realme Band, Berbaloi Atau Tidak Untuk Dibeli?

realme band secara rasminya menjadi fitness band pertama untuk aku. Dah lama aku pasang angan-angan nak pakai gelang tangan pintar atau orang panggil penjejak kesihatan ni okeh. 

Biasanya pemakai fitness band adalah mereka yang selalu bersukan dan jogging. Pendek kata aktiviti yang keluarkan peluh la. Tujuan utama untuk rekod tahap kesihatan.

realme Band, Berbaloi Atau Tidak Untuk Dibeli?

Bagi aku pula yang baru berjinak-jinak nak bersukan jadi aku cari jam tangan pintar mampu milik tapi dalam masa yang sama menawarkan fungsi lain, incase aku tiba-tiba malas nak keluar bersukan. Lol. 

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku menang realme band masa hadiri media event realme Fan Festival dekat Damansara.




Menang  realme band Hasil Masuk Contest

Untuk memiliki realme band ni aku kena lari sejauh 2KM dalam masa 15 minit di atas treadmill. Penat aku berlari dan ada kisah kelakar jadi masa tu dan namanya kan rezeki akhirnya realme band jadi milik aku. Alhamdulillah.

Selepas 1km rasa nak give up dan dalam masa berbaki 5 minit tiba-tiba berlaku gangguan elektrik. Treadmill terpadam dan pihak realme menghadiahkan realme band kerana kesungguhan aku berlari pakai seluar jeans dan sneaker. Ahaks. Orang kata kalau rezeki tak kemana.


realme Band Review

Pendapat aku ini adalah hasil gabungan pengalaman sendiri dan juga ulasan yang aku tonton di Youtube ya. 

Ada Youtuber yang aku rasa adil dalam memberi ulasan dan ada juga yang macam krik krik. Ini jam kesihatan pertama aku jadi dengan fungsi, reka bentuk aku berpuas hati.

Harga realme band ini ialah RM129 dan realme suka buat sale jadi beli masa ada promosi. Lebih jimat. Ada tiga warna tersedia iaitu Hijau, Kuning dan Hitam. 

Aku punya warna hitam. Realme band ni sesuai dipakai oleh semua orang sebab fungsi dia termasuklah mengira kadar dengup jantung, pantau corak tidur, jogging, cricket, yoga dan lari.

Review aksesori, Buds AiSini

Selain tu apa yang aku suka tentang realme band ni ialah:

  1. Tak perlu beli cable tambahan untuk caj jam. Hanya perlu cucuk di powerbank. Caj dia pun laju je.
  2. Bateri boleh tahan sehingga 9 hari.
  3. Fungsi heart rate measurement yang akan imbas nadi setiap 5 minit secara otomatik.
  4. Berat jam ni ialah 20 gram je jadi memang tak mengganggu dan sangat ringan.
  5. Rekaan Tali jam dia nipis dan melengkung jadi dia elok terletak di pergelangan tangan. Tali jam kiri dan kanan boleh dibuka.
  6. Keluasan screen jam ni ialah 0.96 inci cukup luas untuk aku dan malangnya screen dia bukan screen sesentuh. Ada simbol bulat kena tekan. Tapi aku masih lagi suka.
  7. Kalis air dan debu.
  8. Untuk buat tetapan kena download aplikasi realme link. Ini paling penting.
  9. Boleh terima dan baca notifikasi, SMS, Whatsapp, Call, TikTok. Jadi mudah tak perlu tengok telefon. Fungsi notifikasi ni boleh di off di aplikasi realme link.


Setakat yang aku cuba tanpa buat tetapan di realme link aku berpuas hati dan rasa selesa. Ringan dan cantik je terletak. Jam ni tak bergerak-gerak jadi kemas melekat dekat pergelangan tangan. 

Untuk korang yang minat nak beli, baru nak cuba pakai fitness band dan memang pengguna realme aku rasa berbaloi beli.

Review telefon Realme XT 64mp Quad Camera Snapdragon


Rasanya aku tak kisah nak hadiahkan realme fitness band untuk anak aku yang sulong tu, nak educate dia tentang teknologi dalam masa yang sama jaga kesihatan. Serius aku teruja dan pasti anak aku double triple teruja.

