Cara Kemaskini Borang Maklumat Murid Secara Online

Rodiah Amir
1

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah, masih ingat lagi tak yang setiap tahun cikgu akan edarkan borang maklumat murid. 

Borang ni ibu bapa akan isi dan kemudian murid akan serahkan kembali kepada cikgu untuk rekod simpanan. 

Seterusnya, cikgu akan kemaskini maklumat berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ibu bapa ke dalam sistem. Jumlah borang perlu di isi bergangtung kepada berapa ramai jumlah anak yang ada.

Sepanjang tiga tahun Ikhwan bersekolah, itu antara rutin awal tahun persekolahan yang wajib kami buat. 

Bagi ibu bapa yang ada anak lebih dari seorang pula akan isi borang yang sama berulang kali. Oh penat.


Cara Kemaskini Borang Maklumat Murid Secara Online

Tahu tak sekarang proses pengurusan maklumat murid sudah menjadi lebih mudah? Bermula Januari 2021 ibu bapa hanya perlu mendaftar dan mengemas kini maklumat secara online. 

Tujuan utama sistem ini diperkenalkan ialah untuk mengemaskini maklumat secara online dan tiada lagi pengisian maklumat berulang kali.

Dengan adanya sistem macam ni urusan nak mohon Sekolah Menengah Khusus. 

Semak Bantuan Kerajaan Yang Boleh Di Pohon






Panduan Kemaskini Maklumat Murid Untuk Ibu Bapa


Langkah 1:

1. Layari portal https://public.moe.gov.my/

2. Tekan sebagai pengguna baru dan isi maklumat yang dipaparkan bagi penjaga utama dan penjaga kedua

3. Cipta kata laluan mengikut spesifikasi yang diberikan.

4. Taip kod pengesahan yang tertera

5. Tekan butang daftar





Selepas pendaftaran berjaya, pergi semula ke laman utama dan masukkan kata laluan dan kata laluan yang dicipta.


Langkah 2:

Setelah daftar masuk, pilih “Kemaskini Profil Murid”

Boleh edit maklumat dan jika nama anak jagaan dan jika tidak tersenarai boleh hubungi guru kelas sekolah masing-masing.

1. Isi dan kemaskini maklumat:

2. Profile Anak Jagaan

3. Alamat Anak Jagaan

4. Maklumat penjaga

5. Asas kesihatan

 

Mengemaskini alamat anak jagaan yang terkini adalah penting. Surat menyurat kepada ibu bapa akan dihantar melalui alamat yang telah di isi di dalam SPS. Contoh surat amaran salah laku murid.

Ibu bapa juga perlu pastikan maklumat penjaga dikemaskini dari masa ke semasa atas tujuan urusan bantuan awal persekolahan iaitu mengemas kini gaji serta majikan bagi penjaga.

Perlu kemaskini nombor telefon serta majikan yang terkini untuk mudahkan cikgu untuk hubungi ibu bapa jika berlaku kecemasan. Setiap kali update maklumat kena tekan butang simpan.

 

Langkah 3:

Maklumat Kesihatan Murid

Ibu bapa perlu mengisi maklumat sejarah imunisasi kanak-kanak berdasarkan maklumat buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak. 

Catatkan tarikh dan tahun vaksin diberikan. Ibu bapa berhak untuk bersetuju atau pun tidak bersetuju untuk perkhidmatan kesihatan dan imunisasi.




Langkah 4:

Setelah mengemaskini kesemua maklumat yang diperlukan, jangan lupa untuk membuat perakuan maklumat sebagai langkah akhir menandakan kita sudah mengemaskini maklumat murid.

 


Akhir sekali ibu bapa boleh mencetak BMM untuk simpanan sendiri & rujukan di masa hadapan. Ulang langkah satu sehingga tamat untuk anak-anak jagaan yang lain juga. Mudah kan?


Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan