Cosmoderm Perfect Balanced Series Untuk Semua Jenis Kulit

Memiliki kulit yang sihat, cantik dan berseri pastinya menjadi dambaan setiap insan. Semua itu tidak mustahil untuk dicapai sekiranya wajah dijaga dengan betul dan paling penting menggunakan produk yang selamat.

Bercakap tentang produk penjagaan yang telah diuji selamat, baru-baru ni Cosmoderm telah pun melancarkan set penjagaan kulit muka terbaru iaitu Cosmoderm Perfect Balanced Series. 



Cosmoderm Perfect Balanced Series Untuk Semua Jenis Kulit


Tak perlu susah hati lagi kerana dalam set ini lengkap dari pencuci muka, toning lotion, soothing cream, dan juga sunblock.

Apa yang istimewanya Cosmoderm Perfect Balanced series ini adalah ianya hasil gabungan dua bahan utama iaitu Calamine dan juga prebiotik. 

Set ini sesuai untuk semua jenis kulit dan mereka yang berkulit sensitif.





Sebelum ni memang dah banyak review yang aku baca tentang keberkesanan produk Cosmoderm. 

Bangga betul bila product local seperti Cosmoderm semakin mendapat tempat di hati pengguna. 

Ini kali pertama aku mencuba produk Cosmoderm dan aku suka sangat dengan warna set Perfect Balanced ni. Cantik dan ceria warna pink dia.



Kebaikkan Prebiotik & Calamine Dalam Cosmoderm Perfect Balanced Series


Benda wajib perlu diambil berat semestinya adalah kena tahu bahan-bahan yang terkandung dalam produk yang kita guna. Mencukupi dengan pengetahuan secara general okey. 

Dua bahan utama yang digunakan dalam set ini ialah prebiotik dan juga calamine.

Selalu prebiotik kita jumpa dalam minuman kultur kan? Kali ni Cosmoderm dedahkan kebaikan prebiotik untuk kulit wajah pula.





Prebiotik

Dikenali sebagai makanan untuk Bakteria Baik untuk ekosistem kulit mikro anda yang membantu, merangsang pertahanan semula jadi kulit, meningkatkan kecerahan kulit dan menyeimbangkan mikrobioma kulit.


Calamine

Berfungsi untuk merawat ekzema dengan meredakan kegatalan dan mengurangkan keradangan pada kulit, dan kerosakan dari sinaran matahari.





Step by Step Cara Guna Cosmoderm Perfect Balanced Series


4 langkah mudah perlu kau orang buat ialah:


Step 1:  Perfect Balanced Foaming Cleanser

Apalah ertinya set penjagaan muka tanpa pencuci muka kan? Pencuci muka adalah step wajib buat untuk mendapatkan kulit bersih dan cantik. 

Perfect Balanced Foaming Cleanser dicipta sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ianya bebas paraben, fragrance, SLS / SLES dan artifial colorant.

Bagus untuk membersihkan kulit muka dari kotoran dan cela secara mendalam, dan mampu mengurangkan penghasilan minyak berlebihan di muka, mengurangkan kemerahan seterusnya meningkatkan fungsi kulit untuk menyerap segala nutrien.


Cara guna:


Basahkan muka kemudian picitkan sedikit pencuci muka ke tapak tangan dan gosok dengan perlahan di seluruh muka. Sambil gosok tu sambil urut muka. Rasa relax je. Seronok membayangkan kotoran nyah dari muka.


Harga Asal: RM 29.90 Beli di Shopee dapat potongan dapat banyak discount



 

Step 2:  Perfect Balanced Toning Losyen

Lepas cuci muka sila rajin sapukan toning lotion. Kegunaan toner ni ialah untuk pastikan segala sisa make up atau pun kotoran dan minyak berlebih yang masih ada pada kulit muka walaupun setelah kau orang mencuci muka.

Cosmoderm toning lotion membantu membaiki dan melembapkan kulit, meredakan kemerahan kulit dan bantu mengimbangkan level pH kulit.

