Jangan Banyak Ketawa Buruk Padahnya

Waktu aku kecil dulu, emak selalu pesan, " jangan banyak ketawa nanti menangis, buruk padahnya". Ayat itulah emak selalu ulang bila kami selalu lupa daratan bila bermain. 

Akhirnya memang jadi kenyataan bila berlaku kecederaan. Main tidak ingat dunia memang mendapatlah. 

Baiklah, sebelum aku menulis lebih panjang, aku nak ingatkan diri sendiri dan yang sedang membaca bahawa aku tiada kepakaran nak kupas, 


Jangan Banyak Ketawa Buruk Padahnya

Hak nak kondem atau nak kutuk pihak yang terlibat dengan isu/ perkara yang sedang hangat diperkatakan di internet sekarang. 

Aku menulis di ruangan peribadi di blog aku sebab aku rasa banyak perkara aku belajar dari apa yang telah berlaku kepada pasangan Selebriti Media Sosial (lelaki Melayu yang berkahwin dengan orang Korea) dan isu bekas Pengerusi Prasana yang baru-baru ni dipecat. 

Satu perkara yang aku boleh relate dengan dua incident atas ni ialah tentang ketawa tak kena tempatnya dan juga pepatah lama orang Melayu iaitu: kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. 

Bagi yang tak sure isu apa, kau orang google jelah eh. Tidaklah juga niat aku nak ketawakan orang yang sedang diberi ujian. 




Teringat Pesan Mak Bila Asyik Ketawa

Perkara pertama yang aku boleh relate dengan apa yang terjadi ialah aku teringat pesanan mak aku selalu sebut bila kami banyak ketawa or ketawa tak kira masa. 

Mak pesan: “Jangan ketawa lebih sangat, karang mendapat sakit dia” 

Lebih kurang macam tu lah amaran mak. Selalu kami adik beradik bergurau tak kira masa. Paling seronok bergurau time nak masuk Maghrib. 

Ha waktu tu lah ada yang kepala benjol, mulut berdarah atau pun kepala terhantuk. 

Masa tu jugalah mak aku akan keluarkan kata-kata hikmat beliau. 

“kan aku dah cakap, kau orang degil. Main lagi, bergurau lagi waktu Maghrib. Syaitan banyak keluar. Kau orang pun sibuk nak jadi Syaitan” 

Perghh.. makan dalam. 

One thing yang aku ingat sampai sekarang ialah, makin banyak kau ketawa makin banyak juga lah kau bakal keluarkan air mata. 

Aku bukan nak judge sesiapa dalam entri kali ni, cuma aku nak ingatkan diri sendiri yang agama Islam tak melarang pun untuk berhibur, ketawa gembirakan diri tapi semuanya ada batasnya. 



Setiap Perkara Ada Had Termasuk Ketawa

Bergurau ke, buat lawak ke kena lah ada had dia. Cuma yang selalu jadi dalam hidup, bila selalu sangat bergelak ketawa, buat lawak kurang bijak tabiat tu melekat dalam diri. 

Mulut pun jadi automatik celupar. Kan orang kata, mulut lebih tajam dari pedang. Wah banyak peribahasa aku kongsi dalam entri kali ni. 

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. – Dewan Bahasa Pustaka

Nabi SAW bersabda, Maksudnya: 

Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba. (Hadis Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanad hasan). 

Sesungguhnya, Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar bacaan al-Quran. 

Firman Allah SWT dalam surah an-Najm, ayat 59-61, mafhumnya “Adakah kamu hai musyirikin rasa hairan dengan ayat-ayat suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengranya dan kamu dengar dengan keadaan lalai.” 

Allah telah berfiman dalam surah al-Hujurat mafhumnya, ayat 11, 

“Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik daripada orang yang menghina. 

Janganlah wanita menghina wanita lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik daripada wanita yang menghina…”


Kesimpulan 

Apa yang berlaku semestinya ada hikmah. Marilah kita sama-sama ambil iktibar. Nasi sudah menjadi bubur, apa yang penting kita belajar sesuatu. Walaupun payah kita nak telan kebenaran dan bangkit semula (bagi yang diuji) tapi percayalah peluang tetap ada bagi mereka yang nak berubah. 


Nasi Impit Segera Guna Plastik Aiskrim

Masih lagi berada di bulan Syawal jadi mood bercerita tentang menu Raya tu masih ada. Memandangkan menu tahun ni ada kuah kacang jadi aku plan nak matchkan dia dengan nasi impit.

Teringat masa kecik dulu, mak selalu buat sendiri nasi impit. Masak nasi lembik kemudian tekan nasi dalam Loyang dan padatkan. Hempap dengan pemberat semalaman. Pagi Raya dah boleh potong dan makan.


