Kelebihan Sedekah Dalam Bulan Ramadhan

Rodiah Amir
3

Ramadan kali ni sedikit berlainan bagi aku bila tahun ni seakan meriah dengan amalan sedekah sehinggakan aku turut terkena tempias merasa seronoknya saling bersedekah. 

Tuhan kirimkan mereka yang berhati mulia mengajak orang lain berbuat kebaikan. Berbeza sangat dengan amalan sedekah tahun-tahun sebelumnya. 

Kalau sebelum ni benda baik macam sedekah dan bantuan kemanusiaan dilakukan secara diam-diam atau mungkin aku yang tak tahu tapi lain sangat Ramadan kali ini. 

Meriah weh sana sini orang bersedekah walaupun di musim PKP.

Kelebihan Cuci Jiwa Dengan Amalan Sedekah

Tidak terkecuali juga masalah hati, apabila masih wujud golongan yang mempertikai keikhlasan orang yang memberi sedekah, beri bantuan kemudian di kongsi di Facebook. 

Marah bila amalan baik digembar - gemburkan. Contoh terdekat kisah Ustaz Ebit Lew yang mana kerja kemanusiaan dia dipertikai. 

Sifat Ikhlas menjadi persoalan. Mana mungkin kita manusia yang lemah ini dapat menentukan kadar ikhlas seorang manusia yang lain. Itu urusan dia dengan Tuhan.

Hikmahnya, bila Ustaz jalankan kerja dakwah dan beri bantuan berjaya membuka mata banyak pihak. Manisnya bila masyarakat turut bersimpati dan menderma. 

Lega sekurang-kurangnya misi kemanusiaan perlahan-lahan mendapat perhatian dan juga sokongan. 
Sungguh Perintah Kawalan Pergerakan memberi sejuta hikmah.



Kelebihan Sedekah Dalam Bulan Ramadhan

  1. Sedekah dapat menghapus dosa.
  2. Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhir.
  3. Sedekah memberi keberkahan pada harta.
  4. Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah.
  5. Terdapat pintu surga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.
  6. Sedekah akan menjadi bukti keimanan seseorang.
  7. Sedekah dapat membebaskan dari siksa kubur.
  8. Sedekah dapat mencegah pedagang melakukan maksiat dalam jual-beli.
  9. Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan hati yang bahagia.
  10. Pahala sedekah terus berkembang.
  11. Sedekah menjauhkan diri dari api neraka.
  12. Boleh iri kepada orang yang dermawan.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Kedah

Senarai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Untuk Menderma

Pendapat aku sendiri, jika ada yang mempertikai kerja-kerja amal dan juga bantuan kemanusiaan, mohon agar dapat muhasabah diri dan berlapang dada. 

Cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Bagi aku tidak timbul sebenarnya isu menghina dan buka aib penerima bantuan, tapi yelah memandangkan Malaysia negara demokrasi, korang bebas lah nak memberi pendapat.

Alang-alang aku berkongsi tentang sedekah, aku nak kongsikan pula antara badan-badan NGO yang aktif dalam menabur bakti dan tak jemu menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Ada yang dah lama aku follow di media sosial dan ada yang baru bertemu jodoh dengan aku.

Antara NGO yang selalu dapat perhatian aku adalah Pertubuhan Kasih Umat Malaysia di bawah seliaan Ustaz Ebit Lew. Ustaz pernah kongsikan yang beliau melantik kakitangan bertanggungjawab dalam urusan pengurusan dana bagi pertubuhan tersebut.

Aku juga mengikuti perkembangan kerja amal Uncle Kentang. Rasanya satu Malaysia kenal Uncle Kentang yang suka beri perkhidmatan RM1. Selalu juga Uncle buat kutipan kilat untuk kematian, tambang orang sakit dan juga perkhidmatan ambulance. Mana yang aku nampak aku hulur setakat mampu.


#1 Ustaz Ebit Lew

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia menjalankan kerja-kerja kebajikan dan membantu golongan fakir miskin tanpa mengira bangsa dan agama di seluruh Malaysia. Ustaz Ebit terangkan yang dia mahu bantu seramai mungkin orang susah. 

Selalu tengok kes-kes yang Ustaz bantu di Youtube beliau, kalau dah tengok memang tak sah kalau tak menangis gais. 


