Raya Aidilfitri 2022 Penuh Kejutan, Tiba-Tiba Je Raya

Alhamdulillah Selamat Hari Raya korang. Tahu-tahu tiba-tiba je dah raya kan? Lagi seronok tahun ini Raya awal dari biasa. Memang bersilat kami adik beradik dekat dapur malam Raya tu.

Memang rare sebab jarang berlaku raya awal macam tahun ni. Ikut apa emak kata, memang pernah berlaku Raya awal dari jangkaan.

Maksudnya tak cukup 30 hari berpuasa kita dah raya. Berlaku beberapa puluh tahun yang sudah. Memang rezeki tahun ini setelah dua tahun Raya PKP, tak dapat beraya bersama kita akhirnya dapat berkumpul dan beraya sama-sama.


Raya Aidilfitri 2022 Penuh Kejutan, Tiba-Tiba Je Raya

Ingat lagi Raya tahun 2020, raya pertama di perantauan memang sedih sangat. Lagi sedih semua persiapan kena buat sendiri.

Raya-Aidilfitri-2022


Menu Hari Raya Aidilfitri 2022

Memandangkan keluarga kami besar dan tahun ni semua balik beraya di kampung jadi kami tetapkan pembahagian tugas berdasarkan menu yang dicadangkan oleh emak.

Sebelum tu kutipan tabung makan raya telah pun dibuat untuk menampung kos pembelian bahan mentah. Memang begitulah kalau keluarga besar.

Tahun ini emak teringin nak makan Nasi Arab, ketupat palas, rendang ayam daging dan menu pada hari raya kedua ialah mi kari, nasi Imipit kuah kacang dan malam tu kami buat BBQ.

Masing-masing secara sukarela pilih menu yang akan dimasak dan beli bahan-bahan yang diperlukan dan kami masak bersama-sama di kampung.

Ikut pengalaman memang kena beli bahan-bahan kering dari rumah masing-masing sebab tak mahu bersesak mencari barang di kampung.


menu-pagi-raya-aidilfitri

 

Giliran Raya Pertama Di Pahang

Masih menggunakan konsep giliran raya, tahun ini adalah tahun beraya di Pahang iaitu kampung aku. Paling teruja semestinya anak-anak sebab tak sabar nak jumpa sepupu sepapat seramai 22 orang tu.

Tahun ni Raya pertama semua adik beradik seramai 10 orang balik rumah emak. Memang meriah dan penuh rumah.

Semua adik beradik aku dah berkahwin dan ada anak kecuali adik bongsu je. Tengah tunggu jodoh sampai katanya. Jom aminkan adik aku bertemu jodoh yang baik.

Tahun ini raya lebih santai sebab masing-masing dah buat persediaan awal. Tinggal nak masak sahaja. Lepas dengar pengumuman Raya kami sempat main bunga api dan lepas tu baru kami masak rendang dan rebus ketupat.


Reunion-Raya


Hari terakhir puasa, kami tak masak untuk berbuka tetapi hanya beli juadah dari bazar Ramadan sahaja sebab tenaga nak masak memang tiada.

Subuh esoknya kami mula masak nasi Arab. Segala persiapan kami buat sama-sama jadi kerja tu jadi cepat dan mudah.

Raya pertama kami balik kampung sebelah arwah abah. Pakcik dan makcik masih ramai berada di kampung jadi kena la tunjuk muka. Bila tengok muka pakcik teringat arwah abah.

Raya kedua kami hantar wakil ke perjumpaan keluarga sebelah emak di Bahau. Malang tak berbau, aku cirit birit di petang Raya.

Kebetulan aku sibuk siapkan barang-barang untuk mini sukaneka Hari Keluarga Puan Samiah. Jadi aku berehat di rumah sahaja.  


Raya-Aidilfitri-2022-balik-kampung

Sambut Raya Ketiga Di Melaka

Pada hari Raya ketiga masing-masing dah mula bergerak menuju rumah mentua. Hari ketiga selepas terima kunjungan sanak saudara kami memulakan perjalanan ke Melaka.

Jalan raya agak sibuk dengan kenderaan dan syukur sangat anak-anak tidak meragam. Raya diteruskan lagi dengan mentua dan ipar duai.

Seronok dapat makan ketupat, rendang dan masakan emak mentua. Maklumlah dekat rumah sendiri tak sempat merasa semua tu sebab sibuk memasak. Dah penat memang hilang selera nak makan.

