Status Halal Meatball Kottbullar IKEA

Sejak semalam tular tentang status halal meatball Kottbullar yang dijual dekat IKEA Batu Kawan. Kalau nak tahu daging Kotbullar ni ialah produk bebola daging yang digunakan oleh IKEA dalam menu makanan Sweeden yang mereka jual.

Bukan IKEA Batu Kawan je, semua IKEA dekat Malaysia la guna Daging Kottbullar ni. 
Puncanya berlaku salah faham dan kesilapan pada paparan skrin digital di kaunter jualan IKEA Batu Kawan. 

Agaknya dia terambil paparan skrin untuk pasaran Sweeden tu yang guna daging khinzir dalam pembuatan meatball tu.

Status Halal Meatball Kottbullar IKEA 

Maka pagi ni meriah lah dekat group Whatsapp dan segala media sosial menyebarkan gambar-gambar meatball yang dikatakan haram tu. 

Bagusnya media sosial ni dia dapat sebarkan informasi sekelip mata je. Kalau betul cara guna memang banyak la manfaat dia.  

Seperti biasa bila ada isu Halal Haram ni rakyat Malaysia akan cepat panik. Masing-masing cepat nak marah je tanpa siasat betul-betul. 


Status Halal Meatball Kottbullar IKEA Batu Kawan

Status Halal Meatball Kottbullar IKEA Batu Kawan Penang

Kepada peminat meatball IKEA anda jangan susah hati risau termakan benda haram sebab dah keluar surat khabar pun yang pihak IKEA dengan jelasnya mengesahkan yang Meatball Kottbullar IKEA adalah halal. 

Semestinya daging lembu halal digunakan dalam pembuatan meatball yang dijual. Dah boleh pergi makan meatball ye kawan-kawan. 

Alhamdulillah setelah berita yang salah ditularkan mujur ada saudara Idham Putra yang ulas status ni di Facebook dia. Semoga dapat buka mata terutama mereka yang suka menjatuhkan hukum tanpa selidik dan yang suka sebar tanpa sahihkan maklumat yang dia ada. 


IKEA Tak Mohon Sijil Halal JAKIM?

Untuk isu memohon status halal di JAKIM, kita kena faham apa produk utama IKEA. IKEA ni jual perabot. Jual perabot memang tak perlu minta status Halal lah. 

Untuk produk lain pula semuanya dia ambil dari syarikat lain. Dalam bab makanan pula, IKEA kena la beli dari syarikat yang mendapat sijil halal dan bebola daging yang dijual oleh IKEA dikeluarkan oleh Macfood Services Sdn Bhd yang memegang sijil Halal dari JAKIM. 


Meatball Kottbullar IKEA
Utusan sahkan status Halal

Meatball Kottbullar IKEA
Comment Saudara Idham Putra di Facebook



Status Halal



Penerangan Ustaz Abdullah Khairi Tentang Status Halal IKEA


Bila isu dah jadi kecoh macam ni, perkara ni turut mendapat perhatian dari ustaz Abdullah Khairi salah seorang penceramah yang bersuara lantang dan kuat buat lawak yang aku suka dalam Malaysia. Jenis tak takut kalau nak sound sesiapa. 

Ustaz ada sebut dalam video di Instagram dia yang dia puas hati dengan penerangan pihak IKEA bila ditanya tentang status Halal ni. Ustaz mestilah bagi green light berdasarkan ilmu yang dia ada kan? 



Ustaz Abdullah Khairi  response Status Halal Meatball Kottbullar IKEA



Hebatnya netizen ni siap persendakan ustaz dan tanya soalan yang aku rasa memang kurang adap. Mana la letaknya akal ya. Mesti ada batas untuk setiap benda, hormat ibu bapa, hormat guru, hormat kepada para ilmuan dan banyak lagi la. 

Memang tak hairan kenapa generasi anak muda sekarang biadap. Tengok saja perangai yang tua ni. Memalukan. Kalau sungguh tak bersetuju dengan pendapat ustaz atau sesiapa saja, lebih elok tegur dengan cara yang lebih sopan. 





Apa pun pihak IKEA, ustaz dan mereka yang terlibat dah pun memberikan penerangan yang lengkap. Harapnya isu halal haram ni mendapat perhatian pihak berwajib dan come out dengan solution yang memudahkan pengguna Muslim. 

Terjawab lah sudah yang Meatball Kottbullar IKEA adalah HALAL dan boleh la makan tanpa was-was.


Bangi Wonderland Theme Park & Resort, Betul Ke Best?

