Tips Berjaya dan Bahagia Dalam Hidup

Bila melangkah ke Tahun 2020 tahun yang seringkali digembar gemburkan yang mana semua harus berfikiran kehadapan, berfikiran positif dan melakar kejayaan. 

Aku tak pasti tentang orang lain, tapi bagi aku sendiri aku cuba ambil dan manfaat aura tahun baru kejayaan baru.

Aku yakin semua orang nak berjaya dan bahagia, tapi masih ramai terperangkap dan tak tahu apa perlu buat untuk berjaya. 


Ikut pengalaman sendiri, aku pernah kemurungan fikir tentang nasib hidup aku sendiri. Aku lost weh.  
Berbalik kepada tajuk aku kongsi di atas tadi, tentang tips mahu berjaya dan bahagia dalam hidup di tahun 2020 khususnya. 

Amalkan tips ni hingga hujung nyawa kita akan bahagia dan berjaya in sha Allah. Aku dapat tips ni waktu dengar ceramah masa basuh pinggan sambil dengar radio. 

Kan biasa ada sesi ceramah kan?




Tips Berjaya dan Bahagia Dalam Hidup


Tips dia bagi aku rasa biasa sahaja, sebab memang kita semua tahu. Tapi, penerangan dan penekanan dia tentang kesan kalau kita buat secara istiqamah tu buat aku nak kongsi dengan korang pula. 

Perangai manusia memang begitu, tahu tapi tak buat, ada peluang tapi tak cuba. Baca Juga - Dah Usaha Tapi Masih Belum Berjaya







3 Tips Berjaya dan Bahagia Dalan Hidup


Menurut pakar motivasi dan keluarga ada tiga tips yang perlu diamalkan jika mahu kehidupan berjaya seterusnya lebih bahagia. 

Tips ini mudah dan aku dah mula lakukan sejak awal tahun lalu. 

Bila ada je anasir negatif cepat-cepat aku kuatkan hati dan tekankan dan masuk Tahun 2020, tahun ini lah aku patutnya berjaya.




#1 Utamakan Solat

Istimewanya penganut agama Islam khususnya, Allah hadiahkan kita Solat sebagai satu bentuk komunikasi supaya umatNya dapat berhubung, meminta, mengadu kepada Pencipta. 

Perkara wajib, perkara asas adalah mengerjakan solat. Dalam apa jua keadaan latihlah diri untuk utamakan solat.

Dahulukan Allah. Dahulukan Tuhan dalam setiap perkara. Kalau sebelum ni kita letak Dunia di hadapan, apa kata kita cuba tukar. 

Kalau sukar nak utamakan Solat dan Tuhan, apa kata cuba cari kemanisan dalam beribadah. Amalkan juga Zikir Ya Bariq setiap hari setiap pagi agar dimudahkan segala urusan

Aku bukan ustazah. Jauh sangat nak kata alim. Tapi aku tak pernah stop cuba jadi hamba yang taat kerjakan suruhan Tuhan. 

Aku cakap pun berdasarkan pengalaman. Masa zaman Jahiliah aku dulu, nak solat aku rasa berat sangat. Aku rasa satu beban.

Sampai satu masa aku rasa cemburu dengan orang yang jaga solat dan siap boleh buat solat sunat lagi. Apakah yang dia rasa sampai dia boleh tenang solat? 

Lepas aku hadiahkan rasa manisnya solat tu perlahan-lahan aku faham. Tapi aku bukanlah sempurna lagi bab jaga solat ni, tapi kita cuba. In Sha Allah.









#2 Jaga Silaturrahim

Paling utama jaga Silaturrahim antara ahli keluarga, adik beradik, saudara mara. Kalau pernah bermasam muka, bergaduh ini lah masanya untuk kita terus pandang kedepan. Saling bermaaf-maafan.

Sungguh beruntung mereka yang tak pernah bergaduh adik beradik. Lagi seronok kalau ada adik beradik yang ramai dan bersatu hati. 

Pengalaman bermasam muka pun aku pernah lalui. Maklumlah adik beradik seramai 10 orang memang bermacam perangai dalam satu keluarga.

