Menu Berbuka Minggu Pertama Puasa Ramadan

Rodiah Amir
4

Menu Berbuka Minggu Pertama Puasa Ramadan

Tahun ni jadi sedikit rajin masak berbanding tahun lepas sebab semangat nak memasak tu ada bila anak-anak dan suami 24 jam depan mata. 

Kalau suami kerja rasanya kirim je suruh beli lauk dan kuih di bazar Ramadan. Hikmahnya PKP kali ni tak beli lauk di bazar maka tiada lah kes food poisoning. 

Nak tak nak haruslah aku sediakan makanan atas meja sebab aku sejenis suka makan kena meriah. Tak perlu menu mahal, tapi kena meriah. Meriah dengan pilihan. Gituh. 

Seminggu awal puasa ni masih gigih kekalkan ada kuih muih di atas meja ya. Kita tengok selepas ni rajin ke idok.



Sambil makan sambil mendoakan mereka yang tak cukup makan, yang diuji dengan kesempitan rezeki agar mereka juga dapat merasai apa yang aku rasa.

Lagi satu, aku memang kena buat kuih sebab jiran asyik bertukar juadah. Malu la pulang bekas kosong. Orang dah berbudi kita kena la berbahasa. 

Sedap ke tak sedap lain cerita. Lol. Otak ligat fikir kuih apa aku nak buat sebab jiran bagi popia tadi.


Senarai Menu Berbuka Selama Seminggu

Ajaibnya tahun ni aku tak teruja pun nak buat air viral atau sediakan air special untuk berbuka. 

Selalu aku akan buat air sirap, atau Teh O panas, dan selalunya kami minum air kosong. Dah makan kurma dan dessert manis jadi air selalu membazir.


Menu Berbuka Hari Pertama

Pengalaman dan menu berbuka hari pertama aku dah kongsi dekat entri ni. Saja tulis untuk jadi kenangan. 

Hari pertama bersemangat nak memasak jadi masih ok idea pun banyak. Suami dan anak-anak ok je dengan apa aku masak.
Nasi Putih
(Ayam Bakar) Roasted Chicken
Sayur Brokoli Tumis Udang
Apam Balik Homemade
Karipap Jiran Bagi






Menu Berbuka Hari Ke 2

Masuk hari kedua mula terasa tak mahu nasi, walhal awal lagi kot nak muak dengan nasi putih. Jadi cadangkan pada suami buat Bakso. Aku guna bihun yang mahal dari biasa tu dan super halus.

Bakso
Agar-Agar Santan Pandan Homemade
Popia Cheese Jiran Bagi





Menu Berbuka Hari Ke 3 
Nasi Putih
Siakap Stim
Pak Choi Goreng
Bunga Kobis Celup tepung




Menu Berbuka Hari Ke 4
Nasi Putih
Ayam Goreng Kunyit
Sambal Sotong
Bawal Emas Tumis Air
Puding Buah Naga Berkuah




Menu Berbuka Hari Ke 5
Nasi Lemak Mak Kau Hijau
Sambal Telur
Hati Ayam Goreng Tepung
Kacang Goreng
Kangkung Goreng
Bayam Brazil




Menu Berbuka Hari Ke 6
Domino - Smokey Pepperoni Mushroom
Domino – Aloha Chicken
Fabulous Four
Cinnastix
Bihun Goreng Daging




Menu Berbuka Hari Ke 7
Nasi Putih
Tomyam Sotong
Timun Jepun
Popia Goreng
Telur Dadar Cendawan Enoki
Ikan Tenggiri Goreng
Bubur Lambuk Jiran Bagi
Buah Mempelam & Limau



Itu baru minggu pertama. Nak tempuh lagi beberapa minggu lagi ni. Semoga urusan puasa, persiapan juadah dipermudahkan Tuhan. 

Sakit juga otak nak fikir menu boleh makan satu keluarga ni. Suami biasanya ikut je Ketua Dapur. lol. 

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa dengan hidangan2 lazat

    BalasPadam
  2. Hebat2 menunya..bole cri id3a ni

    BalasPadam
  3. Kobis celup tepung, first time dengor tuu. Unik 😍

    Semoga selalu diberikan idea untuk memasak juadah berbuka buat keluarga. Bukan mudah sebenarnya kan

    BalasPadam
  4. rajin sungguh memasak..akak dulu main beli jer sbb anak2 kecil tapi sekarang ni dah jemu pulak lauk yg beli sejak jadi full time housewife ni

    BalasPadam
Catat Ulasan