Oleh sebab asyik tertanya-tanya betul ke Bangi Wonderland Theme Park & Resort ni best atau tak, akhirnya persoalan tu terjawab jua saat kami sekeluarga berjaya jejakan kaki ke sini. 

Memang sengaja masukan dalam senarai wishlist tahun 2019, jika ada rezeki kami nak cuba semua theme park yang ada dalam Malaysia.


Bangi Wonderland Theme Park & Resort, Betul Ke Best? 

Bila sebut nak ke Bangi Wonderland, semestinya anak-anak yang paling teruja. Kalau korang tanya betul ke best? Bagi aku yang dah bergelar mak ni memang enjoy sangat walaupun mandi sambil berpanas. 

Panas disebabkan cuaca dan panas hati sebab anak tak mahu balik. Punya la seronok mandi manda dekat Bangi Wonderland Theme Park & Resort ni. 



Best ke Bangi Wonderland Theme Park & Resort



Lokasi Bangi Wonderland Theme Park & Resort


Nak mudah datang sini anda hanya perlu waze sahaja Bangi Wonderland Theme Park & Resort. Ambil masa lebih kurang satu jam kalau dari Kuala Lumpur. 

Kalau ikut Lebuhraya PLUS boleh keluar di simpang Bandar Bukit Mahkota. 

Boleh parking dalam bangunan yang disediakan dan anda akan dikenakan bayaran parking RM6. Seperti kebanyakan theme park yang lain, anda tak dibenarkan untuk membawa makanan dan beg anda akan di periksa di pintu masuk. 

Kemudahan asas seperti surau, baby room, bilik persalinan, locker dan lain-lain ada disediakan. Surau dia agak besar dan selesa. Bilik persalinan pula bersih dan cleaner dekat sini pantas buat kerja.


Bangi Wonderland Theme Park & Resort Games

Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park & Resort


Kena rajin ikuti laman media sosial Bangi Wonderland sebab mereka banyak buat promosi dan bagi potongan harga yang bagus. 

Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Kebanyakan masa kami habis melayan anak-anak di Kids Adventure. Memang banyak slides untuk dicuba dan bagusnya ada krew yang akan pantau keselamatan sebelum anak-anak masuk ke dalam slides. 

Cuma yang kurang seronok, Kids Adventure ni dipenuhi oleh golongan remaja yang turut teruja nak bermain di kawasan anak-anak ni. 


Bangi Wonderland Theme Park & Resort memang seronok



age of pirates Bangi Wonderland Theme Park & Resort

kids adventure Bangi Wonderland Theme Park & Resort



Untuk yang datang bersama keluarga boleh menyewa Cabana yang disediakan atau boleh berehat di public area berbumbung betul-betul di tepi kawasan Kids Adventure. 

Ada kerusi dan meja disediakan untuk pengunjung berehat dan makan. 




Dah penat mandi manda boleh beli makanan dekat cafĂ© berhampiran dan harga makanan dekat sini agak berpatutan. 

Kami beli set nasi ayam beserta air pada harga RM13. Sedap dan kuantiti agak banyak. Lepas alas perut sambung lagi main air. 

Anda perlu berjalan sedikit untuk ke kawasan permainan air untuk orang dewasa. Diah tak berpeluang nak cuba slide yang ada tapi kalau tengok reaksi pengunjung dekat situ memang enjoy habis. 

Semakin berusia semakin tinggi perasaan seram dan gayat dalam diri. Alasan sangat kan? Dinasihatkan untuk yang penakut kena ajak kawan-kawan supaya dapat cuba sama-sama. 

Dah ramai-ramai baru tak malu kalau menangis atau menjerit macam orang gila. Tak gitu?  




insane racer & the fall Bangi Wonderland Theme Park & Resort


magic funnel Bangi Wonderland Theme Park & Resort



Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Kesimpulan 

Secara keseluruhan, Bangi Wonderland Theme Park & Resort memang best untuk anda yang ada anak kecil, sukakan cabaran, juga untuk mereka pentingkan kebersihan dan keselesaan. 

Berbaloi luangkan masa dengan keluarga. 

Oleh sebab Bangi Wonderland Theme Park & Resort memenuhi kriteria yang Diah nak maka tempat ni bakal di repeat pada masa akan datang. Anda patut datang dan nilaikan sendiri ya.  




SAFI Expert Solution Terbukti Mengurangkan Masalah Kulit

Mempunyai kulit muka yang sihat dan bebas cela memang menjadi idaman setiap wanita. Masalah bintik hitam akibat penjagaan muka yang salah, amalan pemakanan yang tidak betul dan gaya hidup menyumbang kepada masalah kulit muka yang lebih teruk. 

