Restaurant Decowboycafe Wangsa Maju

Restaurant Decowboycafe Wangsa Maju

Dinner di restoren Decowboycafe yang baru sahaja dibuka di WangsaMaju Kuala Lumpur. Restoren ni betul-betul dekat dalam LHDN depan Balai Polis Seksyen Satu WangsaMaju ya. Restoren ni menyediakan makanan Western dan juga ikan bakar kalau ikut menu dia lah. 

Aku tak order Ikan bakar pun. Aku dan suami makan Lamb Chop, Ikhwan nak Mushroom Soup.

*Ni bukan paid review.

pemandangan pintu masuk. depan tu ada gerai burger dia

Fakta kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Fakta kebakaran Pusat Tahfiz  Darul Quran Ittifaqiyah 


Assalamualaikum.

Penuh di wall fb dan whatsapp semua menyebarkan berita tentang kebakaran sebuah Pusat Tahfiz  Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat yang telah mengorbankan lebih 20 nyawa.

Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang beriman. 

Perit untuk kita terima perit lagi ibu bapa dan keluarga yang terlibat. 

Semoga mereka semua diberi ketabahan menghadapi kehilangan menyedihkan.

- Api dipercayai bermula dari tingkat atas pusat tahfiz berkenaan, antara 5.15 dan 5.20 pagi ketika para pelajar dan warden sedang tidur.

- Lebih 20 terkorban, tiga kritikal dan dua separa kritikal dalam kejadian ini.

 -Berdasarkan laporan awal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pelan kedudukan pusat tahfiz itu belum lulus kerana tidak ikut spesifikasi keselamatan.

- Mereka dipercayai gagal keluar berikutan api sudah marah dan hanya satu pintu manakala semua gril tingkap pula dikunci.




Sumber:Harian Metro

Resepi Agar-Agar Tembikai

Resepi Agar-Agar Tembikai

Weekend lepas teringin punya pasal maka rajinkan diri buat agar-agar tembikai.
Dapat resepi di Facebook, dan aku olah ikut cara sendiri.


Dessert Sushi King - Durian Mochi Sedap

Dessert Sushi King - Durian Mochi Sedap

Kak Diah memang dari dulu suka mencuba makanan. Rasa lapang dada je kalau cuba makan makanan tak pernah cuba then kena dengan tekak.

Paling suka cuba makanan Korea dan Jepun. Rasa dia yang mula-mula pelik, bagi yang tak suka lepastu lama-lama jadi eh sedap pulak.

Diterima tekak melayu akak ni.  Alhamdulillah walau suami akak jenis yang tak mencabar dan memilih makanan, akak ditakdirkan bertemu rakan-rakan office yang satu selera dengan akak.

Selalunya dengan rakan office la makan makanan Korea/Jepun ni. Antara tempat favourite selalu pergi ialah Sushi King. Kalau pergi dah hafal nak makan apa.

Selalu kalau kat Sushi mulut rajin je nak makan dessert. Kalau dulu selalu order Green tea Ice Cream yang ada Red Bean tu. 

Walau manis dia hazab tapi suka la sangat. Dari masa ke semasa Sushi King pon dah bijak offer variety dessert. Pandai pun ambil hati akak. Jom akak share apa akak pernah order kalau kat Sushi King.

1. Matcha Ice-Cream - Green tea ice-cream with red bean paste and whipped cream. Red bean paste yang bawah sekali tu sedap. Kena makan together baru nikmat. So memang kena korek-korek sampai bawah :)


2. Cottage Cheese - Rasa dia biasa-biasa je. Dua kali suap habis dah. Penggemar cheese suka. Sedap lagi Komugi punya Cheese. 


3. Vanilla Ice Cream Doughnut - bayangkan makan donut kapit ice cream vanila. ha begitula rasanya. 



4. Matcha Ice Cream Doughnut- Pun sama cuma flavour je Matcha. penggemar matcha sekelip mata boleh habiskan. 


5. Durian Mochi & Ice Cream - Sedap gila. Mochi tu liat-liat sikit dan dia serve masih warm-warm lagi. Durian paste meleleh keluar dan makan sekali dengan ice cream durian. Memang heaven je lalu kat tekak. 



Untuk menu bawah ni adalah Next Dessert to try. Masuk dalam wishlist jugak la:)
Durian Doughnut & Marshmallow



Brownie & Marshmallow

Moga tercapai la cita-cita nak merasa lagi dua dessert ni. Orang lain cita-cita lagi tinggi, akak cukup la dengan dessert dulu. hahahha. 

Credit semua gambar: Sushi King Malaysia Website