5 Tips Elak Taktik Scammer Kurier Servis

Assalamulaikum, hai korang. Tak berapa lama dulu kecoh kan viral tentang taktik scammer melalui kurier servis. Pernah dengar? 

Kalau belum meh baca apa Diah kongsi ni. Macam pelik kan, macamana boleh jadi mangsa scammer melalui kurier servis? 

Rupa-rupanya korang berpotensi untuk jadi mangsa scammer ni bila berlakunya kebocoran maklumat peribadi korang. 

Maklumat peribadi seperti nama dan juga alamat tempat tinggal. Siapa yang dimaksudkan dengan scammer ni?


5 Tips Elak Taktik Scammer Kurier Servis


"Scammer is someone who makes money using illegal methods, especially by tricking people"

Oleh sebab perniagaan secara online ni dah bercambah macam cendawan tumbuh selepas hujan maka banyaklah penjenayah buka mata nak cari peluang juga. 

Semakin banyak jualan semakin ramai la yang menggunakan kurier servis untuk penghantaran barang kepada pelanggan.

Kalau dapat panggilan mencurigakan, baik jangan layan. Putuskan panggilan dan pergi ke bank atau telefon customer service bank kalau ada soalan.

Senarai Scammer di Malaysia

Mangsa-Mangsa Penipuan Scammer

Benda ni boleh terjadi dekat sesiapa sahaja. Seram kan? 

Apa yang Scammer buat ialah mereka akan guna nama dan alamat untuk membuat penghantaran barang yang konon-kononnya korang beli dan menetapkan bayaran secara cash on delivery (COD).

Maksudnya korang akan buat bayaran bila barang sampai ke tangan. Sebagai contoh antara platform shopping online yang terkenal sekarang macam Shopee dan Lazada. 

Jadi dekat sini la akan jadi tumpuan penjenayah untuk lakukan kegiatan mereka.

Rupa-rupanya dah ada kes pun yang melibatkan kurrier servis ni. Siap masuk surat khabar lagi, guru ditipu dan kerugian 12 ribu ringgit. 

Jadi korang kena la berhati-hati. 

Apa perlu korang buat untuk elak jadi mangsa scammer ni? sila ikuti Tips Elak Jadi Mangsa Taktik Scammer Melalui Kurier Servis seperti yang dicadangkan dibawah:

  1. Bila terima bungkusan sila semak nama penerima dan jangan tanda tangan nota penerimaan barang jika ada keraguan. 
  2. Jangan sesekali ambil barang yang dihantar jika tidak yakin. 
  3. Berkeras untuk tidak terima barang yang bukan kita pesan. 
  4. Semak detail barangan seperti berat bungkusan, maklumat penjual dan harga yang perlu dibayar. 
  5. Perkara yang sering terjadi, Jika menjadi wakil penerima pastikan penerima mengesahkan pembelian baru terima bungkusan dan buat pembayaran. 


Cara Semak Senarai Scammer Malaysia 

Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati tapi masih lagi menjadi mangsa penipuan. Itu namanya takdir. Minta la pertolongan dari Allah dan jauhi aktiviti yang mencurigakan. 

Diah nak kongsi satu laman web yang dapat bantu korang semak senarai penipu "scammer" di Malaysia dekat luar sana tu. 



Tips Elak Jadi Mangsa Taktik Scammer Melalui Kurier Servis

Sebenarnya masih banyak lagi taktik yang scammer ni amalkan dekat luar sana tu. Kita kena bijak dan jangan mudah termasuk dalam jerat mereka. 

Tiada jalan mudah nak kaya dan berjaya. Kita doakan semoga yang buat kegiatan ni dapat dibanteras dan kembali ke pangkal jalan. Baru aman dunia. Tak gitu?


Bercuti ke Windmill PD Farm

Kalau dah sampai ke Port Dickson Negeri Sembilan memang rugi sangat kalau tak jejak kan kaki ke Windmill PD Farm yang terletak betul-betul di tepi jalan ni. 

Dari luar boleh nampak replika kincir angin yang besar tu. Kisahnya kami jejakkan kaki ke sini lepas berfikir panjang samaada mahu ke Upside Down Port Dickson (Rumah Terbalik Port Dickson) atau ke Windmill PD Farm.

Bercuti ke Windmill PD Farm 

Lepas tengok review di internet dan memandangkan ada anak kecil lebih sesuai kalau buat aktiviti di Windmill PD Farm. 

Kalau di Rumah Terbalik Port Dickson aktiviti hanya terhad untuk selfie sahaja. Mungkin nanti anak dah besar sedikit boleh la ke sana pula. 

Lokasi Windmill PD Farm ni memang tak jauh pun dari tempat kami menginap hari tu di Ancasa Residences Port Dickson. Jadi sebelum balik KL kita bawa anak-anak bergembira dahulu. 

