Ayam Hot-Ah, Menu Tahun Baru Cina di The Chicken Rice Shop

Masih lagi dalam mood merayakan Tahun Baru Cina. Huat-ah! Kalau ikut kalendar Cina, tahun 2023 merupakan Tahun Arnab.

Sempena meraikan ketibaan Tahun Arnab dengan penuh keriangan, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah memperkenalkan menu terbaharu mereka, iaitu Ayam Hot-Ah.


Ayam Hot-Ah, Menu Tahun Baru Cina, The Chicken Rice Shop

Menu Ayam Hot-Ah dipilih kerana melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina dengan limpahan perisa dan kelazatan yang memukau.  


Ayam-Hot-Ah-The-Chicken-Rice-Shop

Pastinya memikat citarasa rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga, sesuai pada musim perayaan.

Untuk korang yang nak cuba, masih sempat lagi sebab menu limited edition dari TCRS ni tersedia sehingga 28 Februari 2023 tau.

Diah sendiri dah rasa & rasa pedas dia bukanlah di tahap maksima jadi sesuai untuk semua kalau nak cuba.


Menu-Tahun-Baru-Cina-the-Chicken-Rice-Shop



Apa yang anda akan dapat jika pesan menu Ayam Hot-Ah?  

TCRS sediakan tiga set berbeza untuk dipilih sama ada anda ingin menikmati hidangan baharu ini bersendirian atau mahu berkongsi bersama yang tersayang.

Dalam menu Ayam Hot-Ah, anda akan dihidangkan dengan ayam yang disempurnakan dengan adunan lazat kuah berperisa pedas, dan digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang.

ayam-hot-ah

Menurut Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa dalam hampir setiap budaya, makanan yang berbeza mempunyai maksud simbolik yang berbeza.

Sebagai contoh, dalam isi rumah kaum Cina, ayam sering dikaitkan dengan kemakmuran dan tuah, oleh itu, hidangan ayam biasa disediakan untuk jamuan makan besar Tahun Baru Cina.

“Selain daripada menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami.

Kah Yong yakin pelanggan pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini dan TCRS sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan mereka.

Ayam-Hot-Ah-TCRS


Cabaran Ayam Hot-Ah The Chicken Rice Shop Untuk Tahun Baru Cina

Sebagaimana frasa Yam Seng sering digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi majlis, kami mendatangkan sesuatu yang berbeza dengan frasa “Hot-Ah” yang berteraskan nilai yang sama, iaitu nilai kepelbagaian.

Untuk meningkatkan lagi keriangan perayaan tahun baru, TCRS mengajak para pelanggan mereka untuk mengambil bahagian dalam cabaran ‘Ayam Hot-Ah’.

Cara dia mudah je. Peserta harus merekodkan jeritan “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif.

Kemudian ikut arahan seperti gambar di bawah. Sertai sekarang  dan berpeluang memenangi baucar sedapZ TCRS!

contest-Ayam-Hot-Ah-The-Chicken-Rice-Shop


Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Hot-Ah dan Cabaran Ayam Hot-Ah, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook TCRS 

Tak Boleh Balas Komen Di Blog Sendiri

Buat kali ke berapa entah masalah kotak komen blog berlaku lagi. Diah sebagai pemilik blog tak boleh balas / reply komen yang ditinggalkan pembaca.

Terima kasih kawan-kawan blogger yang blogwalking dan sudi tinggalkan jejak. Niat hati nak reply komen anda tapi tak boleh.

Diah dah cuba balas komen menggunakan laptop mahupun telefon tapi hasil dia sama je. Tapi jangan risau, yang datang tinggalkan komen Diah dah balas kunjungan.

Mana yang belum sempat nanti Diah blogwalking satu persatu ya.


UPDATE: DAH JUMPA CARA ATASI MASALAH TAK BOLEH BALAS KOMEN


Tak-boleh-komen-blog-sendiri


Masalah Tak Boleh Balas Komen Di Blog Sendiri

Berbalik pada isu masalah tak boleh balas komen, Diah pun pening. Tak pasti ianya masalah disebabkan template blog, setting blogspot atau Google Chrome (Disable atau Block 3rd-Party Cookies).

