Jom Submit Doa Untuk Palestine

Seminggu dua ni mood memang lari teruk. Pagi, petang, siang, malam setiap kali tengok video saudara kita di Palestine memang akan menangis.

Bekerja guna media sosial memang tidak dapat nak elak untuk tengok perkembangan semasa. Sumpah hati memang sensitif dan mudah pecah.

Terbaru bila baca hospital di bom dan meragut beratus nyawa, pecah lagi empangan air mata. Apa la dosa dan kenapa kejam sangat wahai manusia.

Kezaliman ni berlarutan sehingga 75 tahun. Bayangkan betapa ramai nyawa melayang disebabkan sifat keji manusia. 


Doa-untuk-Palestine



Jom Submit Doa Untuk Palestine

Sedih sangat. Nak buat kerja pun rasa serba salah. Nak update tentang life apatah lagi. Terbayang anak-anak kecil yang menangis yang cedera.

Ya mereka semua syahid. Pastinya Syurga adalah tempat mereka. Apa boleh kita buat ialah doakan saudara kita di Palestine.


save-Palestine


Nak turun berperang, pegang senjata agak mustahil bagi kita. Jika benar kita dapat sama-sama berjuang, adakah kita sanggup?

Semakin berusia semakin faham dan semakin tinggi rasa simpati kepada nasib saudara kita di sana. Betul lah, destinasi kita yang kekal di akhirat sana.

Apa mampu kita buat sekarang adalah teruskan berdoa. Untuk bantu dari segi wang ringgit mungkin ada kekangan.

Boleh menderma ke Persatuan Cinta Gaza Malaysia (Maybank - 564810507826). Semua orang ada kekangan yang tak sama. Begitulah kan. Kita buat mana yang mampu.


war-in-Palestine


 

Doa Khusus Untuk Palestine

"Ya Allah ampunilah kami, kaum mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat. Persatukanlah hati mereka. Perbaikilah hubungan di antara mereka dan menangkanlah mereka atas musuh-Mu dan musuh mereka.

"Ya Allah, berilah kami petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk. Sejahterakanlah kami sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan.

Uruslah kami sebagaimana orang yang telah Engkau urus. Berilah kami berkah pada apa saja yang telah Engkau berikan.

Jagalah kami dan lenyapkan dari kami berkat rahmat-Mu kejelekan dari apa yang telah Engkau putuskan.

(Sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang memutuskan dan tidak diputuskan atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan menjadi hina orang yang telah Engkau urusi.

Dan tidak akan menjadi mulia orang yang telah Engkau musuhi. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.

Bagi-Mu segala puji atas apa saja yang telah Engkau putuskan. Aku meminta ampun kepada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu).

Tuhan kami, kami memohon bantuan-Mu, meminta ampunan-Mu, mengharap petunjuk-Mu, beriman kepada-Mu, bertawakkal kepada-Mu, memuji-Mu, bersyukur dan tidak mengingkari atas semua kebaikan-Mu, dan kami menarik diri serta meninggalkan mereka yang mendurhakai-Mu.

Tuhan kami, hanya Kau yang kami sembah, hanya kepada-Mu kami hadapkan shalat ini dan bersujud, hanya kepada-Mu kami berjalan dan berlari.

Kami mengaharapkan rahmat-Mu. Kami takut pada siksa-Mu karena siksa-Mu yang keras itu akan menimpa orang-orang kafir.

Mudah-mudahan Allah menambahkan rahmat ta'dhim pada pemimpin kami Nabi Muhammad, nabi yang ummiy, pada keluarga dan sahabat beliau dan semoga Allah menambahkan kemanjaan. Dan segala puji milik Allah, Tuhan seru sekalian alam."


Palestinian-kids



Membaca Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya.

Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.

Dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir. Doanya seperti dibawah:

 

Ya Allah, kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami,

dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,

Ya Allah pecahkan pakatan mereka,

Ya Allah leburkan pendirian mereka,

Ya Allah musnahkan langkah mereka,

Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,

Ya Allah yang maha memaksa,

Ya Allah yang maha perkasa,

Ya Allah yang maha membalas,

Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,

Yang turunkan kitab,

yang gerakkan awan,

yang tewaskan tentera Ahzab,

Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami.

