Puding Kastard Buah Naga Berkuah

Pejam celik dan seminggu kita berpuasa. Cepat je masa berlalu sampai lupa hari apa. Soalan kami anak beranak setiap hari bulan puasa ni nak masak apa. 

Walaupun dah ada senarai menu cadangan tapi selalunya akan berubah di saat-saat akhir ikut perubahan cuaca dan selera. Gitu.

Seminggu sebelum puasa suami ada request buat kuih kastard. Request je tapi bila tanya detail kejadian bentuk kuih tu macamana dia bagi jawapan yang tak memberansangkan. 


Puding Kastard Buah Naga Berkuah 

Pening la sekejap kepala otak fikir kuih apa yang sebenarnya dia nak. Dalam otak fikir dia teringin kuih puding jagung kot, tapi bukan kata dia. 

Lepas google dan tengok Youtube rupanya dia nak makan puding kastard. Choi. 

Mestilah isteri dia tak reti buat, jadi gigihlah study cara nak buat. Oleh sebab bahan-bahan semua ada maka beranikan diri cuba buat. Tak jadi nasiblah.




Aku buat Puding kastard Buah Naga Berkuah ni masa hari ke 4 berpuasa. Alhamdulillah menjadi. 

Resepi asal sepatutnya Puding Koktail tapi oleh sebab koktail tidak dijumpai di pasaraya kita olah letak buah naga. Ni anak bujang request. Kita turutkan sahaja.


Resepi Puding kastard Buah Naga Berkuah

Untuk yang pertama kali mencuba jangan risau sebab resepi ni simple je. Peratusan gagal tu amatlah tipis. Jadi sila lah cuba. 

Cuma sila guna kuali non-stick masa masak puding dan buat awal supaya kastard dan kuah dia sejuk. Makan sejuk-sejuk memang power.


Bahan Untuk Kastard

1 cawan tepung kastard
4 cawan air
3/4 cawan gula

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak atas dapur dengan api sederhana sehingga pekat.
Angkat dan masukkan ke dalam acuan pilihan
Sejukkan hingga keras

Baca Sini ~ Resepi Agar-Agar Sumi Mudah & Sedap 






Bahan Untuk Kuah

1 tin susu cair
4 cawan air
3/4 cawan gula
secubit garam
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
1 biji buah Naga - untuk hiasan

Satukan semua bahan dlm periuk kecuali buah naga. Masak atas dapur dengan api sederhana sehingga timbul buih kecil dan dan menjadi sedikit pekat.




Cadangan hidangan:

Masukkan kastard, dan buah Naga yang dipotong kecil ke dalam mangkuk, kemudian curahkan kuah dan tambah ais.
Siap untuk dimakan


Selamat mencuba.

Bantuan Geran Khas PRIHATIN Untuk PKS

Bantuan Kewangan Geran Khas PRIHATIN Untuk PKS

Berita baik untuk untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti Pengusaha Pasar Malam dan Penjaja kecil yang layak boleh memohon bantuan Geran Khas PRIHATIN (GKP) berjumlah RM3,000 

Ini bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19. Bantuan one off ni khas kepada peniaga dan tak perlu bayar semula.




Syarat Kelayakan Mohon Geran Khas PRIHATIN

Bantuan secara one-off ini adalah untuk mereka yang LAYAK sahaja ya. Layak dalam erti kata memenuhi syarat yang ditetapkan oleh LHDN seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia;
  2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; - Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
  3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; 
  4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat;
  5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.


Cara Mohon Geran Khas PRIHATIN

Memandangkan sekarang masih dalam PKP jadi permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka dan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM. Tiada permohonan secara manual setakat ini.

Permohonan Geran Khas PRIHATIN telah pun dibuka sejak 1 Mei 2020 lepas dan bakal berakhir pada 15 Mei 2020. Kemudian boleh semak permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020 melalui Portal GKP.

Ada Soalan? Boleh hubungi no tertera di bawah.





