Pengasas Aplikasi Sugarbook Orang Malaysia?

Hari ni seharian aku mentelaah berita tentang aplikasi Sugarbook yang sedang kecoh diperkatakan di media sosial. 

Mana taknya zaman aku muda dulu mana ada aplikasi berkaitan Sugar Daddy dan Sugar Baby. Eh mungkin ada tapi tak popular macam sekarang.

Sebagai ibu bapa millennial (Gen Y) dan sedang membesarkan anak-anak Gen Z wajib lah kena ambil tahu tentang isu panas macam ni. 

Nauzubillah dan minta dijauhkan seluruh keturunan terlibat dengan maksiat.


Pengasas Aplikasi Sugarbook Orang Malaysia?

Beberapa hari lepas laman sesawang Sugarbook telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKKM) dan pengasasnya Darren Chan telah ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 dan 372 Kanun Keseksaan.

Betul eh Darren ni orang Malaysia? Berdasarkan paparan akaun Linkedin, Darren Chan yang kini berusia 34 tahun merupakan anak kelahiran Pulau Pinang kemudian dia telah melanjutkan pelajaran ke Melbourne, Australia.




Apa Sebenarnya Aplikasi Sugarbook?

Sugarbook adalah laman web temu janji dalam talian yang menghubungkan Sugar Baby dengan Sugar Daddy (dermawan kaya) secara online. 

Ianya merupakan platform yang mana Sugar Baby dan Sugar Daddy bertemu dan membina hubungan yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Aku tertarik nak kongsikan sesi temubual Darren Chan bersama TOC TV – The Online Citizen yang telah dikongsikan di saluran Youtube mereka pada April 2020.

Aplikasi Sugarbook wujud sejak Januari 2017 di Singapura yang bertujuan untuk menghubungkan Sugar Baby dan juga Sugar Daddy. 

Setiap ahli akan senaraikan ciri-ciri pasangan yang mereka mahu ke dalam aplikasi.

Dalam video tersebut Darren kata mereka memilih Singapura kerana ekonomi Singapura yang bagus dan mempunyai kadar Gross Domestic Product yang tinggi. 

Jadi dia jangkakan aplikasi ni akan diterima baik dan berkembang pesat di Singapura.

Sesiapa sahaja boleh jadi Sugarbaby termasuklah suri rumah, single mother, dan juga student. Dan Darren memang target student untuk jadi ahli Sugarbook sebab itu dia wujudkan Student Program dalam aplikasi Sugarbook ni. 

Setiap pelajar Universiti yang daftar jadi ahli dan guna alamat email university akan dapat upgrade akaun premium secara percuma. 

Semua maklumat & data peribadi pengguna mereka dirahsiakan. Ini berdasarkan apa yang diterangkan oleh Darren dalam video tu.

Tambahan lagi, Millennial hari ni faham yang the best way to meet people now is tru online dating app. 

Bak kata mak aku, zaman dah berubah. Teknologi dah maju jadi mereka pilih untuk bina network dengan ramai orang dan student ada peluang untuk kenal dermawan kaya raya.

Selain tu Sugarbook dapat bantu student yang nak rasa hidup mewah, tak buang masa dengan lelaki yang belum matang, emosi tak stabil dan tidak berduit. Dapat elak juga dari terjebak dengan toxic relationship.



Jadi point utama ialah Sugar Baby mencari Sugar Daddy untuk support hidup mereka, support emosi, jadi mentor, tidak ketinggalan be financial supporter dan juga invest in their life goal. Ha begitu. Itu apa yang aku faham lepas tengok video temubual tu.

Masa dia mula-mula start buat Sugarbook dia ingat akan ada banyak supply of sugar daddy tapi sebenarnya pendaftaran menjadi Sugar baby lebih banyak.

Apabila aplikasi Sugarbook semakin dapat sambutan, Darren bercadang nak luaskan dan kuasai pasaran ke Asia Tenggara, Tokyo dan juga London.

Temubual Darren Di Sini!

