7 Perkara Perlu Kita Perlu Fahami Dalam Hidup

7 Perkara Perlu Kita Perlu Fahami Dalam Hidup 

Assalamualaikum. Sedikit peringatan untuk kita yang masih hidup. Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya.

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita- cita yang dikongsi bersama.

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya.

5. Apabila meninggal dunia adik-adik kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya.

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.

7 Perkara Perlu Kita Perlu Fahami Dalam Hidup



Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka,

Senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yang fana ini.

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

Manfaatkanlah masa yang mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....


Cara Atasi Stress - Cuba Buat Lima Perkara Ini

Hari ni aku terbaca lagi status seorang ibu di timeline Facebook yang sedang struggle nak atasi stress. Pernah baca tak lama dulu dan tak pasti status dari orang yang sama atau tidak. 

Tapi yang menarik untuk aku baca adalah berkenaan pertanyaan status dia tu. Soalan dia lebih kurang begini, 

“sebagai seorang isteri dan ibu apa yang akan anda buat untuk overcome rasa penat, stress, kusut dan sebagainya. Jangan komen solat atau pun zikir sebab itu memang kena buat”

Cara Atasi Stress - Cuba Buat Lima Perkara Ini 

Bagaimana Nak Overcome Rasa Stress?

Soalan ni juga pernah aku post dekat timeline Facebook sendiri, dan ada je yang masih komen suruh solat banyakkan zikir. 

Sebenarnya bagus nasihat tu tapi bila orang comment macam tu seolah-olah mengatakan kita tak pernah langsung berzikir atau pun solat. 

Rasa tersinggung.

Berbalik pada soalan ibu tadi, sesungguhnya menjadi seorang ibu dan isteri memang bukan mudah. Apa yang puan ni rasa, sebiji macam apa aku alami dari hari ke hari. 

Ada naik turunnya. Kadang stress tu kita boleh kawal tapi kadang-kadang terbabas juga.


Cara Atasi Stress


Pengalaman Diri Sendiri Alami Stress


Waktu sebelum menjadi suri rumah tangga sepenuh dulu; stress, penat dan kusut memang dah terasa. Tapi, stress di rumah dapat di lupakan sekejap bila ke pejabat. Masa tu otak dan fokus tertumpu pada kerja sahaja. 

Pendek kata, bila melangkah keluar rumah mencari rezeki, hal anak-anak, segala kepenatan dan kekusutan aku tinggalkan sekali dekat rumah. Bila balik rumah baru sambung hadap semula karenah dekat rumah. 

Rasanya waktu tu beruntung sebab tanggungjawab menjaga anak-anak kita kongsi bersama pengasuh. Jadi penat tu juga dapat dikurangkan. Baru sedar besar jasa pengasuh anak-anak kita kan?


Cara Atasi Stress seorang ibu



Stress Selepas Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Bila dah jadi suri rumah sepenuh masa baru tekanan tu betul-betul terasa. Bayangkan 24 jam kita duduk dirumah dan menghadap karenah anak-anak. 

Sebab itu ada ibu yang tak biasa dan tak tahan duduk di rumah sahaja. Aku berkongsi ni bukanlah menganggap menjaga anak-anak itu suatu beban, benci tu jauh sekali la. 

Tahun kedua Aku berhenti kerja dan setiap hari berdoa agar diberi kewarasan akal fikiran. Janganlah disebabkan mengikut nafsu nak bersenang lenang anak-anak menjadi mangsa. 

Setiap orang level stress tu berbeza. Jadi janganlah dipertikai kalau kawan kita mengadu dia stress sebaliknya cuba dengar masalah dia. 

Cara Untuk Overcome Rasa Stress Seorang Suri Rumah

Banyak kawan-kawan yang prihatin memberikan pendapat dan cadangan yang boleh dilakukakan untuk overcome rasa stress, rasa penat, serabut dan pendek kata segala rasa negatif dalam diri. 

