KFC Value Bowls Eat Like A Boss

Sebenarnya KFC dah lama jual KFC Value Bowls tau, aku je baru terpengaruh dan taksub dengan salah satu Value Bowls lepas adik aku beli dan makan depan aku. 

Lepas cuba aku terus ketagih. Kejamnya KFC buat aku begini. Memandangkan aku peminat setia KFC haruslah aku memberi sepatah dua kata tentang KFC Value Bowls mengikut anak tekak aku.


KFC Value Bowls Eat Like A Boss

Selera kita mungkin berbeza jadi jangan percaya bulat-bulat kalau aku kata aku suka gila rasa dia atau rasa dia kurang power di tekak aku. 

Sebaiknya korang beli dan nilai sendiri ok? Ye aku tahu, makan fast food tidak elok ya, sila kawal diri dan jaga kesihatan korang.



KFC Value Bowls Eat Like A Boss Loaded Potato Bowl


KFC Value Bowls Eat Like A Boss, Kau Ada?

Menu KFC Value Bowls Eat Like A Boss ni ada empat pilihan menu yang boleh korang cuba. Setakat ni aku masih dan setia dengan menu KFC Value Bowls Eat Like A Boss, Loaded Potato Bowl. 

Selain tu ada Original Go Bowl, Loaded Go Bowl dan last but not least Curry Lava Rice Bowl.



Original Go Bowl

Harga Original Go Bowl adalah RM3.90 dan bersaiz kecil sesuai untuk alas perut. Ada fries dan ketulan ayam rangup (crunchy Zinger chunks) dan dilimpahi oleh kuah whipped potato serta ditabur dengan chili flakes.


Loaded Go Bowl

Lebih kurang je sama dengan Original Go Bowl tapi beza hanya sos iaitu creamy mayonnaise and KFC's signature Cheezy sauce. Peminat Cheese akan pilih bowl ni. Ada crunchy Zinger chunks & fries.



Loaded Potato Bowl

Satu-satunya bowl yang aku dah cuba dua kali, aku memang suka mashed potato jadi setakat ni, loded potato bowl menjadi kegemaran aku. 

Serius penuh dengan mashed potato, jagung manis, ketulan ayam Zinger dan di tambah dengan Cheezy sauce and mayonnaise memang kombinasi terbaik. Boleh dikongsi berdua. Harga RM6.90.
 

KFC Value Bowls Eat

KFC Value Bowls  Loaded Potato Bowl


Curry Lava Rice Bowl

Satu-satunya bowl yang ada nasi guys. KFC memang memahami Malaysian yang suka kan nasi. 

Curry Lava Rice Bowl ni adalah bowl yang suami aku seram nak beli risau kari dia tak best. Tapi aku akan try juga in future. Nanti aku share sedap ke tak eh.

Sila lah serbu KFC berhampiran anda. Sila jangan menangis kalau berat anda bertambah, selera anda membuak-buak lepas cuba KFC Value Bowls ni ok. 


Tip Diet Yang Betul Untuk Kuruskan Badan

Tip Diet Yang Betul Untuk Kuruskan Badan

Jom jujur, berapa kali ayat dah diet tapi tak kurus pun keluar dari mulut masing-masing? ke aku je membebel tak kurus ni? 
Selalu aku akan dapat feedback yang tak menyenangkan bila aku suarakan keinginan aku nak kurus.

“Nak kurus bahagian mana lagi? Nak kecil mana lagi weh, kau kurus la”

Serius aku rasa terhina. Dengan ketinggian aku hanya 152cm, berat yang ideal sepatutnya tak lebih 45kg. Aku ni dah terlajak ok, terlajak. Itu sebab aku concern sangat nak kurus selain daripada memang nak kurus untuk sihat.

Secara luaran memang la tak nampak lemak aku yang berlipat itu, tapi yang tersembunyi tu mana orang nak tahu. kah kah kah.

Aku sempat kurus sekejap dan dapat berat idaman masa habis pantang anak ketiga. Lepas beberapa bulan berat aku semakin bertambah sebab aku addict susu pekat manis. 

Badan aku memang pantang dengan susu pekat manis, cepat je mengembang. Apa pun mula dengan kira BMI korang normal atau tidak. 


Cara Nak kuruskan Badan

Jenis-Jenis Diet

Hasil tinjauan terhadap orang sekeliling dan juga pembacaan aku, rupa-rupanya ada banyak jenis diet yang orang buat untuk kurus. Kalau selama ni aku familiar dengan diet Atkins je. 

Selain diet Atkins, ada Diet Keto, Diet Paleo, Diet Mediterranean dan Diet KKM. Ini 5 jenis diet beserta contoh supaya korang lebih faham. 

Sila jangan terperanjat kalau korang pun macam aku baru tahu. Malaysia kan suka ikut trend, jadi diet pon ikut perubahan masa dan trend terkini. 

