Tarikan Terbaharu Taman Buaya & Rekreasi Melaka

Melaka memang terkenal sebagai destinasi percutian pilihan ramai kerana banyak aktiviti dan tempat menarik untuk dikunjungi.

Selain banyak tempat menarik dan menjadi tumpuan pelancong sebagai Kota Bersejarah, Melaka juga turut dikenali dengan makanan seperti asam pedas dan dodol cair. 

Rugi kalau tak cuba. Dua kedai yang selalu Diah singgah kalau nak makan Asam Pedas Melaka. 

Rumah Asam Pedas Melaka  |    Restoran Berkat Salam


Tarikan Terbaharu Taman Buaya & Rekreasi Melaka 

Taman Buaya & Rekreasi Melaka adalah antara tempat menarik di Melaka perlu korang lawati jika bercuti di Melaka.

Tempat dia strategik sebab berdepan, di seberang jalan adalah ZOO MELAKA. 

Ditambah pula dengan tarikan terbaharu, memang teruja bawa anak-anak bercuti ke sini. Dah ada mini waterpark ya.

Taman-Buaya-Melaka


Kali terakhir kami datang sini adalah lebih kurang Sembilan tahun yang lepas. Waktu Ikhwan masih kecil baru nak kenal haiwan.

Kalau sebelum ni hanya ada sangkar buaya, sekarang dah ada tarikan baru dan penambahbaikan fasiliti untuk menarik pelancong datang ke sini.

Tarikan baru seperti Lovebird Paradise, Burung Emu, sangkar Aviary, Kura-Kura, Rumah Reptilia, Kandang Arnab, Miniatur Malaysia dan Taman Mini Rekreasi Air. 

Nak pusing-pusing naik kuda pon ada tau. Ada ponny Ride sesuai untuk anak-anak. 


sangkar-burung-Taman-Buaya

100 jenis buaya

Bukan satu atau dua tapi 100 jenis buaya yang boleh korang jumpa ada di Taman Buaya & Rekreasi Melaka.

Terdiri daripada buaya tembaga, jejulung, siam dan caiman menjadi antara tarikan sempena musim cuti persekolahan ini.


buaya-tembaga-Taman-Buaya-Melaka


Lovebird Paradise

Dalam sangkar Lovebird Paradise menempatkan lebih 70 ekor burung spesis nuri atau kakak tua yang berasal dari Afrika.

Burung Nuri ni memang cantik, ada pelbagai warna. Setiap satu ada pasangan masing-masing. Romantik dan manja je bermain dalam sangkar.

Saiz dia kecil je tapi sangatlah aktif. Tak berhenti dia berbunyi. Dia menyanyi gembira agaknya. Terhibur tengok keletah burung Nuri.


Lovebird-Paradise-Taman-Buaya-Melaka

Sangkar Aviary

Dalam sangkar Aviary pula ada pelbagai spesis unggas dan sangkar lebih besar. Pengunjung boleh masuk dan lihat dengan jarak lebih dekat.

Antara haiwan yang ada seperti ayam hutan, itik belibis, ayam api-api, ayam belanda dan angsa. Haiwan dalam sangkar tu jinak mungkin dah terbiasa dengan kehadiran pengunjung datang setiap hari.


Sangkar-Aviary

Sangkar-Aviary-Taman-Buaya-Melaka


Kolam Mandi

Tak sangka dah boleh mandi manda dalam Taman Buaya. Saiz kolam tidak terlalu besar cukup untuk anak-anak bergembira.

Disediakan meja dan kerusi, tempat berehat untuk ibu bapa yang menunggu anak-anak dan juga bilik persalinan.


Kolam-Mandi-Taman-Buaya-Melaka


Taman Mini Miniatur Malaysia

Di depan pintu masuk, pengunjung akan melalui Taman mini Miniatur Malaysia terlebih dahulu sebelum ke kandang buaya.

Terdapat 14 monumen bersejarah kebanggaan Malaysia dibina sebagai tarikan pelancong. Pentingnya monument-monumen ini sebagai mengenang jasa tokoh terdahulu serta memupuk semangat cintakan negara terutama kepada generasi muda.

Contoh monumen yang dibina seperti KLCC, Jambatan Pulau Pinang, Bangunan Merah Melaka, Tugu Negara dan banyak lagi.

Taman-Mini-Miniatur-Malaysia-Taman-Buaya-Melaka

Kandang Arnab

Kami singgah di kandang Arnab waktu akhir sekali sebelum balik. Kiranya dah agak lewat petang. Arnab ada tapi semua macam takut-takut nak keluar dari kandang.

