Adap Dan Cara Menegur Dalam Islam

Assalamualaikum, Diah selalu terperangkap dalam situasi berhadapan dengan perasaan serba salah untuk tegur, sampaikan, dan berterus terang. Kebiasaan dengan kawan-kawan la. Nak bercakap atau biarkan? 

Kalau tegur takut tersinggung, tapi kalau tak tegur seolah-olah kita tak sayang saudara kita sendiri. Bila habis fikir, tindakan akhir sekali Diah doa je semoga kawan tu dapat petunjuk. 

Pernah dulu masa darah masih muda, masih belum cukup pengalaman, masa hati cukup kuat untuk menerima penolakan, tegur kawan tentang perlakuan salah dia. Akibatnya rosak satu hubungan.

Adap Dan Cara Menegur Dalam Islam  

Memang tak bergaduh besar tapi hubungan tu tak macam sebelum tu. Menyesal? Tak menyesal tegur cuma kalau ada kesempatan untuk baiki cara teguran pasti Diah buat. 

Perlu Ke Tegur?

Sekarang orang dah semakin terbuka untuk beri kan pendapat. Orang semakin berani, tak kisah teguran kepada siapa pun tapi sayang kurang HIKMAH dalam teguran. 

Hikmah bermaksud bijaksana. Dalam hikmah perlu juga santun dalam berbicara. Kerana kekurangan hikmah dan santun lah perangai melabel orang lain wujud. 

Sebab tu Islam anjurkan adap dan hikmah berfikir sebelum melakukan sesuatu. 

Lepas tu keluar lah istilah mak cik bawang. Ada yang nak tegur memang dia berniat baik, nak bendung orang lain juga melakukan dosa yang sama dan kongsi ilmu apa yang dia tahu. 

Ada yang tegur memang nak memalukan, dan ada juga yang berniat tegur sebab ikut orang lain tegur jadi dia nak tegur juga ibarat nasi tambah. 

Perlu ke Tegur



Kita tak mahu dengan cara kita tegur, orang yang ditegur akan semakin menjauhkan diri. Agama Islam dipandang rendah dan buruk, orang salah sangka dan paling teruk kita secara tak langsung sampaikan ajaran yang salah. Nauzubillah. 


Tegur Secara Terbuka


Situasi paling kerap kita dapat tengok teguran kepada orang-orang dalam industri seni, tak kisah dia seorang pelakon, penyanyi, pengarah atau sesiapa je. 

Asalkan dia dikenali lagi mudah menjadi target untuk di tegur kalau melakukan kesalahan. Tegur pula secara terbuka. Malu la orang tu. 


Cara Untuk Menegur 

Pernah terbaca tentang adap menegur. Bila menegur jangan sampai kita menghina, bila kita berniat untuk mendidik jangan pula sampai memaki jika orang yang ditegur tak mahu terima teguran kita. 

Kita boleh meminta dia untuk berubah ke arah kebaikan tapi kita tak boleh memaksa sebab semuanya dengan izin Allah. Sekeras mana paksaan kita, seikhlas mana kita nak tolong kena selalu ingatkan diri. 

Takut nanti bila kita dah terlalu memberi kita tak sengaja mengungkit. Kita kecewa kita mula menyesal. Rugi diri sendiri. 

Imam Syafie berkata “Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar Menasihati Mu. Sesiapa Yang Menasihatimu Di Khalayak Ramai, Dia Sebenarnya Sedang Menghinamu” 

Ujian Sebagai Peringatan


Diah selalu fikir yang sebenarnya orang yang menegur itu lah yang sedang di beri ujian oleh Allah. Ujian berdakwah, ujian kehidupan, ujian nak tengok sejauh mana kefahaman kita tentang Islam. 

Kalau kita berjaya lepasi ujian tu in sha Allah besar sangat hikmah yang dapat kita belajar. Orang di sekeliling juga akan dapat belajar. 


Kesimpulan 

Tegur atau tak terpulang pada situasi dan juga perlu tekankan hikmah bila nak menegur. Niat yang baik sesekali tidak akan menghalalkan sesuatu cara. 

Tiada manusia yang sempurna. Penulisan di atas ni sekadar pendapat Diah, mungkin ada yang tak bersetuju. Itu normal. Kita kan dah bersetuju untuk tidak bersetuju. 