Sayangnya dekat Melaka kami tak sempat ambil gambar. So tiada la gambar dengan keluarga sebelah suami. 

Kami ambil keputusan untuk balik ke KL pada Raya ke lima sebagai langkah untuk elak kesesakkan lalu lintas. Syukur walaupun kenderaan banyak tapi perjalanan sangat lancar.

Kami kembali ke dunia nyata setelah seminggu lebih cuti Raya. Segala perancangan cuti turut berubah disebabkan tarikh raya Aidilfitri berubah.

Macam tahun sebelumnya keadaan trafik amatlah teruk, malah ada yang kata tahun ni lebuhraya lebih sesak berbanding tahun sudah.

Almaklumlah semua lepas geram beraya setelah dua tahun tak dapat beraya dengan meriah.


Kesimpulan

Walaupun Raya tahun 2022 penuh dengan kejutan dan drama tapi kami bersyukur sangat sebab semua dapat balik beraya.

Dapat makan makanan sedap, pakai baju baru, dapat jumpa adik beradik dan sanak saudara. Paling penting dapat cium tangan emak dan mohon maaf di pagi raya. Itu paling utama.

 

Raya 2022 – Shopping Raya Last Minute

Insha Allah kalau ikut kiraan kalendar, kita bakal sambut Raya 2022 pada 3 Mei bersamaan dengan hari Selasa.

Setelah dua tahun tak dapat balik kampung beraya bersama keluarga, akhirnya kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia merentas negeri. Syahdu betul teringat memori raya PKP jauh di perantauan.


Raya 2022 – Shopping Raya Last Minute 

Semestinya apabila dibolehkan balik kampung maka tahun ni ramai yang shopping sakan untuk bergaya di hari raya.

Mana-mana tempat semua sama, penuh dengan manusia. Kurang seminggu lagi Ramadan bakal meninggalkan kita. Boleh dikategorikan sebagai last minute shopping Raya kiranya. Sana-sini penuh dengan orang.

 

Shopping-Raya-Last-Minute

Meriah Last Minute Shopping Raya 2022

Tradisi pakai baju sedondon satu keluarga di pagi raya diteruskan lagi pada Syawal kali ini. Berbeza dengan tahun lepas, kami memang recycle pakai baju yang ada sahaja.

Maklumlah tak menziarah mahupun balik kampung jadi cukuplah pakai apa yang ada sahaja. Untuk tema raya tahun ini, kami pilih untuk bergaya dengan warna hijau.

Semestinya segala persiapan nak sambut Raya kami akan buat sama-sama, tetapi aku akan pastikan senarai semak Raya diselesaikan sebelum balik kampung. 

Kisahnya, aku dah beli baju raya secara dalam talian di Shopee, cuma nak beli tudung untuk lengkapkan baju raya.

Tetapi disebabkan penjual pandai umpan suami dan tunjukkan baju set sedondon ibu dan anak terus suami suruh beli lagi sepasang.

Jangan orang confuse aku dengan pokok bunga sudahlah. Belikan anak-anak perempuan baju kurung moden dan kurta untuk anak lelaki.

Syukur sangat dalam satu tempat kami berjaya beli baju kurung anak-anak sedondon dengan baju aku, baju kurta untuk suami dan anak lelaki.

Dapat juga sehelai dua tudung dan kasut raya. Walaupun dah berlambak tudung ada dekat rumah tapi masih beli lagi dengan alasan takut tak match dengan baju baru. Cliché sangat alasan.

 

Selamat-Hari-Raya-2022


Trend Baju Raya 2022

Syukur tahun ni tak banyak drama sepanjang proses pencarian kelengkapan raya. Anak-anak behave dan bersemangat sebab nak cari tudung raya.

Trend baju raya tahun 2022 yang aku perhati kan ialah dari segi rekaan semuanya simple je. Berbanding tahun-tahun sebelum PKP orang akan pakai baju raya rekaan macam pergi fashion show.

Tahun ni aku lebih bertolak ansur dengan suami. Apa suami cadangkan semua aku ikutkan. Ternyata kurang sakit kepala. Aku cuma terangkan apa yang aku nak dan suami pilih.

Orang memang ramai, jadi kena bijak atur pergerakkan dan tak boleh pentingkan diri. Paling penting kena jaga emosi anak kecil, baru urusan jadi mudah.

Rasanya disebabkan usia dah meningkat, anak-anak jadi keutamaan kami. Kiranya kami sebagai ibu dan bapa ini sekadar melengkapi gaya anak-anak.