Review realme band ni berdasarkan pengetahuan dan juga pembacaan aku sahaja. Kalau tak memenuhi expectation korang aku mohon maaf awal-awal okeh. 

Sebelum beli tanya diri semula apa tujuan korang beli fitness band dan berapa bajet korang. jumpa lagi di lain entri.



Product Description (realme Shopee)

  • Size: 19.6*11.9*240mm (W*H*L)
  • Weight: 20g
  • Wrist strap: Removable wrist strap
  • Width: 16mm
  • Adjustable length: 152-227mm
  • Battery: 90mAh(BIS) charging
  • Theoretical working time up to10 days
  • Screen size: 2.4cm (0.96'')
  • Resolution: 80*160
  • Single virtual button


Sensor: 3-axis accelerometer
Heart rate sensor
Rotor Vibration motor
IP68(1.5m) water Resistance rating

Connectivity: Bluetooth 4.2  
realme link APP
Android 5.0+

Automated heart rate measurement: -
- 24-hour real-time heart rate
- Resting heart rate
- Exercise heart rate
- Sleep detection
- Steps throughout the day
- Calories
- Distance
- Water reminder
- Sedentary reminder

Sport mode support: -
- Cricket
- Yoga
- Running
- Walking
- Hiking
- Climbing
- Cycling
- Spinning
- Fitness

Other Function: -
- Clock
- Date display
- Horizontal and vertical screen
- Dial
- Cloud multi-dial
- OTA upgrade
- Cloud multi language font
- Data storage
- All-day data
- Automatic motion recognition
- Call notification
- Message reminder
- Alarm reminder
- Goal completion reminder
- Binding confirmation reminder
- Low battery reminder
- Brightness adjustment
- Automatic brightness reduction at night
- Approach unlock
- Weather forecast
- Wear monitoring


Beli Soap Pump Dispenser & Sponge Caddy Murah Beli Di Shopee

Orang lain dah berkurun beli, aku baru terjebak beli soap pump dispenser ni, beli dekat Shopee. Kisahnya sebelum ni soap pump ni viral dekat Twitter masa awal-awal PKP dulu. 

Yelah kan bila semua terkurung tak boleh keluar jadi masa banyak habis scroll media sosial. Akibat terpengaruh dengan kawan-kawan yang promote soap pump ni akhirnya aku pun beli juga.

Untuk yang tak familiar, soap pump ni adalah bekas letak sabun pencuci pinggan mangkuk. Oleh sebab banyak kelebihan dia yang aku suka sebab tu aku beli.

Soap Pump Dispenser & Sponge Caddy Murah Beli Di Shopee

Setakat hari ini, aku belum jumpa lagi soap pump ni dijual di kedai-kedai. Aku tak banyak berjalan kot tu tak jumpa. Macam biasa, barang-barang pelik dan serbaguna ni aku akan beli dekat Shopee. 

Selain harga yang murah, barang-barang yang aku beli setakat ini kualiti dia boleh tahan.



Review Soap Pump & Sponge Caddy

Sepanjang tempoh aku guna soap pump ni aku sangat berpuas hati dan belum timbul rasa menyesal beli. Dari segi kebersihan memang aku puas hati sangat. 

Sebelum ni aku letak sabun pencuci pinggan mangkuk dalam bekas besar. Setiap kali nak tonyoh pinggan aku akan celup span dan cuci pinggan. Jadi air sabun kotor bercampur dengan air sabun dalam bekas yang banyak tu.




Berbeza apabila aku menggunakan soap pump ni, aku kena tekan bekas dia baru sabun akan keluar. Korang tengok la video Youtube aku ni. 

Selain ianya mengasingkan sabun kotor dan sabun belum guna, aku suka sebab tak berlaku pembaziran. Tidak lah terlajak guna sabun. Jadi sepanjang proses mencuci pinggan mangkuk lebih teratur, bersih dan menjimatkan.