Ikutkan pengunjung boleh bermain dan beri makanan kepada Arnab. Anak-anak pasti gembira. Tapi waktu tu Arnab dah kenyang jadi dia kurang aktif bergerak.

Kandang-arnab

Ada beberapa tarikan dekat atas ni ada yang dah wujud lama dah dan dinaik taraf menjadi lebih baik. Jadi tidak la bosan kalau datang sini. Tandas dekat sini terjaga dan bersih. 


Tiket Masuk ke Taman Buaya Melaka

Masuk percuma untuk kanak-kanak berumur kurang daripada lima (5) tahun.

Waktu Operasi: 9:00 pagi - 6:00 petang | 7 hari seminggu, termasuk cuti sekolah & cuti umum. 

 Dah masuk dalam boleh beli makanan untuk haiwan. 

Harga-tiket-Taman-Buaya-Melaka

Jadi Taman Buaya Melaka adalah destinasi korang patut singgah kalau nak habiskan masa yang singkat tapi berkualiti dengan anak-anak. 

Betul lah pengalaman itu mendewasakan. Dah ada anak tiga ni, bukan tempat mahal dan besar jadi ukuran tapi asalkan dapat tarik minat anak-anak tempat besar dia sekangkang kera pun anak-anak akan gembira. 

Animal-show-time-Taman-Buaya-Melaka

Singgah Mango Float Sungai Putat

Selepas selesai tengok haiwan di Taman Buaya & Rekreasi Melaka, cuaca boleh tahan mencabar panas dia. Tekak semestinya teringin nak minum benda sejuk-sejuk. 

Jadi kami ke Mango Float Sungai Putat. Sebelum ni pernah lalu nampak meriah sangat jadi decide nak cuba. 

mango-float-sungai-putat

Pendapat peribadi, Diah lebih suka rasa Mango Float Royale Melaka dekat Simpang Ampat. Rasa mango Float dekat sini biasa je. 

Mungkin sedikit berbeza dia letak topping mango pearl, tapi tiada rezeki kami hari tu mango pearl tu habis. 

mango-float-sungai-putat-Melaka

Orang beratur memang ramai. Jadi beli jelah secawan dua buat rasa-rasa. Ubat rasa kecewa beratur beli cendawan dan keropok lekor cheese. 

Tak duduk makan dekat situ sebab penuh dengan manusia. Kami tapau dan makan di tempat lain. 

Keropok-cheese-mango-float-sungai-putat

Cara Membuat Next Page & Pervious Page Di Blogspot

Diah pernah kongsikan template blog lama yang Diah pernah guna sebelum ni ada sedikit masalah. Memang masalah sejak azali bila guna dalam tempoh lebih setahun, pasti akan muncul masalah berkaitan kotak komen.

Pembaca boleh komen tapi Diah takboleh nak balas. Pernah juga timbul masalah tak boleh tinggalkan komen kalau buka blog guna ‘device’ selain komputer riba.

Entah disebabkan template percuma atau masalah teknikal lain. Tidak pasti lah. Pembaca boleh tinggalkan komen dan Diah boleh ‘approve’ tapi tak boleh balas.

Sedih juga.  

 

Tutorial-tambah-Next-Page-Pervious-Page-Di-Blogspot

Cara Membuat Next Page & Pervious Page Di Blogspot

Memandangkan dan buat carian di google tentang masalah kotak komen dan Diah sendiri tidak ada ilmu berkaitan teknikal jadi langkah terbaik di ambil ialah tukar template blog.

Kalau perasan template blog Diah yang baru ada header blog, lebih kemas dan tak sakit mata memandang.

Ada hikmahnya juga apa yang terjadi dan setakat ini lepas siap pasang template semuanya puas hati. Dalam duk puas hati akhirnya terperasan juga sedikit kekurangan.

Kalau template sebelum ni ada simbol Next page & Previous page di bahagian bawah / hujung artikel tapi template yang baru ni tiada simbol tu.

Jadi agak menyusahkan kalau nak baca artikel sebelumnya atau selepasnya. Seperti biasa, segala tutorial akan di rujuk di Youtube dan banyak video dari Negara India.

Ikut nasib, ada yang guna Bahasa Inggeris senang nak faham.


Cara-Membuat-Next-Page-Pervious-Page-Di-Blogspot


 

Tutorial Membuat Next Page & Pervious Page Di Blogspot

Selain menonton tutorial di Youtube, Diah juga terjumpa artikel yang dikongsikan oleh Techyleaf.in 

Mudah dan straight foward je arahan dia. Mari Diah tunjukkan cara nak buat simbol Next Page & Pervious Page Di Blogspot.

