TIPS BAYI SONGSANG & KAEDAH ECV

Tips Bayi Songsang & Kaedah ECV

Seperti minggu-minggu sudah memang jadi rutin ibu yang sarat pada setiap minggu kena lakukan follow up tahap kesihatan kandungan ibu dan baby. Minggu 38, 4 hari  mengandung atau lebih tepat 12 January lepas aku follow up dengan Doc Zana Zalinda di Rampai Medical Centre, terbaru dah tukar Ohana Hospital pula. 

Oleh sebab tarikh appointment Klinik Kesihatan (KK) dan Doc Zalinda bagi adalah hampir sama / selang sehari so nurse di (KK) advise boleh pilih salah satu sahaja untuk pergi check. Buat penat badan. Oleh sebab keadaan yang sarat maka aku pilih check-up dengan Doc Zana even kena bayar. Atleast suami ada disisi masa check-up.



Tanda-Tanda Bayi Songsang


Previously aku ada mengadu yang aku rasa tak sedap hati dengan keadaan baby dalam perut. Aku rasa baby floating, entah tak tahu nak describe macamana. Sebab bila aku jalan goyang perut baby macam terapung kosong macam tuh. Seram hoi.

Bila bagitahu doc Zana dia suruh datang check buat CTG. Bila buat contraction rupanya dah kerap tapi aku tak rasa sangat (yang aku rasa hanya perut mengeras). Hasil result aku ditahan satu malam dan diberikan rawatan cucuk matangkan paru-paru baby. Masa ni 34 minggu.


Tarikh 12 hb adalah lanjutan follow up selepas aku di tahan hari tu. aku dibekalkan ubat tahan contraction supaya baby dapat stay lama sikit dalam perut. Perasaan tu hanya Allah yang tahu. Everyday risau. Even Nurse di KK cakap dah ok kalau nak bersalin selepas dapat suntikan matangkan paru-paru tapi aku masih seriau.

12 Jan sekali lagi aku buat CTG dan hasil nya jantung, air ketuban semua ok, contraction ada tapi bukan yang major. Bila scan kali ni, kedudukan kepala baby masih belum ke bawah. Ok yang ni memang cuak lama dah. Sebab masa check-up 36 minggu di KK memang doctor kata baby masih belum pusing.

Kedudukan kepala baby sepatunya ke bawah masa minggu 38 ni.  Dan aku perlu refer HKL untuk tindakan seterusnya atau aku kena inform Doctor Zana keadaan aku.
Macam bertimpa-timpa ujian mengandung aku kali ni, oleh sebab kedudukan yang baby tak betul atau nama lainnya adalah SONGSANG/ BREECH maka doctor Zana buat ECV kat aku. Apa ECV tu?

Kaedah ECV Untuk Bayi Songsang 

ECV nama panjangnya adalah External Cephalic Version yang sepatutnya dibuat pada minggu 34-37 kandungan. Bahasa pasarnya urutan moden oleh Pakar bergantung terhadap keadaan ibu dan bayi. Kalau air ketuban mencukupi, kedudukan bayi masih tinggi (bukan berada di bahagian pelvis) contraction  masih kurang, ibu dan bayi relaks maka dibolehkan. Tapi kalau memberi risiko memang doctor tak akan teruskan. Bergantung pada bacaan ECV.

Dalam proses ini doctor akan memusingkan fetus secara luaran daripada kedudukan bayi yang songsang (kepala di bahagian atas) kepada kedudukan yang sebaliknya untuk mengelakkan kelahiran secara pembedahan (caeseraean).

Doctor Zana tahu aku risau jadi dia nasihatkan supaya:

  1. Buat senaman kedudukan ber sujud 5-7 minit paling tidak 3 kali sehari.
  2. Kurangkan pengambilan gula, takut baby aktif bergerak dan kembali kepada kedudukan songsang.
  3. Banyakkan berdoa. Ada doa khas Songsang tu ya boleh amalkan; “Ya Allah yang membalikkan keadaan, balikkanlah semula keadaan itu, Ya Allah yang membalikkan hati, balikkanlah semula hati itu”
  4. Bila tidur, cuba mengiring ke kiri dan kedudukan kena 45 darjah supaya ada kesan gravity so kepala baby akan ke bawah.
  5. Minum air dan sentiasa positive dan selalulah bercakap dengan baby.

So far memang aku buat semuanya, aku dah usaha so sekarang aku tawakal je la. Aku ni penakut pisau, jarum dan darah so aku elak untuk caeseraean. Tapi kalau Allah dah takdirkan aku hanya mampu redha asalkan anak dalam kandungan ni selamat untuk dilahirkan.

Melalui pembacaan aku juga ada je songsang boleh lahirkan baby secara normal. Bergantung kedudukan kepala, tangan, kaki baby tu. Compelete Breech, Footling (incomplete Breech) dan Slang Breech.  Dan doctor yang akan decide cara kelahiran yang mana lebih selamat dan sesuai.


Untuk ibu yang senasib dengan aku, mari kita sama-sama doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga baby dalam kandungan. Yang penting jangan putus asa.

*credit google image for picture

Menang Electronic Steam Sterilizer Lunavie

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di blog entryPermulaan yang baik untuk tahun 2018. Rezeki baby dalam perut. 

Dapat hadiah dari Butik Ibu Manja Gombak. Terima kasih atas hadiah ni. Dapat Electronic Steam Sterilizer ~ Lunavie & Baby Swaddle yang cute.

Dah tak ingat bila kami ke sini tapi ikutkan memang agak banyak kami belanjakan untuk sambut kedatangan orang baru. 