Cara guna: Tak perlu guna tisu muka. Goncangkan toner kemudian letakkan ke tapak tangan dalam jumlah yang bersesuaian dan kemudian tepuk lembut ke kulit muka.  


Harga Asal: RM 45.90 Beli di Shopee dapat potongan dapat discount. 

 



Step 3:  Perfect Balanced Soothing WOW Cream

WOW tu membawa maksud Water-in Oil-in Water (WOW). Krim di diformulasikan dengan calamine dan juga prebiotik untuk melembap dan membaiki kulit. 

Dengan tiga kali ganda peningkatan kelembapan, ia membantu mengembalikan kelembapan kulit serta menghalang cela pada permukaan kulit.

Cara guna: Sapukan ke seluruh muka termasuk leher, boleh digunakan sebagai rutin di waktu siang hari dan malam.

Harga Asal: RM 65.00 Beli di Shopee dapat potongan dapat discount 


 



Step 4:  Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA ++

Rutin yang tak boleh tinggal terutama kalau keluar rumah. Dengan cuaca panas melampau sekarang memang sangat-sangat perlu guna Sun Milk ni untuk elak muka kusam, berjeragat, dan bintik hitam muncul di muka.

Krim ni juga membantu meningkatkan ketahanan kulit, melindungi kulit daripada UVA & UVB serta bebas paraben.

Cara guna: Tuangkan jumlah yang mencukupi pada tapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah.

Harga Asal: RM 65.00 Beli di Shopee dapat potongan dapat discount


 



Untuk kau orang yang nak tahu lebih lanjut tentang produk, promosi dan info lain boleh tengok update dekat link di bawah:

Laman web Cosmoderm  | Official Store Cosmoderm di Shopee

 

MENJADI WANITA PALING BAHAGIA MENURUT USTAZAH ASMA' HARUN

Cara Jadi Wanita Paling Bahagia Menurut Ustazah Asma' Harun

Alhamdulillah syukur sangat aku berkesempatan mengikuti Facebook Live Ustazah Asma’ Harun bersama Lisa Surihani semalam tentang menjadi wanita paling bahagia. Kebetulan aku memang nak setelkan pendaftaran webinar solat anjuran team ustazah Asma’ terus sajalah menonton perkongsian Ustazah.

Sesi perkongsian selama lebih dua jam dan lebih 8 ribu tontonan di Facebook dan juga Instagram terasa macam sekejap sangat. Banyak sungguh ilmu yang Ustazah dan Lisa kongsi. Banyak kali juga sesi lap air mata. Bahagia sangat mendengar kata-kata nasihat dari orang yang berilmu.




Jatuh suka dengan Ustazah Asma’ Harun

Bermula beberapa bulan yang lepas aku follow dan jatuh suka dengan perkongsian ustazah. Kata-kata peringatan yag ustazah Asma’ sampaikan tu kena tepat batang hidung. Alhamdulillah Allah dorongkan aku jalan-jalan kebaikkan.

Rupa-rupanya Ustazah Asma’ ni sebaya dengan umur suami aku, lahir tahun 1983. Ustazah dah berumah tangga dan ada tujuh orang cahaya mata. Gaya ustazah sangat lemah lembut dalam memberi nasihat tetapi terselit sifat tegas. Kagum betul dengan semangat dan tenaga ustazah semasa berdakwah. Sentiasa ceria dan bertenaga.



Cara-Cara Menjadi Wanita Paling Bahagia

Aku nak kongsikan beberapa nota yang sempat aku catat sepanjang perkongsian Ustazah bersama Lisa Surihani. Oh ya, Lisa ni tersangat lah merendah diri. Cukup pakej dia bijak, cantik, berbudi bahasa pula tu.

#1 Untuk menjadi orang yang bahagia kena berwajah manis. Nak jadikan wajah manis kena selalu senyum. Rasulullah pernah bersabda, diriwayatkan dalam Hadits Riwayat Muslim, yang Senyum itu satu sedekah.

#2 Bagi wanita yang dah berkahwin, orang yang paling layak terima senyuman manis kita tak lain tak bukan ialah pasangan kita.

#3 Berusaha untuk memahami dan mencapai tahap yang mana kita dapat menikmati ujian dan capai redha Allah. Ustazah pesan setiap kebimbangan, kesedihan, kepenatan dan kesukaran termasuk duri-duri tajam yang terkena orang Mukmin akan menggugurkan dosa-dosanya dengan syarat dia redha dengan ujian yang Allah beri.

#4 Sekiranya kita boleh nampak dosa-dosa kita berguguran satu persatu nescaya kita akan menikmati ujian yang Allah berikan.

#5 Jangan sesekali mempermainkan rahmat Allah. Sengaja melakukan dosa dan yakin Allah akan mengampuni kita.

#6 Memahami maksud Surah Al Fatihah terutama ketika membacanya di dalam solat.  

#7 Kita semua kena kejar redha Allah.

#8 Untuk kekal tenang, Ustazah nasihatkan bukan setakat zikir sahaja tetapi kena letak mindset. “Aku kena lulus ujian yang Allah berikan ini untuk mendapat redha Allah”.

#9 Ujian tanda Allah sayang. Siapa yang redha dengan ujian yang menimpanya nescaya dia akan mendapat redha Allah.

#10 Kena faham bahawa Allah memakbulkan permintaan kita, doa kita dengan cara Allah dan bukannya melalui cara yang kita minta.




Kesimpulan yang dapat aku buat ialah menjadi wanita paling bahagia bukanlah mengejar bahagia di dunia semata-mata. Target utama kita semua sebenarnya ialah akhirat kelak. Wanita yang dah berkahwin syurganya terletak pada suami, bahagiakan pasangan kita in sha Allah Allah mudahkan hidup kita.

Ustazah juga terangkan yang orang beriman ni akan menangis jika tak terima ujian dari Allah, dia risau Allah tak pilih dia, sebab dia tahu yang bila dia berjaya lepasi ujian dia semakin dekat dengan Allah.

Sekadar perkongsian yang aku rasa berbaloi nak cerita dekat sini ialah salah satu misi aku tahun ni adalah untuk cerahkan kubur. Kira projek akhirat aku lah, dan aku perasan Allah dorongkan satu persatu jalan-jalan kebaikkan untuk aku.

Syukur sangat. Tipulah kalau hati tu goyah, terutama bab sedekah. Aku doa sangat, kita semua dapat redha Allah. Setiap penulisan, ilmu yang dikongsi aku harap beri manfaat untuk semua yang membaca. Akhir kata semoga kelak kita semua menjadi jiran di syurga.

 

Cara Buat Cucur Lemak Manis Rangup Diluar Lembut Didalam

Akhirnya berjaya juga aku buat cucur lemak manis yang rangup di bahagian luar dan lembut di dalamnya. Sebelum ni aku pernah cuba buat tapi hasil dia tak seperti yang aku idamkan. 

Banyak je resepi cucur lemak manis orang kongsi tapi resepi yang bakal aku kongsi ni memang ternyata menjadi.

Rasa cucur lemak manis ni seakan-akan cucur lemak manis dalam paket jenama Adabi tu. Tak menyesal lah kalau buat. 

Cucur ni sesuai untuk dijadikan menu sarapan mahupun minum petang. Confirm berebut lah.


Cara Buat Cucur Lemak Manis Rangup Diluar Lembut Didalam

Kebetulan bahan-bahan diperlukan untuk buat cucur lemak manis ada dekat rumah jadi ajak anak buat sama-sama. 

Musim PKP ni mulut non-stop nak mengunyah, terutama ada anak-anak kecil. Alhamdulillah menjadi tapi pastikan jangan derhaka dengan resepi aku kongsi ni.




Resepi Cucur Lemak Manis Rangup Diluar Lembut Didalam

Cara nak buat senang sangat. Bahan-bahan pun tidaklah mahal harganya. Jadi jom tengok bahan-bahan diperlukan untuk buat Cucur Lemak Manis.