Apa pun kita tegur dan nasihat bukan sebab kita nak tunjuk pandai tapi ianya sebahagian tanggungjawab kita sebagai saudara seagama dan sebenarnya teguran itu lebih kepada nak ingatkan diri kita sendiri. 

Allah hantarkan peringatan kepada kita melalui orang di sekeliling. Terima atau tidak, berubah atau tidak itu semua dengan izin Allah. 
Wallahualam. 

Resepi Churros Mudah Dan Sedap

Resepi Churros Mudah Dan Sedap | Assalamualaikum. Ini adalah kali kedua cubaan membuat Churros lepas kali pertama, Churros kelihatan amat sendu walhal guna resepi yang sama je. Beza nya untuk kali kedua lebih yakin dan tahap teringin nak makan benda manis menggunung tinggi. Masih menggunakan resepi yang sama tapi tak ingat pernah kongsi dalam blog atau tak. 

Apa pun menu Churros dipilih kerana kehabisan idea untuk hidangan minum petang. Kebetulan bahan-bahan pun memang dah ada. Baru la Diah mengerti kenapa lah kalau suri rumah non-stop memasak. Jawapannya ialah bila dah ada anak dan walaupun waktu tengahari memang menu dia ialah nasi dan bila waktu petang menjelma anak-anak akan mencari makanan. Anak-anak dah tak mahu nasi. 

Dah jadi mak nak atau tidak tak kan nak suruh anak makan biskut setiap hari? Tak logik kan? Pemalas sungguh kalau mak tahu. Sebab tu setiap saat kena ada makanan walaupun sikit je jumlah dia. Syarat dia asal ada. 
Mudah je buat Churros
Resepi Churros Mudah dan Sedap
Banyak pula melalut, teruskan kepada resepi Churros yang mudah di buat. Salah satu tips atau masalah orang buat Churros dia jadi gebu dan tak garing. Bukan tak sedap tapi kurang best je, dan bergantung kepada selera orang juga rasanya. Diah ok je asal boleh telan. Kalau nak garing kena kurangkan telur. Tu je. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan utnuk membuat Churros dan langkah mudah perlu anda ikut supaya Churros kelihatan menawan. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1 cawan tepung gandum
1 cawan Air 
50gram butter
Setengah sudu Gula
2 biji telur Gred C
Minyak untuk menggoreng
Gula kastor & serbuk kulit kayu manis untuk hiasan/tabur/bedak Churros  

Cara-caranya untuk membuat Churros adalah:

Masukkan air, butter dan gula ke dalam periuk dan kacau sehingga gula cair. Kecil kan api dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. 

Kacau menggunakan whisk atau senduk kayu ikut suka hati anda sehingga adunan tidak melekat pada periuk kemudian letak adunan ke dalam bekas lain dan sejuk kan seketika. 


Setelah adunan sejuk, masukkan telur satu persatu dan kacau adunan menggunakan mixer sehingga sebati dan berkilat. 
Blend Bahan supaya Sedap

Selepas itu, masukkan adunan dalam beg piping dan boleh la di goreng. Oleh sebab nozzle Diah hilang maka Diah guna acuan semperit. Pon boleh la asal jadi bentuk comel. 

Acuan Churros
Nozzle hilang kita guna apa yang ada 
Goreng sehingga keperangan angkat dan sejukkan. Kemudian campurkan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis dan tabur kan ke atas Churros tadi. 

Makan Churros sambil menikmati pemandangan memang layan

Siap untuk di hidang. 

Senang kan nak buat menu hidangan minum petang? Nak nampak hebat di mata anak-anak boleh la buat sos coklat untuk di celup, atau nak lagi mudah celup Nutella sahaja. Makan Churros lepas tu ada buah-buahan masam macam Strawberi memang sangat sesuai. Dia boleh potong rasa manis tu. Anak-anak pasti suka dan ibu gembira.

Selamat mencuba. 

Throwback Pengalaman Berniaga Di Hari Sukan Sekolah

Assalamualaikum, rasa macam nak throwback pengalaman berniaga di hari sukan sekolah sebab sejak dua tiga minggu lepas keyword ni asyik naik dekat dashboard je. 

