Tiga supplement Ibu Mengandung Perlu Tahu

Rodiah Amir

Aku hanya makan supplement yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan dan amalkan pati delima. Tambahan lain tiada sebab aku sangat mudah untuk muntah.

Setelah mengandung anak ketiga, ni pertama kali kena makan ubat tambah darah si Zincofer. Masa mengandung anak pertama dan kedua makan obimin sahaja sudah mencukupi sehingga selamat bersalin.| Minum Pati / jus delima Gulsan untuk kurangkan pedih ulu hati |

Pentingnya supplement masa mengandung ni sebab nak jaga kepekatan darah dan semua tu di monitor melalui bacaan HB (haemoglobin) darah. Yang dicucuk dekat jari tuh. 

Tiga supplement Ibu Mengandung Perlu Tahu


Setiap kali check-up bulanan akan diperiksa. Kalau bacaan kurang memuaskan HB < 11.0 gm% dikehendaki datang check-up dua minggu sekali sampai bacaan cantik.

Banyak kesan kalau HB rendah dan antara paling berbahaya boleh tumpah darah dan kekurangan darah serta boleh membawa maut. Nauzubillah.

Nurse kata banyak factor kenapa HB tak cantik masa mengandung anak ketiga ni. Salah satu nya sebab jarak kehamilan yang dekat. Anak belum cukup dua tahun tapi dah mengandung semula. | Kaki Bengkak Semasa Mengandung | 

Folic Acid  



Diambil semasa awal kandungan sehingga mencecah 4 bulan bergantung kepada HB. Kalau cantik nurse suruh habiskan sehingga kandungan 6 bulan. 

Badan aku betul-betul benci Folic Acid dari anak pertama sampai anak ketiga dalam perut ni. Asal makan je muntah. 


Obimin




Masa kandungan 4 bulan lebih nurse dah tukarkan dari folic acid kepada obimin sebab tekak aku sangat tak boleh tolerate dengan folic acid. Makan la waktu bila pun masih akan muntah. 

Obimin ok masih boleh tolerate tapi HB aku tak naik dan kekal HB < 11.0 gm% (10.++). Bila kandungan slowly mencecah 6 bulan dan HB masih statik Nurse suruh aku makan Zincofer.


Zincofer



Pil warna pink yang teruk rasanya. Nurse bagi tips kalau nak makan Zincofer adalah sebelum tidur dan diminum dengan jus buah-buahan. 

Pernah terlupa makan then cuba makan pagi esoknya. Rosak hari aku seharian sebab asyik nak muntah. Rasa besi karat.

Untuk tambahan aku hanya amalkan estrak delima. Yang aku suka jenama Gulsan. Anak kedua memang aku amalkan, masuk anak ketiga aku jadi malas nak amalkan semua tuh.

Jangan amalkan ya. Kesian baby dalam perut. Dia berhak dapatkan yang terbaik. Jaga pemakanan, jaga diri, jaga kesihatan demi anak dan diri sendiri ya. 
Tags