Selamat Tinggal 2018 dan Hai 2019

Selamat Tinggal 2018 dan Hai 2019 

Sebelum tarikh 1 September 2019 berlalu pergi kita tinggalkan satu jejak sebagai kenangan dan juga pembakar semangat untuk meneruskan karya sebagai penulis blog. Setahun berlalu penuh suka duka dan semoga kedatangan tahun dengan angka yang baru membawa perubahan diri dan keluarga ke arah yang lebih baik. Aamiin.

Tahun 2018 tahun menerima cahaya mata dan juga tahun kehilangan kerjaya tetapi tahun 2019 di doakan keadaan lebih baik dari segala sudut. Walaupun sedikit sedih dengan dugaan dalam kerjaya tapi Diah percaya setiap yang Allah aturkan tak pernah salah. Cuma nak kuatkan diri dan terus jalan ke depan tu ambil masa.

Welcome 2019
2019 Please Be Good

Tiga Beradik Lemas Di Terengganu | Salam Takziah

Tiga Beradik Lemas Di Terengganu 

Terbaca kisah kematian tiga beradik perempuan yang dipercayai lemas di Dungun Terengganu. Dilaporkan tiga beradik ni mengikut makcik mereka bercuti ke Terengganu dan mereka berkelah di pantai petang semalam. 

Difahamkan yang pada awalnya dua daripada mangsa telah ditarik oleh ombak besar ke laut dan kemudian kakaknya cuba menyelamatkan adik-adiknya.

Malang sekali cubaan itu gagal dan kakaknya juga ditarik ombak yang begitu besar. Ketiga-tiga mangsa dihanyutkan ombak ke tengah laut. Ombak pantai memang menakutkan. Fobia.

Ibu bapa mereka tidak turut serta kerana menguruskan urusan persekolahan yang bakal bermula tak lama lagi. Kebetulan mereka sekeluarga masih lagi keletihan kerana baru balik bercuti dari Thailand. 

Ajal menjemput dan sekaligus si ibu dan bapa kehilangan anak-anak mereka. Sungguh mereka insan terpilih. Diuji dengan musibah seberat ini.


Tiga Beradik Lemas Di Terengganu Salam Takziah




Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosanya seperti pohon menggugurkan daun-daunnya.” [HR Bukhari dan Muslim]


Kenangan Lemas di Pantai Teluk Cempedak


Teringat berpuluh tahun dahulu ada satu peristiwa hitam berlaku dalam keluarga kami juga dikaitkan dengan laut dan peristiwa orang mati lemas ni. Paling tepat yang menjadi mangsa lemas adalah jiran Diah di kampung. Arwah sangat rapat dengan Diah. 

Kiranya dia pangkat abang. Arwah seorang yang kelakar, periang dan bijak. Nama yang selalu dipanggil di sekolah untuk terima anugerah kecemerlangan.

Banyak buku-buku arwah diberikan pada Diah, sebab mak dia kata dia berniat nak hadiahkan pada Diah. Allahu. Walaupun pun dah berpuluh tahun perkara tu berlaku namun kenangan manis dan ingatan pada arwah tak pernah pudar. Orang yang baik memang akan dikenang sampai bila-bila.

Masih ingat waktu tu orang masih sibuk berhari raya. Masing-masing tengah bercuti jadi kesempatan tu abang Diah dan rakan-rakan dia ambil kesempatan untuk makan angin di Teluk Cempedak di Kuantan Pahang. Hajatnya nak mandi pantai. 

Mereka bertolak dengan menaiki van, pagi tu arwah ceria. Sebelum bertolak sempat dia dukung anak saudara Diah yang berusia setahun. Anak saudara gembira bila didukung arwah dan menangis teruk ketika arwah mahu bertolak pergi. Seperti tak merelakan arwah pergi.

Kami sedar ianya seakan satu petanda bila petang tu dapat panggilan diberitahu yang arwah lemas dan masih belum dijumpai. Berita arwah lemas kami terima dengan sukar sekali. 

Lepas beberapa jam operasi menyelamat diadakan arwah dijumpai tersepit di celahan batu besar. Kepalanya cedera akibat terhempas dengan batu akibat dipukul ombak. Sayunya hati Allah sahaja yang tahu.