Lepas selesai je urusan check out di Ancasa Residence kami terus kesana dan Alhamdulillah cuaca amat baik pada hari tu. 


Tarikan Windmill PD Farm
Windmill PD Farm


Tarikan di Windmill PD Farm Untuk Pengunjung


Anda akan disambut dengan replika kincir angin besar, kereta dan juga binatang di hadapan pintu masuk. Tempat ni sesuai untuk seisi keluarga. 

Dekat sana ada binatang, rumah antik, rumah hantu, dan juga Funny House. Rumah hantu baru sahaja dibuka kepada orang ramai dan kami tak masuk pun sebab Ikhwan awal-awal lagi dah tunjuk muka cuak. 

Menurut petugas, rumah hantu tu tak seram pun yang ada pun patung-patung yang kelakar seram je. 


Petting Zoo

Kedatangan anda akan disambut dengan kandang Guinea Pig. Korang boleh masuk ke dalam kandang dan pegang sendiri itu pun kalau berjaya tangkap sebab Guinea Pig ni lari boleh tahan laju. 

Ada petugas dekat situ yang akan melayan anda dan terangkan tentang si Guinea Pig tu. Hari tu Diah tak dengar pun sebab sibuk kejar binatang ni. Comel sangat. 

Selangor ada - Petting Zoo Farm In The City Pahang pula ada Petting Zoo Rabbitland




Selain Guinea Pig, ada kandang lain seperti pelbagai jenis burung Nuri dan spesis lain. Kemudian ada sangkar ayam, angsa, burung Merak. 

Pendek kata yang seangkatan dengan burung yang tak boleh terbang dan bertelur macam ayam serama dan itik. 

Dekat Windmill PD Farm ni juga korang boleh tengok burung kasuari dengan lebih dekat. Ada juga arnab, kucing, kuda dan juga kambing.


Windmill PD Farm

 
Rumah Antik 

Dah penat tengok binatang korang boleh mula selfie dekat rumah antik. Cantiknya dalam rumah ni ada perabut dan juga kelengkapan orang zaman dahulu. 

Dalam ni juga ada kerusi merah bersaiz gergasi. Di sekitar rumah antik ada alatan seperti penyapu dan senduk bersaiz gergasi. Dekat rumah ni ada menjual minuman untuk menghilangkan dahaga. 


Tempat untuk Selfie di Funny House

Sebelum melangkah keluar dari Windmill PD Farm, satu lagi tarikan untuk mereka yang suka bergambar adalah Funny House. 

Ada banyak replika seperti alatan elektrik,buaian, kereta kuda (labu), dan banyak lagi yang bersaiz gergasi yang menarik sangat kalau korang suka bergambar. 


Funny House Windmill PD Farm

Apa pendapat Diah? 

Windmill PD Farm sesuai untuk mereka yang ada anak kecil terutama yang suka kan binatang dan suka bergambar. 

Kawasan dia tak terlalu luas dan berbaloi untuk dilawati tapi jangan bandingkan dengan tempat lain seperti Zoo. 

Windmill PD Farm lebih sederhana baik dari segi kemudahan dan juga tarikan dekat sana. 

Keperluan asas seperti tandas dan kedai disediakan cukup untuk hilangkan dahaga. Surau dan kemudahan lain diah tak perasan pula. 

Kalau nak kesini korang boleh waze je ikut alamat dibawah. Tiket untuk dewasa berharga RM20 dan kanak-kanak berharga RM15. Boleh ikuti perkembangan Windmill PD Farm di laman sosial mereka seperti dibawah: 

Windmill PD Farm
Lot 3636 Batu, 9, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Dah alang-alang sampai PD boleh lajak terus ke Melaka makan asam pedas lepas tu boleh bawa anak tengok Dinasour. 

Selamat Tinggal 2018 dan Hai 2019

Selamat Tinggal 2018 dan Hai 2019 

Sebelum tarikh 1 September 2019 berlalu pergi kita tinggalkan satu jejak sebagai kenangan dan juga pembakar semangat untuk meneruskan karya sebagai penulis blog. Setahun berlalu penuh suka duka dan semoga kedatangan tahun dengan angka yang baru membawa perubahan diri dan keluarga ke arah yang lebih baik. Aamiin.

Tahun 2018 tahun menerima cahaya mata dan juga tahun kehilangan kerjaya tetapi tahun 2019 di doakan keadaan lebih baik dari segala sudut. Walaupun sedikit sedih dengan dugaan dalam kerjaya tapi Diah percaya setiap yang Allah aturkan tak pernah salah. Cuma nak kuatkan diri dan terus jalan ke depan tu ambil masa.

Welcome 2019
2019 Please Be Good

Tiga Beradik Lemas Di Terengganu | Salam Takziah

Tiga Beradik Lemas Di Terengganu 

Terbaca kisah kematian tiga beradik perempuan yang dipercayai lemas di Dungun Terengganu. Dilaporkan tiga beradik ni mengikut makcik mereka bercuti ke Terengganu dan mereka berkelah di pantai petang semalam. 

