paling penting tak gedik. 


Tonton Telefilem Wakaf Dosa


Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa 

Bakri Zain seorang pelakon banyak merangkul anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan. 

Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. 

Puteri Najwa merupakan anak sulung Bakri kini dan sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Najwa ingin mengejar impiannya menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar. 

Berbeza dengan kejayaan ayahnya yang lebih menjurus ke ‘Dunya’, Najwa pula menjadikan ‘Akhirat’ sebagai titiannya untuk ke syurga. Namun, Najwa tidak pernah sesekali meragui atau ‘judgemental’ pada ayahnya.

Suatu hari, sebuah video skandal seks Bakri Zain bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Bakri terduduk dan terkelu apabila mendapat tahu tentang video itu. 

Bakri puas berfikir siapa yang sanggup memfitnah dan menganiayainya. Itu merupakan titik permulaan kehancuran ‘Bakri Zain’. 

Bakri mula tersedar yang dirinya jauh daripada Allah. Baginya agama itu adalah sekadar tanggungjawab terhadap keluarga sahaja tapi bukan untuk dirinya. Bakri akhirnya meninggal dunia akibat kemurungan berpanjangan. 

Sejak kejadian itu Daniel orang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah dengan menyebar video palsu itu mula dihantui perasaan bersalah dan tidak tenang. Daniel akhirnya bertemu dengan keluarga Bakri dan mengaku kesalahanya namun segalanya telah terlambat.


Pengajaran Dari Telefilem Wakaf Dosa

Korang tonton sendiri la cerita ni, memang geram je bila kena fitnah dan pedihnya anak-anak dan isteri percaya fitnah berbanding keluarga sendiri. Sampai ayah dia mati pun anak dan isteri dia masih percaya ayah dia bersalah. 

Bila dah tahu kebenaran baru nak meraung dan menyesal, Tak pasti la mak dia tu meninggal atau sekadar jatuh pengsan. 

Pengajaran lain aku dapat ialah berkaitan depresi. Depresi bukan mainan dan ianya masalah yang serius. Masa seseorang tu depresi la dia amat perlukan sokongan keluarga dan orang terdekat. Please jangan biarkan mereka yang alami depresi bersendirian. 


Warning message - Earnings At Risk Account Google AdSense

Warning message, Earnings At Risk Account Google AdSense


Dapat warning dari google AdSense yang earnings at risk sebab blog aku tak ada ads.txt file. Aku bukanlah faham sangat apa yang dimaksudkan dengan warning tu tapi kalau ikut pemahaman aku kena letak ads.txt dekat blog untuk beri kita lebih kuasa untuk kawal siapa yang dibenarkan meletakan iklan di laman web korang dan membantu mencegah inventori palsu. (Ayat google translate)

Earnings At Risk Account Google AdSense

Quick Update Before Long Holiday For Hari Raya!

Assalamualaikum. A quick update sebelum bercuti Raya. Tak pasti lagi akan ada entri sepanjang Raya sebab satu draf pun tak prepare. 

Ramadan kali ni paling terasa cepat berlalu. Setengah bulan berlalu begitu sahaja kerana di uji dengan kesihatan yang tak menentu. 


Batuk paling teruk dan lama aku rasakan. Dan Ramadan kali ni banyak ponteng sebab susu drop teruk sangat.

Mula-mula nak biarkan je dan teruskan puasa, tapi bila anak mula crancky, melalak, berkepit 24 jam sebab perut tak penuh aku jadi tak senang duduk. 

Walaupun anak dah mula makan makanan lain tapi tetap juga nak susu. Jadi aku cuba selang seli puasa.

 





Random Post | Quick Update Before Long Holiday For Hari Raya!

Kalau ikutkan tiga hari lagi kita nak Raya. Ramai juga kawan-kawan dah pulang ke kampung halaman masing-masing. 

Aku macam biasa, setiap tahun tak kira giliran rumah sendiri atau mertua mesti akan balik sehari sebelum Raya. Kebiasaan suami akan apply cuti selepas Raya. 

Korang raya mana tahun ni? Aku Raya pertama akan beraya di Jasin. Raya ketiga baru balik ke Pahang. 



Persiapan Hari Raya Satu Keluarga

Tahun ni persiapan untuk Raya satu keluarga rasanya paling mencabar. Paling susah nak cari saiz baju yang paling kecik untuk si Airis Safiya. 

Umur dah cecah setahun empat bulan tapi badan tak begitu selari dengan usia. Maka terpaksa la belikan gaun yang sesuai ikut tema. 

Tema kami Raya pertama adalah warna Ungu. Suami beli Kurta sebab baju Melayu dah banyak. Tahun ni teringin  nak pakai baju Kebarung. 

Oleh sebab kekangan saiz dan pilihan kami tak sedondon sangat pun. Asalkan ada warna ungu kira ON saja lah. Well, baju Raya pertama adalah Kurung Riau. 

Raya Pahang pula kami beli baju Biru. Juga masih tidak sedondon ya. ahhahaha. Suami dan anak pakai Kemeja Batik Biru, aku beli kebarung batik juga ada warna biru tapi corak berbeza. Arghh seteres beli baju je. 

