Kejayaan Sambal Nyet Berapi Khairulaming

Tertarik dengan kisah kejayaan instafamous Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali oleh pengikutnya di media sosial dengan nama khairulaming yang berjaya menjual 10 ribu botol sambal dalam masa kurang dari satu jam.

Hebat kan?

Khairulaming terkenal sebab selalu berkongsi resepi dekat Instagram. Ramai yang suka follow dia sebab resepi yang dia kongsi semuanya mudah dan senang nak buat.


Kejayaan Sambal Nyet Berapi Khairulaming

Aku antara pengikut yang selalu terpengaruh melihat hasil masakan dia yang nampak sedap. Banyak resepi dia aku save, tapi setakat save sajalah. Buatnya belum lagi.




Sambal Nyet Khairulaming

Terbaru, dia dah keluarkan produk sendiri iaitu ‘Sambal Nyet’. Sambal

Hebatnya branding dia, sehingga 10 ribu botol sambal berjaya dijual dalam masa satu jam. Semua pengikut dia berebut-rebut nak beli.

Sehingga hari ni aku belum tergoda lagi nak beli, nak tunggu banyak review sambal Nyet dari pembeli dulu. Kalau sedap baru join the crowd lah. Support local product kan.

Update: aku akhirnya berjaya beli dan rasa Sambal Nyet Berapi  Battle dekat TikTokShop

 

Berapa harga Sambal Nyet yang Khairulming ni jual?

Bagi aku harga sambal dia jual tidak la harga kayangan, RM13.90 sebotol.

Oh dia jual sambal Nyet dekat Shopee je tau, itu pun ramai gila menyamar jadi dia sebab setahu aku dia tak lantik mana-mana ejen atau buat dropship. Hati-hati jangan tersalah beli sebab harga yang menyamar tu mahal.




Aku kagum dengan cara dia menjual sambal yang tak berapa nak menjual tu. Faham? Dia tak beria sangat menjual pun sebenarnya. Ramai dah pakar-pakar bussiness ulas tentang personal branding Khairulming buat dari dulu lagi.

Aku rasa dia dan team cukup bijak untuk menjual. Tengok sajalah cara dia buat marketing dan channel dia pilih untuk menjual. Ada proper announcement dekat social media, pilih channel menjual yang stabil (Shopee), jimat kos dah bab nak buat website tu dan dia dah ready untuk terima feedback.

Suka gila bila dia buat post mortem dan kongsikan pengalaman dan kelemahan yang dia dan team hadapi selepas menjual batch pertama sambal Nyet. Berguna weh analisis tu baik untuk peniaga lama dan baru.




Dia menjual dan ada sistem. Serius tabik. Lagi untung bila jual di Shopee, selain jimat kos untuk maintain website sendiri, dia secara automatik boleh dapat feedback / testimony tentang produk dari pengguna. Ini la paling berharga sebab dia boleh improve dan kembangkan business dia in future.

Gila bijak.

Resepi Sambal Udang Sedap Menjilat Jari

Terbukti personal branding dia berjaya, tak sia-sia usaha dia untuk bina trust dan nama sendiri terbalas jua. Lagi satu, attitude dia yang down to earth dan tak sombong tu yang buat orang suka. Tak kedekut ilmu pula tu. Wah aku bercakap tentang dia macam pernah jumpa depan mata je kan. Ahaks.

Apa pun untuk usahawan di luar sana, ini adalah bukti walaupun kita berada di zaman PKP, semua orang tak boleh keluar rumah tapi masih ada yang boleh berjaya. Kena usaha cari produk yang betul, cara yang betul, team yang betul dan dengan izin Yang Maha Pencipta.

In sha Allah.

Jangan putus asa ya semua.


*pic dari IG Khairulaming

The Struggle Is Real In 2021

Belum cukup sebulan di tahun 2021 tapi banyak sungguh pengumuman dan berita yang kita terima yang menyesakkan dada. Aku dah jangka tahun 2021 akan jadi lebih perit tapi hati masih lagi berat nak terima.  

Siapa kita nak melawan takdir Tuhan kan? 

Sungguh aku tak pasti aku akan okey atau tidak tapi aku akan pastikan aku baik-baik sahaja di depan anak-anak. Kuat sungguh dugaan dan cabaran anak-anak zaman sekarang.  Sebagai ibu bapa di zaman moden ni sungguh aku terkesan. 


The Struggle Is Real In 2021

Pening juga kalau terpaksa buat keputusan. Nak minta pendapat siapa kalau melibatkan masa depan? Sekolah dari rumah, tak boleh keluar sesuka hati, Google classroom, kerja sekolah kena print. Ini semua pengalaman baru untuk ibu bapa. 