Anak-anak gembira, suami senang hati dah cukup bagi aku. Harapnya perasaan itu kekal sampai bila-bila hendaknya.

Sempena Syawal yang bakal menjelma, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog Rodiah Amir. Kepada yang mengenali, pernah bersua muka mahupun tidak.

Aku susun sepuluh jari mohon ampun maaf atas ketelanjuran dalam berkata-kata. Maaf kalau ada kata-kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan.

Jaga diri semua.

 

Jimat Banyak Dengan Aplikasi Marrybrown, Memang Berbaloi-Baloi

Baru-baru ini Marrybrown mengumumkan yang mereka telah pun melancarkan aplikasi baharu mereka iaitu Aplikasi MB.

Ianya boleh dimuat turun secara percuma dan tersedia di Google Play Store dan juga Apple Store. Sebagai peminat bubur ayam pedas Marrybrown mestilah aku pun turut teruja bila dah ada MB Ap ni.


Jimat Banyak Dengan Aplikasi Marrybrown, Memang Berbaloi-Baloi

Antara tawaran menarik yang ada seperti Marrybrown's Crispy Chicken dijual pada harga RM1 sahaja. Memang jimat banyak dan semestinya berbaloi-baloi. 

Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi tawaran menarik yang ada seperti Chicken Burger, MB Kiddy Meals, dan Nasi Lemak MB. 

Kami suka singgah ke Marrybrown dalam Melawati Mall, waktu tu cuba Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat. Berpeluh makan. 


Makan-murah-guna-aplikasi-Marrybrown


Cara Tebus Tawaran Di Aplikasi Marrybrown

 

(KAEDAH 1)

Bahagian Tawaran pada tab Laman Utama:

1. Pada halaman utama, klik pada tawaran yang anda minati

2. Sebaik sahaja anda mengklik pada tawaran yang dipilih, anda akan melihat penerangan lanjut mengenai tawaran yang dipilih.

3. Tekan 'redeem'

4. Lihat tawaran yang ditebus di bawah 'Ganjaran Saya'

5. Tekan tawaran yang dipilih dan tunjuk kod QR di cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian untuk menebus makanan anda.

 

Tawaran-jimat-Aplikasi-Marrybrown

(KAEDAH 2)

Tab Tawaran:

1. Pergi ke ‘Tawaran’ dan pilih tawaran yang anda minati

2. Sebaik sahaja anda mengklik pada tawaran yang dipilih, anda akan melihat penerangan lanjut mengenai tawaran yang dipilih.

3. Tekan ‘redeem’

4. Lihat tawaran yang ditebus di bawah 'Ganjaran Saya'

5. Tekan tawaran yang dipilih dan kilat kod QR di cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian untuk menebus makanan anda.

 

redeem-Aplikasi-Marrybrown


Kumpul & Tebus Mata Ganjaran Aplikasi Marrybrown

Bila korang dah muat turun aplikasi Marrybrown jangan lupa untuk daftar akaun supaya nanti boleh kumpul mata ganjaran bila berbelanja.

Untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, pengguna Aplikasi MB akan menerima 1 mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus produk percuma.

Bukan tu je, Marrybrown memberi diskaun istimewa sempena bulan kelahiran peminat mereka sebanyak 40% dan banyak lagi ganjaran lain.



Ayam-1-ringgit-Marrybrown



Jadi jangan buang masa dan muat turun aplikasi Marrybrown hari ini juga. Kena cepat rebut tawaran menjimatkan dan semestinya berbaloi-baloi.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi mereka melalui saluran dia bawah:

 

Laman web: https://marrybrown.com/

Aplikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com/

Cawangan terpilih: https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets/

Facebook: MarrybrownMalaysia 

Instagram: Marrybrownmy 

Twitter: MarrybrownMY 

 

KITKAT Berkongsi Rezeki Dengan Rumah Kebajikan Sempena Ramadan

Perkara yang baik haruslah di kongsi dengan orang lain. Bersempena bulan Ramadan dan Syawal yang mulia, KITKAT mengajak penggemarnya berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Sinonim dengan bulan keberkatan, kedatangan bulan Ramadan dan Syawal mengalu-alukan nilai-nilai murni seperti saling berkongsi dan menyayangi, serta sifat sentiasa bersyukur.


KITKAT Berkongsi Rezeki Dengan Rumah Kebajikan Sempena Ramadan

Bulan yang suci ini sering disambut bersama mereka yang tersayang oleh orang Muslim di seluruh dunia, selain menggalakkan sifat-sifat murni buat diri sendiri dan juga orang di sekeliling kita.

