Restoran Makanan Arab Sedap Di KL

Assalamualaikum. Memang dah jadi aktiviti wajib setiap bulan mencari tempat makan sedap di KL. Saja reward diri lepas berpenat lelah harung kehidupan dari hari ke hari. 

Kira small celebration dan tanda bersyukur masih hidup dan dikurniakan kesihatan yang baik. 

Jadi, untuk kali ni sekali lagi kami ke Restoran Qasar Balkis untuk makan makanan Arab yang terletak di Taman Melati Kuala Lumpur. Restoran ni sebaris dengan Restoran Sate Haji Samuri cawangan Taman Melati. 


Restoran Makanan Arab Sedap Di KL  

Kali kedua kami makan di sini dan Diah sangat-sangat sukakan makanan dekat sini. Restoran ni pakar dalam menyediakan makanan Arab / Timur Tengah. 

Memang dapat rasa rempah ratus yang mereka gunakan dalam setiap menu. 

Daging yang lembut dan berjus, Shawarma dan BBQ yang sedap, dan banyak lagi menu menarik dan berbaloi untuk dicuba.


Qasar Balkis Taman Melati



Restoran Makanan Arab Sedap Di KL


Menu Restoran Arab Qasar Balkis 

Paling Diah suka nak cadangkan adalah air teh dekat sini. Diah memang penggemar coffee dan juga sangat enjoy kalau minum Teh susu. 

Kalau datang sini memang akan pesan air Teh dalam teko kecil dan rasa Teh dia memang power.

Apa yang lain dekat sini, air Teh mereka akan letak sBunga Cengkih. Rasanya Cengkih tu menambah aroma dan rasa lemak teh. Minum teh panas memang layan habis.


Restoran Qasar Balkis


KL Qasar Balkis

Dari segi harga Diah rasa masih affordable dan berbaloi dengan apa yang kita makan. Lagipun saiz setiap hidangan agak besar. 

Kalau pesan hidangan nasi boleh kongsi untuk dua orang kecuali memang anda seorang yang kuat makan. 

Kalau pertama kali nak cuba boleh pesan menu yang berbeza. Baru dapat rasa semua menu yang ada. 


Restoran Qasar Balkis Taman Melati

 

Restoran Makanan Arab Sedap Di KL Qasar Balkis Taman Melati


Apa yang Diah perasan Restoran Qasar Balkis memang ada pelanggan setia mereka. Ada je pelanggan walk in terutama waktu malam. 

Restoran ni sesuai kalau nak makan-makan satu keluarga dan dekat sini ada bilik khas (VIP) kalau nak buat private dinner. 

Boleh muat dalam 10-12 orang kalau tak silap. Kalau datang secara berkumpulan baik call dan buat tempahan. 





Restoran Makanan Arab Sedap Di KL Qasar Balkis Taman Melati


Review Restoran| Qasar Balkis Taman Melati

Overall puas hati makan dekat Restoran Qasar Balkis sebab makanan yang sedap, tempat makan yang luas, bersih dan selesa, harga berpatutan dan krew restoran yang mesra pelanggan walau ada halangan Bahasa. 

Semestinya kalau nak cari tempat makan makanan Arab yang sedap di KL, Restoran Qasar Balkis adalah restoran yang patut anda cuba. Diah tak dibayar untuk review ni ya! Jadi patut cuba. 


QASAR BALQIS RESTAURANT (Taman Melati)
Lot No, 1 G, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur
Phone: 03-4161 8962


Satu lagi Restoran Nasi Arab yang aku boleh cadangkan ialah Nasi Arab Taj Hadramawt Taman Melati ,  Nasi Arab di Paradise Reyan pun sedap, dekat dalam pasaraya Aeon Big Wangsa Maju. 



Rancangan Mikrofon Impian Bantu Ringankan Bebanan Kewangan

Pernah tengok rancangan Mikrofon Impian di Astro? Diah tertengok satu episod ulangan, minggu kedua yang mana penyanyi Elyana jadi juri jemputan. 