Harga Soap Pump & Sponge Caddy

Aku tak pasti kalau korang yang dah beli dapat harga lagi murah dari aku atau tidak, tapi yang pastinya aku beli pada harga RM8.99 selepas diskaun. 

Harga asal ialah RM28.00. Aku beli secara online di Shopee masa tu tengah ada Sale.




Bagi aku harga tu masih dikategorikan berbaloi beli sebab dia beri sekali span penggosok. Kalau korang dapat harga lagi murah marilah kongsi nama kedai di ruangan komen okeh. Korang boleh beli soap pump ni di sini.

Aku ada terbaca status kawan di Facebook dia beli soap pump ni di Shopee tapi malangnya ianya tidak berfungsi dengan baik. Rezeki aku dapat soap pump boleh guna. 

Jadi sedikit pesanan untuk korang yang nak beli secara online, sebelum buat keputusan sila lah baca ulasan dan rating kedai. Ulasan dari pembeli terdahulu beserta gambar amatlah membantu.

Kesimpulannya aku suka guna Soap Pump & Sponge Caddy bila mencuci pinggan mangkuk dan menjimatkan sabun. 

Oleh sebab dia keluar dalam kuantiti yang sikit jadi memang lambat la sabun nak habis. Sekian review dari mama yang menjadi ketua tukang cuci di rumah sendiri. Ahaks.


Program Mentor Wanita Cukup Berani Oleh Maggi

Produk MAGGI memang cukup terkenal dan digemari oleh setiap lapisan umur dalam masyarakat. Secara peribadinya, jenama MAGGI memberi nilai sentimental kepada aku. 

Mana tidaknya aku membesar dan melihat sendiri jenama ini semakin utuh hari demi hari. Setiap kali travel mesti produk Maggi jadi peneman. Orang Malaysia kan tak boleh hidup tanpa makanan. ahaks.

Program Mentor Wanita Cukup Berani Oleh Maggi 

Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran rasmi Program Mentor Wanita Cukup Berani yang merupakan fasa seterusnya bagi kempen #WanitaCukupBerani Tak Kenal Tak Cinta. 

Program ini dibawakan oleh MAGGI CukupRasa yang sudah masuk tahun kedua dengan komitmen untuk memberi inspirasi, menggalakkan dan memperkasakan wanita daripada setiap lapisan masyarakat.



Pelancaran Rasmi Program Mentor Wanita Cukup Berani

Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad dan Ketua Wilayah bagi Nestle Malaysia, Singapura dan Brunei; 

Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi®, Nestlé (Malaysia) Berhad dan Marc Woo, Ketua Google Malaysia.

Berada di bawah satu bumbung bersama barisan tetamu hebat memang terasa sangat auranya. Bertambah teruja bila Maggi memperkenalkan tiga orang mentor yang bukan biasa-biasa. 

Sebelum aku cerita lebih lanjut tentang mentor-mentor terpilih, aku kongsikan tujuan program ini diadakan ialah bertujuan untuk menyokong peningkatan keyakinan serta membina kemahiran digital, memasak dan keusahawanan asas.




Program Mentor Wanita Cukup Berani dianjurkan dengan kerjasama antara Maggi® dan Google Malaysia menerusi Women Will, sebuah program Grow with Google. 

Women Will membantu wanita meningkatkan keyakinan dalam penggunaan teknologi untuk mengembangkan perniagaan mereka – dengan mendidik mereka mengenai aspek kepimpinan, akumen perniagaan, komunikasi, produktiviti dan juga pemasaran digital.

Menurut Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad dan Ketua Wilayah bagi Nestle Malaysia, Singapura dan Brunei,

 “Program Mentor Wanita Cukup Berani ialah sebuah inisiatif yang dekat pada naluri saya. Sebagai penyokong diversiti dan inklusi, Nestlé amat komited kepada pemerkasaan wanita dan memajukan kesamarataan gender dalam korporat dan juga masyarakat. 

Kami berpegang kepada prinsip ini dalam budaya dinamik kami setiap hari.

Kami menzahirkan semangat ini melalui Tak Kenal, Tak Cinta dan seterusnya dilanjutkan melalui Program Mentor Wanita Cukup Berani. 