 

Langkah 1

Login Blogger – Tema > Edit HTML

 

Langkah 2

Klik ctrl + F dan cari kod <data:post.body/>

 

Langkah 3

Copy code di bawah dan letakkan di bawah kod yang di cari tadi


<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot; '>

<div class='K2_Pre_Next'>

<b:if cond='data:olderPageUrl'>

<a class='pre-btn' expr:href='data:olderPageUrl'>

<div class='icon'><svg class='h-6 w-6' fill='none' stroke='currentColor' stroke-width='2' viewBox='0 0 24 24' xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'><path d='M11 19l-7-7 7-7m8 14l-7-7 7-7' stroke-linecap='round' stroke-linejoin='round'/></svg></div><div class='label'>Previous</div></a>

</b:if>

<b:if cond='data:newerPageUrl'>

 <a class='next-btn' expr:href='data:newerPageUrl'>

 <div class='label'>Next</div>

 <div class='icon'><svg class='h-6 w-6' fill='none' stroke='currentColor' stroke-width='2' viewBox='0 0 24 24' xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'><path d='M13 5l7 7-7 7M5 5l7 7-7 7' stroke-linecap='round' stroke-linejoin='round'/></svg></div></a>

</b:if>   

</div>

</b:if>

 

Langkah 4

Klik ctrl + F dan cari kod ]]></b:skin>  ATAU  </style>

Tambah kod CSS seperti di bawah ini dan paste di atas kod yang di cari tadi.

 

/* CSS code for previous-Next button */

.K2_Pre_Next .icon {width: 20px;height: 20px;}

.K2_Pre_Next {display: flex;position: relative;margin-top: 24px;}

.K2_Pre_Next .pre-btn,.K2_Pre_Next .next-btn {display: flex;align-items: center;justify-content: center; gap: 8px;font-family: "Inter", sans-serif;background: #ff1a75; color: #fff;text-decoration: none;padding: 8px 24px;font-size: 16px;min-width: 150px;box-shadow: rgba(0, 0, 0, 0.15) 1.95px 1.95px 2.6px;width: 50%;border-left:1px solid; border-right:1px solid;}

.K2_Pre_Next .pre-btn:hover,.K2_Pre_Next .next-btn:hover{background: #3a8f7b;}

.K2_Pre_Next .next-btn {position: absolute;right: 0;}

.K2_Pre_Next .pre-btn:hover .icon {animation: nav-prev-anim 300ms alternate infinite;}

.K2_Pre_Next .next-btn:hover .icon {animation: nav-next-anim 300ms alternate infinite;}

@keyframes nav-prev-anim { to {transform: translateX(4px);}}

@keyframes nav-next-anim {to {transform: translateX(-4px);}}

 

 Sebelum tekan butang save tekan preview dahulu. Jika tiada masalah boleh lah save dan semak simbol  Next Page & Pervious Page berfungsi atau tidak.

Untuk yang nak tambah butang Next Page & Previous Page boleh guna cara yang Diah tunjuk ni. Semoga bermanfaat untuk korang yang membaca. 

Persiapan Nak Sambut Puasa & Raya

Bahang kesibukkan dah mula terasa. Walau dari awal dah tahu yang tarikh mula Puasa, sesi persekolahan 2023 dibuka & Hari Raya tu dekat-dekat je.

Masih lagi terasa penat dia walau dah cuba rancang sebaik mungkin segala perkara. Macam baru semalam hadiri majlis Anugerah anak-anak, tup tup lagi seminggu sekolah di buka.

Anugerah Kecemerlangan Sekolah

Sebagai seorang suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak, Diah akui agak kelam kabut. Mana tidaknya semua plan tergalas dekat bahu kita.

Persiapan-Nak-Sambut-Puasa


Persiapan Nak Sambut Puasa & Raya

Untuk persiapan menyambut puasa dan raya tahun ni semuanya di buat secara sederhana. Memandangkan tarikh-tarikh penting berlaku dengan jarak yang sangat dekat jadi kena bijak atur masa. 

Baru selesai beli baju suami dan anak-anak untuk Raya sebelah Melaka. Oh tahun ini adalah giliran beraya di kampung suami. 

Apa warna trending raya 2023? Ikut carian, Digital lavender merupakan color yang telah dipilih sebagai warna utama tahun 2023.


Persiapan-Nak-Sambut-Raya



Diah tak ikut sangat warna trending. Lebih kepada perbincangan warna apa yang belum pernah kami pakai dijadikan tema Raya. 

Jadi kami sepakat pilih warna Biru dan Hijau. Nanti kita kongsi kisah raya pula. Berdoa sangat diberikan masa yang cukup untuk kongsi segala perkara. 