Masak Nasi Impit Segera Guna Plastik Aiskrim

Bila ada keluarga sendiri aku beli ketupat instant atau nasi impit segera je. Tahun lepas suami rajin anyam ketupat, tahun ni mood tak datang pula.

Berdasarkan pengalaman sudah aku beli nasi impit segera jenama N dan nasi dia lembik. Frust ya alahai. Tahun ni aku memang tak beli pun so kena la buat sendiri.

Keluar pula kenyataan rasmi Adabi tentang ketupat Adabi lembik setelah dimasak. Mujur aku tak beli. Jadi aku ambil keputusan masak nasi impit guna plastic Aiskrim.




Nasi Impit Segera Guna Plastik Aiskrim

Berbaloi dicuba terutama untuk anda yang ahli keluarga tak ramai, dan yang terlupa nak rebus nasi impit di pagi Raya. 

Nak sediakan nasi impit segera ni pun mudah dan cepat. Dari segi rasa pun tak jauh beza. Bahan-bahan yang diperlukan ialah: Beras + Plastik Aiskrim Malaysia + Air

Caranya mudah je, isi beras yang dibasuh ke dalam plastik Aiskrim Malaysia. Anggaran setengah plastik kemudian ikat bahagian hujungnya macam ikat aiskrim tu.

Aku stapler je tapi sebab periuk aku sempit habis ada yang terburai nasi tu keluar. 

Nasi impit boleh dimakan bersama Kuah Kacang dan Rendang Daging aku guna perencah Faiza. Sedap. 




Kemudian cucuk plastik Aiskrim berisi beras dengan garpu. Tujuan dia supaya air dapat masuk bila kita rebus nasi impit.

Kemudian boleh rebus plastik Aiskrim berisi beras dengan air paip. Penting untuk guna periuk yang besar supaya nasi impit oleh mengembang dengan elok.



Agak-agak nasi dah kembang dah boleh angkat dan sejukkan. Anggaran dalam setengah jam juga lah. Kemudian boleh lah dipotong.


Selamat mencuba. 

Kemalangan Tergunting Telinga Waktu Gunting Rambut

Kisah kemalangan tergunting telinga waktu gunting rambut jadi dekat diri sendiri masa 6 Ramadan lepas. 

Bila ingat semula memang terasa ngeri, tapi tetap nak kongsi sebagai panduan di masa akan datang. Harapnya tidak lah aku alami lagi pengalaman ngeri melibatkan darah ni. 

Aku penakut darah, tak suka jarum suntikan, dan boleh kena panick attack kalau nampak kemalangan depan mata. 

Berbalik kepada cerita tergunting telinga, kisahnya bermula pada tengahari Ramadan ke enam. 

Sehari sebelum tu aku ada minta suami guntingkan rambut sebab aku tak selesa rambut aku dah panjang.



Kemalangan Tergunting Telinga Waktu Gunting Rambut 


Memang sebelum ni suami lah menjadi tukang gunting rambut aku dan anak-anak. Tambahan pula waktu PKP ni, memang payah nak jumpa salon Muslimah yang beroperasi. 

Aku dah survey sebelum tu tapi memang tak available. Pilihan terakhir minta bantuan suami, lagipun sebelum ni okey je dia gunting. 





Kejadian Sebelum Tergunting Telinga

Aku ingat lagi masa tu semua berjalan seperti biasa, anak-anak tenang tengok TV, cuaca pon cantik. 

Oh ya suami potong rambut aku masa tu kami duduk di beranda rumah sambil dengar lagu raya. Kejadian berlaku pada pukul satu petang macam tu. 

Dijadikan cerita elok lepas aku tunjuk contoh rambut penyanyi Shima dalam video klip raya, masa tu telinga aku dah tergunting. Adoi. 

Aku sempat menjerit sambil pegang telinga. Masa ni tak sakit tapi lebih kepada takut nak tengok apa jadi dekat telinga. Aku rasa ngilu masa cerita ni. 

Oh sebelum ni kalau nak gunting rambut, aku pernah ke beberapa Salon Muslimah sekitar KL macam dekat bawah ni: 

Salon Siti Alzahrah   |  SCENTUAL BEAUTY   |   AFIYA Muslimah Salon



Kronologi Tergunting Telinga Isteri

Aku dah start panik. Suami apatah lagi. Bersalah semua ada. Yes, gunting besi tu tajam gais. Aku masuk rumah cuba digest apa jadi, berdiri depan cermin dan evaluate tahap kecederaan. 

Tak boleh jadi sebab darah start mengalir, tak menitik tapi non-stop keluar. Terus sarung baju pakai tudung ajar suami ke klinik. Kami tawakal tinggalkan anak-anak di rumah, pesan dekat si abang jangan bergaduh.  