Harapnya terjawab sudah soalan-soalan tentang bantuan kewangan Geran Khas PRIHATIN Untuk PKS, syarat kelayakan mohon GKP, cara mohon dan dalam artikel ini juga sertakan no telefon untuk dihubungi sekiranya masih mahu bertanya lebih lanjut. 

Kelebihan Sedekah Dalam Bulan Ramadhan

Ramadan kali ni sedikit berlainan bagi aku bila tahun ni seakan meriah dengan amalan sedekah sehinggakan aku turut terkena tempias merasa seronoknya saling bersedekah. 

Tuhan kirimkan mereka yang berhati mulia mengajak orang lain berbuat kebaikan. Berbeza sangat dengan amalan sedekah tahun-tahun sebelumnya. 

Kalau sebelum ni benda baik macam sedekah dan bantuan kemanusiaan dilakukan secara diam-diam atau mungkin aku yang tak tahu tapi lain sangat Ramadan kali ini. 

Meriah weh sana sini orang bersedekah walaupun di musim PKP.

Kelebihan Cuci Jiwa Dengan Amalan Sedekah

Tidak terkecuali juga masalah hati, apabila masih wujud golongan yang mempertikai keikhlasan orang yang memberi sedekah, beri bantuan kemudian di kongsi di Facebook. 

Marah bila amalan baik digembar - gemburkan. Contoh terdekat kisah Ustaz Ebit Lew yang mana kerja kemanusiaan dia dipertikai. 

Sifat Ikhlas menjadi persoalan. Mana mungkin kita manusia yang lemah ini dapat menentukan kadar ikhlas seorang manusia yang lain. Itu urusan dia dengan Tuhan.

Hikmahnya, bila Ustaz jalankan kerja dakwah dan beri bantuan berjaya membuka mata banyak pihak. Manisnya bila masyarakat turut bersimpati dan menderma. 

Lega sekurang-kurangnya misi kemanusiaan perlahan-lahan mendapat perhatian dan juga sokongan. 
Sungguh Perintah Kawalan Pergerakan memberi sejuta hikmah.



Kelebihan Sedekah Dalam Bulan Ramadhan

  1. Sedekah dapat menghapus dosa.
  2. Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhir.
  3. Sedekah memberi keberkahan pada harta.
  4. Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah.
  5. Terdapat pintu surga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.
  6. Sedekah akan menjadi bukti keimanan seseorang.
  7. Sedekah dapat membebaskan dari siksa kubur.
  8. Sedekah dapat mencegah pedagang melakukan maksiat dalam jual-beli.
  9. Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan hati yang bahagia.
  10. Pahala sedekah terus berkembang.
  11. Sedekah menjauhkan diri dari api neraka.
  12. Boleh iri kepada orang yang dermawan.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Kedah

Senarai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Untuk Menderma

Pendapat aku sendiri, jika ada yang mempertikai kerja-kerja amal dan juga bantuan kemanusiaan, mohon agar dapat muhasabah diri dan berlapang dada. 

Cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Bagi aku tidak timbul sebenarnya isu menghina dan buka aib penerima bantuan, tapi yelah memandangkan Malaysia negara demokrasi, korang bebas lah nak memberi pendapat.

Alang-alang aku berkongsi tentang sedekah, aku nak kongsikan pula antara badan-badan NGO yang aktif dalam menabur bakti dan tak jemu menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Ada yang dah lama aku follow di media sosial dan ada yang baru bertemu jodoh dengan aku.

Antara NGO yang selalu dapat perhatian aku adalah Pertubuhan Kasih Umat Malaysia di bawah seliaan Ustaz Ebit Lew. Ustaz pernah kongsikan yang beliau melantik kakitangan bertanggungjawab dalam urusan pengurusan dana bagi pertubuhan tersebut.

Aku juga mengikuti perkembangan kerja amal Uncle Kentang. Rasanya satu Malaysia kenal Uncle Kentang yang suka beri perkhidmatan RM1. Selalu juga Uncle buat kutipan kilat untuk kematian, tambang orang sakit dan juga perkhidmatan ambulance. Mana yang aku nampak aku hulur setakat mampu.


