Cara Delete Broken Link


Lepas tengok result performance blog aku dekat website Grader, scoring untuk SEO blog rodiahamir adalah 20 daripada 30 (markah penuh). So kena improve lagi 10 point baru blog aku dikategorikan sebagai blog mesra SEO. Fuh banyak lagi tu nak kena adjust. Boleh baca dekat entry ni kalau nak semak score blog korang. 


Baca punya baca antara benda penting yang perlu di ambil kira untuk jadikan blog kita mesra SEO adalah bergantung kepada jumlah broken link yang terdapat dalam blog kita. Semakin tinggi broken link, semakin tak mesra SEO dan juga sebaliknya.

Broken Link?

Apa pulak Broken link ni? Bahasa mudahnya adalah dead link atau link yang dah tidak wujud. Bila search akan keluar error message. Ha begitu. Nak paham lebih lagi aku baca entry QasehDahlia bila paham Terus la check blog sendiri.



Apa perlu buat?

Setelah kita run test untuk identify broken link tu kita kena la baiki atau delete. Bukan meratap kat bucu meja ok. Cara nak baiki adalah kena buang link/comment yang terlibat. Macam aku hari tu, First time buat so excited la kan. Sekali keluar result Terperanjat kau beratus broken link munculkan diri. Menggigil nak cari dan fix satu-satu. Huwaaa.


Gambar bawah ni adalah response codes untuk dirujuk supaya lebih paham. 
padam broken link

Cara delete broken link

Broken link boleh disebabkan oleh entry tu sendiri (entry lama bila korang tukar nama blog ke), comment yang ditinggalkan oleh visitor, widget (html) yang dipasang dekat blog dan lain-lain faktor.

Pilihan yang ada adalah sama ada kena delete terus entry yang terlibat ATAU cukup sekadar korang delete comment yang singgah ATAU buang widget yang terbabit. 

Klik Broken Link Checker dan masukkan url blog dan security code. Klik find broken link now dan tunggu result keluar. Sambil tu boleh buat kerja lain.

Amaran: Kena sabar sebab agak lama kena tunggu dia buat full checking.

Result: Berjaya kesan 174 Broken link dan tinggal 7 sahaja selepas dibaiki. Yang 7 tu aku masih cari jalan penyelesaian.

Link Broken

Klik url untuk tengok entry mana yang broken dan src tu untuk tengok lebih detail. Oleh sebab aku tak ada pengetahuan teknikal jadi aku tak reti nak comment panjang lebar part src tu.

Link Broken


Penyumbang paling banyak broken link blog aku adalah logo/ image (html) yang aku letak dekat sidebar blog aku. tu yang dia highlight tu la yang problem.  


Penyumbang kedua adalah dari entry giveaway yang aku join.


Tips: kalau tekan src tapi tak paham apa detail yang dia bagi korang scroll je sampai atas page tu untuk tahu link mana yang terlibat. Title tu akan tunjukkan entry yang terlibat.

Yang ni pulak di sebabkan oleh comment dari visitor dan sila la remove comment itu forever.


Lepas dah puas hati aku cuba run sekali lagi broken checker ni dan dari 174 yang bermasalah kini tinggal 7.



Good luck untuk korang yang nak cuba.

6 comments:

  1. nice sharing, kena check selalu broken link ni... tp malas yg amat nak check walaupun senang.... hehe

    ReplyDelete
  2. thnk youuuu. dah check sbelum ni tp x reti nak delete haha.

    ReplyDelete
  3. setiap hari dah jadi rutin akan check broken link pada blog saya

    ReplyDelete
  4. Nice sharing..terus rasa nak check broken link blog sendiri gak.. jmr23.com

    ReplyDelete
  5. detail penerangan RA ni.
    Nice sangat! Thanks for sharing ye RA

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.