Bila melibatkan teknikal ni memang Diah angkat tangan. Tiada kepakaran dalam bidang tu tapi diakui seronok belajar.

Apa yang peliknya ialah Diah boleh padam komen tapi tak boleh reply. Sudah cuba tengok setting mana yang patut tapi belum jumpa jawapan.

Kebarangkalian punca-punca yang Diah senaraikan dekat atas tu pun Diah dah semak tapi masih tak selesai.

 

Tak-boleh-komen-di-blogspot

Tak Boleh Komen Di Blog Sendiri

Dari tahun lepas lagi blog Diah ada masalah pembaca tak boleh tinggalkan komen jika menggunakan mobile atau pun tablet.

Hanya boleh komen bila gunakan laptop ataupun desktop. Banyak betul dugaan ya. Lapang dada je sekarang ni.

Pernah juga terfikir mungkin sebab guna template free jadi masalah ni timbul. Tapi tidak ya. Diah dah pernah guna template berbayar dan template free. 

Sama je rasanya pengalaman tu. Masalah tak boleh komen masih belum selesai.


Kena Tukar Template Blog

Tengok keadaan jika berlarutan rasanya bakal tukar template blog lagi agaknya. Jika di ikutkan, tahun 2022 paling banyak hadap masalah dengan template blog berkaitan kotak comment.

Nak tukar banyak pula kerja nak buat. Nak cari template yang sedap mata memandang, tak berat dan responsive SEO memang ambil masa dan tenaga.

Sehingga hari ni Diah berpuas hati dengan performance blog. Baik dari segi kelajuan, structure blog dan juga broken link. Checklist Tukar Template blog

Diah pantau guna GMetrix, Diah ada kongsi cara semak performance blog sebelum ni. Ada blogger buat perkongsian kalau nak real result dari Gmetrix, kena sign in dan pilih Test Server Location: Vancouver, Canada (bukan China).

 

gmetrix

Mungkin result validity ia lebih tepat agaknya. Nak clearkan broken link yang tak pernah habis Diah masih setia guna cara yang Diah pernah kongsi dulu.

broken-link


Kesimpulan

Harapnya masalah tak boleh balas komen dan tak boleh komen di blog sendiri dapat diselesaikan. Kalau ada kawan blogger yang hadapi masalah yang sama boleh lah kongsi pengalaman ya.

Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband

Giveaway pertama untuk tahun ini kita support rakan blogger yang baru je Diah kenal. Tahu tetang giveaway dari rakan-rakan blogger juga. 

Sempena menyambut ulangtahun Perkahwinan ke -23, CikNur ada buat giveway simple. Semestinya seronok juga kalau turut serta. 

Kawan-kawan yang nak sertai sekali boleh klik je banner dekat bawah ni. Giveaway berlangsung dari 23hb Januari sehingga 13 Februari 2023.

"Hi Kak Nur, saya doakan akak dan suami sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah. Bahagia dunia akhirat. 

Dikurniakan rezeki melimpah ruah, diberkati umur untuk terus beribadat dan semoga keluarga akak menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah."


Masjid Terapung Di Melaka – Melawat Masjid Selat

Diah pernah kongsi dengan suami, impian Diah adalah nak bawa anak-anak singgah dan ziarah Masjid utama di setiap negeri yang ada dalam Malaysia.

Kiranya macam sambil bercuti pusing satu Malaysia sambil tu boleh tick masjid yang kami dah pergi. Dapat lawat dan lakukan solat sunat pun rasa bersyukur sangat.


Masjid-Selat-melaka


Sehingga hari ini impian tu masih belum terkubur dan harapnya tercapai sebelum kami masing-masing dah tiada di atas muka bumi Tuhan.

Artikel kali ini Diah nak kongsikan pengalaman kami sekeluarga melawat Masjid Selat yang terletak di Negeri Melaka.

