Realiti kehidupan | Pengorbanan Seorang Ayah

Realiti kehidupan | Pengorbanan Seorang Ayah

Minggu lepas masa merayau cari bahan nak buat donut terserempak dengan pakcik motor penjual jagung manis paling sedap aku pernah makan. 
Manis, rangup dan semua isi jagung tak pernah ada ulat. 
Geram nak Tanya beli jagung kat mana dan apa rahsia.

Dulu selalu beli masa turun tangga masa balik di LRT Wangsamaju. 
Satu tongkol RM2.60. 
Tak pernah berubah harga dia sampai aku mengandung anak ke tiga ni. 

Lama dah tak Nampak pakcik ni menjual. 
Dah alang-alang jumpa terus beli 4 tongkol RM 10. 
Harga kat Pasar Malam lagi mahal ya.


ni la jagung paling sedap pernah aku makan

Tiga supplement Ibu Mengandung Perlu Tahu

Aku hanya makan supplement yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan dan amalkan pati delima. Tambahan lain tiada sebab aku sangat mudah untuk muntah.

Setelah mengandung anak ketiga, ni pertama kali kena makan ubat tambah darah si Zincofer. Masa mengandung anak pertama dan kedua makan obimin sahaja sudah mencukupi sehingga selamat bersalin.| Minum Pati / jus delima Gulsan untuk kurangkan pedih ulu hati |

Pentingnya supplement masa mengandung ni sebab nak jaga kepekatan darah dan semua tu di monitor melalui bacaan HB (haemoglobin) darah. Yang dicucuk dekat jari tuh. 

Tiga supplement Ibu Mengandung Perlu Tahu


Setiap kali check-up bulanan akan diperiksa. Kalau bacaan kurang memuaskan HB < 11.0 gm% dikehendaki datang check-up dua minggu sekali sampai bacaan cantik.

Banyak kesan kalau HB rendah dan antara paling berbahaya boleh tumpah darah dan kekurangan darah serta boleh membawa maut. Nauzubillah.

Nurse kata banyak factor kenapa HB tak cantik masa mengandung anak ketiga ni. Salah satu nya sebab jarak kehamilan yang dekat. Anak belum cukup dua tahun tapi dah mengandung semula. | Kaki Bengkak Semasa Mengandung | 

Folic Acid  



Diambil semasa awal kandungan sehingga mencecah 4 bulan bergantung kepada HB. Kalau cantik nurse suruh habiskan sehingga kandungan 6 bulan. 

Badan aku betul-betul benci Folic Acid dari anak pertama sampai anak ketiga dalam perut ni. Asal makan je muntah. 


Obimin




Masa kandungan 4 bulan lebih nurse dah tukarkan dari folic acid kepada obimin sebab tekak aku sangat tak boleh tolerate dengan folic acid. Makan la waktu bila pun masih akan muntah. 

Obimin ok masih boleh tolerate tapi HB aku tak naik dan kekal HB < 11.0 gm% (10.++). Bila kandungan slowly mencecah 6 bulan dan HB masih statik Nurse suruh aku makan Zincofer.


Zincofer



Pil warna pink yang teruk rasanya. Nurse bagi tips kalau nak makan Zincofer adalah sebelum tidur dan diminum dengan jus buah-buahan. 

Pernah terlupa makan then cuba makan pagi esoknya. Rosak hari aku seharian sebab asyik nak muntah. Rasa besi karat.

Untuk tambahan aku hanya amalkan estrak delima. Yang aku suka jenama Gulsan. Anak kedua memang aku amalkan, masuk anak ketiga aku jadi malas nak amalkan semua tuh.

Jangan amalkan ya. Kesian baby dalam perut. Dia berhak dapatkan yang terbaik. Jaga pemakanan, jaga diri, jaga kesihatan demi anak dan diri sendiri ya. 

Donut lembut salut coklat

Donut lembut salut coklat


Ini sambungan selepas buat karipap hari tu
En Suami request buat karipap, anak sulong pulak minta buat donut. 
Jadi tunaikan lah hajat dia maka jadilah donut lembut salut coklat. 
Kebetulan coklat ganache masih ada balance masa buat kek leleh hari tu.

Nak buat donut kena yakin. Pernah buat donut keras kematu. Sedih sangat. 
Bila dah yakin dan banyak tengok resepi baru ada keyakinan buat semula. 
Senang je, So jangan putus asa.

Tips penting:
*biar yis naik kembang betul
*masa rehatkan doh dan kembangkan yis kena tutup rapat dan biar lebih lama lebih bagus.
*lepas tekap doh jadi bentuk pun seeloknya bairkan doh rehat sekejap sebelum goreng.
*minyak kena jaga dan jangan terlalu panas.

*aku dapat 37 ketul donut standard size guna acuan yang kat kedai banyak jual tu.
size petite dua kali gigit

Nasi Arab Taj Hadramawt Taman Melati

Nasi Arab Taj Hadramawt Taman Melati


Oleh sebab dah lama teringin nak makan Nasi Arab maka teringat satu Restoren Arab terletak di Taman Melati yang selalu kami jeling-jeling je bila tapau sate di Haji Samuri. Selalunya bila teringin nasi arab sedap kami akan ke  Restoren Aroma Hijrah yang terletak di Shah Alam.

Kisahnya pagi tu selepas selesai urusan cucuk vaksin tambahan Raudah, plan nak ke kedai Hari-Hari beli baju sekolah abang Ikhwan. Saja nak setel awal sebab keadaan mak buyung yang semakin hari semakin malas nak jalan.


Sebelum keluar rumah dah make sure perut penuh dan sempat goreng bihun. Ikut plan asal cucuk di Klinik Pusrawi Jalan Ipoh kemudian post Wawawax di LRT Taman Melati  kemudian Lunch seterusnya beli barang di Kedai Hari-Hari.