Senang sekali harung beli barang. 


Menang Electronic Steam Sterilizer Lunavie

Khas untuk mereka yang mencari barang keperluan ibu semasa berpantang dan baby boleh datang ke Butik Ibu Manja Gombak. 

Semua lengkap kat situ, harga pun berpatutan. Puas hati. Macam-macam ada. berbaloi-baloi. Dengan keadaan sarat tak larat nak berjalan jadi kami pilih cara mudah. 






Diah ada kongsikan juga persediaan sebelum bersalin untuk bakal ibu memandangkan dah ada pengalaman bersalin dua kali sebelum ni. 



Pemenang Electronic Steam Sterilizer - Butik Ibu Manja Gombak


Mulanya agak terperanjat admin Butik whatsapp yang aku terpilih jadi pemenang yang di pilih oleh Owner butik tu sendiri. dalam tak percaya tu gagahkan diri pergi collect hadiah. Alhamdulillah. 

Rezeki mengandung anak ketiga. Kami memang suka butik Ibu Manja ni sebab lengkap dnegan keperluan untuk bayi dan ibu berpantang. 




Ini lah rupa steam sterillizer yang aku menang tu. Senanglah nak sterilize semua botol susu lepas ni. 



Update: Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak ketiga disambut oleh Doktor Favorite aku, Doctor Zana Zalinda Bt Ghazali. 

Ibu Berkerjaya atau Suri Rumah Sepenuh Masa

Ibu Berkerjaya atau Suri Rumah Sepenuh Masa

Tahun 2018 aku rasa tahun yang agak perit untuk kerjaya aku. bermula pencarian kerja selepas graduate dari UiTM pada tahun 2008, dan kemudian sertai Training organized by Bank Negara Malaysia selama setahun (FSTEP) selepas tu baru kembangkan sayap mencari kerjaya sesuai yang sesuai di hati.

Walaupun graduate dalam bidang Perbankkan Islam tapi hati tak pernah nak redha bekerja di Bank. Kenapa? Aku tak suka life as a banker.  Nampak bagus tapi aku sengsara. Sempat timba pengalaman itu pun tak lama masa internship so nekad nak pilih kerjaya yang bukan dalam bank. Ikut hati muda masa tu.

Minggu Orentasi Darjah Satu Anak Sulong

Minggu Orentasi Darjah Satu Anak Sulong 

Betul lah orang kata, setiap perkara setiap kenangan yang kita cipta bersama orang tersayang terutama keluarga memang wajib kita catat, simpan elok-elok supaya di masa hadapan kita boleh kenang dan tersenyum bangga. 

Bila tengok balik hari pertama Ikhwan ke sekolah, secara rasminya menjadi pelajar sekolah rendah di usia tujuh tahun yang saiz fizikalnya agak kecil berbanding rakan-rakan seusia dia. Seronok, bangga dan rindu waktu tu. 

Pengalaman aku dan suami, pada usia aku menginjak 33 tahun dan sedang mengandung anak kedua (6 bulan) dalam perut dan suami, 37 tahun menghantar anak kesekolah. 

Sama seperti ibu bapa lain yang teruja anak mula bersekolah semestinya bersyukur anak-anak sangat positif dan gembira. 

Hari pertama orentasi Ikhwan bangun dengan bersemangat. Alhamdulillah memang sejak dia mula bersekolah pada usia lima tahun pun dia tiada masalah untuk bangun pagi sebab selalu dia teruja nak ke sekolah. 





Program Orentasi Sekolah


Perjalanan program orentasi yang sekolah anjurkan berjalan lancar. Pendaftaran dibuka pada jam 8.30 pagi dan ibu bapa dan murid diberi taklimat tentang Program Transisi dan juga taklimat disiplin, sebelum tu ada ucapan aluan dari Guru Besar dan YDP PIBG. 

Selepas itu baru murid diarahkan berkumpul sebab cikgu nak bawa tawaf sekolah. Penting sebab memudahkan urusan murid bila mula bersekolah kelak. Murid akan disuruh beratur dan cikgu akan guide sebiji macam tour ke tempat bersejarah. 

"Ini tandas, ini kantin, ini tangga yang perlu kamu naiki bila mahu ke kelas" 





Ibu bapa duduk tepi perhati gelagat anak-anak. Selepas tu kami selesaikan beberapa urusan bersama guru kelas di dalam kelas Ikhwan. 

Selesai semua urusan cikgu mohon kami tinggalkan anak-anak supaya aktiviti pembelajaran dapat diteruskan. 

Bukan belajar pun cuma cikgu nak biasakan anak murid dengan persekitaran sekolah. Pukul 12.30 tengahari kami datang semula untuk jemput Ikhwan balik sekolah. 

Gembiranya Ikhwan tak tahu nak describe macamana. Dia teruja ke sekolah, teruja jumpa cikgu dan kawan-kawan baru. Jumpa kawan-kawan dia di sekolah KAFA tapi tak ramai. 





Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Apa kami bayangkan untuk Ikhwan berjalan seperti yang dirancang. Urusan transit sebelum ke KAFA akan diteruskan seperti sebelumnya. Harapnya Ikhwan belajar bersungguh-sungguh. 

Awalnya risau juga dengan jadual belajar yang baru, sesi pagi ke sekolah rendah dan petang ke sekolah KAFA pula. Agak ragu-ragu masa buat keputusan tu tapi Allah mudahkan. Syukur Ikhwan survive. 

Pengalaman Ikhwan - First Day Sekolah Darjah 1