Dekat rumah dah menggelupur call klinik tanya advise patut ke hospital terus atau rujuk klinik dulu. Waktu Covid ni elok call sebelum terjah. After servey beberapa klinik yang dapat rating bagus suami terus drive ke klinik. 

Aku jalan masa ni senget dah. Oh ya yang luka telinga sebelah kiri. Memang aku pegang tudung supaya tak terkena bahagian luka yang terbuka. 

By the way, luka aku ni agak besar sebab kulit bahagian atas cuping aku terpotong habis. Ngeri lagi ni. klinik pertama aku pergi agak slow process dia jadi aku tak tunggu lama pergi ke klinik Siti di Taman Melawati. 

Syukur sangat-sangat doktor baik, customer service pon cepat. Doktor agak terkejut dengan bahagian luka tapi dia tak boleh jahit since besar sangat. Bahaya dan perlu khidmat pakar untuk decide. 

Kalau dia jahit juga boleh datangkan risiko. Lagipun bahagian telinga mana ada banyak kulit nak tarik dan saraf dekat telinga is complicated. 

Doktor sediakan referral letter dan kami ke Hospital Tawakkal. Dalam surat mention ke bahagaian Emergency dan doktor letak remark keluasan luka lebih kurang 5cm. 





Rujukan Ke Hospital Tawakkal

Dekat klinik Siti aku sedikit tenang tapi tekanan darah agak tinggi. Mana tak tinggi aku cuak weh. Doktor buat dressing dan beri ubat stop darah. Dia kata kalau tangguh ke klinik dan lambat jumpa doktor takut lagi teruk. 

Selesai dapat rawatan kecemasan kami terus ke Bahagian Emergency Hospital Tawakkal dekat Jalan Pahang. 

Masa tu waktu dah pukul 2 lebih. Aku minta bantuan adik aku untuk jagakan anak-anak. Dalam otak risau kena admit je. Syukur Allah permudahkan segala urusan. 

Kami sampai di Hospital Tawakkal pada pukul tiga petang. Sebelum terima rawatan kami disuruh daftar dan seperti biasa kena scan MySejahtera, isi form. 




Bahagian kaunter advise untuk buat deposit terlebih dahulu incase doktor suruh admit wad. Kalau tak perlu admit, duit akan dipulangkan kemudian. Urusan smooth sangat. Cuma cuak sebab kami lalu dia kawasan orang menunggu untuk buat swab test Covid. 

Masa register sekali lagi kena ambil tekanan darah dan disuruh cerita kejadian. Ulang balik apa berlaku. Tak lama menunggu, doktor lelaki berbangsa Cina masuk bilik rawatan. 

Dia tengok, belek-belek dan kemudian beri arahan dekat nurse supaya cuci dan balut luka. Sekali lagi aku hadap benda yang aku tak suka. 

Menurut doktor (apa aku faham), tak perlu jahit memandangkan luka tak dalam dan tak terkena isi, Cuma yang teruk hanyalah bahagian luar luka, kulit yang terpotong agak besar kawasan dia. Kalau jahit nanti buruk lah agaknya. 

Nurse yang berikan rawatan pada aku pun tak sengaja luahkan rasa ngeri dia. Aku yang terbaring terima rawatan ni apatah lagi rasa ngilu bila luka disentuh. 

Masa ni bersyukur tak serius sangat tapi aku agak kecewa tak dijahit. Aku benci tengok luka tu terbuka. Nampak isi. Mungkin doktor tak nak cacatkan telinga aku jadi redha jelah. 

Waktu rawatan aku juga diberi suntikan kancing gigi sebab aku luka disebabkan gunting besi. Walaupun besi tu tak berkarat tapi sebagai langkah pencegahan kena la cucuk. 

Last kena cucuk kancing gigi ialah masa mengandungkan Airis. Ibu-ibu faham kot perasaan dia, suntik kancing gigi menyakitkan ya, tangan lenguh beberapa hari dan sakit bila nak angkat tangan. 

Selesai urusan, dah masuk waktu Asar baru kami sampai rumah. Hospital bekalkan ubat cuci luka dan ubat tahan sakit. 

Doktor pesan kalau demam, luka bernanah kena cepat-cepat refer doktor. Balutan di telinga kena buka selepas 24 jam supaya bahagian luka kering. Jumlah bil rawatan ialah RM190.30. 




Balik dari hospital suami sempat singgah di Param beli juadah berbuka. Walaupun cedera puasa aku masih terjaga. Alhamdulillah. 

Malam tu kami berbuka berdua. Anak-anak berbuka dengan adik aku dekat rumah kakak aku di Puncak Alam. 

Bahagian paling seksa ialah nak cuci luka dan juga solat. Aku solat dengan kepala teleng sebelah kiri. 

Memandangkan suami aku seram nak cuci luka, anak aku yang sulong banyak bantu aku. Terpaksa harapkan dia. 