Allahumma ameen


Penutup

Semoga Allah makbulkan doa yang permintaan orang-orang yang teraniaya. Semoga penduduk Palestine mendapat hak mereka untuk hidup aman di dunia. Semoga usaha kecil kita menyampaikan kesedaran diterima Tuhan. 

Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah Anak-Anak

Hari yang paling dinantikan oleh anak-anak setiap tahun tak lain tak bukan ialah Hari Sukan Sekolah atau nama lain Kejohanan Olahraga. Penglibatan anak-anak semestinya bermula dari pertengahan tahun lagi.

Semalam, Sabtu (14 Oktober) kami dari awal pagi dah ada di sekolah. Ikhwan terlibat dengan perbarisan manakala Raudah terlibat dengan Sukantara.

Kena hadir di sekolah lebih awal dari murid lain sebab nak kena bersiap pakai costume untuk perbarisan rumah sukan.


kejohanan-olahraga-sukan-sekolah

Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah Anak-Anak

Alhamdulillah cuaca cerah dan berangin tapi panas ya ampun. Hari Sukan berlangsung meriah dengan kehadiran ibu bapa yang datang untuk sokong anak masing-masing.

Tahun sebelum ni sekolah telah menjemput atlet Paralimpik Malaysia, saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang bertanding dalam acara lari pecut kategori T36 dan acara lompat jauh.

Mohamad Ridzuan mewakili Malaysia dalam Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, di mana beliau memenangi pingat emas dalam acara 100 meter.

Tahun 2023, Kejohanan Olahraga dirasmikan oleh YB Tuan TS. Zahir bin Hassan iaitu Ahli Parlimen Wangsa Maju.




Tema Kejohanan Olahraga Hari Sukan Sekolah

Tahun ni istimewa sebab tema Hari Sukan Tahun ni sekolah pilih tema coklat untuk mewakili rumah sukan.

Ada tiga buah rumah sukan iaitu Rumah Biru (Mentos), Rumah Kuning (Ferrero Rocher) dan Rumah Merah (KitKat).






Nampak kesungguhan dan kreativiti cikgu bila siapkan kostum untuk murid-murid pakai untuk perbarisan rumah sukan.

Kalau zaman sekolah dulu, kami tiada tema untuk berhias tapi pemilihan nama rumah sukan akan ditukar kepada nama Tokoh seperti Tok Bahaman dan Mat Kilau mewakili semangat berjuang.

Tahun ni Rumah Biru berjaya menjadi Johan. Boleh nampak perbezaan cikgu Rumah Biru lebih proaktif dan penglibatan pun lebih dari guru-guru rumah lain.

Bila cikgu kongsikan sistem permarkahan baru tahu yang markah di ambil dari aktiviti seperti Sukantara, Merentas Desa dan juga Perbarisan.

Kena tambahkan kesemua markah dari tiga aktiviti utama barulah layak dinobatkan sebagai johan.

Teringat kenangan Pengalaman Berniaga di Hari Sukan Sekolah


Persembahan Pancaragam Kem Wardieburn Kuala Lumpur

Lebih meriah tahun ini, pihak sekolah telah menjemput Kumpulan Pancaragam Platun Tambo Serunai Batalion Pertama, Rejimen Renjer Diraja, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.

Jadi, waktu perbarisan lintas hormat diketuai oleh Drum Major Sarjan Jackiely bin Jonot memang penonton bersorak girang.


Kumpulan-pancaragam-tentera-darat


Semua teruja dan automatik bersemangat. Anak-anak yang masuk perbarisan pun berkawad dan berjalan megah.

Seperti dijangka, Johan perbarisan jatuh kepada Rumah Kuning (Ferrero Rocher). Kombinasi warna kuning, gold dan coklat tu sepadan.

Kostum pun cantik. Rajin cikgu menjahit dan tampal coklat Ferrero Rocher dekat topi dan baju.