Untuk kuih Raya masih belum keputusan lagi. Ikut tahun-tahun sudah banyak beli kerepek dan kuih Ros. Bukan apa Biskut Raya macam tak laku sangat dekat rumah ni. 

kehidupan-manusia


Beli sekadar nak menjamu tetamu yang datang. Itu pon akan last minute juga kalau ada niat nak membeli. 

Sampul Raya Diah dah beli awal sebab terpikat dengan design sampul Raya mengikut negeri. Plan asal nak simpan sebagai kenangan ya.

Bersifat patriotik sangat tiba-tiba. Tekan link bawah kalau nak beli. Cantik ya. Banyak lagi design boleh dipilih. 

LINK INI - SAMPUL DUIT RAYA versi negeri yang viral 

sampul-duit-raya-versi-negeri


Terasa Bahang Nak Sambut Puasa & Raya

Suami semestinya ada dekat sebelah beri sokongan, tapi memandangkan Diah sandang jawatan paling tinggi bila uruskan hal rumah mestilah tekanan tu lebih dekat diri sendiri. 

Tidak pasti ibu dan suri rumah lain, semua berjalan lancar agaknya ya. Ini tahun ke empat Diah menjadi suri rumah / penulis blog / content creator sepenuh masa. 

Syukur masih diberi kepercayaan oleh client untuk terus berkarya. Selagi ada rezeki Diah buat sahaja. Tahun 2023 agak terkesan dengan kos hidup yang semakin lama semakin tinggi. 

Nafsu kena kawal dan banyak benda dalam senarai nak beli kena tangguhkan dulu. Sejukkan hati dengan ayat, “kalau kita rasa susah tak cukup semua benda, masih ada orang lagi susah dari kita”. Insaf sekejap. 


Sibuk Dengan Urusan Hidup Dunia

Kesibukkan bermula dengan aktiviti persekolahan anak-anak, rombongan sekolah, jamuan akhir tahun, Majlis Aspresiasi Kemenjadian Sekolah, uruskan pendafaran Tahun 1 & beli kelengkapan sekolah

Sekarang cikgu dah mula update sesi persekolahan baru pula. Group whatsapp dah mula meriah dengan pesanan mesra cikgu-cikgu dan juga salam perkenalan ibu bapa.

Selain sibuk dengan urusan sekolah, aktiviti penuh dengan jumpa kawan-kawan, hadiri Bachelorette party kawan satu pejabat, hadiri majlis perkahwinan di Alor Setar, teman emak untuk temujanji bulanan di hospital.

Hadiri juga acara yang dianjurkan oleh “marketing agency”, keluar buat konten dekat luar dan macam-macam lagi lah.

Banyak perkara nak kongsi tapi masa seakan mencemburui. Emosi tak usah cakap turun naik macam roller coaster. Along the way banyak kenangan tercipta dan banyak detik manis, pahit, masam tercipta.

Apa pun perancang korang, mari kita doakan semuanya berjalan lancar.

Selamat menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak, semoga kita diberi peluang untuk beribadah, mendapat pengampunan dari Allah, dimudahkan segala urusan dunia akhirat.


Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA Tampil Dengan “Selera Nusantara”

Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian.

Kali ini mereka kembali lagi dengan majlis Buffet Ramadhan 2023 bertemakan ‘SELERA NUSANTARA’ yang bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

Menampilkan Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian yang bakal menarik hati semua peringkat umur.

Buffet-Ramadhan-Selera-Nusantara-Dewan-Bankuet-MBSA

Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA Tampil Dengan “Selera Nusantara”

Khas buat yang datang berbuka di Dewan Bankuet MBSA nanti ada gerai yang menyajikan KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA. 

Ada juga DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa mereka seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub.


menu-Buffet-Ramadhan-Selera-Nusantara-Dewan-Bankuet-MBSA


Ada juga ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.

Buat pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah- buahan.

pakej-Buffet-Ramadhan-Selera-Nusantara-Dewan-Bankuet-MBSA


Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis.

Ada juga pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.


harga-Buffet-Ramadhan-Selera-Nusantara-Dewan-Bankuet-MBSA

 

Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA

Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.

Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 24 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.

 

Tarikan Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA

Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.

Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kid corner’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.

Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa

untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan.

Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini.

Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com atau rujuk media sosial mereka

Tiktok     |      Facebook      |     Instagram 

Buffet Ramadan Smoked Kingdom Skydining By Don Daniyal

Sekiranya anda mencari tempat berbuka puasa yang menarik di Kuala Lumpur dengan pemandangan yang memukau, restoran Smoked Kingdom By Don Daniyal adalah tempatnya.