Mikrofon Impian bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. Basically rancangan tu adalah program CSR Chatime dengan kerjasama Maybank Heart membantu orang yang kurang berkemampuan dan membantu ringankan bebanan kewangan mereka.

Terdapat tiga Juri tetap yang dilantik iaitu Azmi Saat dari kumpulan Caliph Buskers, Fauziah Latif, dan Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali. 

Rancangan Mikrofon Impian Bantu Ringankan Bebanan Kewangan 

Hos rancangan pula ialah Datuk Aznil Haji Nawawi. Sesuai sangat Paknil galas tugas mengacara. Memang mengalir air mata. 

Rancangan Astro Mikrofon Impian

Setiap minggu akan ada dua peserta yang bertanding. Setiap peserta akan berkongsi kisah kesusahan mereka, dan mereka kena terangkan berapa jumlah hutang yang mereka mahu diselesaikan dan kenapa mereka harus dipilih oleh juri. Lepas tu mereka akan meluahkan perasaan melalui lagu yang dinyanyikan. 

Apa yang Diah suka tentang rancangan Mikrofon Impian dia sangat lah memberi inspirasi kepada orang dekat luar sana bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. 

Bagus juga untuk kita yang rasa dah teruk diuji dan rasa sangat down, rupa-rupanya masih ada lagi insan yang bernasib lebih buruk dari kita. Hebatnya mereka masih mampu meneruskan kehidupan dengan positif. 


Pemilihan Pemenang Mikrofon Impian

Sesuai sangat dengan tajuk rancangan Mikrofon Impian dan dengan tema “Mungkin nyanyian solusinya”. Menurut kenyataan Azmi di Facebooknya “sebagai juri, kami hanya diberi tanggung jawab untuk menilai nyanyian para peserta. 

Dalam borang penjurian cuma ada ruangan Vocal dan persembahan sahaja. Jadi, kesusahan hidup dari cerita para peserta tidak dinilai sama sekali. Kemenangan mereka hanya bergantung kepada nyanyian.”

Mikrofon Impian di Astro Ria


Selepas tamat pusingan nyanyian, di pusingan kedua ni peserta pilihan juri akan ditanya satu soalan tentang industri muzik Malaysia. Macam hari tu, soalan yang ditanya adalah “dimana penyanyi Diva Ziana Zain dilahirkan”. 

Ada sepuluh jawapan diberikan dan memang agak tricky, kecuali kau peminat Ziana Zain senang la nak jawab. Jadi tak panik sebab peserta boleh berbincang dengan ahli keluarga dekat atas pentas. 

Cara nak jawab pun unik. Kena pergi ke arah Mikrofon yang ditanda pilihan jawapan dan kena nyanyi. Kalau suara kedengaran maksudnya jawapan yang dipilih adalah betul. 


Peserta Mikrofon Impian Minggu Kedua

Alisa berumur 22 tahun dari Penang. Lisa memerlukan 20 ribu untuk selesaikan semua hutang keluarga dia. Ada tiga adik beradik dan salah seorang telah meninggal dunia. 

Dia tidak bekerja kerana terpaksa menjaga emak dia yang sakit sejak sepuluh tahun yang lepas. Memerlukan wang sebab nak bayar hutang keluarga. 

Mak dia lumpuh separuh badan dan paling terbaru doktor sahkan mak dia menghidap penyakit Parkinson. 

Pada asalnya mak dia berniaga untuk bantu keluarga dan mak dia jatuh sakit selepas salah seorang anak meninggal dunia. 

Terkesan dengan kehilangan anak, mak dia jatuh sakit. Memburukkan lagi keadaan, abang Lisa menjadi mangsa penipuan Skim Cepat Kaya kerana terpengaruh dengan kawan dia di Facebook. 