#2 Uncle Kentang

Khas untuk bulan puasa, Uncle Kentang tengah run projek Ramadan “Berbuka Puasa Bersama Asnaf” Tak mahal pun kalau nak taja satu kepala untuk buka puasa. 

Boleh rujuk laman web dan tengok berapa banyak lagi jumlah yang diperlukan. 

Bukan setakat kutipan derma bagi yang susah, Uncle Kentang juga mengalu-alukan sukarelawan yang berminat untuk turun padang menghulurkan bantuan. 

Banyak juga senarai perkhidmatan yang ditawarkan khas untuk golongan kurang berkemampuan dan menariknya hanya perlu bayar sebanyak RM1 sahaja. 

Antara perkhidmatan yang disediakan seperti Van Jenazah, Teksi - 10 sen, Rumah Transit, Cuci luka percuma, Makanan untuk orang lapar dan banyak lagi.  ntuk maklumat lanjut boleh layari https://unclekentang.com/


#3 Rumah Anak Yatim Raudhatul Nurr Jannah

Aku mula bekerjasama dengan Rumah Anak Yatim Raudhatul Nurr Jannah & Persatuan Kami Prihatin Anak Yatim Dan Miskin (Kebajikan Anak Yatim dan Miskin) adalah semasa sambutan Hari Raya beberapa tahun sudah. 

Pengasas Rumah Anak Yatim Raudhatul Nurr Jannah yang aku panggil Kak Na sangat mengalu-alukan bantuan dari orang ramai. 

Ini tahun kelima Kak Na secara aktif menggerakkan #RNJhumanitarian yang berperanan membantu dalam Misi Kemanusiaan terutama ketika COVID melanda.

Dengan kerjasama JKM, RELA, NGO, individu, kumpulan, syarikat, restoran berganding bahu bagi memastikan setiap hari anak-anak Yatim dan Miskin sentiasa terbela dengan menghantar makanan dan barangan dapur pada waris anak-anak.

Sekarang mereka sedang mencari penaja bagi pengagihan Biskut Raya buat Anak-anak Yatim dan Miskin yang berdaftar di bawah (PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN RAUDHATUL NURR JANNAH, PPM-003-19122014) dan (PERSATUAN KAMI PRIHATIN ANAK YATIM DAN MISKIN SELANGOR/KUALA LUMPUR, PPM-001-14-18122018).

Antara barang-barang yang boleh didermakan adalah seperti barangan keperluan asas dan juga makanan siap dimasak dan digalakkan untuk berhubung dengan Kak Na terlebih dahulu. 

Melalui misi RNJhumanitarian Kak Na akan mengagihkan set keperluan asas kepada keluarga yang layak dan berdaftar dengan pertubuhan. Sebarang pertanyaan, sila whatsapp  Zakat Anak Yatim Dan Miskin

Boleh salurkan sumbangan anda ke akaun
Raudhatul Nurr Jannah
(Maybank 564221645907)


Set Keperluan Asas: 1 beras 5kg, 1 Papan Telur Ayam, 1 Minyak masak, 1 Sardin, 1 Gula, 1 Garam, 1 Biskut, 1 Maggi Kari, 1 Tea Boh (Kecil), 1 Kurma, 1 Cili Kering, 1 Bawang Besar, 1 Bawang Putih (Tidak Termasuk Pampers Dan Susu).




#4 Yayasan Maghrifah 

Aku dapat tahu tentang Maghrifah, bila satu kisah viral satu keluarga duduk dalam satu rumah kecil/bilik dan ada anak OKU. Keluarga tu selalu cari rezeki dengan Busking depan SOGO. 

Sekarang bila PKP memang mereka tak boleh keluar bekerja. Bila viral maka ramai la yang nak hulurkan bantuan. Kan aku cakap orang Malaysia ni pemurah.   

Objektif Yayasan Maghrifah adalah untuk memberi bantuan kepada anak-anak yatim, orang kehilangan upaya, meringankan penderitaan dan kesusahan orang miskin, orang susah, orang sakit atau orang yang ditimpa musibah atau bencana.

Selain tu juga untuk memberi kefahaman Islam yang syumul berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah kepada masyarakat mengikut ajaran ahli sunnah wa jamaah, serta mewujudkan pembangunan pendidikan, agama, ekonomi dan sosial umat Islam ke arah mewujudkan satu masyarakat Islam yang kukuh dari segi ilmu pengetahuan dan jatidiri.