Tempat shopping baju Raya pun berbeza-beza untuk satu keluarga. Baju Raya anak dan isteri beli di Kenanga, Baju Suami beli di Parkson Festival City, tudung Raya di Aeon Big Wangsamaju, 

Baju basahan juga beli di Parkson Festival City, baju basahan suami di Padini dan kasut di pelbagai kedai. Anak-anak je beli kasut. Aku malas sebab kasut Bata masih elok. Bila rosak baru beli lah. 



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Sebelum Ramadan yang mulia melabuhkan tirai, aku harap kita semua sempat capai apa sahaja target yang telah kita tetapkan. Tahniah mana yang berjaya. 

Aku walaupun tak semua tercapai tapi Alhamdulillah aku puas hati. Ada bahagian yang perlu aku improve in sya Allah aku improve. 


Ramadan yang menggembirakan bagi aku. Semoga dapat bertemu Ramadan di tahun hadapan. 


Selamat Hari Raya 

Maaf Zahir Batin!

Jack ‘N Jill Calbee Snek Untuk Kaki Wayang

Hanya dengan makan Jack ‘N Jill Calbee korang berpeluang untuk memenangi tiket ke Universal Studios Singapore, pass masuk ke ruang akses TGV Beanie, tiket eksklusif tayangan perdana dan banyak lagi. 

Peminat snek Jack ‘n Jill harus lah rebut peluang ni. Snek kentang baru Jack ‘n Jill Calbee kini bukan sahaja menawarkan para peminat snek peluang untuk merasai keenakan kerepek kentang tahap luar biasa malahan peluang menikmati pengalaman menonton filem yang esklusif. 

Jack ‘N Jill Calbee Snek Untuk Kaki Wayang 


Jun ini, Jack ‘n Jill Calbee bakal memikat hati setiap kaki wayang dengan hadiah-hadiah peraduan yang diilhamkan daripada tayangan filem, berserta promosi jualan di pasar raya dan tayangan perdana eksklusif pada awal Julai nanti.




Tiga Variasi Perisa Terbaru Jack ‘N Jill Calbee


Pelancaran Jack ‘n Jill Calbee di Malaysia bulan Januari lalu merupakan hasil usaha sama di antara URC Snack Foods Malaysia yang terkenal dengan jenama "Jack ‘n Jill", dan "Calbee" yang merupakan pengeluar rangkaian kerepek kentang terkemuka di Jepun. 

Sejak dilancarkan, keluaran tiga variasi perisa terbaru Jack ‘n Jill Calbee iaitu Classic Salted, Smokey BBQ dan Flamin’ Chilli telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan dari peminat snek. Emmanuel B. Puno, SVP URC Indonesia, Malaysia dan Singapura berkata "2019 dijangka menjadi tahun untuk filem ‘blockbuster’. 

Memandangkan para penonton wayang dan video sentiasa menginginkan snek berkualiti serta enak dimakan, kami berharap Jack ‘n Jill Calbee akan menjadi pilihan utama snek yang dinikmati ketika menonton filem kegemaran mereka.”




Cara Menyertai Peraduan Jack ‘N Jill Calbee


Jack ‘n Jill Calbee akan memberikan tiket TGV Beanie kepada 200 pemenang bertuah bagi menikmati pengalaman eksklusif sewaktu menonton filem, serta Hadiah Utama yang merupakan pakej percutian ke Universal Studio Singapura untuk 2 orang. 

Untuk menyertai peraduan ini dan berpeluang memenangi hadiah tersebut, peminat snek kentang hanya perlu membeli Jack ‘n Jill Calbee bernilai RM8 dan tag nama seorang rakan baik di bahagian komen Facebook peraduan Jack ‘n Jill Calbee.


Movie Premiere Night” Jack ‘N Jill Calbee

Pada awal Julai nanti, Jack 'n Jill Calbee juga akan menganjurkan “Movie Premiere Night” dengan tayangan eksklusif filem adiwira di IMAX TGV One Utama, di mana penggemar snek kentang yang dijemput akan menikmati sesi menonton wayang yang mengagumkan. 

Bagi menebus tiket ke “Movie Premiere Night” Jack ‘n Jill Calbee, peminat snek boleh mengunjungi lokasi promosi Jack ‘n Jill Calbee di pasaraya Aeon sekitar Lembah Klang yang terpilih. 

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk di talian yang tertera di bawah, atau layari laman 



Tentang URC Snack Foods (M) Sdn Bhd

URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd., ialah sebuah anak syarikat Universal Robina Corporation dari Filipina, yang mengilang dan mengedar Kerepek Kentang Jack ‘n Jill yang popular di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1982 dan memulakan operasi komersial pada 1984. 

Sejak itu, URC telah berjaya mengembangkan produknya daripada sekadar berasaskan kerepek kentang kepada pelbagai snek makanan lain yang berada di bawah penjenamaan Jack ‘n Jill. 