Terpulang juga pada kita, bagaimana kita terima dan cuba untuk diri sendiri. Bagi Aku tak semua cara akan berkesan untuk diri sendiri. Kena try and fix. 

Ada cadangan supaya memasak supaya stress tu hilang, tapi apa jadi untuk orang yang tak biasa memasak dan bila dia masak, hasilnya tak sedap. Tak ke bertambah stress? 

Apa jua pendekatan yang kita ambil untuk overcome perasaan tak best tu kita wajib fahami diri sendiri. Cari punca stress, kena tahu apa yang boleh buat diri gembira dan paling penting kena yakin ada penyelesaian dalam setiap masalah. 

Bukan mudah tapi itu lah pilihan kita. Banyak cara juga Aku pernah cuba. Istigfar, zikir dan solat memang akan buat. Ini tambahan sahaja. 


pic: the spruce eat

1. Memasak | Baking

Diri akan automatik rajin nak baking bila tertekan dan cuba nak alih perhatian dari tekanan. Buat masa sekarang bila memasak atau baking diri secara tak sengaja akan rasa gembira dan aura-aura negatif tu hilang perlahan-lahan. 

Aku perasan kalau anak crancky atau tak sihat perangai rajin nak baking memuncak. Tu tanda stress meningkat la tuh.


2. Basuh tandas

Selalu akan kurung diri dalam tandas dan cuci tandas sampai bersih. Curah sabun dan tonyoh dinding seolah-olah kita tonyoh apa yang kita geramkan. 

Lepas keluar dari tandas tu perasaan lega tu memang tak dapat diterangkan. Lega. Selalu cuci tandas lepas berdebat manja dengan suami. Agak-agak kalah sesi berdebat dengan suami mula la tak puas hati tandas la jadi sasaran. 

3. Lilin aromaterapi

Aku akan bakar lilin aroma terapi sambil siapkan kerja rumah. paling kerap bila berada di dapur semasa mencuci pinggan mangkuk. Aroma lilin yang dibakar tu bagi aku merawat dalam diam. 

Macam dia bagi ketenangan yang susah nak diterangkan. Kena cuba dan kena tenang. Baru dapat enjoy keberkesanan aroma terapi tu. 


Aku pernah cerita tentang Kebaikan Essential Oil dekat sini


4. Dengar Zikir Tenang jiwa Di Youtube

Ini antara benda aku selalu buat bila aku perasan diri macam tak teratur. Zikir yang selalu aku dengar banyak. Antaranya yang tenangkan jiwa, paling tidak aku dengar surah Alam Nashrah. 


5. Pasang Ceramah Ugama Di Youtube

Carilah ustaz yang kelakar dan dengarlah ceramah yang berkaitan dengan apa kita stres kan itu. Kebiasaan yang tertekan ni dia ada banyak persoalan dalam fikiran dia. Kenapa jadi macam ni? 

Kenapa suami tak faham, kenapa anak tak dengar cakap. Sekurang-kurangnya kita dapat cari jawapan melalui saluran yang betul. 

Semestinya ustaz pilihan yang selalu Aku dengar ialah Ustaz Azhar Idrus dan juga Ustaz Samsul Debat sebab both of them kelakar dan penyampaian kena dengan jiwa. 


Kesimpulan

Itu sahaja perkongsian aku untuk kali ni. Banyak lagi cara nak overcome rasa stress, rasa penat ni. Keluar cari makan, pergi shopping, baca buku, jumpa kawan-kawan dan banyak lagi la. 

Tapi tu semua nak kena bersiap dan keluar rumah. Itu pun boleh murung kalau suruh bersiap. Hahahaha. 

Apa pun ibu-ibu alami jangan lah putus asa dan salahkan diri sendiri.

Lagi satu, jangan malu minta bantuan. Stress yang tidak terkawal boleh merosakan diri dan juga orang sekeliling. 

