Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah Anak-Anak

Hari yang paling dinantikan oleh anak-anak setiap tahun tak lain tak bukan ialah Hari Sukan Sekolah atau nama lain Kejohanan Olahraga. Penglibatan anak-anak semestinya bermula dari pertengahan tahun lagi.

Semalam, Sabtu (14 Oktober) kami dari awal pagi dah ada di sekolah. Ikhwan terlibat dengan perbarisan manakala Raudah terlibat dengan Sukantara.

Kena hadir di sekolah lebih awal dari murid lain sebab nak kena bersiap pakai costume untuk perbarisan rumah sukan.


kejohanan-olahraga-sukan-sekolah

Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah Anak-Anak

Alhamdulillah cuaca cerah dan berangin tapi panas ya ampun. Hari Sukan berlangsung meriah dengan kehadiran ibu bapa yang datang untuk sokong anak masing-masing.

Tahun sebelum ni sekolah telah menjemput atlet Paralimpik Malaysia, saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang bertanding dalam acara lari pecut kategori T36 dan acara lompat jauh.

Mohamad Ridzuan mewakili Malaysia dalam Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, di mana beliau memenangi pingat emas dalam acara 100 meter.

Tahun 2023, Kejohanan Olahraga dirasmikan oleh YB Tuan TS. Zahir bin Hassan iaitu Ahli Parlimen Wangsa Maju.




Tema Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah

Tahun ni istimewa sebab tema Hari Sukan Tahun ni sekolah pilih tema coklat untuk mewakili rumah sukan.

Ada tiga buah rumah sukan iaitu Rumah Biru (Mentos), Rumah Kuning (Ferrero Rocher) dan Rumah Merah (KitKat).






Nampak kesungguhan dan kreativiti cikgu bila siapkan kostum untuk murid-murid pakai untuk perbarisan rumah sukan.

Kalau zaman sekolah dulu, kami tiada tema untuk berhias tapi pemilihan nama rumah sukan akan ditukar kepada nama Tokoh seperti Tok Bahaman dan Mat Kilau mewakili semangat berjuang.

Tahun ni Rumah Biru berjaya menjadi Johan. Boleh nampak perbezaan cikgu Rumah Biru lebih proaktif dan penglibatan pun lebih dari guru-guru rumah lain.

Bila cikgu kongsikan sistem permarkahan baru tahu yang markah di ambil dari aktiviti seperti Sukantara, Merentas Desa dan juga Perbarisan.

Kena tambahkan kesemua markah dari tiga aktiviti utama barulah layak dinobatkan sebagai johan.

Teringat kenangan Pengalaman Berniaga di Hari Sukan Sekolah


Persembahan Pancaragam Kem Wardieburn Kuala Lumpur

Lebih meriah tahun ini, pihak sekolah telah menjemput Kumpulan Pancaragam Platun Tambo Serunai Batalion Pertama, Rejimen Renjer Diraja, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.

Jadi, waktu perbarisan lintas hormat diketuai oleh Drum Major Sarjan Jackiely bin Jonot memang penonton bersorak girang.


Kumpulan-pancaragam-tentera-darat


Semua teruja dan automatik bersemangat. Anak-anak yang masuk perbarisan pun berkawad dan berjalan megah.

Seperti dijangka, Johan perbarisan jatuh kepada Rumah Kuning (Ferrero Rocher). Kombinasi warna kuning, gold dan coklat tu sepadan.

Kostum pun cantik. Rajin cikgu menjahit dan tampal coklat Ferrero Rocher dekat topi dan baju.

 

Penutup

Walaupun cuaca panas, kena menunggu lama sehingga Hari Sukan tamat tapi secara keseluruhan anak-anak gembira.

Tengahari tu balik cari makan. Alhamdulillah tak demam.

 

Gaduh Di Media Sosial

Baru lepas habis baca isu panas yang tengah berlegar sekarang tapi menahan diri untuk tidak menjahanamkan emosi dan kawal jari untuk berkongsi pendapat. 

Entri ini sekadar mengingatkan diri dan yang membaca supaya tidak terjebak sama sekali membuat dosa. 

Yelah kita faham keinginan nak berkata-kata tu jadi lebih kita ulas sendiri di blog masing-masing but in a good way ya. 

Semoga Tuhan jaga niat kita. 


Gaduh Di Media Sosial 

Kecoh kan sekarang, isu pergaduhan keluarga penyanyi popular Malaysia yang awalnya bermula dengan berita penceraian ibu bapa dan sekarang pula isu harta. 

Ujian berat buat mereka satu keluarga, ujian juga buat kita yang jadi pemerhati. Jangan mudah melatah nak hukum orang berdasarkan apa kita baca sahaja. 

Bahaya sebab kita tidak berada di kasut mereka. Pandang dari sudut hubungan adik beradik yang hancur selepas semua ini reda. 

Sekarang masing-masing tengah panas jadi banyak sesi ungkitan dan sesi balas membalas berlaku. Seeloknya perkara-perkara ni tidak dicanang di media sosial.  

Satu habuk pun tiada manfaat, lagi memburukkan keadaan adalah. Adakah harapan mereka nak orang awam jadi hakim tentukan siapa betul siapa salah? 

Tak seronok bila gaduh tapi itulah syaitan paling suka.


sindir-di-media-sosial



Hanya Content Semata-mata, Jangan Terjebak!

Sebelum ini pernah terjadi dalam isu yang berasingan terjadi di TikTok. Dua orang pempengaruh berlainan jantina yang selalu buat konten bersama-sama akhirnya bergaduh. 

Bila dah tak sebulu maka keluarlah segala cerita kurang baik. Terbuka lah segala aib yang selama ini di simpan kemas. 

Pempengaruh kan banyak pengikut di media sosial. Semestinya pengikut akan sokong apa sahaja pempengaruh buat. 

Bila jadi pergaduhan dan masing-masing cuba berikan alasan kenapa itu dan ini, pengikut mula rasa tertipu bila tahu kebenaran. 

Rupa-rupanya ada plot twist yang mana hubungan mereka adalah rekaan semata-mata. Jadi lebih teruk bila wujud unsur dengki dan tamak. 

Semua drama yang dibuat demi konten. Kelakar juga bila fikir, bila ditanya apa status hubungan yang sebenar? 

Pempengaruh lelaki tu beri alasan hubungan mereka adalah Content-ship semata-mata. Entah dari kamus mana dia ambil terma content-ship tu. 

Katanya mereka buat perjanjian bertulis, segala paparan di media sosial adalah dirancang dan demi view. 

Siapa yang rugi dalam situasi ini? Fikir sendiri. Daripada buang masa baik buat duit jadi affiliate. 


social-media



Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Jari?

Inilah bahayanya kalau menyalah gunakan kuasa yang ada. Kesan dia terutama pada anak muda, seolah menyatakan perbuatan menipu tu adalah perkara biasa dan boleh dibuat. 

Atas tiket content. Tak kisah apa isu sekalipun. Pilihlah cara yang terbaik untuk selesaikan, cara yang paling minima impaknya kalau di teruskan. 

Pempengaruh atau selebriti juga kena peka. Tanggungjawab kita bersama. Pantau anak-anak, jadi pendengar dan jangan jadi pembuli cyber. 

Begitulah kan, media sosial boleh jadi platform yang bagus kalau kita guna cara yang betul. 

Lunch Nasi Arab Di Hadramot Village MyTOWN

Selalu kalau ada urusan dekat luar dan kalau cari tempat makan mesti akan cari restoran yang jual nasi. Dasar tekak Melayu yang bila makan nasi baru rasa kenyang. 

Bukan apa tau, banyak kali jadi bila nak cuba makan tempat baru yang semestinya tiada menu nasi mesti balik tu akan rasa lapar dan kena masak juga. 

Nak selamat setiap kali keluar kalau habis idea kami akan makan nasi Arab atau pun nasi Ayam. Anak-anak pun itu lah permintaan dia kalau ditanya nak makan apa. 


restoran-Hadramot-Village-MyTOWN


Lunch Nasi Arab Di Hadramot Village MyTOWN

Hari tu selesai urusan kami di MyTOWN Shopping Center kami singgah makan di Restoran Hadramot Village yang terletak di level satu. 

Dari luar lagi dah nampak hiasan restoran yang mewah dan sedap mata memandang. Dekat sepanduk restoran tertulis “Best Arabic Food in Town”. 

Sepanduk dia meriah dengan promosi makan dalam dulang untuk dua ke tiga orang. Ada lamb chop, Hanith dan Mix Kebab.


makan-Hadramot-Village-MyTOWN



Menu Hadramot Village MyTOWN

Nama pun restoran Arab jadi main menu makanan Arab yang terkenal boleh korang cuba dekat sini seperti Mandi, Biriyani, pizza dan Shawarma. 

Memang kalau makan nasi Arab, Mandy Lamb dan Sandwich adalah antara menu yang selalu kami pesan. Kiranya kalau kena tekak kami menu ni selebihnya menu lain kami akan pejam mata fikir sedap. 


mandy-chicken


Jumlah bil kami ialah RM161.25. Bila tengok resit baru perasan kami dikenakan caj / cukai (SST & SVC) 16% iaitu sebanyak RM22.24. 

Terus rasa nak demam ya bila duit mengalir macam tu je. Memang timbul perasaan serik dan tak mahu datang lagi. 

  • Chicken Escalope Milanese RM34
  • Mandy Chicken ½ RM33
  • Mandy Lamb RM39
  • Lamb Kebab Sandwich RM16
  • Small Mineral Water RM5
  • Coca Cola Light RM7

Korang nak makan makanan Arab sedap pergi la Qasar Balqis atau restoran Paradise Reyan dalam AeonBig Wangsamaju. 


Review Restoran Hadramot Village

Chicken Escalope Milanese tu tak pernah makan jadi Diah teringin nak cuba tapi menyesal ya. Entah apa rasa nak describe pun tak tahu. 

Kalau ikut apa yang sampai dalam pinggan, dia lebih macam Chicken Chop tapi diletakkan dengan herba. Keju atas dia tu kejung macam tu je. 

Ayam sedikit dry dan overcooked. Paksa juga telan la memandangkan harga mahal ya. 


Chicken-Escalope-Milanese


Rasa makanan yang lain tu sederhana saja. Mungkin sebab kami dah pernah makan nasi Arab yang lebih sedap. 

Lamb dia sedih ya, kosong gitu je masak. Sos dia tu pulak tiada yang istimewa pun. 


mandy-lamb



Cuma Sandwich Kebab tu je ok. Dekat tempat lain boleh dapat dua pieces dengan harga dekat restoran dia. 


Lamb-Kebab-Sandwich


Cuma apa yang lebih dekat sini ialah hiasan dalaman restoran yang sedap mata memandang, selesa nak duduk dan enjoy makanan. Kerusi dia merah menyala, bersih dan pelayan dia layan ok. 

Dari segi rasa overall Diah boleh dapat makanan Arab yang lebih sedap dan harga lebih berbaloi di tempat lain. 

Harga dia overpriced bagi Diah atau lebih tepat kami bukan target customer dia. Harga air mineral botol kecil lebih kurang 200ml RM5. Coke tu RM7. Ya ampun belum kira harga Jus buah-buahan. 


Kesimpulan

Overall pengalaman makan Lunch Di Hadramot Village dalam MyTOWN Shopping Center Dah bagi 2 dari 5 bintang. Harga mahal tu mungkin sebab dia dalam mall yang tengah bandar. Agaknya lah. Korang cuba sendiri lah ya. 

Aroii Thai Bowl Noodle & Street Food

Ini kali kedua Diah makan di Aroii Thai yang terletak di NU Sentral. Sebelum ni pernah makan dengan kawan-kawan waktu tu reunion beberapa tahun yang sudah. 

Suka Aroii Thai sebab konsep kedai yang simple. Portion makanan kecil sesuai kalau makan sorang-sorang. 

Makanan dia semuanya dijual pada harga yang sama iaitu RM3.19 nett. Dihidang di dalam mangkuk kecil. 