Di antara makanan snek yang dihasilkan termasuklah jenama “Roller Coaster”, “Potato Chips”, “Jigs”, “Corn Curls” dan “Chiz King“. Selain itu, URC turut menghasilkan produk-produk lain seperti coklat “Cloud 9” dan “NIPS”, biskut “Cream-O” dan “Magic”, serta gula-gula “Cloud 9” dan “Dynamite”. URC Malaysia juga mengeksport produknya ke 15 buah negara di Asia Pasifik dan Timur Tengah. 


Tentang Calbee Foods Co. Ltd

CALBEE, Inc. merupakan pengeluar dan pengedar makanan snek dan bijiran terkemuka Jepun. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1949 dan mula membangunkan teknologi bagi menghasilkan produk biskut tawar tepung gandum pada 1955. 

Syarikat ini telah memperluaskan produk dan pasarannya ke Amerika Syarikat pada tahun 1970, seterusnya diikuti dengan Thailand, Hong Kong, dan China. Kini Calbee, telah dikenali di seluruh dunia dengan mengusahakan produk-produk yang unik menggunakan sistem kawalan yang bermutu tinggi bagi menjamin makanan yang berkualiti, selamat, lazat dan menyeronokkan untuk pengguna di seluruh dunia.

Lagu Raya 2019, Seru Hari Lebaran Duet Syamel & Ernie

Lagu Raya 2019, Seru Hari Lebaran Duet Syamel & Ernie

Assalamualaikum. Korang dah dengar lagu Raya 2019? Ala lagu duet Syamel & Ernie tu. First time dengar hari tu terus terpikat sebab dia ala-ala etnik kreatif gitu. Lembut je Ernie ni menyanyi. Dah memang aku suka gandingan duet #syanie ni.  Tajuk lagu ni ialah Seru Hari Lebaran. Bila dengar rasa Old Skoll gilos. Rasa nak menari tarian Melayu pun ada juga. Korang tengok sendiri la muzik video dia.

Ucapan Hari Raya

Dah tak lama lagi nak raya kan? Jadi aku ambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada terkasar bahasa tersilap kata dan segala kelemahan aku berkongsi dalam blog yang mungkin mengguris hati korang. Maaf ya. 

Selamat beraya dan jaga kesihatan. 

Tajuk Lagu: Seru Hari Lebaran 

Artis: Syamel & Ernie

Lirik

Seru lebaran merdu dilangit
Membelai jiwa di subuh hening
Dalam kasih ku menunggu
Saat manis kau dan aku

Setiap kali raya menjelma
Syukur aku pada yang Esa
Kerna masih kita bertemu
Di pagi raya penuh syahdu

Chorus
Ramadhan yang pergi  menguji kita
Betapa nikmatnya erti bersama
Lebaran yang suci mengajar kita
Syukuri nikmat yang tuhan berikan

Di pagi syawal yang mulia ini
Maniskan senyuman tuluskan hati
Bersaksi lebaran yang suci ini
Berjanjilah kita hidup semati

#syanie raya duet #seruharilebaran

Resepi Roti Jala, Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum. Aku tengah rajin berkongsi resepi makanan di blog memandangkan kita sedang berpuasa. 

Baru-baru ni aku teringin nak makan roti jala dan kebetulan salah satu menu berbuka pada hari tu ialah kari ayam. 

Resepi Roti Jala, Juadah Berbuka Puasa 

Dah alang-alang, terus la google resepi roti jala. Ini cubaan pertama aku buat roti jala. Tak sangka mudah je nak buat. 


Resepi Roti Jala mudah

Resepi Roti Jala


Acuan roti jala ni dah lama aku beli. Memang stand by dekat rumah untuk situasi yang macam ni la. tiba-tiba teringin. Aku tidak mengandung ya. Hahahaha. 

Apa yang aku belajar buat roti jala ni hanya perlukan kesabaran. Sebab dia buat satu demi satu. Lepas tu cara ko bentuk kan corak jala tu dan cara melipat juga penting. 

Salah arah maka jadi lah roti jala terburai. Alah tapi tak susah lah. Confirm korang boleh buat jugak. 
Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Roti Jala:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
½ cawan minyak
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning - aku buat versi pink pastel



Cara membuat:

Masukan kesemua bahan di atas ke dalam blender dan kacau dengan sudu. Kemudian blend sehingga semuanya sebati. 

Tapis bancuhan dengan penapis. Masukkan ke dalam botol acuan. 

Goreng tanpa minyak di atas non-stick pan. Buat la bentuk jala secara garis empat segi (sila google) atau bulat-bulat macam aku buat. 

Siap. 


Kalau buat roti jala sebagai menu berbuka elak masak di saat akhir sebab kalau makan roti jala sekali makan atleast 3 keping. 

Boleh berebut tarik rambut kalau tak cukup. Pepandai la korang timing masa. Aku cakap sebab hari tu aku buat 30 minit sebelum berbuka dan memang habis sekelip mata. 

Tak pepasal berbuka dekat dapur sambil buat roti jala. Selamat mencuba.