Normal untuk kita merasa stress, rasa penat dan kusut sebab kita juga manusia biasa. Selalu kena ingatkan diri yang kita ni golongan yang hebat sebab itu Allah pilih kita lalui semua ni. wallahualam.

Resepi Kuih Cek Mek Molek Labu yang lembut dan sedap

Assalamualaikum. Rasanya Ramadan kali ni aku paling banyak buat kuih untuk berbuka. Selera lain macam. 

Mujurlah teringin kuih yang senang nak buat. Hari tu aku cuba buat Kuih Cek Mek Molek Labu. Selalu aku guna keledek. 

Saja nak tukar selera kita guna labu pula. Sebelum ni aku pernah buat  Kuih Cek Mek Molek tapi terlajak keras.

Resepi Kuih Cek Mek Molek Labu yang lembut dan sedap

Kuih aku jadi terlajak keras sebab aku terletak lebih tepung. Kecewa rasanya, tapi kali ni aku berjaya hasilkan Kuih Cek Mek Molek yang lembut walaupun ketika Kuih Cek Mek Molek tu  dah lama digoreng, waktu sejuk. 




Resepi Kuih Cek Mek Molek Labu

Aku confident nak kongsi resepi Kuih Cek Mek Molek ni dekat blog sebab Kuih Cek Mek Molek Labu aku mendapat pujian dari anak aku. 

Siap request suruh buat lagi, jadi kira berjaya la tu. Jom tengok resepinya. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kuih Cek Mek Molek Labu ialah:


¼ biji labu
1 cawan Tepung Gandum
2 sudu marjerin
Sedikit garam
4 sudu gula 
Minyak untuk menggoreng



Cara-cara untuk membuat:

Labu dibuang kulitnya dan direbus sehingga empuk. Kemudian, lenyek labu sehingga hancur. Masukan garam dan uli dengan marjerin. 

Campurkan sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga menjadi doh. Jangan terlebih masukan tepung. Nanti keras. 

Untuk elak doh melekat taburkan tepung pada jari ketika menguli. Bentukan doh menjadi bulat kemdian leperkan. 

Masukan gula ditengah-tengah dan kemudian kepalkan doh dan bentukan menjadi bentuk bujur. Untuk dapatkan bentuk yang elok aku masukan ke dalam fridge selama 5 minit sebelum menggoreng. 

Goreng deep fried Kuih Cek Mek Molek pada api sederhana.



Siap!


*Resepi asal Kuih Cek Mek Molek adalah menggunakan keledek.
*Gambar dah siap goreng tak sempat snap. Sorry. 

Selamat mencuba untuk korang pula. 

Bagaimana Youtuber (S) Berjaya Mengubah Hidup Aku

Assalamualaikum. Seperti yang korang baca tajuk posting aku dekat atas tu, untuk entri kali ini aku nak berkongsi perkara benar yang telah dan sedang berlaku pada aku iaitu bagaimana Youtuber berjaya ubah hidup aku.

Dalam erti kata lain, pandangan aku tentang kehidupan sedikit berubah dan lebih berkelas. Ala-ala pengakuan ikhlas la gitu. 

Bagaimana Youtuber (S) Berjaya Mengubah Hidup Aku 


Sebelum aku teruskan, segala isi kandungan yang aku kongsikan di blog aku bukanlah bermaksud aku mahu mendabik dada, bermegah-megah atau lead to something yang akan harm aku in future.

Nauzubillah minta dijauhkan. Aku niatkan segala perkongsian yang baik akan menjadi #sahamakhirat aku bila aku dah mati nanti. 

Back to the topic, bagaimana Youtuber (s) berjaya mengubah hidup aku dalam sekelip mata. 



Best Youtuber


Senarai Youtuber (S) Berjaya Mengubah Hidup Aku


Semuanya bermula bila aku mula hilang idea dan bosan dengan kehidupan seharian aku. Parah kan? Bila bosan mula la cari hiburan, orang lain cari Al Quran baca dan insaf #sentap 

Oleh sebab pakej line Celcom aku ni memang free kalau tengok Youtube jadi untuk tidak mensia-siakan data yang diberi dan memang aku cari bahan atau belajar banyak benda dekat Youtube. 

Banyak juga Youtuber Malaysia yang aku follow. Kriteria yang aku cari ialah mereka yang gila-gila, suka makan, tak fake, tidak terlalu pelik, menjaga batas aurat dan semestinya memberi inspirasi dari segi content channel diaorang. 

Antara Youtuber yang sedang dalam pemerhatian aku ialah Hazeman Huzair pengacara Motif Viral, Shazz Zainuddin, dan ada beberapa lagi yang aku rasa memang ada potensi untuk beri influence yang baik kepada penonton. 


#1 Hazeman Huzair - Pengacara Motif Viral dan anak didik Dato Aznil


#2 Shazz Zainuddin - gadis kacak yang bekerja sebagai Freelance Photographer tapi suka buat video dan pemalas nak edit.



#3 Seminit Resepi - Seminit Resepi adalah sebuah channel video resepi masakan yang kami cuba sendiri. Resepi dikongsi berbentuk tutorial untuk memudahkan rujukan memasak.



#4 Rodiah Amir - Mari la subscribe YouTube Channel aku. Tengah slowly masukan content. Cita-cita aku semoga ianya bermanfaat juga untuk orang lain. 



Salute untuk mereka yang suka merepek in a good way especially yang perempuan masih lagi berjaya menjaga batas dan aurat. Kenapa aku tak suka buat video sebab aku ter amat malas nak edit kadang-kadang ternampak aurat. Leceh. 



Cara Mudah Menangani Toxic Person


Salah satu video yang berjaya memberi kesan kepada aku ialah video Haze menemuramah Prof Muhaya bertanyakan tentang soalan bagaimana cara berdepan dengan ‘Toxic Person’ atau orang yang bermasalah. 

Memandangkan dia pengacara dan juga selebriti yang sering berjumpa ramai orang, antara soalan yang kerap ditanya oleh netizen ialah bagaimana Haze menguruskan ‘Toxic Person’ ni. 


Kebetulan masa tu Haze ada program dengan Prof Muhaya, jadi sempat la dia menyelit dan bertanyakan soalan tersebut. 

Kagum dengan jawapan Prof Muhaya. Dia terangkan jawapan dengan memberikan situasi dan minta Haze berfikir tentang jawapanya. 

Ni aku ringkaskan ya, Profesor kata; bayangkan ada satu bulatan yang penuh dengan bintik-bintik putih kemudian ada satu bintik hitam. Yang mana anda akan nampak dulu? 

Kalau anda nampak hitam dahulu bermaksud fikiran anda sering mengutamakan yang negatif dahulu. 

Yang perlu kita amalkan adalah sentiasa bersangka BAIK dan sentiasa positif. Baru yang datang dalam hidup benda-benda positif sahaja. 

Lagi satu pesanan Prof ialah apabila kita berhadapan dengan Toxic Person, kita perlu anggap orang itu adalah anak kecil yang berusia lima tahun yang tidak dapat kasih sayang secukupnya. Bayangkan anak yang mendapat kasih sayang dan mahukan perhatian kita.



Kesimpulan

Lepas beberapa ketika aku cuba praktikan apa yang disarankan aku rasa berkesan untuk diri aku. 

Yelah nak ubah diri dan cara pemikiran bukan sehari dua. Tapi tak mustahil untuk kita ubah. Wah kebanyakan entri aku sekarang ala-ala memotivasikan diri nampaknya. 

Hahahaha. Ok la kalau rasa bermanfaat sila amalkan ya. Aku hanya memanjangkan sahaja ilmu yang aku dapat ni. 

Semoga amalan berkongsi dan menyebarkan ilmu tak kira dalam apa jua bentuk perkongsian mendapat keberkatan dan diterima oleh Allah. Semoga bertemu lagi di lain entri. Wassalam.