Shopping barang baby | Butik Ibu Mengandung

Rodiah Amir

Selepas kandungan mencecah 7 bulan baru la mula shopping barang keperluan untuk bersalin nanti. Semoga mudahlah proses bersalin anak ke tiga ni. 

Kali ni aku hanya fokus shopping barang baby di Butik Ibu Mengandung yang terletak di Gombak.  

Mula-mula macam rilek je nak cari last minute tapi atas desakan suami dia takut dia yang kena beli seorang diri so dah mula survey kedai yang mesra pelanggan.

Banyakla jumpa FB Ads butik barangan baby. Of course pencarian mestilah butik/kedai dalam KL sahaja.

Shopping barang baby | Butik Ibu Mengandung  


Nak jalan jauh-jauh memang dah tiada upaya dan tenaga. 

Antara yang menarik hati aku ialah kedai SiKecil Ibu yang terletak di Sri Rampai, Seksyen Satu WangsaMaju KL dan Butik Ibu Mengandung di Gombak. 

Boleh rujuk entri Persediaan Sebelum Bersalin ibu bapa perlu tahu. 





Lokasi Butik Ibu Mengandung Kuala Lumpur


Kedai Baby pertama aku singgah ialah SiKecil Ibu yang terletak di Sri Rampai, Seksyen Satu WangsaMaju KL. 

Kedai ni mudah sangat nak cari sebab dia sederet dengan restaurant Nasi Vanggey dan sebelah restaurant SAS Corner.

Masa aku masuk kedai ni kecil je, barang pun tak banyak pilihan tapi kalau terdesak boleh la beli kat sini. 

Tak menarik pun habis RM100 kat sini beli set pilis, param, minyak baby. Dari segi harga, lagi murah Manjaku. So suami kata cuci mata je lah.  

Kedai kedua yang aku tuju terletak di Gombak. Butik ni berdekatan dengan Danau Kota dan dekat dengan Pasar Gombak. 

Nak senang Waze je alamat dia, Kedai ni nama dia Butik Ibu Mengandung & Bayi – Ibu Manja – kedai favourite aku so far sebab semua kelengkapan untuk ibu, dan bayi ada kat sini. 

Butik Ibu Mengandung 
62-, 2, Jalan Jernai 2, Medan Idaman Business Centre, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Phone: 012-325 8343

Makanan Baby, supplement untuk ibu, set berpantang, bengkung dan batu tungku, baju mengadung dan bra, baju baby semua ada kat sini. 

Tak lupa juga; pam susu, stroller, bantal dan tilam. Masa melangkah masuk rasa sangat happy. Walau kena panjat kedai ni yang berada di tingkat dua tapi berbaloi sangat-sangat. 

Habis dalam RM500 tapi berbaloi sebab dapat almost semua basic kelengkapan sebagai persediaan sambut baby nanti.




 


 














Untuk sesiapa yang tengah mencari barang baby aku recommend datang sini dulu, pilihan banyak, harga berpatutan dan staff yang friendly. 

Untuk para bapa, dont worry ada sofa untuk  menunggu dan air tin untuk hilangkan dahaga. 

Update: Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak ketiga disambut oleh Doktor Favorite aku, Doctor Zana Zalinda Bt Ghazali. 

Tags