KFC Value Bowls Eat Like A Boss

Rodiah Amir
9

Sebenarnya KFC dah lama jual KFC Value Bowls tau, aku je baru terpengaruh dan taksub dengan salah satu Value Bowls lepas adik aku beli dan makan depan aku. 

Lepas cuba aku terus ketagih. Kejamnya KFC buat aku begini. Memandangkan aku peminat setia KFC haruslah aku memberi sepatah dua kata tentang KFC Value Bowls mengikut anak tekak aku.


KFC Value Bowls Eat Like A Boss

Selera kita mungkin berbeza jadi jangan percaya bulat-bulat kalau aku kata aku suka gila rasa dia atau rasa dia kurang power di tekak aku. 

Sebaiknya korang beli dan nilai sendiri ok? Ye aku tahu, makan fast food tidak elok ya, sila kawal diri dan jaga kesihatan korang.



KFC Value Bowls Eat Like A Boss Loaded Potato Bowl


KFC Value Bowls Eat Like A Boss, Kau Ada?

Menu KFC Value Bowls Eat Like A Boss ni ada empat pilihan menu yang boleh korang cuba. Setakat ni aku masih dan setia dengan menu KFC Value Bowls Eat Like A Boss, Loaded Potato Bowl. 

Selain tu ada Original Go Bowl, Loaded Go Bowl dan last but not least Curry Lava Rice Bowl.



Original Go Bowl

Harga Original Go Bowl adalah RM3.90 dan bersaiz kecil sesuai untuk alas perut. Ada fries dan ketulan ayam rangup (crunchy Zinger chunks) dan dilimpahi oleh kuah whipped potato serta ditabur dengan chili flakes.


Loaded Go Bowl

Lebih kurang je sama dengan Original Go Bowl tapi beza hanya sos iaitu creamy mayonnaise and KFC's signature Cheezy sauce. Peminat Cheese akan pilih bowl ni. Ada crunchy Zinger chunks & fries.



Loaded Potato Bowl

Satu-satunya bowl yang aku dah cuba dua kali, aku memang suka mashed potato jadi setakat ni, loded potato bowl menjadi kegemaran aku. 

Serius penuh dengan mashed potato, jagung manis, ketulan ayam Zinger dan di tambah dengan Cheezy sauce and mayonnaise memang kombinasi terbaik. Boleh dikongsi berdua. Harga RM6.90.
 

KFC Value Bowls Eat

KFC Value Bowls  Loaded Potato Bowl


Curry Lava Rice Bowl

Satu-satunya bowl yang ada nasi guys. KFC memang memahami Malaysian yang suka kan nasi. 

Curry Lava Rice Bowl ni adalah bowl yang suami aku seram nak beli risau kari dia tak best. Tapi aku akan try juga in future. Nanti aku share sedap ke tak eh.

Sila lah serbu KFC berhampiran anda. Sila jangan menangis kalau berat anda bertambah, selera anda membuak-buak lepas cuba KFC Value Bowls ni ok. 


Catat Ulasan

9Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. mama selalu beli loaded bowl tapi ni menu baru ye

    BalasPadam
  2. kfc value bowl ni memang berbaloi2 .. puas hati pun ye jugak

    BalasPadam
  3. Tak pernah lagi cuba bowl ni. Sebab mcm tak berbaloi dengan harga hehe

    BalasPadam
  4. my fav menu dekat KFC! Tapi suka yang loaded bowl je lah sebab boleh makan mash potato sampai puas!

    BalasPadam
  5. Suka loaded go bowl je.. yang lain-lain tu tak pernah cuba lagi.. hehehe..

    BalasPadam
  6. Dah cuba potato bowl tu.. berebut 3 beranak... next kena beli 2 br puas makan

    BalasPadam
  7. rabia tak pernah rasa lagi..fuhh nampak sedapp

    BalasPadam
Catat Ulasan