Aku tertarik nak kongsi pendapat seorang pengguna Twitter, Liyana Abdul yang buat thread tentang Sugarbook. Liyana ni alumni Universiti LimKokWing. 

Dia tak burukkan Universiti mahupun sesiapa cuma berkongsi awareness bahayanya aplikasi Sugarbook kepada pelajar.

Ada kemungkinan ahli yang daftar dalam aplikasi Sugarbook terutama Sugar Daddy adalah scammer. Logik juga bila dia mentioned orang kaya kalau nak cari Sugar Baby dia tak perlukan app. Begitu juga Sugar Baby pun boleh jadi scammer.

Baca thread dekat sini. 

Saling tipu mentipu. Cuma aku terfikir kalau jadi apa-apa kepada Sugar Daddy mahupun Sugar Baby siapa akan bertanggungjawab ya?

Khas untuk Umat Islam, Mufti Wilayah Persekutuan pun dah tampil beri nasihat yang umat Islam sama sekali dilarang sertai aplikasi Sugarbook.

Janganlah kita mendekati zina. Sama-sama lah kita beringat. Dugaan wang ringgit atas dunia ni memang kuat godaan dia terutama waktu dunia dilanda Pandemik.

Sebagai ibu bapa yang masih jauh lagi perjalanan nak membesarkan anak-anak (moga Allah izinkan) aku berdoa sangat anak-anak aku sentiasa dipelihara dan ditunjukkan jalan yang lurus. Berat seksaan di akhirat kelak kalau terjerumus ke kancah maksiat.

Semoga kita semua dilindungi. Aku nak sambung membaca lagi dan terima kasih sanggup baca entri aku sampai ke punghujungnya. Jumpa lagi next entri.


Cara Kenal Pasti Sentuhan Tidak Selamat Pada Kanak-Kanak

Murung sekejap lepas baca thread Twitter Akhi Fairuz tentang perlakuan seorang lelaki dewasa bertindak mencium seorang kanak-kanak lelaki, mulut ke mulut. 

Atas alasan kanak-kanak lelaki itu adalah adik/anak angkat dan sebagai cara mereka berkasih sayang jadi dia cium dekat mulut.

Eh geramnya aku. Jauhkanlah perkara begini ke atas keluarga dan keturunanku Ya Allah. Sampai kesudah aku tak boleh tidur. Sakit hati, nak muntah pun ada. Jijik sangat perbuatan tu.


Cara Kenal Pasti Sentuhan Tidak Selamat Pada Kanak-Kanak

Sakitnya masyarakat kita, sudahlah buat perkara yang salah kemudian dengan bangganya muatnaik video di media sosial. Bila ditegur benda yang memang salah dikatanya perkara tu adalah perkara normal.



Situasinya begini, lelaki terbabit muatnaik video cium mulut ke mulut dengan kanak-kanak lelaki di TikTok dan kemudian apabila orang marah dan mula kecam dia kata ahli keluarga dia memang dah amalkan cium macam tu sejak dulu lagi.

What?

Berbondonglah orang menyebarkan video tu dan akaun TikTok lelaki tu dah di padamkan oleh pihak TikTok katanya. 

Ramai yang report akaun dia maka habis setakat itu sahajalah. Tapi sebelum akaun dia dipadamkan, ada netizen yang berjaya screenshot jawapan lelaki ni bila netizen marah dia cium mulut kanak-kanak tu.

Seperti menegakkan benang yang basah dan dia tak rasa apa dia buat tu salah. Serius aku tak boleh fikir. Lagi sakit hati katanya budak tu Autisme, jadi kalau budak tu Autisme kau boleh buat apa kau nak ke animal?

Hey aku betul-betul marah. Sebagai ibu kepada tiga orang anak, dan bila perlakuan salah macam ni cuba dinormalisasikan dalam masyarakat semestinya aku bangkang. Syaitan apa yang merasuk dia?




Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Pada Kanak-Kanak

Sebenarnya dekat sekolah dah di ajar kepada anak-anak tentang sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat pada kanak-kanak. 