Bagi aku bila kita dah berniat nak buat sesuatu kebaikan teruskan saja dengan niat baik tu. Allah pasti akan bantu. 

Walau sesukar mana. In Sha Allah pasti ada jalannya. Wah macam lagu. Lol.








#3 Pilih Kawan Yang Bimbing Kita Ke Arah Kebaikan

Dah tiba masanya kita tapis dan pilih kawan yang bawa kita kearah kebaikan. Kalau sebelum ni circle kita banyak yang negatif maka Tahun inilah tahun terbaik kita singkir mereka dari hidup kita. 

Gunakan alasan Tahun 2020, sebagai alasan terbaik untuk kita tinggalkan mereka yang dahsyat perangainya.

Bukan suatu yang pelik kalau semakin kita berusia semakin kita kurang kawan. Dah masuk Tahun 2020 tak akan masih di takuk lama kan? 

Kualiti yang kita cari bukan sekadar kuantiti. Untuk korang yang dah jumpa kawan yang ada kualiti, jaga baik-baik. moga nanti bersahabat terus sampai ke syurga, diberi pengakhiran yang baik-baik Husnul Khatimah. 








Kesimpulan

Personally, untuk diri aku; menghargai keluarga sementara masih ada memang aku dah lama amalkan. 

Selepas peristiwa kehilangan orang yang aku sayang selama-lamanya memang aku jadi serik. 

Pemergian abah masih lagi tinggalkan kesan dekat hati, bukan tak redha cuma aku terasa masih banyak jasa belum terbalas. 

Amalkan tiga tips bahagia dan berjaya yang aku kongsi tu in sha Allah perubahan baik akan berlaku. Kita minta, kita doa, kita usaha. Allah kan tak pernah tidur.

Utamakan solat walau dimana dan tak kira masa. Jaga silaturrahim sesama kita terutama adik beradik dan saudara mara. Pilih kawan yang bawa kita ke arah kebaikan dan mampu tegur kita bila kita melakukan kesalahan.

Selamat berjaya.


Cara Simpan Duit Paling Mudah

Melangkah ke tahun baru 2020 semestinya bersemangat dengan azam dan kesungguhan untuk jadi lebih baik dari tahun sebelumnya. 

Antara salah satu azam setiap tahun adalah untuk simpan duit secara menabung. Jadi seronok pula bila sampai penghujung tahun duit simpanan capai target yang kita letak.

Cara simpan duit pula tidak terhad kepada satu amount atau tempoh masa. Bergantung kepada kemampuan dan juga tahap disiplin seseorang. 

Ada juga yang simpan ikut jumlah duit. Macam kawan aku tak boleh ada duit RM20 dalam dompet mesti dia akan masuk tabung. Aku pernah buat tabungan duit hijau RM5. Puas hati sangat.

Cara Simpan Duit Paling Mudah

Setiap tahun asyik berbelanja dan boros, apa kata kita tukar tabiat berbelanja boros tu kepada tabiat yang lebih baik. 

Nak lagi mudah simpan duit adalah dengan pasang impian untuk guna duit yang disimpan untuk beli barang idaman contohnya telefon, gadjet atau camera.


5 Cara Simpan Duit Paling Mudah

Nak tahu rahsia simpan duit dengan cara paling mudah? Sebenarnya ada lebih dari 5 cara simpan duit paling mudah tetapi aku kongsikan 5 cara yang aku rasa paling mudah nak buat. 

Apa yang diperlukan hanyalah jadual simpanan, keazaman yang tinggi dan semestinya sifat jujur. Kalau malas atau menipu diri sendiri yang rugi. Mereputlah kau disitu.


#1 Simpanan Berganda 52 Minggu

Mudah sangat sebab korang hanya perlu buat simpanan secara mingguan. Nilai simpanan boleh mencecah seribu ringgit pada minggu ke 45. 

Bermula dengan RM1 seterusnya nilai itu berganda setiap minggu. Jumlah paling tinggi mingguan yang perlu korang simpan hanyalah RM52. Kira ok la kan?