Bukan sahaja menghidangkan pelbagai hidangan yang enak dan lazat, anda juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam bersama yang tersayang sewaktu berbuka.

Baru-baru ini Diah berkesempatan menghadiri majlis pelancaran buffet Al Mubarak Smoked Kingdom By Don Daniyal bertempat di 118 Skydining, Wangsamaju.

 

buffet-Ramadan-Al-Mubarak-Buka-Puasa-Di-Smoked-Kingdom



Buffet Ramadan Smoked Kingdom Skydining By Don Daniyal

Sempena Bulan puasa yang bakal tiba, Smoked Kingdom By Don Daniyal melancarkan Buffet Al Mubarak yang akan berlangsung di sepanjang Bulan Ramadan.

Buffet bermula pada 24 Mac sehingga 19 April 2023, dari jam 6.30 petang sehingga 9.00 malam (ala carte bermula pada pukul 8 malam) sepanjang bulan Ramadan.

Smoked Kingdom By Don Daniyal merupakan Restoran milik bersama Penceramah selebriti terkenal Malaysia, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bersama dua rakan niaga iaitu Muhammad Hilmi hayat & Muhammad Zaki Yusof.


menu-buffet-Ramadan-Al-Mubarak-Buka-Puasa-Di-Smoked-Kingdom



Restoran Smoked Kingdom By Don Daniyal yang terletak di Wangsamaju ini adalah merupakan salah satu daripada tiga cawangan di sekitar Malaysia. Konsep buffet di setiap outlet adalah berbeza. Jadi tak salah kalau nak mencuba di ketiga-tiganya.

  • Ayer 8, Putrajaya
  • Vista Alam, Shah Alam
  • 118 Skydining, Wangsa Maju

Kali ini mereka mengetengahkan makanan dengan tema ‘Moroccon Style’ yang mana menggunakan rempah ratus terkenal Morocco dalam masakan.

Antara menu kena cuba sekiranya anda berpeluang untuk ke sini adalah seperti Kambing Bakar, Kurma Daging, Ayam Bawang, Gulai Ikan Bendi, Sambal Sotong, Sup Ayam Berempah, Bubur Lambuk dan banyak lagi juadah berbuka puasa yang sedap.

Khas di bulan puasa nanti akan disediakan photo booth untuk pelanggan bergambar dan jika bertuah boleh berbuka puasa bersama-sama dengan Ustaz Don Daniyal.


Harga Early Bird (1 Mac - 22 Mac 2023) Discount 10% off

Dewasa - RM99++

Kanak-kanak - RM69++

Warga emas & OKU - Discount 30% off

(Harga sebelum tax) 

RSVP for booking: 013-8980839 


Psst : Nak booking untuk kumpulan besar? Ada special rate dan boleh bayar ansuran 3 bulan tau!

 


Smoked-Kingdom-Don-Daniyal



Makan Buffet Ramadan, Peluang Memenangi Emas & Motor


Makan buffet ramadan boleh menang Emas & Motor? Ya memang betul! Hanya di Smoked Kingdom By Don Daniyal, pelanggan berpeluang untuk menang emas dan motor sebagai hadiah utama.

Istimewa Ramadan kali ini, Smoked Kingdom ingin berkongsi rezeki dengan pelanggan Buffet Al Mubarak & berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM10,000‼️

Dengan setiap pembelian buffet, anda layak untuk mengambil bahagian di dalam peraduan ini. Pilih saja mana-mana outlet yang anda suka.

1 x Motosikal (Hadiah Utama)

1 x Emas bernilai RM3,000 (Early Bird)

6 x Wang Tunai RM250 (Hadiah Mingguan)



buffet-Ramadan-Al-Mubarak

buffet-ramadan-bulan-puasa

buka-puasa-di-smoked-kingdom




Sambutan Hari Wanita

Majlis pada hari itu juga meraikan Sambutan Hari Wanita 2023, dan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, mereka telah menjemput Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Kuala Lumpur & Selangor (WITUS) serta wakil dari Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) untuk memeriahkan majlis.

“Sesungguhnya kedudukan wanita sentiasa dimuliakan Nabi dan juga para sahabat. Islam juga menganjurkan cara menjaga kasih sayang sesama makhluk iaitu dengan memberi salam serta memberi makan – Ustaz Don”

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Penceramah selebriti terkenal Malaysia, Ustaz Don Daniyal, tetamu VIP – Imam Muda Megat Mohd Zaid bin Megat Azamudin serta pelakon Irma Hasmie.