Oleh sebab nak bayar hutang abang Lisa dan hutang sedia ada kerana nak tampung kos perbelanjaan mereka ayah Lisa buat pinjaman di kilang tempat dia bekerja. 

Setiap bulan gaji ayah Lisa akan dipotong dan mereka terpaksa ikat perut. Dengan kelulusan yang ada abang dia bekerja secara sambilan di Gym. 

Rancangan Mikrofon Impian di Astro Ria


Peserta kedua ialah Lili berasal dari Kota Tinggi Johor. Ada enam orang adik beradik dan sudah berumahtangga. 

Menyewa kedai dengan adik beradik untuk berniaga secara online. Suami Lili disahkan ada sakit sawan. Tak boleh penat dan kena dapat tidur yang cukup. 

Lili merupakan seorang pesakit kanser servik tahap satu. Setahun lepas Rahim dia terpaksa dibuang Rahim untuk mengelakkan kanser merebak. 

Sepanjang perkongsian Lili dia tekankan yang dia tak mampu nak bagi zuriat kepada suami dia. Sedih sangat, Diah tengok sambil air mata berjujuran. 

Impian dia ialah nak tengok ibu bapa dia bebas hutang sebelum dia mati. Mak ayah dia ada buat pinjaman perumahan. Lili perlukan 20 ribu ringgit untuk langsaikan hutang mak ayah dia. 

Dia kuat demi keluarga dan adik-adik. Dia tak beritahu ibu bapa pun yang dia sakit. Lepas sakit dia semakin teruk baru dia berterus terang. 

Semua ahli keluarga amat sayangkan dan sokong apa Lili buat. Sempat dia berkongsi saat paling getir bila dia menjalani rawtaan kimoterapi dan radiography yang amat menyakitkan. 

Sepanjang perkongsian dari Lili dia kerap ulang ayat “bila saya dah tak ada”, ayat seakan-akan dia sudah berputus asa. 

Paknil nasihatkan supaya dia tidak lagi sebut kerana ianya sangat negatif dan semestinya memberi kesan kepada diri dia dan orang sekeliling. 

Elyana juga berkongsi pengalaman yang dia terpaksa menjaga anak kecil selepas menjalani rawatan kimoterapi dan minta Lili bandingkan kesakitan dan kesusahan yang Elyana alami.  

Betul kata Paknil, nikmat paling besar yang kita selalu lupa adalah kita masih boleh bernafas. Kita masih bangun pada setiap pagi dan lihat wajah orang tersayang. 

Untuk minggu kedua, kisah Lili menjadi pilihan juri dan dia juga berjaya menjawab soalan pada pusingan kedua. Rezeki dia dapat selesaikan hutang mak ayah dia. 

Untuk Lisa pula, dia tidak pulang dengan tangan kosong dan dapat bawa pulang dua ribu ringgit sebagai hadiah penghargaan. 

Personally, Diah rasa rancangan Mikrofon Impian ni amat wajar dicontohi dan diteruskan di masa akan datang. 

Daripada usahawan-usahawan kaya Malaysia taja rancangan yang bukan-bukan lebih elok dia bantu orang yang betul-betul dalam kesusahan. 

Semoga mereka yang diuji dengan masalah kewangan, masalah kesihatan dan lain-lain akan bangkit dan terus berjuang. 

*gambar credit Google Image


5 Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat & Berjeragat

Mempunyai kulit muka sihat dan bebas masalah memang menjadi idaman semua wanita termasuk lah Diah. Walaupun sentiasa menjaga wajah dengan mencuci muka, pakai toner dan juga pelembap tapi masih lagi kurang puas hati dengan hasilnya.

Nak pula umur dah memasuki usia 30 an ni, makin meriah pula jeragat dan jerawat singgah. Lepas sedar diri dengan masalah kulit muka ni mula la menjebakkan diri dengan pakai serum.


Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat & Berjeragat 

But, why serum? Menurut pakar kecantikan, serum lebih bagus berbanding pelembap sebab ianya terdiri daripada molekul-molekul halus dan terus meresap ke lapisan kulit untuk merawat kulit dari dalam. 

Pakar kecantikan mencadangkan pemakaian serum setiap hari tau. Serum dipakai selepas mencuci muka dan pakai toner. Lebih elok dipakai pada waktu malam sebelum tidur. 

Serum Untuk Kulit Berjerawat & Berjeragat Popular Di Malaysia 2019


Kenali Jenis-Jenis Serum


Sebelum nak pakai serum anda kena kenal jenis kulit dan juga serum yang sesuai untuk kulit anda. Ada tiga jenis serum yang perlu anda tahu iaitu:

Serum Vitamin C

Mencegah dan melambatkan proses penuaan. 
Terbaik untuk mengatasi masalah kulit kusam dan bintik-bintik hitam. 
Mempunyai sifat antiradang
Sesuai untuk semua jenis kulit

Serum Vitamin E

Pilihan terbaik untuk merawat kulit rosak. 
Menjadikan kulit lebih lembap. 
Membantu melindungi kulit daripada pencemaran udara. 
Bagus dalam memulihkan kulit terbakar akibat sinaran UV.

Serum Kolagen

Terdiri dari asid amino dan vitamin berfungsi menegangkan kulit. 
Bagus untuk proses penyembuhan jerawat. 
Memudarkan bekas parut jerawat. 
Menjadikan kulit muka lebih anjal. 

Penting ke serum muka? Serum yang kaya dengan vitamin dan antioksidan membantu mencerahkan kulit muka yang kusam. 

Serum juga dipercayai memberi kesan yang lebih baik berbanding pelembap. Serum berfungsi sebagai antipenuaan, antiradang, merawat jerawat dan jeragat serta merawat kedutan. 

Jom tengok lima serum muka untuk kulit berjerawat & berjeragat popular di Malaysia.


1. Nano White Dark Spot Corrective 

Fungsi utama serum ni adalah untuk menghilangkan bekas dan parut jerawat. Serum ni diperkaya dengan tiga bahan pencerah yang dapat membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. 

Gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan ekstrak semulajadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit yang cerah dan berseri serta kekal lama.



2. Alpha-H Vit C 

Khas untuk mereka yang mempunyai kulit bermasalah dengan memberikan pelembapan berpanjangan, meningkatkan sistem imunisasi kulit, memperbaiki kulit bermasalah serta melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinaran UV. 

Dengan kandungan Vitamin E, kulit anda tidak akan kelihatan kasar, kering, merekah dan kemerahan.

Serum ini juga berkesan untuk menutup cela pada kulit wajah seperti parut, jerawat, sunburn dan gigitan serangga serta menghalang daripada liang pori tersumbat. 

Ianya juga dapat menghapuskan garis-garis halus dan mengembalikan keremajaan kulit wajah anda. Sesuai untuk semua jenis kulit.  





3. Bio Essence Bio Energy Snail Secretion Repair 

Fungsi-fungsi serum ini adalah seperti berikut:
  • Membaiki kulit yang rosak
  • Merangsang pertumbuhan semula sel-sel kulit
  • Meringankan parut & tanda
  • Anti-keradangan untuk mencegah jerawat
  • Melembapkan & melembutkan kulit
  • Pastikan kulit lembut dan kenyal





4. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear 

Serum ni dirumus khas untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak & berjerawat. Serum ini berfungsi untuk mengawal minyak dan menghalang bakteria, menghapuskan jerawat, merawat kulit dan mengekalkan kelembapan. 

Ia juga berfungsi untuk menghilangkan bintik-bintik dan mencerahkan kulit.


5 Serum muka Untuk Kulit Berjerawat & Berjeragat Popular Di Malaysia 2019




5. DR BEAU Pure Natural Skin Oil 

Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil dirumus khas dari sumber Vitamin E bahan herba semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit serta memenuhi keperluan kulit wanita Asia. 