Cuak weh. Sungguh. 

Keputusan aku untuk stop cari kerja dua tahun lepas memang tepat. Selepas kontrak kerja tamat dan kebetulan aku mengandung anak ketiga, aku dan suami sepakat untuk aku fokus menjaga anak-anak di rumah manakala suami jadi ketua menjemput rezeki. 

Awalnya bukan mudah aku nak biasakan diri. Tak seronok sebab aku sangat enjoy bekerja. Bila menjadi suri rumah sepenuh masa, banyak yang aku kena adjust. Banyak perkara aku belajar. Kalau buat karangan tentang apa aku belajar sepanjang dua tahun lepas lebih dari 10 muka surat agaknya aku tulis. 


2020 Is Scary But 2021 Is Scarier!

Aku sangka 2020 tu dah cukup menakutkan tapi rupa-rupanya tahun 2021 lagi double triple menakutkan. Dah tak tahu apa yang patut dijangkakan. Adakah semua orang sudah penat dan masing-masing tak mahu jaga keselamatan dan kesihatan? 

Tengok sajalah angka kes Covid yang dah cecah 4 ribu tu. 

Barisan frontliners dah semakin lemah. Jumlah pesakit dah semakin meninggi. Katil dekat hospital dah hampir penuh. Tak dapat bayangkan kalau ada pesakit yang betul-betul perlukan rawatan tapi terpaksa ditolak atau dibiarkan kerana petugas hospital tak menang tangan nak beru rawatan. 

Ya Allah jauhkanlah kami dari dugaan sebegitu. 

Hari-hari aku latih hati dan otak untuk lihat, fikir, dan tengok perkara yang positif. Rasanya apa yang kurang sekarang adalah kesedaran. Masih ada yang lepas tangan, ramai lagi yang fikir Covid ni sekadar agenda sesetengah pihak dan lagi teruk ramai yang pentingkan diri sendiri. 



Aku risau. Risau manusia hilang pertimbangan. Tengok berapa ramai rakyat yang terjejas tak dapat cari pendapatan bila PKP, PKPB dilaksanakan. Jangan tengok orang yang berduit, tapi pandang golongan yang bekerja untuk makan pagi dan petang. 

Dengan tanggungan anak yang ramai, nak makan kena sukat, rumah kena bayar sewa, satu rumah berhimpit. Sesak dada bila baca cerita sedih macam ni. 

Aku harap kita sama-sama kuat dan berjaya tempuh saat sukar. Aku nak hulur bantuan tapi wang dan tenaga aku juga terhad. 

Apa aku boleh buat ialah aku akan tolong peniaga, individu yang mencari pendapatan dan perlukan khidmat hebahan di sosial media seperti review di Instagram, Facebook dan blog boleh hubungi aku. Email je aku. Aku akan cuba sehabis baik untuk buat hebahan. In sha Allah yang mana sesuai aku akan tolong. 

Bukan mudah nak survive zaman sekarang ni. Aku faham. 

Cara Nak Masak Spicy Buttermilk Spaghetti Style Aku

Hari pertama PKP 2.0, azam aku nak jaga makan dan kesihatan terbabas. Pagi tadi aku masak spaghetti sebagai sarapan selepas terliur tengok akak ipar aku kongsi resepi Spicy Buttermilk Spaghetti dekat Facebook dia.

Elok sangat dengan warna dia yang kuning, pekat dan kelihatan berkrim, terus tergoda nak masak ya. Oleh sebab anak-anak tak makan pedas jadi aku adjust sedikit resepi mengikut selera isi rumah. So far rasa dia sedap dan tak muak.


Cara Nak Masak Spicy Buttermilk Spaghetti Style Aku

Bahan-bahan pun simple sahaja jadi mari aku tunjukkan cara nak masak Spicy Buttermilk Spaghetti. Oh ya, aku perasan kalau masak pasta gandingan terbaik ialah makanan laut seperti udang, kepah, ketam dan sotong ya.

Untuk resepi kali ini aku guna udang. Sedap hoi.

Cuba juga Resepi Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese




Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti

Bahan-bahan:

2 sudu besar Butter

Dua tangkai Daun Kari

5 Cili Padi (cincang)

3 Bawang Putih (cincang)

2 keping cheese

1 Sudu besar susu pekat

1 sudu kecil Tepung Jagung, untuk pekatkan kuah

1 sudu kecil Serbuk Kari

Garam secukup rasa

Udang

Dua genggam Spaghetti yang direbus

Sedikit air rebusan Spaghetti




Cara-cara membuatnya ialah:

Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau. Aku tak letak cili padi jadi aku gantikan dengan serbuk kari. 

Kemudian masukkan udang. Kacau sehingga udang masak.

Masukkan air rebusan sedikit demi sedikit. Kalau nak berkuah letak banyak, aku letak sedikit sebab nak kuah tu sekadar membasahi Spaghetti.

Masukkan susu pekat, cheese dan kacau sebati. Perasakan dengan garam.

Kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kacau sehingga kuah pekat.

Masukkan Spaghetti yang direbus dan gaul sebati.

Siap.

Resepi Meatball Carbonara



Bagi aku yang suka rasa creamy, gabungan cheese dan susu pekat tu memang terbaik lah. Cukup untuk menggantikan susu segar / susu cair. Hidangan ni boleh juga jadi hidangan istimewa jamu kawan-kawan datang ke rumah.

Tapi PKP ni kita jamu perut ahli keluarga sendiri saja lah.

Oleh sebab ada lebihan cheese Mozarella, Pizza Topping dalam fridge maka aku taburkan atas Spaghetti. Lepas makan rasa menyesal sebab aku plan nak kurus. Ahaks.



Serius rasa macam makan dekat restoran. Bagi yang ada anak kecil boleh la cuba.

Tips Dimudahkan Segala Urusan

Masa dengar ceramah dari Ustazah Asma Harun memang rasa tersentuh sangat hati. Manusia selalu fikir setiap apa yang dia lakukan dan apa yang terjadi adalah kerana dia berjaya rancang apa di nak buat dalam hidup dia.

Tetapi yang sebenarnya, setiap perkara yang berlaku adalah aturan dan dengan izin Allah.

Selama ni fikir, diri dapat apa yang diminta adalah kerana usaha dan titik peluh sendiri sehingga terlupa yang sebenarnya Maha Berkuasa ialah Allah S.W.T.



Tips Dimudahkan Segala Urusan


Kita berusaha dan kita letak ikhtiar dalam setiap perbuatan adalah perkara yang betul kita buat, cuma yang kurangnya ialah terlupa nak serahkan kepada Allah. Kun Fayakun!


(Allah) Pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka, jadilah sesuatu itu. 

(QS al-Baqarah [2]: 117).





Amalkan Zikir Ya Bariq Setiap Hari Setiap Pagi


Ya Bariq adalah merupakan salah satu dari 99 nama Allah yang membawa maksud “Yang Maha Merancang”, iaitu Allah Yang Maha Mengurus. Allah Yang Maha Mentadbir. Allah Yang Maha Mengatur.

Kata Ustazah Asma Harun dalam ceramahnya, kita kena mulakan hari dengan buat penyerahan kepada Allah. Amalkan 40 kali zikir Ya Bariq selepas subuh atau seawal pagi.

Kemudian akhiri zikir dengan doa memohon dipermudahkan segala urusan.


'Ya Allah. Aku serahkan hidupku, anak-anakku, suamiku dan seluruh kehidupanku untuk diaturkan oleh Mu Ya Allah, untuk diuruskan oleh Mu Ya Allah.'


In Sha Allah, Allah pasti bantu kita dengan penyelesaian setiap perkara dalam hidup setiap hari. Kehidupan jadi mudah sahaja dan Insha Allah hidup akan jadi lebih bahagia. Kalau nak tahu apa kesan dia dalam hidup kena lah mula amalkan dahulu.

Antara doa yang bagus diamalkan setiap hari adalah memohon pengakhiran yang baik (Husnul Khatimah), diselamatkan dari seksa kubur dan terhindar dari fitnah dajjal. 





Amalan zikir adalah amalan paling mudah jika hendak dilakukan tapi bukan semua orang dapat buat. Sebab tu Islam anjurkan Istiqamah, kena konsisten bila buat sesuatu ibadah mahupun perkara.  

Biar pun kecil amalan tersebut tetapi jika terus menerus melakukannya pasti ada ganjarannya.



Zikir Ya Bariq, Zikir Ya Fattah, Ya Razzak

Maksud Al-Fattah adalah Maha Pembuka. Kita mohon supaya dibukakan pintu rezeki, dibukakan fikiran yang tertutup, diberikan penyembuhan jika sakit.

Manakala zikir Ya Razzaq adalah Maha Pemberi rezeki. Boleh diamalkan mengikut kemampuan dan insyaAllah akan di permudahkan rezeki yang halal lagi berkat.

Tapi janganlah hanya berharap dan duduk berzikir sahaja menunggu rezeki jatuh ke riba. Setiap doa harus di iringi dengan usaha. 

Allah itu Maha Bijaksana, Allah juga Maha Melihat. Jadi jangan pernah sesekali putus asa dan yakinlah dengan kuasa Allah.