#1 Ustaz Ebit Lew

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia menjalankan kerja-kerja kebajikan dan membantu golongan fakir miskin tanpa mengira bangsa dan agama di seluruh Malaysia. Ustaz Ebit terangkan yang dia mahu bantu seramai mungkin orang susah. 

Selalu tengok kes-kes yang Ustaz bantu di Youtube beliau, kalau dah tengok memang tak sah kalau tak menangis gais. 


#2 Uncle Kentang

Khas untuk bulan puasa, Uncle Kentang tengah run projek Ramadan “Berbuka Puasa Bersama Asnaf” Tak mahal pun kalau nak taja satu kepala untuk buka puasa. 

Boleh rujuk laman web dan tengok berapa banyak lagi jumlah yang diperlukan. 

Bukan setakat kutipan derma bagi yang susah, Uncle Kentang juga mengalu-alukan sukarelawan yang berminat untuk turun padang menghulurkan bantuan. 

Banyak juga senarai perkhidmatan yang ditawarkan khas untuk golongan kurang berkemampuan dan menariknya hanya perlu bayar sebanyak RM1 sahaja. 

Antara perkhidmatan yang disediakan seperti Van Jenazah, Teksi - 10 sen, Rumah Transit, Cuci luka percuma, Makanan untuk orang lapar dan banyak lagi.  ntuk maklumat lanjut boleh layari https://unclekentang.com/


#3 Rumah Anak Yatim Raudhatul Nurr Jannah

Aku mula bekerjasama dengan Rumah Anak Yatim Raudhatul Nurr Jannah & Persatuan Kami Prihatin Anak Yatim Dan Miskin (Kebajikan Anak Yatim dan Miskin) adalah semasa sambutan Hari Raya beberapa tahun sudah. 

Pengasas Rumah Anak Yatim Raudhatul Nurr Jannah yang aku panggil Kak Na sangat mengalu-alukan bantuan dari orang ramai. 

Ini tahun kelima Kak Na secara aktif menggerakkan #RNJhumanitarian yang berperanan membantu dalam Misi Kemanusiaan terutama ketika COVID melanda.

Dengan kerjasama JKM, RELA, NGO, individu, kumpulan, syarikat, restoran berganding bahu bagi memastikan setiap hari anak-anak Yatim dan Miskin sentiasa terbela dengan menghantar makanan dan barangan dapur pada waris anak-anak.

Sekarang mereka sedang mencari penaja bagi pengagihan Biskut Raya buat Anak-anak Yatim dan Miskin yang berdaftar di bawah (PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN RAUDHATUL NURR JANNAH, PPM-003-19122014) dan (PERSATUAN KAMI PRIHATIN ANAK YATIM DAN MISKIN SELANGOR/KUALA LUMPUR, PPM-001-14-18122018).

Antara barang-barang yang boleh didermakan adalah seperti barangan keperluan asas dan juga makanan siap dimasak dan digalakkan untuk berhubung dengan Kak Na terlebih dahulu. 

Melalui misi RNJhumanitarian Kak Na akan mengagihkan set keperluan asas kepada keluarga yang layak dan berdaftar dengan pertubuhan. Sebarang pertanyaan, sila whatsapp  Zakat Anak Yatim Dan Miskin

Boleh salurkan sumbangan anda ke akaun
Raudhatul Nurr Jannah
(Maybank 564221645907)


Set Keperluan Asas: 1 beras 5kg, 1 Papan Telur Ayam, 1 Minyak masak, 1 Sardin, 1 Gula, 1 Garam, 1 Biskut, 1 Maggi Kari, 1 Tea Boh (Kecil), 1 Kurma, 1 Cili Kering, 1 Bawang Besar, 1 Bawang Putih (Tidak Termasuk Pampers Dan Susu).




#4 Yayasan Maghrifah 

Aku dapat tahu tentang Maghrifah, bila satu kisah viral satu keluarga duduk dalam satu rumah kecil/bilik dan ada anak OKU. Keluarga tu selalu cari rezeki dengan Busking depan SOGO. 

