Panggilan Scam SKMM

Nak dijadikan cerita di pagi yang hening masa tu tengah menunggu giliran check-up di Klinik Kesihatan Setapak. 

Terima panggilan dari no 012 444 8061 perkenalkan diri dari Syarikat swasta (aku tak dengar clear nama dia) yang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). 

Dia menjemput aku untuk hadir ke Program Perintis Pengenalan Awal Tentang Program E/KIOSK (E/TEKNOLOGI) Keusahawanan.

Terima Panggilan Scam Menyamar SKMM





Aku dikira antara rakyat Malaysia yang bertuah dipilih nak sertai program ni kerana nama aku adalah antara yang tak layak dapat BRIM. Staff tu cakap yang dapat no dari LHDN. 

Skim ni pulak sebagai satu inisiatif Kerajaan Malaysia menolong golongan muda la kiranya. Ptui.
Kehadiran adalah wajib dan Sekiranya aku tidak menghadirkan diri, maka akan ada tindakan susulan. Kira macam ugut la ni.

Menjadi Rakyat Malaysia Bertuah


Staff tu explain la pasal program tapi detail akan diberitahu pada hari event tu nanti. Dia kata akan ada person in charge pula yang akan call untuk confirmkan kehadiran sehari sebelum event. Aku hanya setuju je.

Masa ni memang dah syak bukan-bukan, tapi sebab aku terlepas nama syarikat tu jadi aku nekad nak tanya bila PIC tu call. 

Sebelum tu aku dah terima satu SMS beserta no Kod subsidi katanya. Nanti bila datang kena la tunjuk SMS sebagai bukti aku yang terpilih tu. 

Jadi untuk elak jadi mangsa SCAM aku call la Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia untuk clarify yang skim ni wujud atau tak. 

Memang sah la TAK WUJUD. Beberapa tahun sudah ada pasal skim Kurma apa tah. Ni paling latest kot. 

Talian SKMM 03 8911 5193  

Kantoi Menipu Menyamar Jadi SKMM

Seperti yang dijangka, ke esokkan harinya aku dapat pula call dari PIC tu. 012 444 2614 Dia mengaku dari SKMM, dia kata program ni baru tahun lepas start dan janji akan share detail. 

Tak sampai seminit perbualan bila aku cakap yang aku baru call SKMM untuk clarify tentang program ni dan program ni tak wujud pun terus dia gelabah.

Belum sempat aku tanya detail terus dia letak. Nampak sangat menipu kan? Sampai saat aku post ni aku tak dapat pun panggilan/email/surat amaran sebab tak attend seminar tu. 

Ingatkan nak buat report to SKMM tapi masa aku call dah tak ada siapa pun yang angkat phone.
Nasihat aku untuk yang terima panggilan offer apa jenis skim pun jangan mudah melatah.

Kebanyakkan program kerajaan buat selalunya kita yang kena mohon, bukan kerajaan datang offer kat kita.

Waspada semua ok. 

Tutorial Blog | Background untuk Sidebar Title

Tutorial Background untuk Sidebar Title

Hari ni nak share tutorial Background untuk Sidebar Title.

Macam bawah ni. 

Untuk keselamatan sila buat back up dulu,
sila la copy code yang sedia ada. kang jadi apa-apa naya.  
Ok jom buat, Senang je.

Tutorial Blog | Cara Buat Border Sidebar

Assalamualaikum,

Oleh sebab bosan dah dengan wajah lama blog so jom kasik tukar la.
Hari ni nak share tutorial nak buat border untuk sidebar.

Macam bawah ni.
Senang je.

Cara Pendaftaran Daftar Satu Sekolah Kebangsaan

Aku tak terkecuali antara ibu bapa yang simpan kenangan bila anak masuk darjah satu. Aku kongsikan kenangan aku semasa uruskan pendaftaran darjah satu untuk anak aku yang sulong, 

Ikhwan Hafeez. Alhamdulillah minggu lepas berjaya setelkan semua urusan berkaitan pendaftaran di sekolah untuk sesi 2018.

Masih terbayang perasaan aku pertama kali hantar dia ke Taski ABIM. Itulah sekolah formal dia yang pertama dan masa tu dia sanga teruja untuk belajar dan jumpa kawan-kawan baru.