Majority orang yang aku kenal amalkan diet Atkins, ada yang berjaya dan ada yang buat ikut musim. Sebelum aku teruskan membebel, aku hanya berkongsi apa aku baca. 

Kalau korang nak mengamalkan mana-mana diet sila lah berjumpa doktor dan ambil nasihat pemakanan. Semak dulu tahap kesihatan terutama, kolestrol, gula, darah dan jantung anda.

Kena Ingat Tujuan Asal Diet

Diet bermaksud makan dengan seimbang. Kena ada buah, sayur, protein dan juga karbohidrat. Kena kurang kan manis, masin dan lemak. Untuk aku yang dah berusia 30-an ni memang sangat-sangat perlu menjaga pemakanan.

Jadi bila orang tu cakap dia nak diet kena faham dia nak jaga / kawal pemakanan bukan sekadar nak kurus tapi nak fit dan sihat.

Peringatan untuk diri aku juga, kena faham betul-betul tujuan untuk diet, sebab bila tiada tujuan mula la rancangan diet tu ke laut dalam. Sesat. Kena faham kepentingan diet dan apa manfaat kita dapat baru lah semangat tu ada.


Cara Nak Kurus Dengan Diet Yang Betul

Kebiasaanya kalau diet mesti kita diet sorang-sorang kan? Contoh dalam keluarga, selalunya yang ada kesedaran nak kurangkan berat badan cuma ibu. 

Bukanlah kata semua tapi majoriti. Sebaiknya, satu keluarga kena jaga pemakanan.

Nasihat aku kalau nak jaga pemakanan kita kena faham dulu tabiat atau rutin kita. Betul tak corak pemakanan kita amalkan selama ni? 



Kementerian Kesihatan Malaysia adalah rujukan paling tepat kalau korang nak rujuk dan dapatkan info makanan sihat.

Please jangan ambil mudah dengan makan ubat tapi belajar cara yang betul untuk kurus. Jangan mudah terpedaya dan paling penting sebanyak mana kawalan pemakanan kepentingan senaman dalam kehidupan mesti diutamakan juga. Nak kurus nak sihat kena selalu positif dan bahagia.

Tahun depan dah masuk 2020 pun, aku berdoa sangat bila usia semakin menginjak tua, aku akan terus sihat tubuh badan dan tak susahkan pasangan atau anak-anak nak jaga aku. kita tak tahu apa akan berlaku masa depan kan? Masa sihat ini lah kita ambil kesempatan.

Selamat kurus kawan-kawan.


Resepi Bihun Sup Simple Mak Mertua

Aku tak pernah sangka akan suka bihun sup simple yang mak mertua aku masak untuk cucu-cucu dia. Kebiasaan kalau balik kampung siapkan sarapan keluarga, mak mertua mesti akan buat dua versi. 

Satu pedas dan satu tak pedas khas untuk cucu. Rajin la hai. Contoh kalau pagi tu menu adalah bihun, jadi akan ada bihun goreng pedas untuk orang dewasa dan bihun sup simple untuk cucu-cucu.

Resepi Bihun Sup Simple Mak Mertua

Entah apa mak mertua letak semua sedap je dekat tekak aku. Aku kagum bihun tu masih sedap sebab mak mertua tak guna ajinomoto pun. 

Masa awal-awal kahwin agak lambat juga aku nak faham cara mak mertua aku masak. Dasar selow. Kahkahkahkah.


Resepi Bihun Sup Simple


Berbalik kepada resepi bihun sup simple, memang mak mertua akan tumis bahan rencah, masukan sayur dan fish cake, telur dan campur sekali bihun dalam kuali. 

Tapi serius bihun tu tak la benyek. Dia tak la selembik yang aku sangka. Jadi nice je nak gigit. Entah apa petua mak mertua guna, bihun sup tu mesti ada kuah. Aku pernah cuba tapi tak tahan lama, habis sup tu meresap dalam bihun.


Cara mak mertua masak bihun sup simple seperti berikut:

  • Setengah Peket Bihun
  • Tiga ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Belacan
  • Fish cake
  • Sawi
  • Satu biji telur
  • Garam
  • Air


Resepi Bihun Sup Simple Diet

Cara-cara memasaknya:

  • Tumbuk halus bawang putih dan bawang merah. Masukan juga sedikit belacan dan hancurkan. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.
  • Setelah naik bau, masukan pula fish cake dan goreng seketika. Masukan air secukupnya untuk dijadikan kuah.
  • Biarkan kuah menggelegak kemudian pecahkan telur. Perasakan dengan garam. Kemudian, masukan Sawi yang telah dipotong kecil.
  • Akhir sekali masukan bihun dan kacau sehingga bihun lembik. Masukan bihun bila kuah betul-betul menggelegak. Tutup api dan boleh dihidangkan.
  • Masa pertama kali nampak mak mertua buat memang pelik lah. Lama-lama jadi favourite anak beranak. Bihun juga boleh digantikan dengan mee kuning. Sesuai untuk anak-anak kecil yang tak makan pedas.