Pengguna Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil bukan sahaja dari Malaysia malah mendapat sambutan di Singapura, Indonesia, Thailand, China, Taiwan serta Brunei.

Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil adalah antara serum untuk kulit berjerawat & berjeragat yang popular di Malaysia yang merupakan produk tempatan keluaran syarikat Teja Herbs. Kandungan serum ini terdiri daripada bahan-bahan penting seperti:


  • Vitamin E mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat kulit.
  • Rosehip Oil bertindak untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
  • Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  • Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
  • Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
  • Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
  • Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil adalah solusi untuk masalah kulit muka di bawah: 
  1. Mampu menghilangkan jerawat dan bekas jerawat
  2. Menghilangkan jeragat dan kulit bertompok
  3. Menghilangkan masalah kulit berminyak
  4. Menghilangkan masalah bawah mata
  5. Mampu menghilangkan masalah liang pori besar dan blackhead 


Serum Muka Untuk Kulit Berjerawat & Berjeragat Popular Di Malaysia 2019




Pendapat Diah Tentang Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil

Apa yang Diah suka dengan serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil ialah bau dia wangi yang semulajadi dan tak peningkan kepala. 

Selesa sangat bila disapukan ke muka. Selepas mencuba serum ni Diah rasa lebih yakin bila tengok muka sendiri dekat cermin. Rasa macam cantik je kulit muka.

Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil didatangkan dalam bentuk kapsul. Kalau tengok serum yang ada di pasaran kebanyakkan di isi dalam botol dan risiko nak tertumpah amat tinggi. Sayang sangat kalau tertumpah. 

Tapi dengan serum DR BEAU ni risiko nak tumpah tu memang hampir tiada dan paling utama dijamin bersih. 



Tambahan lagi, serum ni juga meresap ke dalam kulit dengan cepat dan tidak melekit. Terasa lembut je kulit muka bila pakai. DR BEAU Pure Natural Skin Oil serum mendapat kelululusan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dengan nombor siri KKM: NOT170502921K.





Nak tahu lebih lanjut tentang serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil boleh tengok di 


LAMAN WEB: www.drbeau.com.my
TELEFON: 016 963 3443
 

Kenapa Perlu Curang Kalau Boleh Setia?

Kenapa Perlu Curang Kalau Boleh Setia? 


Sadis betul bila baca pengakuan artis di akaun Instagram dia tentang masalah rumahtangga dia dengan suami. Kalau sebelum ni, suami dia pernah curang dan mereka masing-masing move on, memaafkan dan bina hidup baru. 

Tapi sekali lagi ujian menimpa hubungan mereka, bila buat kali kedua suami kantoi curang. Si B dapat tahu bila ada yang sampaikan pada dia beserta bukti rakaman video. Bak kata omputih, “once a cheater always a cheater”.

Aku membenci perangai yang buruk tapi bukan manusia tu ya. 

Sebelum anda baca lebih lanjut, entri kali ni bukan Diah nak ajak anda untuk membawang tapi lebih kepada sesi muhasabah, ambil pengajaran dan juga mendoakan yang terbaik untuk mereka yang teraniaya. 

Selagi masih belum terbukti bersalah, belum berpisah kita fikir dan doakan yang baik-baik sahaja. 


Aliff Aziz Kantoi Curang Buat Kali Kedua

Punca-Punca Berlaku Curang


Sebagai seorang perempuan dan juga seorang isteri, bila suami berlaku curang atau buat benda tak senonoh di belakang isteri mestilah akan kecewa. Orang kata, pasangan kita cerminan kita. Walau dekat mana berada kena jaga air muka, jaga harga diri, jaga kepercayaan yang diberi oleh pasangan. 