#2 Simpanan Jangka Pendek 26 Minggu

Simpanan jangka pendek ni sesuai untuk mereka yang memerlukan duit dalam masa terdekat. Dalam hanya 26 minggu korang akan ada duit tabungan sebanyak RM700. 

Simpan duit dalam gandaan sifir 2. Bermula dengan RM2, RM4, dan seterusnya. Boleh jadi duit poket masa melancong juga tu. Tapi melancong dalam Malaysia sajalah. 




#3 Simpan 12 Kali Setahun

Cara simpan duit 12 kali setahun ni paling aku teruja nak buat. Bila baca 12 kali tu seolah tak mustahil pun nak buat. 

Part ni saiko otak lebih dari biasa. 12 kali je kot tak kan tak mampu nak tahan diri kan? Simpanan boleh mencecah satu ribu ringgit. 

Jumlah simpanan tertinggi perlu korang buat hanyalah RM150. Masa dapat duit lebih pejam mata la simpan. Berbaloi.




#4 Simpanan RM2

Simpanan RM2 sesuai dibuat bersama-sama dengan anak-anak. Dengan nilai yang rasanya mampu untuk anak-anak menabung sekaligus dapat latih anak-anak berjimat cermat. 

Simpan RM2 setiap minggu sehingga minggu ke 52 dan jumlah terkumpul bakal anak-anak terima adalah RM104.

Apa yang penting dapat pupuk minat menabung dalam diri anak-anak. masa ini lah ibu bapa mainkan peranan penting untuk sentiasa ingatkan anak-anak dan berikan galakan. 

Macam aku sendiri, kalau Ikhwan bawa bekal dia akan simpan duit poket dalam tabung.




#5 Simpanan RM50

Oleh sebab aku cabar diri untuk simpan melebihi RM2,000 setahun maka aku buat sendiri jadual tabung simpanan RM50 setiap Hari Sabtu. 

Jadi secara rasminya Hari Sabtu adalah hari aku akan simpan note RM50. Tak kisah apa berlaku aku akan pastikan RM50 akan dimasukan ke dalam tabung. 

Setakat ini belum terfikir nak beli apa dengan duit tu lagi. Kalau aku berjaya aku akan ada RM2,600 pada penghujung tahun.



Simpanan Selain Wang Tunai

Selain daripada simpan duit secara tunai, korang boleh juga menabung dalam bentuk yang lain contohnya beli barangan kemas, bar emas, perak, melabur dalam ASB, simpan di Investment Bank, Ar Rahnu, menabung di Tabung Haji, SSPN dan banyak lagi saluran yang tersedia.


Cuma kena faham prosedur dan juga strategi diperlukan supaya simpanan korang membiak. Menyimpan di institusi perbankan contohnya ada syarat dan terma perlu korang patuhi. Jangan jadikan alasan tiada ilmu pelaburan sebagai alasan untuk tidak menabung ya.


Kesimpulan

Tak kisah simpanan jenis apa pun korang pilih untuk buat sila lakukan dengan istiqamah. Di akhirnya bukan jumlah simpanan yang kita tekankan tetapi pengalaman dan juga proses melatih diri untuk berdisiplin dan berjimat cermat.

Anggap sajalah jumlah akhir adalah rewards untuk diri sendiri. Jangan lupa juga buat tabungan akhirat kita. Buat perkara yang sama, simpan duit dalam tabung untuk didermakan pada mereka yang memerlukan.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk korang yang membaca.

realme Buds Air Harga Murah Gempak Gila

realme Buds Air Harga Murah Gempak Gila

Kalau korang masih ingat, sebelum ini aku pernah kongsikan tentang telefon pintar Realme XT Kuad Kamera Snapdragon 64MPrealme 5 & realme 5 Pro .  

Sebagai pembuka tirai 2020, realme telah melancarkan siri kelima realme iaitu telefon pintar realme 5i dan produk audio IoT pertama realme iaitu realme Buds Air.