 

sambutan-hari-wanita-buffet-ramadan-Di-Smoked-Kingdom

sambutan-hari-wanita-buffet-Di-Smoked-Kingdom


Jika anda suka dengan makanan citarasa Kampung, western dan juga Asian, pastikan anda tidak terlepas mencuba makanan di sini.

Jangan lupa juga ajak keluarga dan kawan supaya lebih tinggi peluang untuk menang motor dan emas. Kena ingat tau, yang slot adalah terhad setiap hari.  Tempah sekarang & mungkin awak pelanggan bertuah yang mereka cari!


Lunch Buffet Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Hari tu kami ramai-ramai menikmati lunch buffet di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Tetapi disebabkan jadual yang agak padat, artikel ini sedikit lambat diterbitkan. 

Sudah jadi kebiasaan, mana-mana tempat yang Diah pergi dan boleh beri boleh manfaat kepada yang membaca perkongsian penulisan di blog ni semestinya Diah akan catat untuk kenangan dan rujukan di masa depan.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail terletak di Taman Botani Perdana, Jalan Tanglin Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Tugu Negara.

Dekat juga dengan Menara Kuala Lumpur. Boleh Hi Tea di Restoran Berputar Atmosphere 360.

Restoran Rebung adalah dimiliki oleh Dato Chef Ismail dan angkasawan Negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha. 

Suka datang sini disebabkan makanan dan kemudahan parking khas bertingkat dan dekat dengan taman untuk riadah. Jadi lepas makan memang kami singgah ke Taman Botani Perdana.


Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Lunch Buffet Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Ini merupakan lunch date adik beradik walaupun tak semua dapat commit tapi Diah hargai usaha adik beradik yang sudi luangkan masa hujung minggu.

Kita faham lah bila masing-masing dah ada keluarga, ada komitmen dan ada yang bekerja pada hujung minggu.

Apa pun sesi makan-makan kami cukup meriah. Kebiasaan kami sebelum ni akan buat pot luck. Masing-masing (baca para isteri) akan masak lauk dan bawa menu yang disukai ramai.

Kami akan pilih satu rumah dan makan bersama-sama. Tapi semenjak dua menjak menginjak usia rasa macam penat sangat nak hadap pinggan mangkuk dan kena masak.



family-reunion-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail



Sudahlah hari biasa kena masak untuk keluarga. Penat ya. Jadi ambil jalan mudah kita makan dekat luar sajalah. Mudah bukan.

Nak cari menu yang semua suka dan tempat yang selesa jadi kita pilih makan masakan Melayu kena dengan tekak.

Sebelum ni kami dah pernah beberapa kali makan di Restoran Rebung. Dulu waktu bekerja, syarikat tempat Diah bekerja suka bawa staff makan di Restoran Rebung. 

Pernah jumpa Dato Chef Ismail, memang peramah orangnya. Tak lokek senyuman. Ringan je mulut tu bertanya khabar dan minta feedback.

Rasanya dia dengan staff mesti tegas. Itu tekaan Diah sajalah. Nampak dia punya effort nak pastikan pelanggan datang kenyang dan puas hati.

Dalam entri kali ni, Diah minta maaf tak dapat nak kongsi banyak gambar set up buffet dia. Waktu hari kejadian memang full house.

Dekorasi restoran memang Chef ambil berat sebab nak timbulkan mood tu. Boleh tengok Instagram rebung ya.


lunch-di-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Makanan memang banyak dan cukup untuk semua pelanggan. Maklumlah bila dah berjumpa adik beradik, memang tak sempat ambil gambar.



Cara Booking Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Mari Diah kongsikan cara nak booking kalau nak makan di Restoran Rebung Dato Chef Ismail. Nombor telefon restoran boleh guna no ini – 03 -2276 3535 / 2525

Dinasihatkan supaya telefon seminggu awal, paling tidak dua atau tiga hari lebih awal untuk buat tempahan dan jangan walk in sebab ramai pelanggan terutama hujung minggu.


booking-Lunch-buffet-Restoran-Rebung


Untuk kes Diah, kami tempah untuk 20 pax termasuk kanak-kanak. Jadi bilangan kami agak ramai dan waktu buat tempahan, staff dah beritahu yang tempat hampir penuh.

Dia akan cuba arrange supaya kami dapat makan di kawasan aircond atau worst case scenario kami akan dapat meja di bahagian luar berdekatan dengan stall makanan panas. Situ harapkan kipas sajalah.

Tapi dia beritahu juga yang selalu akan ada pelanggan yang batalkan tempahan saat akhir jadi jangan risau.

Diah sedapkan hati dan berdoa dapat tempat selesa cukup dah. Syukur waktu hari kejadian kami dapat duduk di bahagian dalam berdepan dengat stage.