Topik ni aku selalu bincang dan borak dengan anak lelaki aku. Aku terangkan sebaik mungkin sebab apa tau, aku tahu dunia dekat luar sana sangat bahaya.

Aku tak boleh berada di sisi dia 24 jam jadi aku fahamkan anak aku yang sentuhan tidak selamat tu adalah perkara salah. Kalau ada yang pernah lakukan sentuhan tidak selamat kena beritahu aku. Tak terbayang bila kita orang dewasa ni salah guna kepercayaan kanak-kanak yang sepatutnya kita lindungi dan jaga mereka.

Kena tahu ya mulut, dada, kemaluan, paha dan punggung adalah anggota sentuhan tidak selamat pada kanak-kanak. 

Tidak ada sesiapa pun boleh menyentuh termasuklah memegang dan mencium bahagian terbabit tanpa sebab termasuk ibu bapa.

Tolonglah sebarkan kesedaran kepada lebih ramai orang supaya alert dengan isu macam ni. Masyarakat kita selalu ambil remeh dan malu tak bertempat. Sudahnya masing-masing diam dan rasa kesalahan itu adalah normal.

Gila.


Boleh Ke Buat Laporan Pada Pihak Berkuasa?

Ini adalah antara soalan yang kerap ditanya sekiranya berhadapan dengan situasi begini, atau ada orang sekeliling kita menjadi mangsa. Bolehkan kita buat laporan kepada pihak berkuasa?

Aku kongsikan jawapan dari Akhi Fairuz ni, jika kita nak buat laporan perkara yang kita perlu buat ialah screenshot semua bukti, save video, dapat video dari mana, link url tiktok lelaki berkenaan dan nyatakan ia melanggar akta kanak-kanak dibawah sekysen 14 dan 15.


Jadi tolonglah jangan teragak-agak kalau berjumpa dengan mangsa atau anda kenal sesiapa yang perlukan pertolongan sila hulurkan bantuan. 

Aku ada terbaca yang Menteri Agama akan comment juga isu ni, jadi tak sabar nak baca penerangan beliau.

Cara Kemaskini Borang Maklumat Murid Secara Online

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah, masih ingat lagi tak yang setiap tahun cikgu akan edarkan borang maklumat murid. 

Borang ni ibu bapa akan isi dan kemudian murid akan serahkan kembali kepada cikgu untuk rekod simpanan. 

Seterusnya, cikgu akan kemaskini maklumat berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ibu bapa ke dalam sistem. Jumlah borang perlu di isi bergangtung kepada berapa ramai jumlah anak yang ada.

Sepanjang tiga tahun Ikhwan bersekolah, itu antara rutin awal tahun persekolahan yang wajib kami buat. 

Bagi ibu bapa yang ada anak lebih dari seorang pula akan isi borang yang sama berulang kali. Oh penat.


Cara Kemaskini Borang Maklumat Murid Secara Online

Tahu tak sekarang proses pengurusan maklumat murid sudah menjadi lebih mudah? Bermula Januari 2021 ibu bapa hanya perlu mendaftar dan mengemas kini maklumat secara online. 

Tujuan utama sistem ini diperkenalkan ialah untuk mengemaskini maklumat secara online dan tiada lagi pengisian maklumat berulang kali.

Dengan adanya sistem macam ni urusan nak mohon Sekolah Menengah Khusus. 

Semak Bantuan Kerajaan Yang Boleh Di Pohon






Panduan Kemaskini Maklumat Murid Untuk Ibu Bapa


Langkah 1:

1. Layari portal https://public.moe.gov.my/

2. Tekan sebagai pengguna baru dan isi maklumat yang dipaparkan bagi penjaga utama dan penjaga kedua

3. Cipta kata laluan mengikut spesifikasi yang diberikan.

4. Taip kod pengesahan yang tertera

5. Tekan butang daftar





Selepas pendaftaran berjaya, pergi semula ke laman utama dan masukkan kata laluan dan kata laluan yang dicipta.


Langkah 2:

Setelah daftar masuk, pilih “Kemaskini Profil Murid”

Boleh edit maklumat dan jika nama anak jagaan dan jika tidak tersenarai boleh hubungi guru kelas sekolah masing-masing.