Sampai sekarang tiap kali ada berita orang mati lemas, kenangan dengan arwah pasti menjelma. Peritnya kehilangan tu. Diah hanya jiran tapi amat terasa sekali pemergian arwah. Apatah lagi ahli keluarga.

Langkah-langkah Pencegahan Ketika Musim Banjir


Baru Diah tahu yang sesetengah kawasan laut mempunyai arus deras yang boleh menarik mangsa ke kawasan air dalam. Selama ni mandi laut tapi kurang kesedaran tentang bahaya yang boleh menimpa. 

Untuk kita yang masih hidup ambil iktibar setiap apa yang berlaku. Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh di ambil bila kita berada di kawasan perkelahan pantai, air terjun dan sebagainya ialah:

  1. Ketahui ramalan cuaca
  2. Berenang dan menyelam dengan selamat. Berjaga-jaga jika berenang di dalam arus dna banyak kejadian lemas berlaku di sungai bila berenang dalam arus.
  3. Jangan memasuki air dengan terjun kepala dahulu melainkan dasar dan kedalaman dasar diketahui. Kecederaan tengkuk dan leher boleh mengakibatkan lemas. Elakkan pengambilan alcohol sebelum berenang dan jangan berenang berseorangan.
  4. Anak kecil yang berenang perlu ditemani orang dewasa. Pakai jaket keselamatan bila berada di air.
  5. Belajar berenang dapat membantu bila berada dalam keadaan sukar dan atasi panik.


Semoga ahli keluarga mangsa tiga beradik yang lemas tu dan semua yang terlibat tabah menghadapi dugaan dari Allah. Entah bagaimana pula kalau ujian tu terkena dekat diri sendiri dan keluarga. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas setiap peraturan yang ditetapkan. 

Cara Semak JomPAY Biller Code PTPTN

Hai korang, entri kali ni khas untuk peminjam PTPTN yang dah mula buat pembayaran balik pinjaman korang menggunakan JomPAY. 

Tahu kan banyak  saluran bayaran balik telah disediakan antaranya adalah secara online seperti melalui kaedah Perbankan Internet, JomPAY, myPay PTPTN dan juga melalui Portal Rasmi PTPTN. 

Tapi berapa ramai yang tahu, setiap kaedah yang disediakan tu dikenakan caj transaksi kecuali JomPAY. 

Sebelum dapat kesedaran tentang caj ni, Diah buat bayaran balik PTPTN melalui Perbankan Internet melalui bank-bank yang tersedia dan rupa-rupanya caj dikenakan bermula dari 0.50 sen ke RM1 per transaksi. 

Tak pasti berapa baki pinjaman PTPTN? Boleh semak di sini. 

Cara Semak JomPAY Biller Code PTPTN  

Dah lebih setahun kot kena caj buta-buta begitu. Adeh. Tepuk dahi. Bayangkan kalau dalam tempoh bayaran balik ialah sebanyak 15 tahun dan Diah buat bayaran setiap bulan dah berapa banyak caj dibayar?


Bayaran Balik PTPTN Semak Biller Code PTPTN


Untuk mereka yang buat bayaran balik melalui myPay PTPTN (aplikasi mobile web), caj yang dikenakan ialah RM0.50 per transaksi. 

Jika membuat bayaran balik melalui portal rasmi PTPTN pula, walaupun tiada caj dikenakan tetapi pemilihan bank adalah terhad kepada 12 bank dan 3 kredit kad sahaja yang diterima. 


Cara semak Biller Code JomPAY PTPTN


Pilihan terbaik setakat sekarang adalah membuat bayaran balik PTPTN adalah dengan menggunakan JomPAY sebab ianya TANPA CAJ. Terdapat 40 bank yang terlibat dan cara bayaran pun sama je dengan perbankan Internet cuma anda kena dapatkan Biller Code JomPAY sahaja. 

Macamana nak semak dan dapatkan biller code tu? Mudah je.
  1. Pergi ke website PTPTN  www.ptptn.gov.my
  2. Pilih tab e-PERKHIDMATAN dan pilih Bayaran Balik
  3. Tekan semakan JomPAY
  4. Masukkan 12 digit kad pengenalan
  5. Tekan Cari dan siap


JomPAY Biller Code PTPTN



Biller Code PTPTN JomPAY


Masukkan Kad Pengenalan PTPTN
Masukkan No Kad Pengenalan 
Setel!

Bila dah dapat biller code dan juga Ref no boleh lah log in online banking bank masing-masing. Ada 40 bank yang menyediakan JomPAY seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan banyak lagi. 

Caranya mudah sahaja, pilih bayararan menggunakann JomPAY dan masukkan biller code tadi dan juga reference no yang diberi. 

Reference no yang kedua ialah no telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan PTPTN. Kalau yakin maklumat yang di isi adalah betul bolehlah klik teruskan untuk buat pembayaran. 

Selesai!

 Selamat mencuba dan semoga info ni berguna untuk korang. 

Muzik Video Terbaik Anuar Zain

Muzik Video Anuar Zain Terbaik 

Tengah angau dengan muzik video Anuar Zain siap pakej meleleh air mata. Eh semenjak umur meningkat ni tak boleh betul kalau tengok sesuatu yang menyentuh jiwa. Automatik mata berair. Anuar Zain memang artis kegemaran sejak bujang dulu, masa bercinta sehinggalah dah beranak tiga ni. 

Suami dulu masa zaman study muka dia ada iras Anuar Zain tau. lol sangat. Itu masa dia kurus la sebab bentuk muka dia segi empat dan pakai spek. Tu jatuh hati lebih tu. Sekarang dah tembam macam pau dah hilang la iras Anuar Zain tu. Kahkahkah. Tapi masih Anuar Zain di hatiku. 

Orang lain dah lama layan muzik video ni Diah pula baru hegeh-hegeh tengok. Tak tahu la ada kaitan atau tidak dengan drama viral Andainya Takdir tu atau tidak. Drama tu pun lama dah ditayangkan di TV3. Lakonan Shukri Yahaya, Puteri Balqis dan Nina Iskandar. Siap ada drama Andainya takdir 2. 

Jujurnya Diah tak tengok masa ditayangkan dulu, tapi tak menyesal sangat sebab tengok muzik video pun mesej tu berjaya disampaikan dengan baik. bravo bang Nuar. 

Muzik Video Andainya Takdir

Sambungan Muzik Video Andainya Takdir


Dalam muzik video Andainya Takdir, dapat la faham penceritaan dia tentang isteri yang meninggalkan anak dan suami untuk mencari rezeki. Lakonan Sharifah Sakinah, Anuar Zain dan Puteri Balqis. Kisah dalam lagu memang menyentuh jiwa betul bila memperlihatkan si isteri sanggup tinggalkan keluarga demi duit. 

Isteri dia sertai uji bakat di bandar dan lelaki kaya terpikat dekat dia. Lepas beberapa tahun si suami terjumpa semula bekas isteri dia. Memang geram je watak isteri dia. Dasar perempuan gila harta. Eh tengok sendiri la. 

Rupa-rupanya lagu Andainya Takdir ada sambungan ya kawan-kawan. Kisah sang isteri yang meninggalkan keluarga demi duit tu diceritakan semula dalam muzik video kedua yang bertajuk Cinta Takkan Berakhir Dalam muzik video kedua baru faham kenapa isteri dia bercerai dengan suami dia, kenapa dia tinggalkan keluarga. 

Rupa-rupanya isteri dia berkorban untuk anak dan suami. aduh masa tengok ni sambil rasa bersalah kutuk isteri dia dalam muzik video pertama. Masa ni baru faham sebab muzik video dia throwback semula apa yang berlaku. 


Sambungan Video Muzik Belahan Hati

Tak cukup dengan dua muzik video, setelah bertahun menunggu sambungan episod kedua, akhirnya baru-baru ni Anuar Zain telah menghasilkan muzik video ketiga dan pastinya bukan yang terakhir sebab cerita dalam lagu ni sedikit tergantung yang bertajuk Belahan Hati Dalam muzik video ketiga dia menceritakan lebih terperinci pengorbanan si isteri dan akhirnya anak dan suami dia terima dia kembali. Sedih wo sambil lap air mata. 

Korang tengok dan nilaikan sendiri la. Lagu yang bagus bukan sekadar sedap dinyanyikan tapi dalam masa yang sama membawa mesej yang berguna untuk pendengarnya. Setakat ni masih belum ada lagi lagu Anuar Zain yang mengecewakan, cuma satu je soalan bila agaknya Anuar Zain nak menamatkan zaman bujang dia eh. Tak sabar nak tengok calon.