Kebiasaanya masalah bintik hitam terjadi kepada remaja atau wanita dewasa. Manakala pigmentasi dan kulit berkedut pula sering terjadi terjadi kepada wanita yang lebih berusia. 

SAFI Expert Solution Terbukti Mengurangkan Masalah Kulit

Peka dengan masalah tersebut, kini SAFI tampil dengan produk SAFI Expert Solution yang terbukti secara klinikal untuk mengurangkan masalah kulit seperti bintik hitam dan pigmentasi dalam masa dua minggu. 


Rangkaian Set Penjagaan Wajah SAFI Expert Solution

SAFI Expert Solution Terbukti Mengurangkan Bintik Hitam Dan Pigmentasi Dalam Dua Minggu

Apa sebenarnya Punca bintik-bintik hitam? Bagaimana terjadinya bintik hitam di muka boleh disebabkan oleh banyak perkara. 

Bagi remaja dan wanita dewasa, masalah bintik hitam disebabkan oleh keadaan kulit yang terlalu berminyak dan menyebabkan liang pori tersumbat. 

Bila tak dicuci dengan produk dan cara yang betul maka bintik hitam terus berleluasa. Stres sangat. Lagi parah bila jari gatal nak korek bintik-bintik hitam yang timbul dan akhirnya tinggalkan kesan parut di muka. 

Diah pun salah seoarang yang suka korek jerawat bila menghadap cermin. Dah jadi macam ketagihan. Sila jangan tiru ok, tak elok. 

Selain keadaan kulit muka yang berminyak, faktor lain seperti pemakaian alat solek yang yang tak sesuai dengan jenis kulit, sering terdedah kepada sinaran UV dan secara berlebihan, serta faktor hormon juga menyumbang kepada masalah bintik hitam.  



SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation

SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation


Prihatin dengan keperluan wanita masa kini, SAFI yang terkenal dengan produk penjagaan wajah yang dipercayai sejak dulu lagi kini tampil dengan produk terbaru mereka iaitu SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation yang didatangkan dengan 2 step multi-action ampoule system. 

Tapi apa sebenarnya 2 step multi-action ampoule system tu? 

SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation dirumus dengan bahan aktif yang sangat berkhasiat menggunakan DN Age Technology dipercayai dapat menembusi dengan cepat ke lapisan kulit untuk memerangi bintik hitam, membekalkan kelembapan pada kulit wajah dan menggalakkan pembaharuan kulit. 

Ianya juga terbukti secara klinikal dapat memudarkan parut dalam masa 2 minggu, memperbaiki skin tone dan menjadikan kulit muka lebih anjal.



Cara Penggunaan Set SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation:

Step 1 - Renewal Hydra Complex

Titiskan ampoules secukupnya di tapak tangan kemudian sapukan keseluruh muka sehingga menyerap sepenuhnya. Kemudian teruskan ke langkah ke dua.  


Step 2 - Supreme Anti Sports Complex 

Titiskan ampoules secukupnya di tapak tangan kemudian sapukan keseluruh muka dengan urutan ke atas.  

Disarankan untuk dipakai dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. 


SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation


SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation juga mengandungi 5% Mandelic Acid yang amat baik untuk menghilangkan kesan parut di wajah, merawat pigmentasi, menghapuskan jeragat dan sesuai untuk mereka terutama yang berkulit sensitif. 

Dicadangkan supaya menggunakan SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Pigmentation secara konsisten untuk dapat kesan yang di inginkan. 

Terbukti secara klinikal: 85.7% pigmentasi berkurang, 100% kulit baru tumbuh,100% kulit lebih anjal, 100% setuju tona kulit dibaiki, 91.7% 'Luminosity'


Milk Drop Serum & Bio Skin Moisturiser


SAFI Expert Solution Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin 


SAFI Expert Solution Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin (Botol Hitam) dirumus dengan menggunakan NMF Activator Technology & Ultra-Micro Hyaluronic Acid dan melembapkan kulit secara intensif. 

  1. 280% rangsangan kelembapan segera 
  2. Bekalan kelembapan tanpa henti selama 72 jam 
  3. 92.5 %(invitro test) menguatkan dan membaiki keanjalan kulit 
  4. Mencerahkan kulit dalam masa 1 bulan

Cara Penggunaan Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin:

Langkah 1: Sapu di kulit wajah dan tengkuk yang telah dibersihkan. 

Langkah 2: Urut dengan lembut secara membulat sehingga ia menjadi titisan susu dan menyerap ke dalam kulit. 


