Bangi Wonderland Theme Park & Resort, Betul Ke Best?

by - March 22, 2019

Bangi Wonderland Theme Park & Resort, Betul Ke Best? | Oleh sebab asyik tertanya-tanya betul ke Bangi Wonderland Theme Park & Resort ni best atau tak, akhirnya persoalan tu terjawab jua saat kami sekeluarga berjaya jejakan kaki ke sini. Memang sengaja masukan dalam senarai wishlist tahun 2019, jika ada rezeki kami nak cuba semua theme park yang ada dalam Malaysia. Bila sebut nak ke Bangi Wonderland, semestinya anak-anak yang paling teruja. Kalau korang tanya betul ke best? Bagi aku yang dah bergelar mak ni memang enjoy sangat walaupun mandi sambil berpanas. Panas disebabkan cuaca dan panas hati sebab anak tak mahu balik. Punya la seronok mandi manda dekat Bangi Wonderland Theme Park & Resort ni. 

Best ke Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Lokasi Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Nak mudah datang sini anda hanya perlu waze sahaja Bangi Wonderland Theme Park & Resort. Ambil masa lebih kurang satu jam kalau dari Kuala Lumpur. Kalau ikut Lebuhraya PLUS boleh keluar di simpang Bandar Bukit Mahkota. 

Boleh parking dalam bangunan yang disediakan dan anda akan dikenakan bayaran parking RM6. Seperti kebanyakan theme park yang lain, anda tak dibenarkan untuk membawa makanan dan beg anda akan di periksa di pintu masuk. Kemudahan asas seperti surau, baby room, bilik persalinan, locker dan lain-lain ada disediakan. Surau dia agak besar dan selesa. Bilik persalinan pula bersih dan cleaner dekat sini pantas buat kerja.

Waktu Operasi 

Bangi Wonderland Theme Park & Resort Games
Memang berbaloi dan ada 16 jenis permainan air yang patut dicuba. 
Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Sekarang waktu terbaik untuk datang kesini sebab Bangi Wonderland tengah buat promosi tiket ‘Kawtim Giler’ 2019.  

Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Kebanyakan masa kami habis melayan anak-anak di Kids Adventure. Memang banyak slides untuk dicuba dan bagusnya ada krew yang akan pantau keselamatan sebelum anak-anak masuk ke dalam slides. Cuma yang kurang seronok, Kids Adventure ni dipenuhi oleh golongan remaja yang turut teruja nak bermain di kawasan anak-anak ni. 

Bangi Wonderland Theme Park & Resort memang seronok

Bangi Wonderland Theme Park & Resort slide
Slide untuk anak-anak


Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Anak-anak memang suka 

age of pirates Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Age Of Pirates 
kids adventure Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Kids Adventure


Untuk yang datang bersama keluarga boleh menyewa Cabana yang disediakan atau boleh berehat di public area berbumbung betul-betul di tepi kawasan Kids Adventure. Ada kerusi dan meja disediakan untuk pengunjung berehat dan makan. 

Untuk Disewa
Dah penat mandi manda boleh beli makanan dekat café berhampiran dan harga makanan dekat sini agak berpatutan. Kami beli set nasi ayam beserta air pada harga RM13. Sedap dan kuantiti agak banyak. Lepas alas perut sambung lagi main air. 

Anda perlu berjalan sedikit untuk ke kawasan permainan air untuk orang dewasa. Diah tak berpeluang nak cuba slide yang ada tapi kalau tengok reaksi pengunjung dekat situ memang enjoy habis. Semakin berusia semakin tinggi perasaan seram dan gayat dalam diri. Alasan sangat kan? Dinasihatkan untuk yang penakut kena ajak kawan-kawan supaya dapat cuba sama-sama. Dah ramai-ramai baru tak malu kalau menangis atau menjerit macam orang gila. Tak gitu?  


insane racer & the fall Bangi Wonderland Theme Park & Resort
The Fall & Insane Racer

magic funnel Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Magic Funnel

Boomeriang Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Boomeriang

pirates bay Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Pirates Bay

Water Cannon 

Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Tak nampak orang tercampak dari Water Cannon 

Secara keseluruhan, Bangi Wonderland Theme Park & Resort memang best untuk anda yang ada anak kecil, sukakan cabaran, pentingkan kebersihan dan keselesaan. Oleh sebab Bangi Wonderland Theme Park & Resort memenuhi kriteria yang Diah nak maka tempat ni bakal di repeat pada masa akan datang. Anda patut datang dan nilaikan sendiri ya.  


Family Photo
right-sidebar 

You May Also Like

3 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.