Sekarang bila PKP memang mereka tak boleh keluar bekerja. Bila viral maka ramai la yang nak hulurkan bantuan. Kan aku cakap orang Malaysia ni pemurah.   

Objektif Yayasan Maghrifah adalah untuk memberi bantuan kepada anak-anak yatim, orang kehilangan upaya, meringankan penderitaan dan kesusahan orang miskin, orang susah, orang sakit atau orang yang ditimpa musibah atau bencana.

Selain tu juga untuk memberi kefahaman Islam yang syumul berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah kepada masyarakat mengikut ajaran ahli sunnah wa jamaah, serta mewujudkan pembangunan pendidikan, agama, ekonomi dan sosial umat Islam ke arah mewujudkan satu masyarakat Islam yang kukuh dari segi ilmu pengetahuan dan jatidiri.

Ada pelbagai jenis sumbangan yang korang boleh turut serta seperti Sekolah Tahfiz Angkat, Food for Mahasiswa, Bantuan makanan, dan banyak lagi. 




#5 MATAN oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani merupakan Pengasas Matan Centre yang kini sedang giat membina Maahad Tahfiz An-Nabawi Lilbanin (Lelaki) iaitu cawangan yang ke-4 MATAN yang terletak di Pulau Langkawi dan juga cawangan ke-5 di Jerantut, Pahang.

Maahad Tahfiz An-Nabawi atau dikenali sebagai MATAN bermula dengan inspirasi untuk melahirkan Generasi Al-Quran dengan menerapkan ilmu serta akhlak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

MATAN bermula di cawangan pertamanya di Machang, Kelantan. Dengan mengambil anak-anak miskin, MATAN berjaya membimbing anak-anak ini sehingga khatam hafalan 30 juzuk dan sebahagian daripada mereka telah juga ditaja melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara dan universiti tempatan.





#6 Puak PAYUNG

Aku selalu ikuti perkembangan Puak PAYUNG melalui salah seorang orang penting Puak PAYUNG tak lain tak bukan, Syed Azmi yang sangat aktif membantu remaja dan kanak-kanak bermasalah. 

Orangnya sangat komited dengan kerja dan aku pernah hubungi En Syed di Messengger dan dia balas okeh.

Kalau nak tahu PUAK Payong adalah sebuah NGO yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah. Mereka menganjurkan SAFE SPACE iaitu dengan membina keyakinan diri, pengetahuan dan kemahiran.

Persatuan Untuk Anak Kita (PUAK) adalah sebuah NGO yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan pada 7 Mac 2018 yang diasaskan oleh individu yang 'tidak begitu muda' yang bersemangat - "Anak Domba Kecil yang Terkenal", "Jill of All Trades" dan "The Creative Curls". 

Kami di PUAK percaya bahawa setiap karya yang kami lakukan mewakili dan mencerminkan TIGA tiang - SELF ESTEEM, PENGETAHUAN dan KEMAHIRAN. Kami komited untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan lain dalam ekosistem semasa untuk memastikan anak-anak kita selamat, berpengetahuan dan dilindungi.

Boleh tunjukkan sokongan dengan membeli barang-barang yang mereka hasilkan di laman web ini https://esachannel.com/puakstore/


Atau nak berikan sumbangan ada dua akaun yang boleh digunakan:


PERSATUAN UNTUK ANAK KITA
MAYBANK ACC: 514271633539 Swift code: MBBEMYKL
Untuk mendapatkan resit sila email bukti transfer dan maklumat lain ke email ini puakpayong@gmail.com


AKAUN TAMAKPAHALA
Di bawah nama Syed Azmi Alhabshi
Maybank Savings Account 1611 8103 2922
My email address ji372000@yahoo.com 



Kesimpulan

Banyak lagi pertubuhan individu yang buat kerja amal ni. Selalunya akan ada perkongsian di Facebook. Apa selalu aku buat, mana yang menarik minat, aku biasanya akan ambil nota dan follow perkembangan aktiviti pertubuhan. Lepas tu baru aku hulurkan bantuan mana yang mampu la. 