Lebih istimewa Diah bawa emak datang bercuti ke Melaka. Nak cipta kenangan banyak-banyak dengan emak selagi boleh. 

Alang-alang tu adik bongsu dan anak saudara pun ikut sekali. 


Tarikan-Masjid-Selat



Masjid Terapung Di Melaka – Melawat Masjid Selat

Sumpah impress bila jejakkan kaki di masjid ni. Reka bentuk dan hiasan masjid memang cantik. Paling utama masjid Selat sangat menenangkan.  

Pembinaan Masjid Selat merupakan idea asal oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mendapat ilham ketika menyertai lawatan ke Jeddah satu ketika dahulu.

Dari segi binaan, masjid berkenaan begitu mirip sebuah masjid terapung yang terdapat di bandar Jeddah, Arab Saudi. Sumber Tourism Melaka

Apa yang menariknya ialah Masjid ni terapung di atas air laut dan pemandangan dia memang sangat cantik. Tenang sangat nampak laut yang terbentang luas depan mata.

Pertama kali jejakkan kaki ke Masjid Selat memang Diah jatuh cinta dengan kawasan persekitaran masjid yang terjaga rapi.



Tarikan-Masjid-Selat


Bila masuk dalam kawasan masjid yang luas tu rasa tenang sangat. Susah nak gambarkan keadaan tu. Dalam masjid juga diletakkan informasi sejarah berkaitan manusia & agama Islam.

Disediakan juga tempat berehat, boleh minum air dan berehat hilangkan penat. Ada kawasan kecil disediakan rak buku dan kerusi.

Seperti mana-mana masjid di Malaysia, Masjid Selat menerima tetamu tak kira agama, bangsa mahupun jantina dengan syarat berpakaian sopan dan berkelakuan senonoh.



reka-bentuk-masjid-selat



Waktu kami sampai sekitar 10 pagi dan dah ramai pengunjung memenuhi kawasan masjid. Ada bangsa Cina, India dan tak kurang juga pengunjung dari luar negara.

Masing-masing tak lepaskan peluang untuk bergambar. Ada yang cadangkan untuk datang pada waktu petang untuk tengok matahari terbenam. Memang cantik.


masjid-selat-masjid-terapung



Lokasi Masjid Selat, Masjid Terapung Melaka

Lokasi masjid Selat ni strategik, hanya ambil lebih kurang lima minit untuk ke Pusat Bandar Melaka, Ayer keroh dan dekat juga dengan Batu Berendam.

Dah sampai Bandar melaka boleh singgah makan di Waronk Avenue tempat tumpuan mereka yang datang Melaka. 

Percutian kali ni kami check in di Hotel berhampiran iaitu Hotel Riviera Suites Melaka yang terletak sejauh 9 minit berjalan kaki dari Masjid Selat Melaka. 

Sebelum ni kami pernah menginap di The Straits Hotel And Suites Melaka. Alang-alang dah sampai, suami dan anak tidak melepaskan peluang menunaikan solat sunat di sini.



solat-sunat-masjid-selat

Masjid dibuka kepada orang ramai bermula waktu Solat subuh sehingga lewat malam.

Waktu kami melawat kawasan sekitar sempat bertegur sapa dengan pekerja masjid yang sedang bertugas. Memang ramah orangnya.

Katanya, ramai orang berebut untuk solat terutama pada hari Jumaat. Masjid ini juga jadi tumpuan pelancong kerana keindahan alam semulajadi di kawasan sekitar.


melawat-masjid-selat


Petugas juga beri amaran supaya tidak turun ke pantai kerana dikhuatiri ada ular berbisa. Walaupun ada papan tanda larangan tapi ada saja pengunjung yang tak endahkan amaran bahaya tersebut.

Jadi kalau korang datang kesini, sila patuhi arahan ya. Risiko atas tanggungjawab masing-masing. Jom bawa anak-anak datang Masjid Selat.

Melaka Straits Mosque, 

Jalan Pulau Melaka 8, 75000 Malacca