Difahamkan yang pada awalnya dua daripada mangsa telah ditarik oleh ombak besar ke laut dan kemudian kakaknya cuba menyelamatkan adik-adiknya.

Malang sekali cubaan itu gagal dan kakaknya juga ditarik ombak yang begitu besar. Ketiga-tiga mangsa dihanyutkan ombak ke tengah laut. Ombak pantai memang menakutkan. Fobia.

Ibu bapa mereka tidak turut serta kerana menguruskan urusan persekolahan yang bakal bermula tak lama lagi. Kebetulan mereka sekeluarga masih lagi keletihan kerana baru balik bercuti dari Thailand. 

Ajal menjemput dan sekaligus si ibu dan bapa kehilangan anak-anak mereka. Sungguh mereka insan terpilih. Diuji dengan musibah seberat ini.


Tiga Beradik Lemas Di Terengganu Salam Takziah




Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosanya seperti pohon menggugurkan daun-daunnya.” [HR Bukhari dan Muslim]


Kenangan Lemas di Pantai Teluk Cempedak


Teringat berpuluh tahun dahulu ada satu peristiwa hitam berlaku dalam keluarga kami juga dikaitkan dengan laut dan peristiwa orang mati lemas ni. Paling tepat yang menjadi mangsa lemas adalah jiran Diah di kampung. Arwah sangat rapat dengan Diah. 

Kiranya dia pangkat abang. Arwah seorang yang kelakar, periang dan bijak. Nama yang selalu dipanggil di sekolah untuk terima anugerah kecemerlangan.

Banyak buku-buku arwah diberikan pada Diah, sebab mak dia kata dia berniat nak hadiahkan pada Diah. Allahu. Walaupun pun dah berpuluh tahun perkara tu berlaku namun kenangan manis dan ingatan pada arwah tak pernah pudar. Orang yang baik memang akan dikenang sampai bila-bila.

Masih ingat waktu tu orang masih sibuk berhari raya. Masing-masing tengah bercuti jadi kesempatan tu abang Diah dan rakan-rakan dia ambil kesempatan untuk makan angin di Teluk Cempedak di Kuantan Pahang. Hajatnya nak mandi pantai. 

Mereka bertolak dengan menaiki van, pagi tu arwah ceria. Sebelum bertolak sempat dia dukung anak saudara Diah yang berusia setahun. Anak saudara gembira bila didukung arwah dan menangis teruk ketika arwah mahu bertolak pergi. Seperti tak merelakan arwah pergi.

Kami sedar ianya seakan satu petanda bila petang tu dapat panggilan diberitahu yang arwah lemas dan masih belum dijumpai. Berita arwah lemas kami terima dengan sukar sekali. 

Lepas beberapa jam operasi menyelamat diadakan arwah dijumpai tersepit di celahan batu besar. Kepalanya cedera akibat terhempas dengan batu akibat dipukul ombak. Sayunya hati Allah sahaja yang tahu.

Sampai sekarang tiap kali ada berita orang mati lemas, kenangan dengan arwah pasti menjelma. Peritnya kehilangan tu. Diah hanya jiran tapi amat terasa sekali pemergian arwah. Apatah lagi ahli keluarga.

Langkah-langkah Pencegahan Ketika Musim Banjir


Baru Diah tahu yang sesetengah kawasan laut mempunyai arus deras yang boleh menarik mangsa ke kawasan air dalam. Selama ni mandi laut tapi kurang kesedaran tentang bahaya yang boleh menimpa. 

Untuk kita yang masih hidup ambil iktibar setiap apa yang berlaku. Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh di ambil bila kita berada di kawasan perkelahan pantai, air terjun dan sebagainya ialah:

  1. Ketahui ramalan cuaca
  2. Berenang dan menyelam dengan selamat. Berjaga-jaga jika berenang di dalam arus dna banyak kejadian lemas berlaku di sungai bila berenang dalam arus.
  3. Jangan memasuki air dengan terjun kepala dahulu melainkan dasar dan kedalaman dasar diketahui. Kecederaan tengkuk dan leher boleh mengakibatkan lemas. Elakkan pengambilan alcohol sebelum berenang dan jangan berenang berseorangan.
  4. Anak kecil yang berenang perlu ditemani orang dewasa. Pakai jaket keselamatan bila berada di air.
  5. Belajar berenang dapat membantu bila berada dalam keadaan sukar dan atasi panik.


Semoga ahli keluarga mangsa tiga beradik yang lemas tu dan semua yang terlibat tabah menghadapi dugaan dari Allah. Entah bagaimana pula kalau ujian tu terkena dekat diri sendiri dan keluarga. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas setiap peraturan yang ditetapkan.