Hari kedua dan ketiga aku menangis waktu cuci luka, 3 hari aku mandi tapi tak cuci rambut. Kena pastikan luka tak kena air supaya cepat kering. Seksanya Tuhan je yang tahu. 

Suami banyak kali minta maaf sebab dia tak sengaja. Reaksi aku? tak ada perasaan ya. Aku faham situasi kejadian jadi aku tak salahkan suami. Cuma aku jadi trauma. 

Ujian Allah hantar tanda sayang. Aku bangga dengan diri sebab aku kekal tenang beri arahan di waktu kecemasan. Paling penting aku tak panik dan aku tak marah. 

Banyak pengajaran aku dapat disebabkan kejadian ni, aku belajar panik tak mendatangkan faedah. Paling utama kuasai diri dengan betulkan teknik bernafas. Bernafas dengan betul dapat bantu kita berfikir dengan waras. 

Apa pun, luka telinga aku sembuh selepas seminggu. Pantang? Tak aku tak pantang makan pun. kesan dia cuping telinga aku bahagian atas ada kesan (lari sikit bentuk dia) dan masih lagi ngilu dan ada rasa sakit mencucuk. 

Sampai sekarang bahagian kulit, terutama kesan luka tu selalu tiba-tiba gatal. 

Kejadian Kemalangan LRT Kelana Jaya Bertembung

Rasa nak gugur jantung lepas baca berita kemalangan LRT laluan Kelana Jaya bertembung pada pukul 8.30malam tadi. Ramai pula tu mangsa terlibat. 

Tak terbayang ketakutan tu. Kemalangan pertama kali berlaku sepanjang aku hidup dan juga pertama kali dalam sejarah LRT beroperasi di Malaysia. 

Mengikit laporan berita Astro Awani, sejumlah 166 orang penumpang cedera ringan dan 47 orang disahkan cedera parah. 

Aku sempat baca comment di Facebook Oh Media, daripada 47 yang cedera parah tu ada 15 orang penumpang yang kritikal.


Kejadian Kemalangan LRT Kelana Jaya Bertembung

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Firman Allah SWT;

لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Surah Al-Baqarah: 286

Ikut laporan berita yang aku baca, kejadian berlaku akibat pertembungan tren dari Stesen Kg Baru dan Stesen KLCC. 

Tren dari Gombak adalah automatik dan mengalami masalah teknikal. Tren dari Kg Baru tu adalah tren kosong.

Setakat ni punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis. Berat ujian kami Ya Allah. Sayu hati rasa. Tatkala kita sedang diuji dengan angka kematian Covid yang semakin tinggi, kita di uji lagi dengan berita kemalangan ini. 




Laluan LRT Kelana Jaya Laluan Ke Tempat Kerja

Dapat aku bayangkan rasa cemas dan takutnya bila berada dalam tren dan berlaku kemalangan. Tiga tahun lepas itu lah rutin harian aku. 

Pagi petang berebut naik tren ke tempat kerja. Dah jadi pengangkutan utama. Risau hati. Suami aku juga menaikki tren sebagai pengangkutan ke tempat kerja. 

Rezeki Tuhan aturkan, hari berlaku kemalangan merupakan giliran dia bekerja dari rumah, jadi tak perlu ke pejabat. Esok giliran dia ke office aku tiba-tiba jadi takut nak biar dia naik tren.

Tapi kemalangan tu boleh berlaku di mana-mana kan?





Pengalaman Kemalangan Tren Berhenti Mengejut

Aku sendiri dah banyak kali alami pengalaman tren berhenti secara mengejut. Masa tu ada penumpang yang terpelanting, ada yang terduduk jatuh dan paling aku ingat aku pernah terperangkap dalam kemalangan kecil tren berhenti mengejut.

Tapi masa tu tidak lah serius seperti kejadian malam ni. Tren terpaksa berhenti dan pintu dibuka secara manual. Waktu tu kejadian berlaku di stesen KLCC.

Merangkak lah kami penumpang keluar sebab tren berhenti dekat terowong di tengah-tengah landasan. Masa tu tiada yang serius, Cuma cuak tu tak boleh nak cakap lah.




Sudah menjadi tabiat, apabila menaiki tren memang tak lupa akan baca doa naik kenderaan dan ayat Qursi. Kejadian kemalangan sehingga melibatkan kecederaan aku selalu bayangkan berlaku dalam cerita drama je.

Terbayang kalau kaca tren tu pecah dan terkena tubuh badan. Kalau terhantuk di besi dan tempat duduk alangkah ngerinya. Katanya salah seorang mangsa merupakan ibu mengandung. Allahuakbar.

Semoga semua penumpang yang teribat diberi kekuatan untuk menempuh ujian yang Allah beri. Diangkat kesakitan mereka dan diberi kesembuhan.