Kami yakin bahawa wanita di Malaysia boleh melihat kepentingan dalam mencuba dalam pelbagai aspek – dengan menyahut cabaran baharu dan mencapai matlamat mereka sama ada di rumah, di tempat kerja ataupun mencuba untuk mengusahakan perniagaan baharu.”





Tambah Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad pula menjelaskan,

“Kerjasama MAGGI® bersama Women Will oleh Google Malaysia adalah penting – kerana teknologi merupakan suatu kemahiran yang boleh meluaskan peluang ekonomi terutamanya perniagaan kecil yang kekurangan kemahiran dan modal. 

Bersama-sama dengan tiga orang mentor kami, Program Mentor Wanita Cukup Berani akan memberi sokongan kepada wanita di seluruh Malaysia. 

Melalui siri bengkel dalam talian yang memberi tumpuan kepada pembinaan keyakinan diri, memperbaiki kemahiran perniagaan melalui peningkatan kemahiran digital dan sudah tentunya menambah baik kemahiran memasak mereka bersama Chef MAGGI. 

Apa yang lebih menarik ialah tiga orang mentor kami akan menyokong tiga orang peserta yang terpilih melalui ‘mentorship’ yang mampu mengubah hidup mereka, serta membimbing mereka dalam ikhtiar mereka!”

"Kami turut berasa gembira untuk bekerjasama dengan Maggi dan Nestle dalam memperjuangkan pemerkasaan wanita di Malaysia. Ini sejajar dengan usaha kami untuk mengurangkan jurang gender, supaya wanita mampu mencapai potensi mereka. 

Ini merupakan misi utama kami dalam program Women Will, untuk melengkapkan wanita dengan kemahiran digital yang bukan sahaja menjadi kunci kepada kejayaan, tapi juga suatu bidang pengetahuan yang mampu mewujudkan dunia yang lebih saksama,” kata Marc Woo, Ketua Google Malaysia.


Pengenalan Barisan Mentor & Intipati Program Wanita Cukup Berani

Program Mentor Wanita Cukup Berani ialah sebuah siri bengkel dalam talian dan siri pertama bengkel akan bermula dari 1 hingga 3 September, diikuti dengan siri seterusnya mulai 20 hingga 22 Oktober. 

Sepanjang bengkel 3 hari ini (10.00 pagi hingga 11.30 pagi), peserta akan mempelajari kemahiran baharu yang akan meningkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan mereka.

Sehingga kini, bengkel dalam talian Program Mentor Wanita Cukup Berani telah menerima sambutan yang menggalakkan melebihi 800 pendaftaran. 

Pusingan Akhir akan menyaksikan pemilihan seramai 20 peserta untuk menjalani beberapa siri temu bual dan penilaian, dan seterusnya menjadi salah seorang daripada tiga mentee terpilih.

Mereka kemudiannya akan dibimbing secara peribadi oleh Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris. 3 Wanita yang berjaya, cemerlang, berkemahiran dan berpengalaman dalam bidang masing-masing dengan minat yang sama iaitu makanan. 

Kalau aku sendiri diberi peluang untuk mendapat bimbingan daripada salah satu mentor, semestinya aku berharap dapat dibimbing oleh Sheila Rusly sebab aku kagum dengan kebolehan beliau yang multitasking, cergas dan tegas.

“Mempelajari kemahiran & pengetahuan baru adalah langkah pertama untuk membina keyakinan”
Datin Paduka Eina Azman

“Kalau kita nak berjaya, jangan ada tapi, jangan ada nanti. Nak buat, terus buat saja”
Anne Idris

“Don’t limit your challenges, challenge your limits”
Sheila Rusly


Tiga mentor terlibat bersama Women Will by Google akan menyokong wanita di seluruh Malaysia melalui siri bengkel dalam talian,merangkumi 3 bidang utama, iaitu:
  1. Bina Kesedaran dan Keyakinan Diri
  2. Memperoleh Ketrampilan Dalam Perniagaan
  3. Mempelajari Kemahiran Masakan Baru & Tip Bersama Chef MAGGI

Modul bengkel Wanita Cukup Berani

Hari Pertama
  • Bina Kesedaran dan Keyakinan Diri
  • Membina keyakinan dalam mengambil langkah pertama mencuba sesuatu yang baharu!
  • Berkomunikasi dengan petua menulis e-mel yang efektif.
  • Pelajari kemahiran digital untuk meningkatkan produktiviti perniagaan anda.