Aku berpeluang menyaksikan perasmian dua produk yang amat dinantikan dalam majlis pelancaran yang berlangsung pada 14 Januari yang lepas bertempat di Petaling Jaya Selangor. 

Majlis berlangsung penuh meriah dihadiri oleh peminat realme, wakil jualan Shopee Malaysia dan barisan media.

Meneruskan misi dan visi menaikan nama realme sebaris jenama terkenal, Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh berkata:

“Tahun lepas merupakan tahun yang menakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa produk satu lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami. 

Hari ini, kami akan memulakan tahun 2020 dengan satu lagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air.

Tidak lupa juga, realme 5i dengan yang dikenali sebagai produk Quad Kamera Raja Bateri. Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya tersendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendiri.”




Siapa realme?

realme adalah sebuah jenama teknologi yang khusus dalam menyediakan telefon pintar berkualiti tinggi seiring dengan pegangan ‘Dare to Leap’. 
Jenama ini secara rasmi telah dilancarkan pada 4 Mei 2018 oleh pengasas Sky Li, bersama sekumpulan anak muda yang berpengalaman dalam industri telefon pintar.
realme juga komited dalam menawarkan prestasi berkuasa bagi setiap model yang dibangunkan, selain berani menawarkan reka bentuk bergaya, perkhidmatan yang tulus dan penerokaan berterusan bagi inovasi telefon pintar.

Terbaharu, jenama realme telah dinobatkan sebagai salah satu jenama Global TOP 7 Smartphones bagi suku ketiga (Q3) tahun 2019 dengan pengguna berdaftar mencapai 17 juta dalam tempoh hanya setahun, menjadikannya jenama paling pesat berkembang.
Selain itu, realme telah berkembang secara global ke lebih 20 buah negara seperti China, India, Asia Tenggara, Eropah, Rusia, Pakistan dan Afrika termasuk Mesir.



realme Buds Air Tanpa Wayar Dan Akses Kawalan Pintar

realme Buds Air dijangkakan bakal mendapat sambutan tinggi daripada pengguna kerana produk audio ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar membolehkan pengguna mendengar muzik walau dimana sahaja dan ciri-ciri hebat yang lain.

Didatangkan dengan tiga warna menawan iaitu putih, kuning dan hitam. Paling aku suka semestinya warna kuning yang ceria tu. 

Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. 

Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan.





Peminat mobile gaming tegar pasti akan menyukai realme Buds Air, kerana ianya dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. 

Mesti syok habis kalau main game sambil pakai realme Buds Air.

Selain daripada itu, realme Buds Air juga dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang. 

Semasa pengguna membuat panggilan contohnya, suara anda akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising. Manakala bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam

Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga anda.






Produk realme Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan.

Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan seseorang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca.


Harga Promosi realme Buds Air

realme Buds Air dijual pada harga pasaran RM299 dan sempena promosi harga pengenalan kepada pembeli terawal bakal menerima potongan hebat. 

Pembeli boleh buat belian secara online di Aplikasi Shopee pada 21 Januari 2020 bermula pada puku 12 tengah malam. Sah untuk satu hari sahaja, anda boleh beli realme Buds Air pada harga promosi RM199.

realme Buds Air
Warna Putih, Kuning & Hitam
Harga: RM299
Harga Promosi: RM199
(Satu hari sahaja; 21 Januari 2020)
Beli di Shopee 



realme 5i Quad Kamera Raja Bateri


Memang betul la orang kata, dari mata turun ke hati. Serius aku jatuh hati dengan rekaan telefon pintar realme 5i ni. realme 5i mempunyai reka bentuk Matahari dengan kesan biji-biji di bahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima-paksi Jerman yang terkenal dan boleh didapati dalam dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green. Semestinya Forest Green telah memikat hati aku.

Model ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm AI Engine ke-3. 

Ia dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari.




realme 5i juga dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. 

Bagi ciri kamera, ia tersedia dengan quad kamera ultra lebar - 119 ° lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). 

Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi pengguna boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak.