Selalu ada orang buat persembahan, main alat muzik. Dapat dua meja besar. Besar dan selesa untuk kami.

Segala pembayaran dilakukan pada hari kejadian secara tunai. Waktu kami makan, ada staff yang datang untuk sahkan jumlah tempahan dengan jumlah pelanggan yang datang.

Dia beri sekeping resit untuk rujukan waktu pembayaran. Selepas selesai makan baru ke kaunter untuk selesaikan bayaran.

 

Menu Restoran Rebung Dato Chef Ismail


Datang Restoran Rebung Dato Chef Ismail mesti Diah akan makan Kuih Onde-Onde yang dibuat fresh depan mata.

Itu yang menambah kesedapan. Sama juga dengan pisang goreng dan keropok lekor. Cuma kali ni keropok lekor kurang kena dengan selera Diah.


review-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Datang sini digalakkan cuba segala jenis menu masakan kampung. Pendek kata semua makanan yang popular ada mewakili pelbagai negeri dalam Malaysia.

Dari segi pilihan memang banyak. Tak terhad kepada nasi sahaja, ada aneka mi, sup tulang, makanan bergoreng, manisan dan kuih kampung, Cendol, dodol dan banyak lagi.



menu-Restoran-Rebung-Dato-Chef-Ismail


Sekadar untuk penambah baikkan diharap Chef dapat tukar Ikan Patin yang digunakan dalam masakan Ikan Patin Tempoyak.

Ikan dia berbau hanyir. Diah cadangkan untuk guna Ikan Patin Temerloh gerenti sedap. Masakan lain okay saja.

Overall kami kenyang. Puas hati. Sebelum balik sempat bergambar ramai-ramai dekat atas stage. Tahun ini boleh buat lagi tapi kena cari tempat lain pula. Makan steamboat pun okay kan?

 

Celebrate Birthday Suami Di Pizza Hut

Syukur ke hadrat Ilahi. Baru-Baru ni kami celebrate birthday Tuan Suami di Pizza Hut. Branch biasa kami pergi waktu awal-awal kahwin dulu. Dekat dengan rumah.

Macam biasa, lepas beberapa tahun duduk di Klang Valley ni dah tahu branch mana yang sedap dan puas hati dengan service tempat tu.

Serik sebab pernah hadap servis teruk tu yang rajin survey & food hunting. Ada branch yang okay untuk dine in, ada pula branch yang laju bila take away.


Pizza-hut-Wangsamaju


Celebrate Birthday Suami Di Pizza Hut


Sudah jadi kebiasaan, kami akan celebrate setiap ulang tahun kelahiran ahli keluarga. Tak ketinggalan juga kami akan raikan walaupun kejayaan tu kejayaan kecil. 

Sebagai contoh pencapaian akademik cemerlang anak-anak.

Tanda kami menghargai ‘kewujudan’ masing-masing. Nak semaikan dalam diri anak-anak supaya saling sayang menyayangi dan menghargai.



Celebrate-Birthday-Suami-Di-Pizza-Hut

Celebrate bermaksud keluar makan makanan kesukaan mereka yang diraikan. Kalau dapat hadiah dikira bonus.

Kami pilih Pizza Hut sebab kegemaran semua orang. Makan dekat situ panas-panas memang terbaik. 

Ada beza dari segi rasa kalau take away atau delivery Pizza Hut ya. Kalau take away biasanya akan beli Domino


Beez-pepperoni-Pizza-Hut


Oh kalau ikut Kalendar Islam, (1 Sya’ban) merupakan tarikh ulang tahun Kelahiran Tuan Suami. Menginjak ke satu lagi tangga umur. Sedar pun awal pagi tu naik notifikasi di aplikasi Muslim Pro.

Kalau ikut kalendar Georgian, bulan Mei akan datang merupakan tarikh kelahiran suami. Ada rezeki kita sambut lagi sekali.


Pizza-Hut

Pizza-Hut-menu


Memang dalam keluarga kebiasaan, walau tak semua si Isteri lah yang akan catat dan ingatkan ahli keluarga lain. Kami decide keluar celebrate untuk gembirakan hati suami.

Awalnya nak buat surprise tapi dek kesuntukan masa kita buat saja yang termampu. Itu pun suami dah gembira sangat.

Tahun ni suami menginjak 40 tahun. Alhamdulillah. Bak kata pepatah Mat Saleh, live begins at forty. Ah gitu.

First time surprise untuk suami waktu umur dia 32 tahun. Malu betul bila ingat semula. Kelakar pun ada. 