 

Penutup

Walaupun cuaca panas, kena menunggu lama sehingga Hari Sukan tamat tapi secara keseluruhan anak-anak gembira.

Tengahari tu balik cari makan. Alhamdulillah tak demam.

 

Gaduh Di Media Sosial

Baru lepas habis baca isu panas yang tengah berlegar sekarang tapi menahan diri untuk tidak menjahanamkan emosi dan kawal jari untuk berkongsi pendapat. 

Entri ini sekadar mengingatkan diri dan yang membaca supaya tidak terjebak sama sekali membuat dosa. 

Yelah kita faham keinginan nak berkata-kata tu jadi lebih kita ulas sendiri di blog masing-masing but in a good way ya. 

Semoga Tuhan jaga niat kita. 


Gaduh Di Media Sosial 

Kecoh kan sekarang, isu pergaduhan keluarga penyanyi popular Malaysia yang awalnya bermula dengan berita penceraian ibu bapa dan sekarang pula isu harta. 

Ujian berat buat mereka satu keluarga, ujian juga buat kita yang jadi pemerhati. Jangan mudah melatah nak hukum orang berdasarkan apa kita baca sahaja. 

Bahaya sebab kita tidak berada di kasut mereka. Pandang dari sudut hubungan adik beradik yang hancur selepas semua ini reda. 

Sekarang masing-masing tengah panas jadi banyak sesi ungkitan dan sesi balas membalas berlaku. Seeloknya perkara-perkara ni tidak dicanang di media sosial.  

Satu habuk pun tiada manfaat, lagi memburukkan keadaan adalah. Adakah harapan mereka nak orang awam jadi hakim tentukan siapa betul siapa salah? 

Tak seronok bila gaduh tapi itulah syaitan paling suka.


sindir-di-media-sosial



Hanya Content Semata-mata, Jangan Terjebak!

Sebelum ini pernah terjadi dalam isu yang berasingan terjadi di TikTok. Dua orang pempengaruh berlainan jantina yang selalu buat konten bersama-sama akhirnya bergaduh. 

Bila dah tak sebulu maka keluarlah segala cerita kurang baik. Terbuka lah segala aib yang selama ini di simpan kemas. 

Pempengaruh kan banyak pengikut di media sosial. Semestinya pengikut akan sokong apa sahaja pempengaruh buat. 

Bila jadi pergaduhan dan masing-masing cuba berikan alasan kenapa itu dan ini, pengikut mula rasa tertipu bila tahu kebenaran. 

Rupa-rupanya ada plot twist yang mana hubungan mereka adalah rekaan semata-mata. Jadi lebih teruk bila wujud unsur dengki dan tamak. 

Semua drama yang dibuat demi konten. Kelakar juga bila fikir, bila ditanya apa status hubungan yang sebenar? 

Pempengaruh lelaki tu beri alasan hubungan mereka adalah Content-ship semata-mata. Entah dari kamus mana dia ambil terma content-ship tu. 

Katanya mereka buat perjanjian bertulis, segala paparan di media sosial adalah dirancang dan demi view. 

Siapa yang rugi dalam situasi ini? Fikir sendiri. Daripada buang masa baik buat duit jadi affiliate. 


social-media



Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Jari?

Inilah bahayanya kalau menyalah gunakan kuasa yang ada. Kesan dia terutama pada anak muda, seolah menyatakan perbuatan menipu tu adalah perkara biasa dan boleh dibuat. 

Atas tiket content. Tak kisah apa isu sekalipun. Pilihlah cara yang terbaik untuk selesaikan, cara yang paling minima impaknya kalau di teruskan. 

Pempengaruh atau selebriti juga kena peka. Tanggungjawab kita bersama. Pantau anak-anak, jadi pendengar dan jangan jadi pembuli cyber. 

Begitulah kan, media sosial boleh jadi platform yang bagus kalau kita guna cara yang betul. 

Lunch Nasi Arab Di Hadramot Village MyTOWN

Selalu kalau ada urusan dekat luar dan kalau cari tempat makan mesti akan cari restoran yang jual nasi. Dasar tekak Melayu yang bila makan nasi baru rasa kenyang. 