Harga Jualan realme 5i

Berbaloi dengan prestasi cemerlang yang ditawarkan, realme 5i dijual pada harga mampu milik iaitu pada harga RM 599. Boleh beli secara online di aplikasi Lazada pada 28 Januari 2020 bermula pukul 12 tengah malam. Percuma PERCUMA Hadiah Tahun Baru Cina 2020

realme 5i
Warna Aqua Blue dan Forest Green
Harga: RM599
Percuma Hadiah Tahun Baru Cina 2020
 (Satu hari sahaja; 28 Januari 2020)
Beli di Lazada 


Kesimpulan

Aku kagum dengan kepantasan realme sebagai satu jenama teknologi khususnya telefon pintar yang sentiasa peka dalam memenuhi kehendak selera pengguna masa kini. 

Memang kalau perhatikan trend pembelian telefon pintar, pengguna inginkan telefon terkini dengan ciri-ciri hebat yang dijual pada harga berpatutan. Realitinya nak produk yang berkualiti tapi harga mampu beli.

Pada pendapat aku, Realme faham dan tahu target market dia which is kaki mobile gaming dan golongan millennial. 

Jadi dia faham kehendak kaki mobile gaming yang inginkan kelancaran semasa bermain game termasuklah ketahanan bateri disokong dengan audio yang gempak. Memang terbaik.

Pesanan untuk pengguna di luar sana, berbelanja lah mengikut keperluan dan kemampuan. Teknologi sentiasa berubah. Kenal pasti gadjet terbaik dan jadilah pengguna yang bijak. 

Selamat berbelanja dengan berhemah. Sesiapa nak hadiahkan aku realme 5i Green Forest boleh teruskan niat tu sebab aku terima dengan hati terbuka.




Boleh dapatkan maklumat lanjut di https://www.facebook.com/realmeMalaysia  dan Instagram @realmemalaysia


Fungsi CC Cream Yang Tidak Berminyak, Kulit Muka Bercahaya Dan Sekata | Hansaegee Nature

Memiliki kulit muka halus, licin dan bercahaya secara semulajadi memang menjadi idaman setiap wanita. 

Macam aku sendiri, setiap kali tengok drama Korea mesti kagum dengan kulit muka pelakon Korea yang licin berkilat. Bukan berminyak tau. 

Nampak lembap je setiap masa. Tak kira la pelakon lelaki mahupun wanita. Ternyata Korean Skincare telah mendapat tempat di hati peminat di seluruh dunia.

Khas untuk entri kali ini aku nak berkongsi tentang produk kecantikan dari Korea iaitu Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. 

Fungsi CC Cream Yang Tidak Berminyak, Kulit Muka Bercahaya Dan Sekata | Hansaegee Nature

Personally aku sendiri dah jatuh cinta dengan Hansaegee Gold Nano CC Cream ni dan sebelum aku cerita lanjut tentang fungsi dan kandungan Gold Nano CC Cream lebih bagus kalau korang faham tentang kegunaan dan kepentingan CC cream.

Just friendly reminder untuk korang yang sedang mencari produk yang bersesuaian dengan kulit muka, sila study dan fahamkan fungsi produk, bahan yang digunakan, dan paling penting fahami jenis kulit korang. 

Lepas tu kena ikut step yang dicadangkan, kena disiplin dan minum banyak air. Barulah berkesan dan dapat hasil seperti yang diidamkan. 

Perkongsian aku adalah berdasarkan pengalaman dan keadaan kulit muka aku.


Apa Yang Best tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream?

Hansaegee Nature dah berada di Malaysia sejak tahun 2011 lagi tau. Selain Gold Nano CC Cream, Hansaegee Nature juga terkenal dengan pencuci muka dan krim pelembap mereka. 

Kalau nak tahu CC Cream merujuk kepada Colour Control Cream. Tiga Fungsi utama CC Cream ni adalah untuk betulkan dan seimbangkan tona kulit muka secara semulajadi, beri perlindungan matahari SPF50+ PA +++ dan buat kulit licin dan bercahaya.

Apa yang best tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni ialah, ia berubah mengikut warna tona kulit muka secara semulajadi walaupun warna cream asalnya ialah putih. 