Hari Kedua
  • Memperoleh Ketrampilan Dalam Perniagaan
  • Cara memulakan dan memperluaskan perniagaan.
  • Cara menguruskan kewangan secara lebih efektif.

Hari Ketiga
  • Mempelajari Kemahiran Masakan Baru & Tip Bersama Chef MAGGI
  • Petua untuk menambahkan kehadiran digital untuk perniagaan.
  • Meningkatkan kemahiran memasak bersama Chef MAGGI: cara menyediakan hidangan nutrisi lengkap dan memasak dalam kuantiti besar.
  • Keselamatan dan kebersihan makanan. 


Untuk maklumat lanjut tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani, boleh layari maggi.com.my/takkenaltakcinta




Ayuh Meriahkan realme 828 Fans Festival

Khas kepada peminat dan penyokong realme, meh aku nak kongsikan tentang realme 828 Fans Festival yang julung kalinya diadakan di Malaysia. 

Serius happening giler Fans Festival yang bakal berlangsung di realme Design Studio di Kg Sungai Penchala, Damansara.  

Aku teruja nak suruh korang pergi dan rasakan sendiri kemeriahan festival ni sebab aku sendiri dah alaminya semalam. 

Ayuh Meriahkan realme 828 Fans Festival

Paling seronok aku antara pengunjung bertuah yang terima banyak hadiah dari realme dan para penaja. Paling bermakna aku menang realme band yang memang dah lama aku impikan. Terima kasih realme.




Kalau nak tahu korang juga layak untuk menang pelbagai barangan realme termasuk lah goodies bag istimewa, baucar tunai, baucar rebat, kupon makanan percuma, kupon ais krim, dan banyak lagi. 

Untuk festival kali ini realme bekerjasama dengan jenama yang popular di kalangan belia Malaysia seperti Laneige, Sunway Lagoon, Lazada, Shopee, Nene Chicken, Nerdunit, Eggette Lab, BaWangChaJi dan Dissy.




Sila tandakan kalendar masing-masing sebab festival akan berlangsung pada 28, 29 Ogos mulai jam 11.30 pagi sehingga 10.00 malam dan 30 Ogos dari 11.30 pagi hingga 12.00 pagi sempena Hari Merdeka.

Dare To Be Fun?

Ha amacam? Selain daripada aktiviti menarik, festival ini bakal dimeriahkan oleh barisan artis Malaysia seperti Bungaisme, Sophia Liana, Noki ft Loca B, Yonnyboi, IamNeeta, SOG (Sekumpulan Orang Gila), Sufian Suhaimi, Floor88, Insomniacks dan Zynakal.





Jualan Khas Produk realme

Sempena 828 Fans Festival, realme juga akan beri diskaun eksklusif sehingga 33% di Lazada untuk realme 6, realme Buds Air, realme X2 Pro, realme C11, realme 5i, realme 6 Pro, realme X3 SuperZoom, realme Buds 2, realme Band, realme Watch, dan realme Powerbank 2 pada 28 Ogos.

Bagi pembeli di Shopee pula, boleh nikmati tawaran sehingga 24% untuk realme 6i, realme Buds 2, realme Band, realme Watch, realme Buds Air, realme Buds Air Neo, realme Buds Q, realme Powerbank 2, realme Buds Wireless dan Realbank Powerbank 30W pada 28 Ogos.




Tahniah juga diucapkan kepada realme Malaysia di atas pelancaran telefon realme C12 Tri-Kamera dan bateri 6000mAh dan realme Buds Classic. realme C12 mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama untuk penggunaan harian manakala realme Buds Classic juga diperkenalkan untuk menawarkan pengguna Long Live Music Bundle. Dah boleh beli secara online dan bakal berada di pasaran mulai 30 Ogos 2020.