Alhamdulillah bila ulang baca apa Diah kongsi dalam entry ni dulu. Rasa bangga pun ye juga. Bangga dapat pecahkan satu tembok penghalang dalam diri. 


In sha Allah kalau ada kesempatan di masa hadapan, jika dapat peluang berniaga lagi sekali akan dimanfaatkan sepenuhnya. 

Throwback Pengalaman Berniaga Di Hari Sukan Sekolah 

Kalau di ikutkan Diah berniaga masa bulan April tahun lepas masa hari sukan sekolah anak buah. Kebetulan pihak sekolah membuka peluang kepada orang luar untuk datang dan memeriahkan acara hari sukan sekolah mereka. 

Jadi bila adik tanyakan sama ada nak turut serta atau tidak memang bagai orang mengantuk yang disorongkan bantal la. 

Waktu tu semangat nak berniaga tinggi sehingga la sekarang. Suami pula beri sokongan sepenuhnya walaupun Raudah masa tu baru je berusia setahun. 

Persiapan Perlu Buat Sebelum Berniaga


Dalam entri pengalaman berniaga sebelum ni Diah ada kongsikan apa yang perlu di ambil tahu sebelum nak sertai aktiviti berniaga macam ni. 

Lepas tu Diah kongsikan serba sedikit idea barang dan makanan yang sesuai dijual pada hari tersebut. 
Rasanya memang berguna sebab banyak view dari pembaca dan entri kali ni Diah kupas lebih sikit supaya lebih faham. 

Kenapa Diah begitu galakkan untuk sertai aktiviti berniaga macam ni adalah sebab nak suruh korang rasai sendiri feel berniaga tu. Kena la turun padang kalau nak tahu pahit manis berniaga. 

Pengalaman tu yang mahal dan walau tak besar mana pun tapi kalau kita bijak ambil peluang banyak perkara boleh kita belajar. Lepas tu kalau berniaga tak boleh takut rugi. Memang kena pandai ambil kira untung rugi. 

Nak Berniaga? Mula dengan dropship. Baca Lebih Di sini


Berniaga Ice Cream Di Hari Sukan Sekolah


Imbas semula masa hari sukan sekolah tu Diah menjual Ice Cream sumi viral tu. Gigih buat dengan peti ais yang tak berapa nak besar tu. Masa tu tengah ice cream sumi tengah viral. Sana sini orang jual. 

Jadi ambil kesempatan jual benda yang memang tengah in trend. Kalau tanya Diah, apa yang Diah perolehi selain daripada untung menjual Ice Cream sumi yang viral tu, Diah belajar banyak benda antaranya:

Latih diri untuk bersiap sedia. 
Kita boleh rancang 101 rancangan sebelum hari sebenar berlangsung tapi saat penentu kejayaan 100% bergantung kepada kebolehan kita bertindak balas dengan persekitaran kita. 


Sebagai contoh kita dah siapkan plan berniaga untuk jual Ice Cream tapi jika hari tersebut hujan sepanjang hari, pasti jualan kita akan terganggu, jadi apa back up plan kita? 

Berniaga mengajar kita untuk berserah kepada Allah selepas kita berdoa dan berusaha. Kita dah cuba sebaik mungkin tunggu sahaja keizinan Allah berikan untuk kita mula menjual. 
Berniaga dapat latih diri kita bersabar, dapat jadikan kita lebih yakin dengan diri sendiri. Peluang berniaga secara fizikal macam ni lebih bagus berbanding berniaga secara online. 

Ini pendapat Diah la, sebab apa tau rejection dari customer tu lebih real, depan mata. Terpulang pada kita cara nak tangani. Sakit tapi puas. 




Kita belajar dari pengalaman. Kita belajar dari pesaing kita. Siapa pesaing masa hari sukan tu? Semestinya gerai sebelah yang jual gula-gula dia tabur dalam dulang. 

Jual ikut biji. 25 biji gula-gula RM2, itu contoh. Memang seronok la budak-budak nak beli. 



Penutup 

Banyak benda yang Diah belajar dari pengalaman tak seberapa. Lain perniagaan lain cabaran kan? Kalau boleh nak rasa semua sekali. Buat masa sekarang pengalaman jual makanan paling banyak Diah dapat. 

