Me Time Makan Boat Noodle Dengan Emak

Ikutkan ini pengalaman pertama emak makan di Boat Noodle. Semestinya emak mengikut saja cadangan Diah. Tekak rindu nak makan roti Sangkaya dia tu.

Kebetulan bawa emak keluar mencari barang rumah. Jadi bila terjumpa Restoran Boat Noodle, terus la ajak mak berhenti makan. Kami sambung semula shopping lepas perut kenyang.


Boat-Noodle


Me Time Makan Di Boat Noodle Dengan Emak

Awalnya risau juga makanan dekat Boat Noodle tak kena dengan selera emak. Faham sangat dengan selera emak yang sentiasa berubah-ubah.

Semenjak usia semakin bertambah selera makan emak tak macam dulu. Betul-betul ikut mood. Ada hari emak berselera, ada hari memang kena pujuk suruh makan.

Kami ke Nilai 3 cari Langsir raya – Kedai Langsir Top Collection

Bersyukur sangat menu dekat Boat Noodle ni pelbagai dan saiz hidangan dia kecil. Jadi boleh la emak buat pilihan dan tak lah rasa risau tak dapat habiskan kalau terlajak pesan.


Me-Time-Makan-Boat-Noodle-Dengan-Emak



Menu Popular Boat Noodle

Kalau makan di Boat Noodle memang kena pesan menu popular mereka iaitu roti kukus dan mi dalam mangkuk kecil. Ada pelbagai jenis kuah dan sekarang dah banyak menu baru diperkenalkan. 

Emak tergoda nak cuba Apple Somtam, menu baru yang mereka tengah promosi. Emak pernah makan Kerabu Mangga dekat The Chicken Rice Shop dan emak suka.


apple-somtam-Boat-Noodle


Memang buah Epal hijau tu rangup dan sangat masam ya. Lebih masam dibandingkan dengan Kerabu Mangga. Agak kecewa bila sampai dekat meja. Dalam gambar lebih menarik. 

Dalam Apple Somtam tu ada kacang panjang, tomato merah kecil dipotong dua dan ditabur dengan kacang tanah hancur. 

Macam biasa Diah akan makan Noodle PathumThani dan Ayutthaya. Ambil juga Chicken Skin, rangup macam sebelum ni pernah makan. 


Noodle-PathumThani-Boat-Noodle


chicken-skin-Boat-Noodle


Cuba juga Kaw Pad Super – Tom Yum Fried Rice, Thai Fried Chicken dan roti kukus dia, Sangkayaa. Kaya Pandan dia wangi, makan pula dengan roti kukus yang lembut. Makan panas-panas ya ampun sedap. 


Sangkayaa-Boat-Noodle


Thai-Fried-Chicken-Boat-Noodle


Tom-Yum-Fried-Rice-Boat-Noodle


Nasi goreng Tom Yum tu biasa-biasa saja rasa dia. Meriah ye kami makan. Alhamdulillah semua berjaya dihabiskan kecuali Apple Somtam sebab masam yakmat weh. 

Air pula emak minta Cha Keow Yen – Thai Iced Green Tea dan Diah minum Kaffe Yen – Thai Iced Coffee. Memang padu lah.


Thai-Iced-Coffee-Boat-Noodle


Suka dengan cawangan Boat Noodle yang kami pergi ni (berdekatan dengan Nilai 3). Tempat dia bersih, staff dia peramah, tandas dalam keadaan baik dan disediakan juga surau untuk kegunaan pelanggan.

Sempat la Diah berhenti solat sementara tunggu emak habiskan makanan. Banyak juga perkara yang kami bualkan.

 

Ambil Peluang Cipta Kenangan Manis

Waktu macam ini lah yang paling Diah nantikan. Dapat keluar berdua dan layan karenah emak. Suka bila dapat tatap muka emak.

Kalau boleh nak cipta banyak kenangan dengan emak dan simpan segala memori bersama. Selalu doa moga Allah murahkan rezeki supaya dapat tunaikan segala permintaan emak.

Selepas kehilangan arwah abah pada tahun 2010, kami adik beradik belajar banyak perkara. Bila hilang sebelah sayap dan hanya bergantung pada satu sayap ajar kami pentingnya hargai ketika ada.