1 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung beras

2 sudu besar susu tepung

½ sudu kecil baking soda

½ sudu kecil baking powder

½ sudu garam

5 sudu besar susu pekat manis

2 sudu besar santan / serbuk santan

¾ susu cair / susu segar

 



Seterusnya, campurkan kesemua bahan kecuali susu segar / suus cair. Gaul sehingga sebati. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.

Jangan biarkan adunan terlalu cair.




Selepas itu rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama 20 minit sebelum digoreng.

Panaskan minyak di dalam kuali dengan api perlahan. Bentukkan adunan menjadi bentuk bulat dengan menggunakan jari.

 


Aku tak sangka yang rasa cucur lemak manis ni sedap betul. Tepung Beras tu memainkan peranan penting sebab tekstur cucur jadi lembut di dalam dan rangup di luar. Kena sangat dengan selera kami satu keluarga.

Cara nak buat mudah, bahan-bahan memang ada dekat dapur. Cuma yang tinggal sekarang ialah kerajinan seseorang.

Selamat mencuba. Semoga perkongsian resepi kali ini memberi manfaat kepada anda.

Hukum Ambil Suntikan Vaksin COVID-19

Semenjak pandemik melanda dunia dan vaksin untuk mengawal Covid19 diperkenalkan oleh WHO, ramai yang mempersoal keselamatan dan juga hukum untuk terima suntikan vaksin Covid19. 

Golongan yang menolak dan tak percaya vaksin ada di serata dunia tidak terkecuali Malaysia. Jika anda diberi pilihan untuk diberikan suntikan vaksin COVID-19, apakah pilihan anda? 

Setuju untuk diberi suntikan atau anda menolak sekerasnya? Sehingga hari ini, individu bebas untuk tidak di vaksin. itu pilihan masing-masing. 


Hukum Ambil Suntikan Vaksin COVID-19

Adalah lebih baik jika setiap orang sedar dan faham bagaimana vaksin ini dibuat dan bagaimana ianya berfungsi.  

Sekurang-kurangnya kita lebih bersedia dengan kemungkinan dan faham dengan apa yang bakal berlaku. 

Kementerian Kesihatan Malaysia banyak berkongsi informasi berkaitan melalui laman sesawang dan sentiasa berkongsi maklumat di laman sosial mereka. Jadi haruslah rajin membaca dan menambah ilmu pengetahuan.

Baca Kesan Vaksin Sinovac | Selepas Dicucuk Dos Pertama


Kenali Apa Itu Vaksin COVID-19

Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. 

Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Tujuan vaksin diberikan adalah untuk membantu meransang sistem ketahanan semulajadi badan bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus. 

Sehingga kini KKM sedang meneliti 10 vaksin Covid19 yang telah memasuki fasa 3 kajian klinikal. 




Hukum Mengambil Suntikan Vaksin Covid19

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020 dan sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja (MRR). 

Hukum mengambil suntikan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.




Penggunaan vaksin juga bertujuan untuk melindungi manusia daripada penyakit berjangkit berbahaya dan kaedah pencegahan melalui vaksinasi dapat dilihat dalam enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dari 1988 hingga 2013. 



Pendaftaran Vaksin COVID-19 Bakal Dibuka

Menurut Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba, pendaftaran untuk suntikan vaksin bakal dibuka kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi. Boleh dapatkan maklumat lanjut dari Facebook KKM 

Kerajaan Malaysia mensasarkan 70% populasi atau 23 juta orang bakal menerima suntikan vaksin secara berperingkat dan percuma. 

Merujuk kepada Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu: Fasa 1 - barisan hadapan. Fasa 2 - kumpulan berisiko tinggi (penyakit kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas dan fasa 3 - orang awam berumur 18 tahun ke atas. 


Doa Mohon Ditunjukkan Kebenaran


اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقَّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ وَلاَ تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلُّ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya serta menghapuskannya. 

Jangan jadikan yang benar dan batil itu samar-samar bagi kami, yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

(HR Bukhari & Muslim)

Bagi pendapat aku pula, aku hormati setiap keputusan individu yang menolak untuk di vaksin. Pasti ada sebab dan alasan kenapa mereka menolak.