SAFI Expert Solution
 

SAFI Expert Solution Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines

Fungsi utama SAFI Expert Solution Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines (Botol Putih) adalah untuk memberikan perlindungan kepada kulit wajah dengan menapis lebih 90% sinaran UV, radikal bebas dan juga bahan-bahan yang berbahaya yang terdapat dalam udara. 

Dirumus dengan Liquid Crystal Technology, yang menggalakan peptida amino untuk meningkatkan ketumpatan serat kulit dan menghilangkan kedutan. Hasilnya kulit lebih sihat berseri dan lebih anjal.

 Diah akan gunakan SAFI Expert Solution Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines sebelum keluar rumah. Maklumlah cuaca sekarang sangat-sangat panas dan krim ni memang membantu. best sangat. 


Cara Penggunaan Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines:

Langkah 1: Sapu di kulit wajah dan tengkuk yang telah dibersihkan. 

Langkah 2: Urut dengan lembut sehingga ia menyerap ke dalam kulit.

Seperti produk SAFI yang lain, rangkaian set penjagaan SAFI Expert Solution ini juga adalah bebas bahan kimia berbahaya:
NO Mineral Oil
NO Alcohol
NO Silicone
NO Paraben
NO Animal Testing



Cara Mendapatkan SAFI Expert Solution 

Untuk info selanjutnya boleh layari laman sesawang SAFI http://safi.com.my/

Sinopsis drama Encik Imam Ekspres

Lepas tengok iklan drama Encik Imam Ekspres jadi tak sabar tunggu episod seterusnya. 

Drama terbaru Astro ni dah pun mula ditayangkan sejak minggu lepas dan semakin mendapat perhatian peminat-peminat drama yang bawa genre Romantik komedi macam ni. 

Diah suka kan drama ringan macam ni dan harapnya drama ni happy ending la. 

Seperti biasa Astro suka menerbitkan drama adaptasi novel yang tajuk asalnya ialah Dia... Encik Imam Ekspres, hasil tulisan Cik Tet. Boleh cari novel ni dekat pasaran yang dijual pada harga RM28.00. 


Pelakon drama Encik Imam Ekspres


Drama Encik Imam Ekspres | Slot MegaDrama Astro Ria 

Drama Encik Imam Ekspres ada 14 episod kesemuanya (why so pendek..why) dan mula ditayangkan sejak 11 Mac lepas setiap hari Isnin sehingga Khamis jam 10:00 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD. 

Pelakon utama untuk drama ni ialah Nelydia Senrose dan Fikry Ibrahim serta dibantu oleh pelakon hebat lain seperti Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, dan Adrianna Qasmia.


Watak utama drama Encik Imam Ekspres


Bagi Diah antara tarikan utama Diah jadi tertarik nak tengok drama ni adalah karakter yang dibawa oleh Fikry Ibrahim yang kelakar dan lakonan Nelydia Senrose yang bersahaja dan tak gedik. 

Lakonan budak kecik si Isaac Iman tu pun menjadi dan comel pulak tu. 



 

Sinopsis Drama Encik Imam Ekspres

Diya (lakonan Nelydia Senrose) pulang ke Malaysia setelah lama menghilangkan diri apabila pertunangannya dibatalkan oleh Iyad (lakonan Ben Amir). 

Diya menumpang dirumah rakannya, Atun yang juga adik kepada Iyad dan Ajim (lakonan Fikry Ibrahim). 

Diya pulang bersama Atun (lakonan Elisya Sandha) ke kampung untuk majlis aqiqah anak Myza dan bertemu semula dengan keluarga angkatnya.



Isaac Iman Pelakon drama Encik Imam Ekspres

 
Sementara itu, Ajim selalu menghantar anak angkatnya, Awish (lakonan adik Isaac Iman) ke rumah keluarganya. 

Dengan kehadiran Diya, hidup Awish lebih bermakna sehingga mahu memanggilnya Umi, menyebabkan Ajim lebih tekad untuk rapat dengan Diya. 

Iyad yang mengetahui kepulangan Diya juga pulang ke kampung. Kepulangan Iyad, membuat Ajim kekok tetapi tidak menghalangnya untuk mendekati Diya.

Sinopsis Novel drama Encik Imam Ekspres
Novel Dia..Encik Imam Ekspres

Sinopsis Novel Encik Imam Ekspres

Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang. 

Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. 

Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi.

Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. 

Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.

“Sebab Kisya aje?”~ Diya “Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil

Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. 

Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.

Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!

“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. 

Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.

Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.