1. Isi dan kemaskini maklumat:

2. Profile Anak Jagaan

3. Alamat Anak Jagaan

4. Maklumat penjaga

5. Asas kesihatan

 

Mengemaskini alamat anak jagaan yang terkini adalah penting. Surat menyurat kepada ibu bapa akan dihantar melalui alamat yang telah di isi di dalam SPS. Contoh surat amaran salah laku murid.

Ibu bapa juga perlu pastikan maklumat penjaga dikemaskini dari masa ke semasa atas tujuan urusan bantuan awal persekolahan iaitu mengemas kini gaji serta majikan bagi penjaga.

Perlu kemaskini nombor telefon serta majikan yang terkini untuk mudahkan cikgu untuk hubungi ibu bapa jika berlaku kecemasan. Setiap kali update maklumat kena tekan butang simpan.

 

Langkah 3:

Maklumat Kesihatan Murid

Ibu bapa perlu mengisi maklumat sejarah imunisasi kanak-kanak berdasarkan maklumat buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak. 

Catatkan tarikh dan tahun vaksin diberikan. Ibu bapa berhak untuk bersetuju atau pun tidak bersetuju untuk perkhidmatan kesihatan dan imunisasi.




Langkah 4:

Setelah mengemaskini kesemua maklumat yang diperlukan, jangan lupa untuk membuat perakuan maklumat sebagai langkah akhir menandakan kita sudah mengemaskini maklumat murid.

 


Akhir sekali ibu bapa boleh mencetak BMM untuk simpanan sendiri & rujukan di masa hadapan. Ulang langkah satu sehingga tamat untuk anak-anak jagaan yang lain juga. Mudah kan?


Anak Didik Dr Azizan Paling Berjaya

Setahun yang sudah kalau perasan aku ada buat perkongsian tentang Program Nak Ubah hidup (NUH) yang dianjurkan oleh Richworks bertempat SCCC Setia Alam Selangor. 

Rasanya semua tahu kalau sebut tentang Richwork dah tahu pengasasnya tak lain tak bukan iaitu Datuk Wira Azizan Osman.

Masa tu aku hadir sebagai peserta yang memang dahagakan ilmu untuk ubah kehidupan. Apa aku dapat sepanjang program ialah betapa pentingnya kesedaran dan tindakan yang kita ambil jika nak ubah hidup.


Senarai Anak Didik Dr Azizan Paling Berjaya

Bagus kalau ada kesedaran nak ubah hidup, tapi akan jadi sia-sia kalau tak ambil tindakan. Nak berjaya kena berani ambil tindakan dan cari mentor yang boleh bimbing kita dalam kehidupan.

Boleh baca pengalaman aku di Program NUH 2020 ni



Senarai Anak Didik Dr Azizan Paling Berjaya

Salah satu perkara aku suka bila hadir ke program macam NUH ni ialah perasaan gembira dikelilingi orang-orang yang sedang dan sudah pun berjaya. 

Memang sesi buka mata betul. Kalau sebelum ni kita dimomokkan dengan “Anak Melayu yang malas bekerja”, tapi hakikatnya dekat luar sana masih banyak anak Melayu yang sedang berusaha melakar kejayaan.

Sepanjang sesi NUH, Richwork banyak buat perkongsian tentang anak-anak didik Dr Azizan yang sudah berjaya. 

Berjaya pecah telur bak kata orang business. Setiap orang istilah berjaya tu berbeza kan? Ada yang berjaya buat jualan 100 ribu pun dikira berjaya.

Jadi aku nak kongsikan antara anak-anak didik Dr Azizan yang berjaya melakar sejarah dalam bidang perniagaan:

 


MAMASAB BAKERY

Puan Siti Noor Sabrina sempat berkongsi pengalaman hidup yang berjaya menyentuh hati semua peserta. 

Kagum betul dengan semangat dan pencapaian dia yang nak senangkan ibu bapa. Berhenti kerja sebagai penjawat awam dan kemudian beranikan diri menceburi bidang perniagaan.