Moga Allah panjangkan umur kami semua untuk berbakti dan balas jasa emak. Harapnya nanti, bila anak-anak dah dewasa mereka juga teruja untuk melayan Diah sama macamana Diah menyantuni emak.


Bawa Anak Ke Menara Alor Setar

Dalam entri yang lepas Diah ada ceritakan pengalaman kami sekeluarga bercuti di Alor Setar Kedah. Menyantuni jemputan pengantin kisahnya.

Untuk entri kali ini, Diah nak kongsikan pengalaman kami bawa anak-anak melawat Menara Alor Setar. Tempat wajib pergi sebab nak kenalkan anak-anak dengan mercu tanda Negeri Kedah.

Esok lusa kalau ada tugasan sekolah melibatkan tempat-tempat menarik boleh la masing-masing tulis pengalaman masing-masing.

Boleh baca - Percutian Keluarga Ke Alor Setar


Menara-Alor-Setar-Kedah


Bawa Anak Ke Menara Alor Setar

Percutian ke Alor Setar ni merupakan antara kenangan yang tak dapat kami lupakan walaupun bercuti dalam masa yang singkat.

Kami menginap di Hotel Grand Alora, tak jauh dari bandar Alor Setar. 

Kami jalan-jalan ke Menara Alor Setar adalah pada hari ketiga. Hari pertama kami sampai dah agak lewat petang jadi hanya berjalan ke kawasan sekitar sahaja.

Hari kedua adalah hari majlis Perkahwinan berlangsung jadi habiskan masa di kenduri dan berjumpa kawan-kawan lama.

Rasa rugi dah jalan jauh tapi tak jejak kaki ke Menara Alor Setar, mercu tanda kebanggan Negeri kedah dan jadi salah satu tempat menarik di Alor Setar.

Jadi pagi tu selepas selasai urusan check out dari Hotel Grand Alora kami terus ke sana. Tak jauh pun, lebih kurang lima belas minit perjalanan.


mercu-tanda-Menara-Alor-Setar

 

Menara Alor Setar, Tarikan Pelancong Dalam & Luar Negara

Kalau nak tengok pemandangan seluruh Alor Setar memang kena naik menara ni. Menjadi tarikan para pelancong dalam dan luar negara.

Dikatakan reka bentuk menara mendapat inspirasi daripada tanaman padi yang terkenal di kedah. Rekaan menyerupai setangkai padi yang di ikat bersama.



Waktu sekolah dulu cikgu selalu terangkan kelebihan negeri-negeri di Malaysia dan Kedah dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi.

Antara tarikan Menara Alor Setar ialah Star View, Megaview (Banquet Hall, ketinggian 100m), Observation Deck, Dropzone dan juga Snap-Sky (tangkap gambar pada ketinggian 100m).




Harga Tiket Menara Alor Setar

Pengunjung boleh pilih nak tengok pemandangan Bandar Alor Setar di Observation Deck atau pun Star View.

Bezanya ialah jika beli tiket Observation Deck, pengunjung hanya boleh tengok bandar Alor Setar pada ketinggian 88 meter dan pemandangan dari dalam (indoor).


Harga Tiket Hujung Minggu

Observation Deck - Warganegara Malaysia dewasa (RM7), Kanak-Kanak 4 tahun ke atas & warga emas 60 tahun ke atas (RM5). 

Star ViewWarganegara Malaysia dewasa (RM25), Kanak-Kanak 4 tahun ke atas & warga emas 60 tahun ke atas (RM15). 


Harga Tiket Hari Biasa

Observation Deck - Warganegara Malaysia dewasa (RM8), Kanak-Kanak 4 tahun ke atas & warga emas 60 tahun ke atas (RM6). 

Star View - Warganegara Malaysia dewasa (RM26), Kanak-Kanak 4 tahun ke atas & warga emas 60 tahun ke atas (RM16). 



Tapi selesa sebab berada dalam bangunan ada air conditioner, juga disediakan teropong. Walaupun aktiviti dekat sini agak terhad tapi anak-anak menikmati masa kami di sini. 

Manakala kalau beli tiket Star View boleh tengok bandar Alor Setar pada ketinggian 105 meter, betul-betul berada di Puncak Menara.

Boleh keluar dari bangunan (Outdoor) dan pengunjung boleh berjalan keliling menara termasuk boleh bergambar dalam kotak kaca yang disediakan.


melancong-ke-Menara-Alor-Setar


Review Menara Alor Setar

Rasanya menara tinjau dekat mana-mana pun sama je konsep dia. Sama macam kami naik Menara Kuala Lumpur, ada Sky Box & Sky Deck. 

Alang-alang dah sampai sini kami beli tiket Star View. Pemandangan luas terbentang, memang cantik sangat. Besar bukti Kebesaran Allah. Nampak bangunan, sawah padi dan gunung ganang.

Kami habiskan masa hampir sejam dekat sini. Walaupun tak banyak aktiviti boleh dilakukan tapi seronok dapat beri pengalaman baru untuk anak-anak.

Persekitaran dia bersih, kakitangan pun mesra alam. Tak kedekut senyuman dan layan kami dengan baik. 

Korang yang melancong ke Kedah, datang Menara Alor Setar dikira lokasi wajib datang. 


Kesimpulan 

Dah berpenat lelah di Menara Alor Setar, sebelum balik, niat nak cari Nasi Kuning Kedah tapi hampa. 

Oleh sebab tak mahu tangguhkan perjalanan jadi kami berhenti makan di Ayam Gepuk Pak Raden HQ.

Tak menyesal makan dekat sini. Nak tahu apa kami makan, Diah ada cerita dalam entri ini. Lepas makan kami bergerak pulang.

Seperti dijangkakan memang kematu punggung punya lama hadap kesesakkan lebuh raya. Memandangkan bukan selalu jadi kami hanya ‘menikmati’ apa ada depan mata.

Ada rezeki pasti nak datang lagi. Moga Allah limpahkan rezeki untuk kami sekeluarga.


Tak Sengaja Padam Kod Adsense Dekat Blog

Memang buat hal betul lah secara tak sengaja terpadam kod adsense dekat blog. Selepas sehari kemalangan tu berlaku baru Diah perasan.

Puncanya Diah ada buat kesilapan ketika nak baiki kod HTML di bahagian template blog.

Patutlah pelik bila tengok nilai adsense tu RM0.00 sen tak bergerak. Selalu paling tidak dapat lah beberapa sen. Tapi perasan juga, sekarang semakin payah adsense nak beranak ya.  

Maklumlah update blog pon tak konsisten begitu la jadinya. Lepas ni kena rajin menulis dan cari topik menarik nak dikongsi.


tak-sengaja-padam-kod-adsense


Tak Sengaja Padam Kod Adsense Dekat Blog

Berbalik kepada kisah secara tak sengaja padam kod tu adalah disebabkan Diah ganti kod lama Google Analytics kepada kod terbaru.

Dapat email peringatan dari The Google Analytics Team kena pasang tracking baru, sebab ada kemas kini. Korang dah buat ke belum?

Nak baca lanjut boleh klik sini 


Google Analytics 4


Apa yang Diah faham sebelum ni kita guna Universal Analytics untuk dapatkan data, sekarang dah digantikan dengan Google Analytics 4.

Nak terangkan lebih lanjut pon Diah masih merangkak nak faham tapi interface dia agak menarik berbanding interface yang lama.

Sepatutnya dari dulu dah kena tukar tapi baru-baru ni je ada kesempatan nak faham lebih lanjut. Kalau ikut senarai semak masih banyak lagi tetapan kena buat.


Cara-install-Google-Analytics-4


Cuma senarai tu cuma pilihan. Bagi Diah cukuplah dapat buat yang asas ni. Letak kod Google Analytics 4 di blogspot.

Harapnya nanti ada di kalangan blogger yang buat entri dan ulas pasal ini. Boleh dijadikan rujukan. 

Cara Sekat Iklan Adsense Tak Senonoh - Baca

Selamat Hari Raya AidilAdha 1444 Hijrah

Salam AidilAdha untuk semua pembaca blog Rodiah Amir. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi masih dipanjangkan umur dan diberikan peluang untuk sambut Raya bersama keluarga.

Semoga mereka yang terlibat dengan ibadah Korban diterima oleh Allah dan yang dijemput menunaikan Haji tahun ini menperoleh Haji yang mabrur. Aamin Ya Mujib.

Tahun ini Diah beraya bersama keluarga kecil di rumah sendiri. Raya Haji jatuh pada hari khamis dan suami tak ambil cuti. Jadi beraya bersama anak-anak sahaja.

 

Selamat-Hari-Raya-AidilAdha-1444-Hijrah

Selamat Hari Raya AidilAdha 1444 Hijrah

Sambutan cukup ringkas dan sehabis baik menerangkan pengertian Raya Haji dan konsep Raya Korban kepada anak-anak.

Dua hari sebelum raya dah minta suami belikan barang-barang untuk masak rendang malangnya banyak kedai dah habis stok terutama daun kunyit.

Rendang tanpa daun kunyit memang tak berseri la jawabnya. Jadi masak dengan apa saja yang ada. malam raya Diah dah siapkan bahan-bahan dan siap rebus tulang.




Pagi Raya tu baru bangun siapkan bahan tumiskan dan habiskan masak. Alhamdulillah semua sempat siap. Menu kami ketupat nasi bersama rendang daging dan bihun sup tulang.

Selesai masak siapkan anak-anak untuk menunaikan Solat Sunat AidilAdha. Kami keluar rumah tanpa sempat jamah juadah raya.


Solat-Raya-AidilAdha

Bangga bila anak-anak boleh faham situasi dan tak merengek lapar. Macam tahun-tahun sebelum ini, surau dekat rumah akan buat jamuan Hari Raya.

Waktu inilah kami ambil peluang tunjuk muka dan kenal orang-orang surau. Anak-anak paling teruja. Setiap aktiviti yang dilakukan bersama-sama memang akan jadi kenangan manis untuk mereka yang sedang membesar.


Aktiviti Raya Haji Kami

Harapnya lepas ni anak-anak akan ingat dan simpan kenangan ni sampai bila-bila. Selalu ingatkan anak-anak, apa sahaja yang kita ada adalah milik Allah.

Semua Tuhan punya termasuk lah ibu bapa. Hargai bila ada, sayang dan hormat juga. Esok bila ditarik nikmat tu, kena kuat, kena sabar.

Habis solat raya, dengar khutbah dan makan alas perut di jamuan raya kami terus balik rumah. Tunaikan permintaan anak-anak nak mandi kolam.


jamuan-raya-AidilAdha-1444-Hijrah


Nak rasmikan baju renang yang mereka beli di Decathlon minggu lepas. Abah mereka la yang turun mandi bersama.

Diah cukup sekadar jadi pemerhati dan tolong siapkan anak-anak salin pakaian lepas mandi. Penat woo kalau nak mandi sekali.

Walaupun kolam renang tu dekat bawah rumah tapi macam boleh dikira dengan jari berapa kali kami turun mandi disini.

Biasalah kan benda depan mata. Selalu benda yang tiada tu di carinya. Dah penat berendam baru naik rumah dan makan juadah raya.


mandi-kolam


Selesai makan masing-masing dah penat tapi masih gigih lawan mata. Aktiviti raya kami tamat begitu sahaja. Nak berjalan menziarah adik beradik semua balik kampung.

Nak keluar ke pusat beli belah terasa berat je kaki melangkah. Lagipun tak tahu nak beli apa jadi kita berjimat duduk dekat rumah je.

Petang tu kami keluar cari makan. Pilihan yang ada makan di kedai mamak atau makan di restoran fast food. Banyak kedai tutup, balik cuti raya.

Anak-anak sepakat nak makan Pizza Hut. Abah mereka turutkan saja. Masuk je waktu Maghrib terus solat dan bergegas keluar.

Nak elak pengalaman makan tak menyeronokkan dan lambat dapat makanan. Seperti yang dijangka memang ramai pelanggan malam tu.  

Syukur selesai semua. Anak-anak enjoy dan semua yang kami rancang berjalan lancar. Semoga tahun depan ada rezeki kami sambut raya bersama emak di kampung.