Selamat mencuba.




Cara Membuat Wanpaku Sandwhich - Resepi

Meriah sana sini orang bercakap pasal Wanpaku Sandwhich. Oleh sebab tak nak kalah, maka gigih google what is Wanpaku Sandwhich. 

Rupa-rupanya Wanpaku Sandwhich dah popular sejak tahun lepas, kenapa dekat Malaysia baru nak viral? Cis. Masa tengok Wandpaku Sandwhich memang banyak versi, paling suka sebab ianya berwarna-warni di Aidilfitri kau.

Semestinya Wanpaku Sandwhich ni banyak jenis, tapi yang pastinya persamaan mereka adalah sandwhich ni berbentuk segi empat dan penuh dengan isi, sayur mayur dan kurang pasti versi sebenar dia adakah untuk sihat atau tidak.

Cara Membuat Wanpaku Sandwhich - Resepi

Apa maksud Wanpaku?

Masa mula-mula dengar nama Wanpaku aku ingat nama orang lol. Begitu sadis kan? Kahkahkah rupa-rupanya Wanpaku adalah Sandwhich yang berasal dari Jepun. 

Orang putih juga turut teruja meniru Wanpaku. Sebut Wanpaku bunyi “vangpaku”

“Wanpaku dalam bahasa Jepun membawa maksud naughtiness atau nakal, biasanya digunakan untuk menggambarkan lelaki muda yang aktif secara fizikal”


resepi Wanpaku Sandwhich

*credit image to justonecookbook

Kalau tengok saiz Wanpaku Sandwhich memang agak besar dan penuh dengan isi. Ada yang buat lapisan sayur dan ayam, ada yang lagi kreatif tambah tahu goreng dan telur rebu. 

Ada yang buat versi sihat dan kurus langsung tak letak apa-apa sos mahupun bahan perasa. Bagus makan sandwich ni sebab banyak sayur. Baik untuk kesihatan badan & kecantikan kulit.

Paling tertarik cara susunan sayur dan segala isi yang disusun dalam sandwhich tu. Bila potong dia nampak cantik sangat. 

Dari segi saiz sesuai sangat untuk perut Malaysian yang kuat makan. So far aku tak la sampai teruja nak merasa.

Sandwhich Wanpaku Mula Viral


Aku rasa rakyat Malaysia memang cepat teruja dan suka sangat mencuba terutama bab makanan. harapnya Sandwhich Wanpaku versi sihat ni akan tersebar secara meluas dan dapat tukar cara pemakanan kita.

Segan weh bila baca graf Malaysia paling tinggi kes obesiti di Asia. Syahdu rasa bila dengar budak sekolah rendah dah kena kencing manis. 

Nak salahkan siapa budak semuda itu kena penyakit berbahaya? Sendiri mau ingat la kan.

Resepi Sandwhich Wanpaku


Resepi Sandwhich Wanpaku boleh dibuat dalam banyak versi. Terpulang ikut kesukaan korang. Boleh letak segala sayur dan sos kesukaan masing-masing. Antara sayur yang dicadangkan:

  • Asparagus
  • Avocado
  • Bayam
  • kubis
  • Tuna
  • Wortel
  • Tomato ceri
  • Timun
  • ham,
  • ayam belanda
  • Edamame
  • Telur (direbus / digoreng)
  • Ayam panggang

*Boleh rujuk Blog justonecookbook.com untuk versi Wanpaku Sandwhich Non Halal. Sila adjust bahan-bahan ikut kesukaan.

Antara yang dicadangkan untuk mendapatkan Sandwhich Wanpaku yang cantik dan sihat korang kena ikut tip macam dekat bawah ni:

  1. Pilih Empat atau lima bahan yang mempunyai warna yang berbeza dan menarik mata memandang sebagai contoh sayur dan protein yang mempunyai warna merah, oren, kuning, hijau, ungu dan putih.
  2. Susunan bahan-bahan amatlah penting supaya Sandwhich kukuh, tidak serabut dan kemas bila dipotong. Susun bahan mengikut ketebalan. Mula dengan bahan yang nipis di bahagian bawah seperti salad, bahan bersaiz tebal seperti telur rebus di bahagian tengah dan seterusnya bahan yang lebih flexible seperti hirisan lobak di bahagian atas.
  3. Cara balutan Wanpaku Sandwhich mestilah kemas dan ketat kalau tak mesti habis berterabur masa nak potong. Boleh tengok website di bawah ni aku kongsi cara dia lipat.


Semoga Wanpaku Sandwhich versi sihat akan terus tersebar dengan jayanya. Selamat mencuba untuk korang yang teringin nak rasa. Aku masih setia dengan Sandwhich dekat Subway sebab mudah tunjuk dengan jari je.