Tips Bayi Songsang & Kaedah ECV

Assalamualaikum,

Seperti minggu-minggu sudah memang jadi rutin ibu yang sarat pada setiap minggu kena lakukan follow up tahap kesihatan kandungan ibu dan baby. Minggu 38, 4 hari  mengandung atau lebih tepat 12 January lepas aku follow up dengan Doc Zana Zalinda di Rampai Medical Centre.

Oleh sebab tarikh appointment Klinik Kesihatan (KK) dan Doc Zalinda bagi adalah hampir sama / selang sehari so nurse di (KK) advise boleh pilih salah satu sahaja untuk pergi check. Buat penat badan. Oleh sebab keadaan yang sarat maka aku pilih check-up dengan Doc Zana even kena bayar. Atleast suami ada disisi masa check-up.

Previously aku ada mengadu yang aku rasa tak sedap hati dengan keadaan baby dalam perut. Aku rasa baby floating, entah tak tahu nak describe macamana. Sebab bila aku jalan goyang perut baby macam terapung kosong macam tuh. Seram hoi. Bila bagitahu doc Zana dia suruh datang check buat CTG. Bila buat contraction rupanya dah kerap tapi aku tak rasa sangat (yang aku rasa hanya perut mengeras). Hasil result aku ditahan satu malam dan diberikan rawatan cucuk matangkan paru-paru baby. Masa ni 34 minggu. 

Tarikh 12 hb adalah lanjutan follow up selepas aku di tahan hari tu. aku dibekalkan ubat tahan contraction supaya baby dapat stay lama sikit dalam perut. Perasaan tu hanya Allah yang tahu. Everyday risau. Even Nurse di KK cakap dah ok kalau nak bersalin selepas dapat suntikan matangkan paru-paru tapi aku masih seriau.

12 Jan sekali lagi aku buat CTG dan hasil nya jantung, air ketuban semua ok, contraction ada tapi bukan yang major. Bila scan kali ni, kedudukan kepala baby masih belum ke bawah. Ok yang ni memang cuak lama dah. Sebab masa check-up 36 minggu di KK memang doctor kata baby masih belum pusing. Kedudukan kepala baby sepatunya ke bawah masa minggu 38 ni.  Dan aku perlu refer HKL untuk tindakan seterusnya atau aku kena inform Doctor Zana keadaan aku.
Macam bertimpa-timpa ujian mengandung aku kali ni, oleh sebab kedudukan yang baby tak betul atau nama lainnya adalah SONGSANG/ BREECH maka doctor Zana buat ECV kat aku. Apa ECV tu?

ECV nama panjangnya adalah External Cephalic Version yang sepatutnya dibuat pada minggu 34-37 kandungan. Bahasa pasarnya urutan moden oleh Pakar bergantung terhadap keadaan ibu dan bayi. Kalau air ketuban mencukupi, kedudukan bayi masih tinggi (bukan berada di bahagian pelvis) contraction  masih kurang, ibu dan bayi relaks maka dibolehkan. Tapi kalau memberi risiko memang doctor tak akan teruskan. Bergantung pada bacaan ECV.
Dalam proses ini doctor akan memusingkan fetus secara luaran daripada kedudukan bayi yang songsang (kepala di bahagian atas) kepada kedudukan yang sebaliknya untuk mengelakkan kelahiran secara pembedahan (caeseraean).


Doctor Zana tahu aku risau jadi dia nasihatkan supaya:

  1. Buat senaman kedudukan ber sujud 5-7 minit paling tidak 3 kali sehari.
  2. Kurangkan pengambilan gula, takut baby aktif bergerak dan kembali kepada kedudukan songsang.
  3. Banyakkan berdoa. Ada doa khas Songsang tu ya boleh amalkan; “Ya Allah yang membalikkan keadaan, balikkanlah semula keadaan itu, Ya Allah yang membalikkan hati, balikkanlah semula hati itu”
  4. Bila tidur, cuba mengiring ke kiri dan kedudukan kena 45 darjah supaya ada kesan gravity so kepala baby akan ke bawah.
  5. Minum air dan sentiasa positive dan selalulah bercakap dengan baby.


So far memang aku buat semuanya, aku dah usaha so sekarang aku tawakal je la. Aku ni penakut pisau, jarum dan darah so aku elak untuk caeseraean. Tapi kalau Allah dah takdirkan aku hanya mampu redha asalkan anak dalam kandungan ni selamat untuk dilahirkan.

Melalui pembacaan aku juga ada je songsang boleh lahirkan baby secara normal. Bergantung kedudukan kepala, tangan, kaki baby tu. Compelete Breech, Footling (incomplete Breech) dan Slang Breech.  Dan doctor yang akan decide cara kelahiran yang mana lebih selamat dan sesuai.


Untuk ibu yang senasib dengan aku, mari kita sama-sama doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga baby dalam kandungan. Yang penting jangan putus asa.

*credit google image for picture

5 comments:

  1. semoga baby baik akan pusing nanti

    tak tahu pulak kalau usa kandungan 38 minggu masih kena cucuk untuk matang paru-paru. ingat kan untuk baby borderline prem dan prem je ibu dicucuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg matangkan paru2 masa minggu 34, minggu 36 detect baby songsang, minggu 38 buat ecv. Now tggu lagi check up 39 mggu nak tgk kedudukan if xbersalin lagi. Tq atas doanya

      Delete
  2. Semoga baby dan sis dipermudahkan..
    Sha baru tau ada doa khas Songsang.. Tq sis..

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing! ^^ Mama Hana pun tengah tunggu masa nak bersalin.Isnin ni nak kena masuk ward.Mungkin kena operate...

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.