Throwback Pengalaman Berniaga Di Hari Sukan Sekolah

Throwback Pengalaman Berniaga Di Hari Sukan Sekolah | Assalamualaikum, rasa macam nak throwback pengalaman berniaga di hari sukan sekolah sebab sejak dua tiga minggu lepas keyword ni asyik naik dekat dashboard je. Alhamdulillah bila ulang baca apa Diah kongsi dalam entry ni dulu 


Rasa bangga pun ye juga. Bangga dapat pecahkan satu tembok penghalang dalam diri. In sha Allah kalau ada kesempatan di masa hadapan, jika dapat peluang berniaga lagi sekali akan dimanfaatkan sepenuhnya. 

Kalau di ikutkan Diah berniaga masa bulan April tahun lepas masa hari sukan sekolah anak buah. Kebetulan pihak sekolah membuka peluang kepada orang luar untuk datang dan memeriahkan acara hari sukan sekolah mereka. Jadi bila adik tanyakan sama ada nak turut serta atau tidak memang bagai orang mengantuk yang disorongkan bantal la. Waktu tu semangat nak berniaga tinggi sehingga la sekarang. Suami pula beri sokongan sepenuhnya walaupun Raudah masa tu baru je berusia setahun. 

Pengalaman Berniaga Di Hari Sukan Sekolah
Throwback Pengalaman Berniaga Di Hari Sukan Sekolah 

Dalam entri pengalaman berniaga sebelum ni Diah ada kongsikan apa yang perlu di ambil tahu sebelum nak sertai aktiviti berniaga macam ni. Lepas tu Diah kongsikan serba sedikit idea barang dan makanan yang sesuai dijual pada hari tersebut. Rasanya memang berguna sebab banyak view dari pembaca dan entri kali ni Diah kupas lebih sikit supaya lebih faham. 

Kenapa Diah begitu galakkan untuk sertai aktiviti berniaga macam ni adalah sebab nak suruh korang rasai sendiri feel berniaga tu. Kena la turun padang kalau nak tahu pahit manis berniaga. Pengalaman tu yang mahal dan walau tak besar mana pun tapi kalau kita bijak ambil peluang banyak perkara boleh kita belajar. Lepas tu kalau berniaga tak boleh takut rugi. Memang kena pandai ambil kira untung rugi. 
Berniaga Ice Cream Di Hari Sukan Sekolah
Ice cream Sumi Viral
Imbas semula masa hari sukan sekolah tu Diah menjual Ice Cream sumi viral tu. Gigih buat dengan peti ais yang tak berapa nak besar tu. Masa tu tengah ice cream sumi tengah viral. Sana sini orang jual. Jadi ambil kesempatan jual benda yang memang tengah in trend. Kalau tanya Diah, apa yang Diah perolehi selain daripada untung menjual Ice Cream sumi yang viral tu, Diah belajar banyak benda antaranya:
  • Latih diri untuk bersiap sedia. Kita boleh rancang 101 rancangan sebelum hari sebenar berlangsung tapi saat penentu kejayaan 100% bergantung kepada kebolehan kita bertindak balas dengan persekitaran kita. Sebagai contoh kita dah siapkan plan berniaga untuk jual Ice Cream tapi jika hari tersebut hujan sepanjang hari, pasti jualan kita akan terganggu, jadi apa back up plan kita? 
  • Berniaga mengajar kita untuk berserah kepada Allah selepas kita berdoa dan berusaha. Kita dah cuba sebaik mungkin tunggu sahaja keizinan Allah berikan untuk kita mula menjual. 
  • Berniaga dapat latih diri kita bersabar, dapat jadikan kita lebih yakin dengan diri sendiri. Peluang berniaga secara fizikal macam ni lebih bagus berbanding berniaga secara online. Ini pendapat Diah la, sebab apa tau rejection dari customer tu lebih real, depan mata. Terpulang pada kita cara nak tangani. Sakit tapi puas. 

Ramai peminat Ice Cream Choki-Choki ni
Kita belajar dari pengalaman. Kita belajar dari pesaing kita. Siapa pesaing masa hari sukan tu? Semestinya gerai sebelah yang jual gula-gula dia tabur dalam dulang. Jual ikut biji. 25 biji gula-gula RM2, itu contoh. Memang seronok la budak-budak nak beli. 

Penutup 

Banyak benda yang Diah belajar dari pengalaman tak seberapa. Lain perniagaan lain cabaran kan? Kalau boleh nak rasa semua sekali. Buat masa sekarang pengalaman jual makanan paling banyak Diah dapat. Jual makanan ni untung dia kecik tapi kalau sedap orang akan beli selalu. Macam orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. ok setakat itu perkongsian. Harap penulisan tak seberapa macam ni memberi sedikit idea untuk anda baiki dan guna pakai. Awak ada pengalaman meniaga juga? Kalau ada share la juga. Teringin nak baca. 

8 comments:

  1. Wah sedap2 nampak aiskrim sumi & choki2 tu..kalau panas2 makan mesti sejuk jer rasa tekak..

    ReplyDelete
  2. bagus weih kau berniaga. heheh. mek takde pengalaman berniaga pada hari kantin. tapi mek suka berniaga di dalam premis bank ni. macam-macam mek jual, snowcap, tudung souk, sekarang nasi pula. dulu air dalam tin. mek pun letak sasaran yang achievable untuk kita berniaga. dan kena achieve baru rasa puas hati. satu lagi berniaga kena ikut trend. contoh macam diah buat la, tengah trending aiskrim sumi tu kan so ikut rentak tu juga. satu satu perniagaan wont last kalau kita tak selalu create benda baru dalam bisnes kita.

    ReplyDelete
  3. Yes memang seronok kan diah.. Dulu masa study.. Zaza dan team ada jual air kelapa dan buah jambu.. masa tu program sukan.. Memang seronok sgt tambah dapat pujian ramai pasal air kelapa tu betul2 terasa dia punya kelapa

    ReplyDelete
  4. Wahhh seronoknya Diah..tapi memang betul pun berniaga makanan tu memang untung dia sikit tapi kalau sedap jauh ataupun mahal sikit pun orang sanggup bayar dan dapatkannya.

    ReplyDelete
  5. bestnya berniagaa macam ni..cik nor pun suka tapi xdapat pluang macam dia lagii..:)

    ReplyDelete
  6. aira setuju part berserah pada Allah. memang berniaga kena banyak tawakkal :)

    ReplyDelete
  7. Nak resepi aiskrim please hihihi..

    ReplyDelete
  8. Rabia dulu berniaga kat sekolah jugak.form 5 i ambik aliran katering & penyajian.

    tak silap rabia hari sukan jugak rasanya rabia dan kwn2 rabia menjual.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.