Syukur proses dia belajar sangat mudah. Tiada drama tak mahu ke sekolah sebab dia begitu teruja nak belajar.


Cara Pendaftaran Daftar Satu Sekolah Kebangsaan

Semoga semangat dia ke sekolah berkekalan sehingga dia habis belajar dan sifat cintakan ilmu itu sentiasa menggunung. 

Untuk korang yang anak bakal masuk ke darjah satu aku doakan semuanya dipermudahkan urusan ya, aku kongsikan cara-cara pendaftaran darjah satu dan perkara yang perlu dibuat berdasarkan pengalaman aku. 




Proses Pendaftaran Darjah Satu Sekolah Rendah Kebangsaan


Perkara pertama perlu tahu sebelum memohon dan mendaftar korang kena decide sekolah yang sesuai untuk anak masing-masing. 

Sesuai tu termasuklah kemudahan untuk hantar anak-anak ke sekolah, urusan transit, pengangkutan anak pergi dan balik dari sekolah dan lain-lain. Lokasi dan jarak sekolah yang banyak mempengaruhi keputusan aku.


Langkah Pertama: Permohonan Sekolah Rendah Kebangsaan

Bulan March, aku muatturun borang dari laman web sekolah atau korang boleh walk in ke sekolah untuk ambil borong. 

Isi borang dengan lengkap beserta maklumat dan kemudian serahkan kepada pihak sekolah beserta dokumen yang diperlukan seperti bil (untuk rujukan alamat), sampul surat kosong dan juga stem. 

Aku kongsikan pengalaman aku buat  Permohonan Darjah 1 Secara Online

Lepas submit, tunggu surat tawaran dari pihak sekolah samaada berjaya atau tidak. Pihak sekolah akan pos surat tawaran ke rumah. 

Langkah Kedua: Serahan Surat Tawaran

Bulan September, aku terima surat jawapan dari pihak sekolah iaitu Tawaran ke Darjah Satu melalui surat yang dihantar. 

Permohonan Ikhwan ke sekolah pilihan kami berjaya. Alhamdulillah. Step seterusnya ialah kena serahkan kembali surat tawaran ke sekolah beserta dokumen yang diperlukan. 

Pihak sekolah akan bagi fail mengandungi borang maklumat pelajar dan ibu bapa serta buku peraturan sekolah untuk dibaca. 

Borang yang lengkap harus di isi dan dikembalikan semasa Hari Orentasi dijangka pada bulan December.



Hari orentasi sekolah berbeza setiap sekolah ya.

Senarai dokumen yang perlu disediakan adalah seperti di bawah:

  1. DUA salinan sijil lahir murid
  2. SATU salinan kad pengenalan bapa
  3. SATU salinan kad pengenalan ibu
  4. SATU salinan slip gaji terkini bapa
  5. SATU salinan slip gaji terkini ibu
  6. SATU salinan sijil nikah/cerai ibu bapa. [yang bercerai kena sertakan surat hak penjagaan anak untuk rujukan pihak sekolah.

Bila Masa Sesuai Untuk Buat Persiapan Masuk Sekolah?


Soalan yang banyak kali bermain dekat otak ialah masa yang sesuai untuk buat persiapan masuk sekolah Ikhwan. 

Oleh sebab aku sedang mengandung dan bulan December aku dah betul-betul sarat tu jadi kena plan elok-elok.

Nak beli awal-awal takut ada Sale dan ada potongan diskaun. Nak beli lambat takut tak berbaloi offer dan paling penting aku penat nak keluar dengan perut besar. Ahaks. 


Antara faktor lain kena consider adalah perubahan saiz anak-anak. beli terlalu awal nanti seluar baju jadi singkat. Lagi teruk.

Lepas discuss dengan suami kami beli segala kelengkapan persekolahan tiga minggu sebelum sekolah dibuka. Alhamdulillah mudah urusan. Nak kata harga murah sangat pun tidak lah tapi banyak pilihan ada dekat kedai memandangkan semua stok baru masuk.

Sekian sahaja perkongsian aku. Semoga bermanfaat untuk korang. jumpa lagi di lain entri.