Curang dengan pasangan bukan perkara kecil (dosa besar) melainkan seseorang tu memang dah nekad dan tak kisah pun apa nak jadi dengan hubungan dia. Banyak je punca-punca yang boleh lead to berlaku curang. 

Terpulang pada diri kita termakan tak dengan godaan curang ni. 

Pendapat Diah, pasangan mudah berlaku curang bila dia terlalu fikir asyik nak enjoy 24 jam dan belum puas enjoy dengan kehidupan dia. Bila tengok orang lain berkahwin dan ada anak, dia pun sibuk nak ada keluarga lengkap sempurna. Tapi bila dah ada semua tu tak dihargai pula. 

Dalam kes ni, walaupun muka isteri dia cantik, pandai jaga diri dan anak, pandai cari duit tapi suami dia masih lagi buat hal. Maksudnya suami dia memang tak pandai menghargai dan tak bersyukur. Dasar manusia betul. Ternyata rupa paras tak menjamin yang suami akan setia. Yelah manusia kan. Tak pernah cukup. 


Orang Ketiga Atau Perosak Rumah Tangga Boleh Di Dakwa?


Terbaca tentang Akta Orang ketiga di www.karangkraf.com tentang orang ketiga dalam rumah tangga. Ketap-ketap bibir geram bila baca. Hati-hati wahai orang ketiga, atau yang baru nak pasang niat jadi orang ketiga. Anda boleh dipenjarakan tau.  

Siapa orang ketiga ini? 

Mengikut Seksyen 37 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997:

orang ketiga adalah merujuk  kepada mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri, manakala seksyen 38 akta sama pula menyatakan mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah suatu kesalahan.

Di Selangor pula  terdapat tiga peruntukan melibatkan orang ketiga iaitu Seksyen 32, 33 dan 34 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Mana-mana pihak yang memujuk lari suami atau isteri, mana-mana pihak menghalang suami isteri menjalankan tanggungjawab dan mana-mana pihak menghasut memujuk suami isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawab dalam rumah tangga boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Akta ini diguna pakai untuk individu keji termasuk kekasih gelap yang terbukti meruntuhkan rumah tangga orang lain. Mereka ini boleh didakwa  menerusi peruntukkan undang-undang itu, seterusnya dihumban ke dalam  penjara.


Doa Pengikat Kasih Sayang 

Memang di dalam Islam, penceraian adalah sesuatu yang tak disukai oleh agama tetapi dibolehkan dengan alasan dan seba-sebab yang kukuh. Itulah jalan keluar terakhir jika pasangan dah tak boleh meneruskan kehidupan sebagai suami isteri. 

Apa sahaja keputusan, kesan dan akibat akan ditanggung oleh mereka yang terlibat, bukan orang-orang sekeliling yang memberi pendapat. 

Diah nak kongsikan doa pengikat kasih sayang yang Diah dapat masa dengar ceramah tentang rumahtangga lama dulu. Doa ini baik untuk di amalkan supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, saudara mara, rakan-rakan dan semua orang. 

Bagus diamalkan setiap hari selepas solat lima waktu. Kita usaha la yang terbaik, jaga iman, jaga diri dan pasangan. Kita cuba ya!



Surah Al Imran; Ayat 31

“Qul in kuntum tuhibbu-na Allaha fattabi ‘u-ni yuhbibkumullahu wayaghfir lakum dzunu-bakum wallahu ghafu-run rahiim”

Maksudnya: Katakanlah ya Muhammad! “Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang.”


Apa pun yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bak kata pepatah lama, tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. It takes two to tango. Allah hantar ujian sebagai peringatan, bukan hanya untuk orang tertentu tapi untuk semua untuk dijadikan pengajaran. 

Banyak sangat pengajaran boleh kita pelajari. Jangan ketawakan atau kecam tak ingat dunia sebab dunia ni sfera, what goes around will comes around. Hari ini hari mereka, esok lusa hari kita. Siapa tahu?