Jual makanan ni untung dia kecik tapi kalau sedap orang akan beli selalu. Macam orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

ok setakat itu perkongsian. Harap penulisan tak seberapa macam ni memberi sedikit idea untuk anda baiki dan guna pakai. Awak ada pengalaman meniaga juga? Kalau ada share la juga. Teringin nak baca. 

Best Burger in Kuala Lumpur – Fuel Shack

Pencarian makanan sedap diteruskan lagi. Hari cuti yang lepas sempena hari gantung kuali suami ajak makan burger di Fuel Shack cawangan Aeon Big Wangsamaju. 

Sebenarnya nak tunaikan hajat Diah yang dah lama sangat teringin nak makan burger di Fuel Shack. Pertama kali nak cuba dan teruja sebab burger dia nampak sedap. 

Makan dekat Jombali pun best. 

Best Burger in Kuala Lumpur – Fuel Shack 


Untuk selera Diah, Fuel Shack layak dinobatkan antara best burger in Kuala Lumpur. Big Clap! 

Tapi, Fuel Shack Halal ke?

Ramai juga yang bertanya tentang status Halal Fuel Shack ni dan melalui pembacaan Diah, bahan-bahan yang digunakan ada sijil Halal dan dapat pengiktarafan Halal Jakim. 

Korang boleh tengok sendiri sijil Halal ada mereka kongsikan dekat page Facebook Fuel Shack. In sha Allah diyakini halal dan Fuel Shack ni merupakan restoren di bawah Syarikat Shalimar Teahouse Sdn Bhd. 

Fuel Shack Best Burger in Kuala Lumpur

Kalau di ajak sekali lagi makan di Fuel Shack sudah semestinya Diah akan ikut. Dasar kuat makan. korang kena cuba atleast sekali seumur hidup. 

Amboi kuat kempen. Ok put a side la bab joke tu, tapi serius berbaloi kalau makan burger dekat sini. Bagi Diah, daging burger dia memang terbaik. Rupanya mereka menggunakan 100% pure Australian Grown Beef. Fresh, manis dan tak jumpa lemak pun dalam pati dia. 

Menu di Fuel Shack


Ada macam-macam pilihan burger dekat sini, Lamb burger, Chicken Burger, Cheese Burger dan signature burger mereka. Selain tu ada juga Hot Dawgs, pasta, wrap, chicken, fries, dan juga milkshake. Untuk anak-anak kami pesan set Crispy Chicken dan Butter Rice. 


Menu Fuel Shack

 
Hari tu Diah order set Mini Tower yang berharga RM24.50 ala carte dan tambah RM4 untuk dapat set kentang goreng dan air minuman. Mini Tower dapat dua keping daging dan keju. 

Set Mini Tower ni boleh di kongsi dua orang. Diah tak dapat habiskan dan bungkus sambung makan dekat rumah.


Mini Tower Fuel Shack


Selain daripada burger yang sedap, hiasan dalaman restoren Fuel Shack ni simple je. Dengan tema warna merah menyala dan ada hiasan yang simple dan sedap mata memandang. 

Fuel Shack juga mengalu kan pelanggan untuk buat event company, meeting, family function atau pun apa jua celebration lah. Jika ada rezeki, burger seterusnya yang Diah nak cuba semestinya Blue Cheese Burger. Selalu tengok dekat Astro (channel AFC) chef memasak guna Blue Cheese. 

Satu lagi tempat makan burger yang guna real patty ialah di Menate Cuba sendiri ok. 

Fuel Shack Concept Decoration


Dah banyak cawangan Fuel Shack ni di buka. Boleh semak kat mana cawangan terdekat dengan korang dekat website dia supaya senang korang nak serang. 

Website - http://www.fuelshack.com.my/
Facebook - https://www.facebook.com/officialfuelshack/ 

Keseluruhan nya untuk sesiapa yang macam Diah, yang selalu ada ketagihan terhadap fast food terutama nya nak makan burger kena makan burger Fuel Shack. 

Mesti akan terubat segala kerinduan terhadap burger dan tak cari yang lain dah. Yang dah pernah cuba makan dekat Fuel Shack ni, apa burger kesukaan awak? Meh la kongsi. Boleh Diah cuba pula nanti.