Ibu Berkerjaya atau Suri Rumah Sepenuh Masa - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Jan 16, 2018

Ibu Berkerjaya atau Suri Rumah Sepenuh Masa

Assalamualaikum,

Tahun 2018 aku rasa tahun yang agak perit untuk kerjaya aku. bermula pencarian kerja selepas graduate dari UiTM pada tahun 2008, dan kemudian sertai Training organized by Bank Negara Malaysia selama setahun (FSTEP) selepas tu baru kembangkan sayap mencari kerjaya sesuai yang sesuai di hati.

Walaupun graduate dalam bidang Perbankkan Islam tapi hati tak pernah nak redha bekerja di Bank. Kenapa? Aku tak suka life as a banker.  Nampak bagus tapi aku sengsara. Sempat timba pengalaman itu pun tak lama masa internship so nekad nak pilih kerjaya yang bukan dalam bank. Ikut hati muda masa tu.
google image
Lepas tu aku dapat masuk kerja di bawah Group sekarang aku bekerja. Gigih dari 2010, pertukaran di bawah anak syarikat, pertukaran post dan juga pengalaman bekerja yang aku rasa superb best. Cuma dua tahun kebelakangan masa depan kerjaya aku kelam. Itu pun di sebabkan oleh Politik office.

Aku antara mangsa yang terkena tempias walaupun aku tak terlibat secara langsung. aku kuli je kot. dan permulaan untuk tahun baru, service aku dan beberapa kawan lain termasuk bos aku telah pun ditamatkan. Begitu sahaja.

Panjang ceritanya sebelum ditamatkan perkhidmatan. Sempat la bertukar status dari permanent kepada pekerja contarct. Taktik company nak buang pekerja.

Dengan keadaan aku yang menunggu hari, aku redha je. Jujurnya memang pengalaman jadi anak tiri di syarikat beri kesan mendalam pada jiwa, rasa rendah diri, sedih, dibuli tu toksah nak cakap. Tapi cuba maintain ceria. Bukan semua paham apa kita rasa.

Tarikh last Last service yang diberitahu adalah 4 Jan2018, selepas 7 tahun bersama Group aku akan tinggalkan begitu sahaja. So selalu pesan kat diri sendiri, jangan bebankan diri dan berkorban segalanya untuk company sebab bukan semuanya menghargai kita. Cuma buat sehabis baik mana yang mampu. Tak perlu kita korban diri atau keluarga, atau kesihatan sendiri. sebab satu masa dulu aku pernah buat benda tu semua.


In sha Allah selepas selesai segalanya nanti aku akan duduk fikir semula sama ada nak jadi suri rumah sepenuh masa atau pilih jadi ibu berkerjaya. Doakan. 

10 comments:

  1. Dalam ekonomi sekarang ni, kerja di mana pun tak menjanjikan kita akan selamat dari politik kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. tahun ni akan lebih mencabar

      Delete
  2. dua dua ada kebaikan dan keburukan.. bgantung kpd situasi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kena ambil banyak faktor, tanggungan, pinjaman kalau ada dan kos2 lain

      Delete
  3. boleh yea tukar status permenant ke contract macamtu jea yea..taknak report kepada JTK ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu banyak alasan bagi. memang terfikir nak buat. in sha Allah kalau ada keizinan akan cuba

      Delete
  4. Replies
    1. buat business online kan? yg penting kena bijak

      Delete
  5. Setuju ayat ini "jangan bebankan diri dan berkorban segalanya untuk company".. Dulu pernah buat macam nie.. Tapi lepas tak dihargai dan dipingirkan Sha buat keputusan, kerja 8-5 sahaja.. Not more than that.. Sha doakan urusan sis dipermudahkan.. Semoga Allah murahkan rezeki sis.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sha, sakit betul bila tak dihargai. bukan isu ikhlas ke idok, tapi sebagai manusia kita ada perasaan.

      Delete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.