Rezeki-dikongsi-bersama-Raya-bersama-Kitkat


Dalam usaha untuk terus mengukir senyuman, KITKAT ingin berbuka puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama para penggemarnya pada musim perayaan ini.

KITKAT menghayati kebaikan Ramadan melalui kempen #RezekiDikongsiBersama yang akan berlangsung di seluruh negara mulai 1-April hingga 31-Mei 2022.

Sepanjang tempoh ini, dengan setiap pembelian pek KITKAT, RM0.10 akan didermakan kepada rumah kebajikan terpilih, termasuklah Yayasan Food Bank Malaysia, Dignity for Children Foundation dan EPIC Homes.

 

Beli-Kitkat-dan-derma


Kerjasama Kempen KITKAT Rezeki Dikongsi Bersama

Kempen #RezekiDikongsiBersama turut memacu #SupportLokal melalui kerjasama dengan dua perniagaan tempatan.

Salah satunya ialah “BINGKA”, sebuah jenama reka bentuk yang unik berasaskan budaya Malaysia. Kolaborasi ini bakal membawakan barangan eksklusif BINGKA x KITKAT yang istimewa untuk dijual sempena berlangsungnya kempen ini, termasuk sebuah balang kaca Luminarc KITKAT rekaan BINGKA.

bingka.kl


Perniagaan kedua pula ialah "Sugar and I", sebuah kedai roti disukai ramai yang akan menjual bombolini berperisa KITKAT.

sugarandi-bombolini


Sejajar dengan misi kempen, kedua-dua rakan kongsi hebat ini akan turut mengambil bahagian untuk mendermakan seperatus daripada jualan mereka sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Yayasan Food Bank Malaysia pula mengagihkan bantuan makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik manakala Dignity for Children Foundation sedang berusaha untuk membasmi kitaran kemiskinan dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar melalui pendidikan berkualiti.

EPIC Homes pula membantu mempertingkatkan taraf hidup dengan membina dan menyediakan tempat perlindungan, dengan tumpuan khas buat masa ini terhadap komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

 

unboxing-Rezeki-dikongsi-bersama-Raya-bersama-Kitkat

“Sebagai sebuah jenama coklat kesukaan rakyat Malaysia, kempen ini merupakan satu cara kecil untuk kami melibatkan diri pada musim perayaan yang cukup bermakna ini.

Pertubuhan-pertubuhan kebajikan ini telah dipilih atas usaha murni yang mereka lakukan serta teladan baik yang dipamerkan. Sumbangan melalui kempen ini diharap akan dapat menyokong program-program mereka di masa hadapan dan membawakan lebih kebaikan buat masyarakat yang memerlukan”

Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan

(Unit Perniagaan Konfeksi, Nestlé Malaysia & Singapura)

 

Produk KITKAT Edisi Raya

KITKAT meraikan perayaan ini bersama para penggemarnya menerusi keluaran produk Edisi Raya dengan reka bentuk perayaan baharu menghiasi bungkusannya.

Produk-produk istimewa inspirasi Raya ini termasuk Balang Kaca KITKAT Luminarc dengan 2 Beg Kongsi Mini KITKAT, Pek Pelbagai Perayaan KITKAT 4F 3+1, Sarung Perayaan Beg Kongsi KITKAT 12s dan Sarung Raya KITKAT Senses.

Rezeki-dikongsi-bersama


KITKAT juga menawarkan cara baharu untuk anda berkongsi keseronokan Raya!

Tunjukkan bagaimana anda Berkongsi Rezeki menggunakan filter #RezekiDikongsiBersama, dan jangan lupa saksikan video muzik Raya mereka serta hantarkan ucapan Raya kepada orang tersayang melalui KITKAT E-greeting.

#KITKATEasyRecipeasy

Terokai kreativiti di dapur pada bulan Ramadan dan Syawal ini. KITKAT menjemput para peminatnya untuk mencuba resipi-resipi yang sesuai untuk musim perayaan ini.

 

KITKAT Nestum Cookie Cups 

KITKAT Kuih Cara Manis Pandan 

 

Video baharu #KITKATEasyRecipeasy akan disiarkan di https://www.youtube.com/KitKatMalaysia

Lawati https://www.facebook.com/kitkatmalaysia atau https://www.dearnestle.com.my/ untuk maklumat lanjut.