Mula masak dekat rumah je dan sekarang dah ada banyak cawangan menjual kek Mamasab Bakery dan satu persatu produk di bawah Mamasab berkembang.

 

MOHD NAJIB ASADDOK

Beliau ni terkenal di alam maya dan juga antara insan-insan yang mempelopori online business di Malaysia. 

7 tahun menuntut dengan Dr Azizan dan merupakan ahli Titanium pertama dan paling lama sedut ilmu Dr Azizan. Bermula dengan hanya 2 orang staf dan sekarang sudah memiliki 26 orang staff dan semakin dikenali ramai.

 

BAJU KURUNG HASNURI

Hasnuri diketuai oleh Encik Mohd Hasbullah Awang yang merupakan seorang guru dan dia ambil keputusan untuk fokus kepada perniagaan dan tekad menamatkan perkhidmatan di sektor kerajaan. Beliau dibantu oleh isterinya dan banyak berkongsi pengalaman business yang turun naik.

Hasnuri dikenali dengan baju kurung yang simple dan boleh dipakai oleh semua orang. Kualiti bagus dan harga pun berpatutan (RM50 sepasang sahaja), banyak juga kawan-kawan aku yang terlibat jadi agent Hasnuri ni.

BANTAL HOTEL DAG

Pernah tak lalu dekat highway (zaman sebelum PKP) nampak billboard lelaki pegang bantal? Bantal hotel katanya. 

Waktu program NUH ni pun En Das Abdul bawa bantal dia ke mana-mana. Bertukar kerjaya dari seorang Engineer kini usahawan berjaya. Antara anak didik Dr Azizan Osman yang berjaya dan merangkul banyak anugerah.




NURRAYSA BEAUTY

Puan Nur Aini Zolkepli iaitu pengasasnya yang bermula dengan duit modal RM500 yang dipinjam dari suaminya. Mula menjual sabun rumpai laut yang mendapat sambutan kemudian hadir ke kelas Dr Azizan untuk mencari mentor.

Sekarang satu Malaysia kenal NURRAYSA BEAUTY dengan produk kosmetik mesra wuduk pilihan wanita Muslimah.

 

KING’S CHAR KUEY TEOW

Aku tahu tentang King’s Char KueyTeow waktu bercuti dengan kawan-kawan dekat Ancasa Hotel Port Dickson. 

Malam tu kami ramai-ramai merayap cari makan untuk celebrate birthday kawan. Restoran dia luas, ada busking, ada pilihan menu yang banyak, servis laju, rasa pun boleh tahan walau bukan Char Kuey Teow terbaik pernah aku makan.

Kisah menarik tentang pemilik King’s Char Kuey Teow ni, Aizat Zulhailie Abu Bakar, dulu dia berniaga bawah pokok je tapi sekarang dah ada restoran yang besar boleh tamping sehingga 1,500 dalam satu masa.

 

Anak didik lain adalah seperti dibawah:

  • SABELLA
  • REMPAH MAK SITI
  • FAITH FLEUR
  • NOIR HEALTH AND BEAUTY
  • PUSAT TUISYEN TERATAK ILMU (PTTI)
  • EHATI INTERNATIONAL
  • HAYDA SCARFT
  • WARDROBE COUTURE
  • ESKAVIE
  • SAMBAL GARING CHE’NOR
  • JAMUMALL
  • WANYS FOOD
  • FESYEN NOR IDAMAN
  • GALERY BAWAL
  • CARMELITA
  • NOOR ARFA
  • ENG’S POPCORN

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi usahawan-usahawan yang berada di bawah bimbingan Dr Azizan. Kagum sebab mereka ni boleh komited dengan perjalanan masing-masing. 

Memang betul lah langkah tu, kalau nak berjaya kena ada impian, semangat dan mentor supaya tak langgar dinding.

Tak kisah dengan siapa kau orang berguru, yang penting hasil dia. Pilih lah guru yang bawa ke arah kebaikkan, yang bukan pilih berjaya di dunia sahaja.