Ada pelbagai jenis sumbangan yang korang boleh turut serta seperti Sekolah Tahfiz Angkat, Food for Mahasiswa, Bantuan makanan, dan banyak lagi. 




#5 MATAN oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani merupakan Pengasas Matan Centre yang kini sedang giat membina Maahad Tahfiz An-Nabawi Lilbanin (Lelaki) iaitu cawangan yang ke-4 MATAN yang terletak di Pulau Langkawi dan juga cawangan ke-5 di Jerantut, Pahang.

Maahad Tahfiz An-Nabawi atau dikenali sebagai MATAN bermula dengan inspirasi untuk melahirkan Generasi Al-Quran dengan menerapkan ilmu serta akhlak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

MATAN bermula di cawangan pertamanya di Machang, Kelantan. Dengan mengambil anak-anak miskin, MATAN berjaya membimbing anak-anak ini sehingga khatam hafalan 30 juzuk dan sebahagian daripada mereka telah juga ditaja melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara dan universiti tempatan.





#6 Puak PAYUNG

Aku selalu ikuti perkembangan Puak PAYUNG melalui salah seorang orang penting Puak PAYUNG tak lain tak bukan, Syed Azmi yang sangat aktif membantu remaja dan kanak-kanak bermasalah. 

Orangnya sangat komited dengan kerja dan aku pernah hubungi En Syed di Messengger dan dia balas okeh.

Kalau nak tahu PUAK Payong adalah sebuah NGO yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah. Mereka menganjurkan SAFE SPACE iaitu dengan membina keyakinan diri, pengetahuan dan kemahiran.

Persatuan Untuk Anak Kita (PUAK) adalah sebuah NGO yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan pada 7 Mac 2018 yang diasaskan oleh individu yang 'tidak begitu muda' yang bersemangat - "Anak Domba Kecil yang Terkenal", "Jill of All Trades" dan "The Creative Curls". 

Kami di PUAK percaya bahawa setiap karya yang kami lakukan mewakili dan mencerminkan TIGA tiang - SELF ESTEEM, PENGETAHUAN dan KEMAHIRAN. Kami komited untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan lain dalam ekosistem semasa untuk memastikan anak-anak kita selamat, berpengetahuan dan dilindungi.

Boleh tunjukkan sokongan dengan membeli barang-barang yang mereka hasilkan di laman web ini https://esachannel.com/puakstore/


Atau nak berikan sumbangan ada dua akaun yang boleh digunakan:


PERSATUAN UNTUK ANAK KITA
MAYBANK ACC: 514271633539 Swift code: MBBEMYKL
Untuk mendapatkan resit sila email bukti transfer dan maklumat lain ke email ini puakpayong@gmail.com


AKAUN TAMAKPAHALA
Di bawah nama Syed Azmi Alhabshi
Maybank Savings Account 1611 8103 2922
My email address ji372000@yahoo.com 



Kesimpulan

Banyak lagi pertubuhan individu yang buat kerja amal ni. Selalunya akan ada perkongsian di Facebook. Apa selalu aku buat, mana yang menarik minat, aku biasanya akan ambil nota dan follow perkembangan aktiviti pertubuhan. Lepas tu baru aku hulurkan bantuan mana yang mampu la. 

Serius tak banyak. Konsep aku asal ada cukuplah. Boleh rujuk dan tambah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menderma yang perlukan bantuan orang ramai. Apa yang best di zaman sekarang ni semua transfer online saja. Okeh selamat beramal.

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Bagi sorang sikit, untuk jariah.. In shaa Allah, tq ats perkongsian kak

    BalasPadam
  2. Serius banyak sebenarnya organisasi yang boleh diyakini untuk kita bersedekah dan hulurkan sedikit bantuan.. Mudah mudahan usaha yang sikit ini dapat membuka pintu rezeki seluasnya.. Sedekah itu memang ajaib.. Yang pernah rasai kemanisannya pasti rasa tak nak berhenti bersedekah☺️😍👍

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Zaman sekarang ni sebenarnya lagi mudah utk salurkan bantuan. Semoga Allah permudahkan urusan orng2 yang suka bersedekah ni. amiinn

    BalasPadam
Catat Ulasan