Yelah kan di izinkan Allah untuk hidup selama 40 tahun semestinya banyak pengalaman hidup, ilmu, kemahiran kita perolehi.

Secara logiknya hidup seseorang itu akan jadi lebih baik dari segala sudut. Nikmat mana lagi kita nak dustakan.

Bila kenang balik dari awal perkenalan sehingga kami dah ada tiga orang anak banyak sangat perkara yang jadi.

Kelahiran anak pertama  |  Kelahiran anak kedua  |  Kelahiran anak ketiga

Segala perit jerih, manis masam asam garam perkahwinan kami lalui bersama-sama. Terima kasih Tuhan.



great-time-at-Pizza-Hut

Review Air Coolblog Magical Unicool Series

Masuk tahun baru, Coolblog muncul lagi dengan menu baru. Kali ini, ciptaan menu terbaharu di inspirasikan daripada Unicorn.

Kalau sebut Unicorn mesti terbayang seekor kuda berwarna putih yang memiliki tanduk di kepala. Terkenal di dunia sebagai haiwan mitos yang ada kuasa magik. Selain tu selalu digambarkan sebagai haiwan yang misteri & warna yang ceria dan cantik.


Coolblog-Magical-Unicool-Series


Review Air Coolblog Magical Unicool Series

Jadi bila Coolblog perkenalkan smoothie Magical series mestilah Diah teruja nak cuba. Maklumlah sejak dari kecil lagi Diah memang sukakan Unicorn.

Siri Magical Unicool diilhamkan oleh Unicorn yang melambangkan fantasi dan kisah dongeng, selari dengan objektif dan konsep kempen untuk menghasilkan siri minuman yang akan menceriakan hari-hari pelanggan Coolblog.

Setiap musim ada je perisa baharu keluaran Coolblog. Last hari tu Diah cuba Red Velvet Cheese

Dulu-dulu selalu bayangkan seronoknya kalau dapat jadikan Unicorn haiwan peliharaan. Kelakar betul bila ingat.

review-air-Coolblog-Magical-Unicool-Series


3 Siri Coolblog Magical Unicool

Kali ini, Coolblog memperkenalkan minuman perisa terbaharu iaitu Coolblog Magical Unicool Series, minuman smoothie dengan topping Fluffy Cloud Bits yang akan menyerlahkan lagi kelazatan dan dijangka menjadi kegemaran ramai.

Siri Magical Unicool ini tersedia dalam tiga perisa iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle. 

review-air-Coolblog-Magical-Unicool

Memang ikut tema Unicorn air dia berwarna berasaskan rona pelangi. Memang ceria. Topping marshmallow bersaiz mini yang gebu dan berwarna-warni menambah seri.

Kalau nak tahu Unicool Magical merupakan kombinasi perisa strawberi dan Blue Coral yang mencetuskan rasa manis dan lazat.

Coolblog-Magical-Unicool

Unicool Dazzle pula berperisakan keladi dicampur dengan Blue Coral manakala Unicool Twinkle merupakan gabungan perisa keladi serta strawberi.

Dalam smoothie ni pula ada brown sugar pearls, rainbow jelly dan marshmallow Fluffy Cloud Bits mini. Boleh serbu Coolblog dan dijual pada harga RM10.90.


perisa-baru-Air-Coolblog


Peraduan “Can You Spot The Unicorn?”

Sempena pelancaran Air Coolblog Magical Unicool Series, Coolblog mengadakan peraduan mencari Unicorn. Peraduan beli satu percuma satu minuman Coolblog.

Comel betul. Kalau korang sertai peraduan, korang berpeluang menang voucher minuman Coolblog. Cara dia mudah sahaja.


contest-coolblog


Langkah 1: Walk in ke cawangan Coolblog yang mengambil bahagian.

Langkah 2: Imbas Kod QR dan gunakan filter “Can You Spot The Unicorn?”

Langkah 3: Ambil gambar anda menikmati Air Coolblog Magical Unicool Series. Pastikan Unicorn kelihatan dalam gambar.

Langkah 4: Muat naik ke media sosial dan tag di Facebook serta Instagram @coolblogmalaysia (pastikan akaun anda set to public).

Langkah 5:  Pemenang akan dihubungi oleh @coolblogmalaysia  (Terhad kepada satu kod setiap entri, setiap akaun)

Jadi apa tunggu lagi. Jom ke Coolblog dan gunakan Kod QR untuk mendapatkan minuman korang!


Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog dan promosi mereka, sila layari:

Laman Web: https://www.coolblog.com.my/

Facebook: Coolblog.my 

Instagram: CoolblogMalaysia

Twitter: CoolblogMY