Serius tak banyak. Konsep aku asal ada cukuplah. Boleh rujuk dan tambah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menderma yang perlukan bantuan orang ramai. Apa yang best di zaman sekarang ni semua transfer online saja. Okeh selamat beramal.

Menu Berbuka Minggu Pertama Puasa Ramadan


Menu Berbuka Minggu Pertama Puasa Ramadan

Tahun ni jadi sedikit rajin masak berbanding tahun lepas sebab semangat nak memasak tu ada bila anak-anak dan suami 24 jam depan mata. 

Kalau suami kerja rasanya kirim je suruh beli lauk dan kuih di bazar Ramadan. Hikmahnya PKP kali ni tak beli lauk di bazar maka tiada lah kes food poisoning. 

Nak tak nak haruslah aku sediakan makanan atas meja sebab aku sejenis suka makan kena meriah. Tak perlu menu mahal, tapi kena meriah. Meriah dengan pilihan. Gituh. 

Seminggu awal puasa ni masih gigih kekalkan ada kuih muih di atas meja ya. Kita tengok selepas ni rajin ke idok.



Sambil makan sambil mendoakan mereka yang tak cukup makan, yang diuji dengan kesempitan rezeki agar mereka juga dapat merasai apa yang aku rasa.

Lagi satu, aku memang kena buat kuih sebab jiran asyik bertukar juadah. Malu la pulang bekas kosong. Orang dah berbudi kita kena la berbahasa. 

Sedap ke tak sedap lain cerita. Lol. Otak ligat fikir kuih apa aku nak buat sebab jiran bagi popia tadi.


Senarai Menu Berbuka Selama Seminggu

Ajaibnya tahun ni aku tak teruja pun nak buat air viral atau sediakan air special untuk berbuka. 

Selalu aku akan buat air sirap, atau Teh O panas, dan selalunya kami minum air kosong. Dah makan kurma dan dessert manis jadi air selalu membazir.


Menu Berbuka Hari Pertama

Pengalaman dan menu berbuka hari pertama aku dah kongsi dekat entri ni. Saja tulis untuk jadi kenangan. 

Hari pertama bersemangat nak memasak jadi masih ok idea pun banyak. Suami dan anak-anak ok je dengan apa aku masak.
Nasi Putih
(Ayam Bakar) Roasted Chicken
Sayur Brokoli Tumis Udang
Apam Balik Homemade
Karipap Jiran Bagi






Menu Berbuka Hari Ke 2

Masuk hari kedua mula terasa tak mahu nasi, walhal awal lagi kot nak muak dengan nasi putih. Jadi cadangkan pada suami buat Bakso. Aku guna bihun yang mahal dari biasa tu dan super halus.

Bakso
Agar-Agar Santan Pandan Homemade
Popia Cheese Jiran Bagi





Menu Berbuka Hari Ke 3 
Nasi Putih
Siakap Stim
Pak Choi Goreng
Bunga Kobis Celup tepung




Menu Berbuka Hari Ke 4
Nasi Putih
Ayam Goreng Kunyit
Sambal Sotong
Bawal Emas Tumis Air
Puding Buah Naga Berkuah




Menu Berbuka Hari Ke 5
Nasi Lemak Mak Kau Hijau
Sambal Telur
Hati Ayam Goreng Tepung
Kacang Goreng
Kangkung Goreng
Bayam Brazil




Menu Berbuka Hari Ke 6
Domino - Smokey Pepperoni Mushroom
Domino – Aloha Chicken
Fabulous Four
Cinnastix
Bihun Goreng Daging




Menu Berbuka Hari Ke 7
Nasi Putih
Tomyam Sotong
Timun Jepun
Popia Goreng
Telur Dadar Cendawan Enoki
Ikan Tenggiri Goreng
Bubur Lambuk Jiran Bagi
Buah Mempelam & Limau



Itu baru minggu pertama. Nak tempuh lagi beberapa minggu lagi ni. Semoga urusan puasa, persiapan juadah dipermudahkan Tuhan. 

Sakit juga otak nak fikir menu boleh makan satu keluarga ni. Suami biasanya ikut je Ketua Dapur. lol.