Jadi janganlah risau ya. Sesuai untuk semua jenis kulit muka terutama mereka yang mempunyai kulit muka kusam dan ada masalah kulit muka tidak sekata. 



Warna asal CC Cream ini adalah berwarna putih tapi jangan risau sebab ianya sesuai untuk semua warna kulit sebab ianya akan berubah mengikut warna tona kulit muka korang. 


Setelah blend dengan jari, warna CC Cream akan berubah mengikut tona kulit muka menjadi little pink atau pun coklat. 

Tambahan lagi, tekstur CC Cream Hansaegee berbeza dengan CC Cream yang ada di pasaran. Teksturnya tidak melekit, terasa ringan bila disapu ke muka dan tidak berminyak. 

Sesuai dipakai sepanjang hari. Hasilnya, kulit muka akan lebih halus, bercahaya secara semulajadi dan lembap. Tak risau bila kulit berpeluh atau berminyak pada waktu tengahari.



CC Cream ni mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit dan memberi kelembapan yang diperlukan kulit. 





Setelah diratakan pada kulit, CC Cream kelihatan ringan dan lembap. 

Cara Guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Gold Nano CC Cream boleh dijadikan sebagai cream harian dan cara guna adalah sangat mudah. Cuma sapu dengan jari dan ratakan ke seluruh muka. Sesuai untuk korang yang keluar rumah tapi tak suka makeup yang tebal dan nak nampak semulajadi. 

Dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas memang perlu sangat pakai krim yang ada perlindungan matahari.

Kebaikan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
  • Memberi perlindungan UV matahari SPF50+ PA+++
  • Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
  • Meminimumkan penampilan pori
  • Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer untuk buat makeup tahan lebih lama
  • Mencerahkan kulit
  • Bertindak sebagai anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
  • Mengekalkan kelembapan dan buat kulit bercahaya secara semulajadi


Kandungan Utama Gold Nano CC Cream

Jom tengok kandungan utama CC Cream supaya korang lebih faham bagaimana ianya membantu kulit muka korang:

Mineral Water – Mengimbangi pH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.
Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract – Efek anti bakteria dan mengurangkan masalah radang kulit.
Colloidal Gold – Melambatkan penuaan dan mengurangkan kesan infrared dari cahaya dan mempunyai bahan anti oksidan.

Selain daripada itu, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream bebas dari mana-mana sumber haiwan, dan bebas daripada bahan berbahaya - No Paraben, No Alcohol, No Sulfate. Untuk dapatkan maklumat lebih terperinci boleh rujuk website mereka. 

Pengalaman Aku Menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Mengikut pengalaman aku setelah menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream selama beberapa minggu, aku bertambah yakin bila keluar rumah. 

Aku tak risau untuk kekal aktif dan berpeluh di bawah sinaran matahari serta sangat menjimatkan masa untuk aku bersiap. 


Tekstur CC Cream ini juga sangat ringan dan tidak melekit. Berbeza dengan cream yang pernah aku guna sebelum ni. Jadi memang mudah nak sapu ke permukaan kulit muka. 

Apa yang aku perasan walau kulit muka berpeluh teruk, cream ni tak nampak bercapuk. Tak rasa rimas dan tidak risau muka nampak comot. 

Semestinya sesuai untuk aku yang suka less makeup dan kulit muka nampak semulajadi bila berada dekat luar. Lagi satu, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream meresap dengan baik dan sangat mudah untuk dicuci. 

Tak ada masalah kalau kulit berpeluh. Kena air pun tak nampak bercapuk dan nampak fresh.

Tidak risau jika kulit berpeluh terutama pada waktu tengahari. Kulit nampak lagi glowing dan tak bercapuk.

Selalu waktu kritikal adalah pada waktu tengahari, sebab masa tu cuaca panas dan kulit aku dah start berminyak. Tapi bila guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream, dia buat kulit muka nampak glowing dan natural. 



Selalu lah jenguk laman web Hansaege sebab selalu ada sale. 




🍁Website: www.hansaegee.com