Bukan apa tau, banyak kali jadi bila nak cuba makan tempat baru yang semestinya tiada menu nasi mesti balik tu akan rasa lapar dan kena masak juga. 

Nak selamat setiap kali keluar kalau habis idea kami akan makan nasi Arab atau pun nasi Ayam. Anak-anak pun itu lah permintaan dia kalau ditanya nak makan apa. 


restoran-Hadramot-Village-MyTOWN


Lunch Nasi Arab Di Hadramot Village MyTOWN

Hari tu selesai urusan kami di MyTOWN Shopping Center kami singgah makan di Restoran Hadramot Village yang terletak di level satu. 

Dari luar lagi dah nampak hiasan restoran yang mewah dan sedap mata memandang. Dekat sepanduk restoran tertulis “Best Arabic Food in Town”. 

Sepanduk dia meriah dengan promosi makan dalam dulang untuk dua ke tiga orang. Ada lamb chop, Hanith dan Mix Kebab.


makan-Hadramot-Village-MyTOWN



Menu Hadramot Village MyTOWN

Nama pun restoran Arab jadi main menu makanan Arab yang terkenal boleh korang cuba dekat sini seperti Mandi, Biriyani, pizza dan Shawarma. 

Memang kalau makan nasi Arab, Mandy Lamb dan Sandwich adalah antara menu yang selalu kami pesan. Kiranya kalau kena tekak kami menu ni selebihnya menu lain kami akan pejam mata fikir sedap. 


mandy-chicken


Jumlah bil kami ialah RM161.25. Bila tengok resit baru perasan kami dikenakan caj / cukai (SST & SVC) 16% iaitu sebanyak RM22.24. 

Terus rasa nak demam ya bila duit mengalir macam tu je. Memang timbul perasaan serik dan tak mahu datang lagi. 

  • Chicken Escalope Milanese RM34
  • Mandy Chicken ½ RM33
  • Mandy Lamb RM39
  • Lamb Kebab Sandwich RM16
  • Small Mineral Water RM5
  • Coca Cola Light RM7

Korang nak makan makanan Arab sedap pergi la Qasar Balqis atau restoran Paradise Reyan dalam AeonBig Wangsamaju. 


Review Restoran Hadramot Village

Chicken Escalope Milanese tu tak pernah makan jadi Diah teringin nak cuba tapi menyesal ya. Entah apa rasa nak describe pun tak tahu. 

Kalau ikut apa yang sampai dalam pinggan, dia lebih macam Chicken Chop tapi diletakkan dengan herba. Keju atas dia tu kejung macam tu je. 

Ayam sedikit dry dan overcooked. Paksa juga telan la memandangkan harga mahal ya. 


Chicken-Escalope-Milanese


Rasa makanan yang lain tu sederhana saja. Mungkin sebab kami dah pernah makan nasi Arab yang lebih sedap. 

Lamb dia sedih ya, kosong gitu je masak. Sos dia tu pulak tiada yang istimewa pun. 


mandy-lamb



Cuma Sandwich Kebab tu je ok. Dekat tempat lain boleh dapat dua pieces dengan harga dekat restoran dia. 


Lamb-Kebab-Sandwich


Cuma apa yang lebih dekat sini ialah hiasan dalaman restoran yang sedap mata memandang, selesa nak duduk dan enjoy makanan. Kerusi dia merah menyala, bersih dan pelayan dia layan ok. 

Dari segi rasa overall Diah boleh dapat makanan Arab yang lebih sedap dan harga lebih berbaloi di tempat lain. 

Harga dia overpriced bagi Diah atau lebih tepat kami bukan target customer dia. Harga air mineral botol kecil lebih kurang 200ml RM5. Coke tu RM7. Ya ampun belum kira harga Jus buah-buahan. 


Kesimpulan

Overall pengalaman makan Lunch Di Hadramot Village dalam MyTOWN Shopping Center Dah bagi 2 dari 5 bintang. Harga mahal tu mungkin sebab dia dalam mall yang tengah bandar. Agaknya lah. Korang cuba sendiri lah ya.