Kebetulan Diah dekat luar menghadiri event pra pelancaran Hotel. Jadi lepas habis event mencari port nak selesaikan tugasan posting di sosial media la cadangnya. 


Aroii -Thai-Bowl-Noodle-Street-Food-NU-Sentral


Me time di Aroii Thai, Bowl Noodle & Street Food

Diah mencari cafĂ© atau restoran yang selesa nak buat kerja. Masa Diah melangkah masuk ke dalam kedai, waktu tu masih tak ramai pelanggan. 

Tapi perasan dah ada beberapa meja yang ditanda dengan ‘reservation’. 

Elok je masuk waktu tengahari, waktu rehat memang beratur pelanggan dekat luar kedai. Ramai peminat Aroii Thai rupa-rupanya. 

Lokasi restoran ni strategik, ditambah dengan konsep menarik memang jadi pilihan ramai. 


me-time-Aroii -Thai-Bowl-Noodle-Street-Food-NU-Sentral



Menu Aroii Thai, Bowl Noodle & Street Food

Dah nama restoran pun restoran Thai jadi makanan pun haruslah makanan Thai. Kebanyakkan menu popular dari Negara Thailand ada dekat sini. 

Apa yang best menu dekat sini banyak pilihan. Ada nasi, mi dan juga pencuci mulut dari Negara Thailand. 


menu-aroii-thai


Untuk Noodles ada beberapa pilihan jenis sup: Beef Glass Noodle Soup, Tom Yum Glass Noodle Soup, Chicken Glass Noodle Soup dan Classic Pad Thai. 

Pilihan nasi pula seperti Thai Basil Chicken with Rice (Pad Kra Pow Kai), Thai Style Omelette with Minced Chicken (Kai Jeow), Thai Style Chicken Fried Rice, Thai Green Curry Chicken with Rice. 

Diah makan Tom Yum Glass Noodle Soup, Pad Kra Pow Kai atau nama Bahasa Melayu dia Nasi Ayam Kemangi Tumis Ala Thai. 

Untuk pilihan snacks ada banyak jenis. Diah makan Lobster Ball, Pandan Chicken dan Som Tam. Untuk dessert Diah ambil Jeli kelapa dan Kopi Ais. 

Itu pun dah kenyang sangat. 


Review Aroii Thai, Bowl Noodle & Street Food

Sebelum Diah berkongsi lebih lanjut, nak ingatkan yang ulasan dan review adalah berdasarkan tekak dan selera sendiri. 

Makanan Thai adalah salah satu kegemaran Diah selain Sushi jadi memang akan mencari restoran Thai yang sedap. 

Ulasan adalah berdasarkan perbandingan dengan restoran Thai kegemaran Diah iaitu Boat Noodle.  Semestinya perbezaan tu adalah besar dari segi rasa dan juga harga. 


Aroii-Thai-Bowl-Noodle-Street-Food


Kalau di Boat Noodle, harga dia lebih mahal, portion lebih besar dan rasa lebih sedap. Manakala Aroii Thai ni lebih mampu bayar harga dia. 

Pandan Chicken tu terlebih masak dan jadi keras. Diah bayangkan kalau makan Tom Yum Glass Noodle Soup terasa pekat kuah Tomyam tapi tidak ya. 

Rasa dia masam macam tu je. Sedikit kecewa tapi untuk harga 3 ringgit dapat mi dan udang kira okay lah. Somtam boleh telan. 

Pad Kra Pow Kai dan Jeli Kelapa tu sedap, boleh repeat. Mungkin kombinasi makanan Diah pesan tidak sesuai. 

Kopi Ais dia kurang mengancam. Jadi untuk adil, korang pergi rasa sendiri okay. 


Kesimpulan

Untuk korang yang suka makan makanan Thailand boleh cuba makan di Aroii Thai, Bowl Noodle & Street Food. Kena cuba sendiri baru puas hati. Alamat lengkap rujuk di bawah:

Aroii Thai @ NU Sentral

Level LG.33, NU Central Mall,

Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur