Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Sederhana Tapi Bermakna

Tahun ini sedikit berbeza perasaan menyambut ulang tahun kelahiran. Susah nak terjemahkan dalam bentuk ayat.

Alhamdulillah, masih lagi diberi keizinan untuk hidup di atas muka bumi. Masih lagi bernafas, sihat tubuh badan dan dikelilingi keluarga dan orang tersayang.

Kalau sebelum ni bulan kelahiran Diah adalah bulan paling dinanti sepanjang tahun. Tapi sekarang bila semakin sedar yang masa semakin suntuk, rasa makin takut pula.

Bersyukur sangat dengan segala jenis perasaan yang Tuhan bagi.


birthday-celebration-Restoran-Seniman

 

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Sederhana Tapi Bermakna

Menginjak satu lagi tangga umur bermaksud selangkah lagi dekat dengan kematian. Baki kehidupan yang tiada siapa pun tahu kecuali Tuhan.

Kalau semak semula, berapa banyak je kebaikan dah buat. Taubat entah boleh bilang dengan jari. Rasa kerdil betul bila audit diri.

Lebih bermakna, tahun yang rasanya paling banyak Tuhan beri rasa dan jentik hati dengan apa yang sedang berlaku ke atas rakyat Palestin.

Kita dekat sini berada dalam keadaan aman damai, tenang, masih dapat makan dan minum, sedangkan saudara kita dekat sana berjuang untuk hidup.

Apa yang jadi pada mereka memang menjadi tamparan kesedaran dalam hidup. Sungguh menginsafkan dan mengajar erti syukur.

 

Tarikh Ulang Tahun Kelahiran Jatuh Pada Hari Deepavali

Tahun ini kebetulan tarikh hari lahir sama dengan tarikh sambutan Deepavali. Jadi extra special sebab semua orang bercuti.

Dah berniat dari awal nak balik kampung jumpa emak dan adik beradik kemudian jumpa kawan-kawan rapat waktu kerja dulu.

Tiada sambutan, tiada acara potong kek. Dah berusia ni, hanya ingin berada bersama orang tersayang terutama ahli keluarga.

Hujung minggu balik bercuti jumpa emak, ziarah kubur arwah abah dan balik KL awal sebab nak jumpa kawan-kawan.


ziarah-kubur


Rezeki dapat bersihkan kubur abah, dapat bergelak ketawa dengan emak, bergurau dan sesi curhat dengan adik beradik.

Itu kenangan paling mahal bagi Diah. Hadiah yang bermakna.


Jumpa Kawan-Kawan Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Seminggu sebelum tu kami dah setuju nak berjumpa di Pavillion Bukit Jalil. Oleh sebab Diah tak pernah sampai jadi serahkan bulat-bulat urusan memilih tempat kami berjumpa kepada kawan-kawan.

Semua perancangan nak jumpa kawan-kawan adalah last minute tapi seronok dapat jumpa. Dapat makan dan duduk bersembang berjam pun tak apa.


reunion-birthday


Kami makan di Restoran Seniman, betul-betul berhadapan dengan kedai MR DIY. Besar ya Pavillion Bukit Jalil. Mewah dan banyak pilihan.

Makan-makan di Restoran Seniman. 


Restoran-Seniman


menu-Restoran-Seniman


Special dekat sini nama menu dia memang kelakar. Diah makan Nasi Goreng Haji Bakhil, kalau ikut apa yang dihidangkan ialah Nasi Goreng Seafood.

Harga agak mahal (RM28 sepinggan), rasa pula sedang-sedang saja. Nasi goreng dia kering. Tapi takpe rezeki dapat makan di situ.


nasi-goreng-seafood

Untuk anak-anak macam biasa pilih menu yang tak pedas. Spaghetti adalah menu seperti biasa. Anak bujang makan Kuew teow daging. 


Spaghetti


 

Ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Untuk diri sendiri, terima kasih kerana tak putus asa dan berjuang sehabis baik. Terima kasih kerana tidak merosakkan amanah yang Allah beri.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik, rahmat, barakah serta lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNya. Semoga diri sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.

Diah terima banyak ucapan di Whatsapp, Facebook dan semua mendoakan yang baik-baik. Semoga doa yang baik-baik berbalik kepada kalian.

Tahun ni terkejut dapat mesej ucapan dari emak kawan Diah waktu belajar Ijazah di UiTM Shah Alam. Maaf ya makcik lama tak bertanya khabar.

Terima kasih atas doa makcik. Terharu makcik masih ingat saya.


duck-birthday-gift


Buat Croffle Guna Puff Pastry Sendiri Di Rumah

Setelah sekian lama berhajat nak buat sendiri Croffle dekat rumah akhirnya tercapai juga impian tu. Selepas banyak kali tertangguh.

Terpengaruh nak cuba, lepas banyak kali tengok video resepi Croffle lalu lalang dekat For You Page (FYP) TikTok.

Peminat Croffle sila hadir dan baca artikel ni sampai habis. Diah tunjuk step by step buat Croffle menggunakan Puff Pastry.

Croffle merupakan kacukan Crossaint dan Waffle. Ikut bacaan ianya dipopularkan di Korea Selatan dan kemudian tersebar di seluruh dunia.

Crossaint dimasak menggunakan mesin waffle. Maka terhasil lah waffle yang leper dan rangup.


Croffle-Puff-Pastry-frozen



Buat Croffle Guna Puff Pastry Sendiri Di Rumah

Banyak café moden yang menjual Croffle dan menghidangkan kepada pelanggan dengan pelbagai topping sama ada buah atau pun sirap coklat.

Waffle dekat Gula Cakery pun sedap, makan denga aiskrim chocolate. 


coklat-Croffle


Kalau makan dekat luar kita tak boleh nak kawal tahap kemanisan, jadi bila buat sendiri pandai-pandai la nak letak apa ikut selera kita.

Dalam artikel sebelum ni Diah ada kongsikan tentang waffle maker warna merah yang Diah beli dari TikTok Shop.

Suka waffle maker tu sebab dapat tiga plate berbeza. Plate untuk grill buat sandwich, plate donut dan plate waffle. 

Tujuan utama beli sebab nak buat Croffle, gigih sangat nak cuba. Boleh buat menu sarapan pagi (croffle dan scramble egg) atau minum petang (croffle, buah, manisan).


wafffle-maker-Croffle

coklat-Croffle


 

Resepi Croffle Guna Puff Pastry

Kalau ikut resepi yang Diah kongsikan ni memang teramat lah mudah. Hanya perlukan dua bahan iaitu Puff Pastry dan gula.

Lagi banyak topping, maka banyak lah bahan perlu ada. Gula dan pastry ni adalah bahan asas untuk buat croffle.

Kalau korang ada stok Crossaint sejuk beku dekat rumah boleh guna yang tu lagi sedap. Tak kira apa jenama pun. 

Bahan utama kena ada ialah puffpastry, Diah guna jenama Kawan. Guna saiz besar, dapat banyak dan kalau tak habis boleh simpan buat stok.  


KAWAN-Puff-Pastry


Perkara pertama kena sediakan Crossaint terlebih dahulu. Jadi kena gulung pastry menjadi bentuk seakan-akan crossaint.


stok-frozen-Croffle-Guna-Puff-Pastry

 

Cara Buat Crossaint Instant Guna Puff Pastry

Potong pastry kepada empat segi sama besar. Kemudian potong lagi sehingga menjadi lapan bahagian. Boleh rujuk gambar dekat bawah.


cara-buat-Croffle-Guna-Puff-Pastry


Dah jadi lapan bahagian sama besar, korang potong serong menjadi segi tiga setiap satunya. Jumlah croffle untuk satu pastry adalah 16 ketul saiz mini.

Gulung dari bahagian yang lebar menjadi bentuk crossaint. Lekatkan hujung pastry menggunakan air (jika perlu). Siap gulung boleh la masak menggunakan waffle maker.


cara-gulung-Puff-Pastry


Salutkan croffle dengan gula. Oleskan mentega pada plate waffle maker dan kemudian masukkan croffle ke dalam waffle maker.

Hanya ambil beberapa minit untuk croffle masak. Nak dapatkan croffle yang garing, masak lama sikit. Boleh makan begitu saja atau boleh makan bersama sirap coklat.

Kalau tak mahu Croffle yang manis boleh juga masak bersama hirisan daging nipis.


waffle-maker-Croffle-Guna-Puff-Pastry


 

Penutup

Resepi Croffle guna Puff Pastry dan buat sendiri dekat rumah sesuai untuk yang nak kawal pengambilan gula, yang nak buat Croffle tapi macam dekat café, dan yang suka  memasak.

Selamat mencuba.

Boikot Produk Israel Demi Kemanusiaan & Agama

Dunia sekarang terlalu kejam dan manusia semakin hilang sifat kemanusiaan. Tengok sahaja apa yang sedang berlaku kepada Palestin.

Pembunuhan berlaku secara terang-terangan, tak kira siapa termasuk lah kanak-kanak. Kejam betul. Terbayang kalau diri sendiri berada di tempat mereka.

Peliknya mereka tidak rasa apa-apa bila buat kezaliman. Memang tujuan mereka adalah untuk melakukan pembersihan umat Islam di Palestin dengan cara pembunuhan.

"Orang Yahudi dilaknat di dalam kitab (Zabur dan Injil) sikap mereka yang derhaka dan melampau." (al-Maidah: 78)

Banyak kuasa besar, kita lihat hanya berdiam diri. Memalingkan muka dan pekakkan telinga. Tunduk pada pihak yang satu lagi.

Jadi apa tindakan kita? Sebagai seorang Mukmin, doa itu lah senjata paling kuat kita ada, sebab kita ada Allah. Mohonlah kepadaNya.

Doa adalah perlindungan bagi orang yang lemah dan menjadi ubat yang paling hebat bagi mereka yang berada dalam kesusahan.


save-Palestine


Boikot Produk Israel Demi Kemanusiaan & Agama

Selain doa yang berterusan kita juga boleh bantu saudara kita di sana dengan tindakan boikot. Berhenti guna barangan atau servis mereka.  

Boikot adalah tindakan tidak membeli barangan atau perkhidmatan bagi menyatakan bantahan atau kemarahan terhadap sesuatu pihak atau sesuatu perkara.

Alhamdulillah, semakin ramai cakna dan turut serta dengan boikot barangan Israel. Bangga rasanya walaupun kita manusia berbilang bangsa dan agama tapi kita tetap bersatu hati.

Sama-sama menolak keganasan, pembunuhan dan ketidakadilan. Apa saja alasan mereka guna tidak menghalalkan perbuatan mereka untuk bom rumah, hancurkan hospital dan menembak orang awam.

Kalau imbas sejarah, Israel merampas tanah rakyat Palestin sejak tahun 1948 dengan dakwaan bahawa mereka penduduk asal tanah Palestin.

Yakin betul padahal banyak saksi yang memandan hal yang benar. Memang sah manusia yang tidak tahu bersyukur, terus menerus melakukan kerosakan meskipun mendapat kecaman hebat.

 

Boikot Produk Israel, Usaha kecil Tapi Berterusan

Walaupun ada yang mempertikaikan dan memperlekehkan usaha boikot dan katanya langsung tidak memberi kesan apa-apa.

Ingatlah pada pesan Nabi Muhammad junjungan kita,

Rasulullah SAW berpesan: "Sesiapa yang tidak ambil berat (cakna) dengan apa yang berlaku ke atas umat Islam, maka dia bukan daripada golongan mereka (Islam)" - (Riwayat al-Tibrani).

Esok bila kita berada di padang mahsyar, menghadap Allah SWT kita akan ditanya apa yang kita buat semasa kita hidup.

Sekurang-kurangnya, air mata yang mengalir, doa yang tak henti-henti, derma yang tidak seberapa dan usaha kita menyokong barangan Israel itulah dipandang oleh Allah.

Ingatlah dan contohilah kisah burung pipit yang telah cuba memadamkan api Namrud yang membakar Ibrahim AS walaupun tiada kesan.

Sekecil dan selemah makhluk itu pun cuba membantu. Jadi kita yang ada kuasa dan pilihan cuba lah yang terbaik.

Dalam setiap sen yang kita belanjakan dalam syarikat perniagaan Yahudi itulah modal kepada Yahudi Zionis untuk terus membunuh kanak-kanak, orang tua, wanita dan nyawa yang tidak berdosa di Palestin.

 


Cara Semak Produk Sokong Israel

Kami pun dah perlahan-lahan berhenti membeli barangan syarikat yang menyumbang kepada Israel. Mula bertukar kepada produk tempatan.


Cara-semak-produk-support-Israel

Ada satu website yang kita boleh guna untuk semak syarikat atau jenama yang menyokong Israel. Nak guna mudah sahaja, boleh taip nama atau guna fungsi camera.

Semak dekat sini - Bdnaash

Hasil dia akan tunjukkan macam dalam gambar ni. Mudah bukan?  

semak-produk-Israel


Untuk anak-anak pula kami dedahkan apa yang sedang berlaku dan tunjukkan video kanak-kanak Palestin yang menangis tercedera dan kehilangan ibu bapa.

Alhamdulillah anak-anak ni hati dia bersih jadi cepat faham. Ada satu situasi yang mana Diah bangga dengan anak kecil.

Minggu lepas kami ke Pasar Malam. Macam biasa selesai pusing banyak kali mencari makanan anak-anak haus nak beli air balang.

Raudah memang suka Air Milo. Setiap kali minum di kedai makan air tu lah dia akan pesan. Nampak penjual air Milo jadi dia nak.

Diah bisik dekat telinga dia ingatkan tentang Palestin, nasib saudara kita dekat sana dan dia setuju nak tukar minum air lain.

Dia tak fikir panjang ya. Sebagai ibu mestilah bangga. Anak sekecil itu boleh faham dan tidak mahu menjadi penyokong Yahudi Zionis.


Boikot-produk-Israel


Senarai Jenama Sokong Israel

Antara jenama yang menyokong Israel dan perlu kita elak beli:


Makanan Segera

Jom makan Marrybrown pula lepas ni

  1. Mc Donald's
  2. Domino Pizza
  3. Pizza Hut
  4. Burger King
  5. Popeyes
  6. KFC
  7. Subway
  8. Hardee's

Jenama Global

  1. Disneyland / Disney +
  2. Carrefour
  3. Hema
  4. Nike
  5. Adidas
  6. Tommy Hilfiger
  7. Ralp Lauren
  8. DKNY
  9. Giorgio Armani
  10. Coco Chanel
  11. Timberland
  12. Levi's
  13. Celio
  14. Cap
  15. Calvin Klein
  16. Victoria's Secret
  17. Hugo Boss
  18. Puma
  19. Caterpillar
  20. Champion
  21. Lee

 

Makanan Ringan

  1. Nestlé
  2. Kellog's
  3. Nescafé
  4. Nesquick
  5. Crunch
  6. Kit Kat
  7. Mousline
  8. Galak
  9. Frigor / Friskies
  10. Kinder
  11. Ferrero
  12. Milka
  13. Lu
  14. Danone
  15. Oreo
  16. Mars
  17. Snickers
  18. Twix
  19. Toblerone

 

Kerepek

  1. Pringles
  2. Lays
  3. Ruffles
  4. Doritos
  5. Cipso


Sos

  1. Calvé
  2. Heinz
  3. Tat

 

Ais krim

  1. Häagen Daaz
  2. Magnum
  3. Cornetto
  4. Algida
  5. Carte D'Or
  6. Baskin Robbins

 

Penjagaan Diri

  1. Garnier
  2. L'Oréal
  3. La Roche Posay
  4. Clinique
  5. Vichy
  6. The Ordinary
  7. Biotherm
  8. CeraVe
  9. Skinceuticals
  10. Chanel Beauty
  11. Dove
  12. Origins
  13. Glamglow
  14. Jonhson
  15. Lab Series
  16. It Cosmetics
  17. Listerine
  18. Ipana
  19. Colgate
  20. Nivea
  21. Tahiti

Penjagaan Kulit & Penjagaan Badan

  1. Maybelline
  2. Mixa
  3. Neutrogena
  4. Diadermine
  5. Johnson's Baby
  6. Blendax
  7. Palmolive
  8. Cacharel
  9. Ushuaïa
  10. Kotex
  11. Orkid
  12. Gillette
  13. Axe
  14. Veet
  15. Vaseline
  16. Rexona
  17. Oral-B
  18. Huggies
  19. Sensodyne
  20. Sanex
  21. Pampers

 

Alat Solek

  1. L'Oréal
  2. Mac
  3. Clinique
  4. Chanel Beauty
  5. Estée Lauder
  6. Lancome
  7. Maybelline
  8. Too Faced
  9. Nyx
  10. YSL
  11. The balm
  12. Giorgio Armani
  13. Bobby brown
  14. Prada Beauty
  15. Essie
  16. Smashbox
  17. MC
  18. Niely
  19. Forever 21 cosmetic
  20. Valentino beauty
  21. It costmetics
  22. Helena Rubenstein
  23. Tom Ford beauty


Penjagaan rambut

  1. L'Oréal
  2. Kérastase
  3. Dove
  4. Garnier
  5. Head & Shoulders
  6. Pantene
  7. Elidor
  8. Mixa
  9. Schwarzkopf/ Gliss
  10. Palmolive
  11. Revion
  12. Matrix
  13. Bumble and bumble
  14. Moroccan oil
  15. Pureology
  16. Aveda

 

Penutup

Semoga niat dan urusan kita nak berjihad diterima oleh Allah. Jom kita sama-sama bantu dan boikot produk Israel demi kemanusiaan & agama.

 


Rawatan Bone Setting, Body Alignment & Adjustment

Korang pernah dengar atau tahu tak tentang rawatan “Body alignment & adjustment” atau pun chiropractic? Popular di kalangan mereka yang ada masalah dengan tulang terkehel dan seangkatan. 

Dalam artikel kali ni Diah nak kongsikan pengalaman kami bawa Raudah ke Home Intensive Care Nursing (HIC) untuk rawatan chiropractic.

HIC Nursing menawarkan rawatan fisioterapi dan merupakan juga “Bone Setting Specialist (chiropractic), Body Alignment & Body Adjustment (Fisioterapi)”. 

Artikel agak panjang jadi pastikan baca sehingga habis untuk tahu punca dan rawatan yang kami cuba untuk Raudah yang baru berusia tujuh tahun.

Banyak je pusat rawatan yang tawarkan rawatan Chiropractic tapi kami pilih HIC Nursing sebab syarikat Bumiputera dan beragama Islam.

Mulut perawat tak lekang baca doa, asyiklah minta maaf risau pesakit tak selesa dan mereka ambil berat tentang aurat. 

Perwat dan Ahli fisioterapi dia pakai glove semasa buat rawatan. Ada Ahli fisioterapi lelaki & juga perempuan.


HIC-Nursing


Rawatan Bone Setting (chiropractic) , Body Alignment & Adjustment 

Kami setuju nak dapatkan rawatan di HIC Nursing selepas Raudah banyak kali mengadu yang dia rasa tak selesa dan asyik betulkan bahagian leher dan kepala dalam keadaan yang menakutkan.

Susah betul nak terangkan sebab setiap kali dia rasa sakit dan tak selesa dia akan cuba tegangkan otot di bahagian leher.

Leher boleh terseliuh atau terkehel ke? Sakit demam panas kita boleh tuam atau bagi minum air Kelapa nak bagi kebah.

Tapi kalau berkaitan dengan tulang dan benda yang tak kelihatan dengan mata kasar memang kena rujuk pada yang pakar untuk dapatkan rawatan yang sesuai.

 

Bone-alignment-HIC-Nursing


 

Rawatan Chiropractic Untuk Sakit Leher

Diah tahu tentang HIC Nursing sebab ada satu video rawatan yang viral dekat TikTok, warga emas yang mengalami masalah postur badan bengkok dan tak boleh baring. 

Jadi dia tidur dalam keadaan duduk di kerusi. Kesian betul. Selepas menjalani beberapa kali sesi rawatan chiropractic Pakcik tu dah boleh baring dan keadaan postur badan jadi lebih baik.

Sebab tu penting orang Business kena guna TikTok iklankan perniagaan. 

Diah tak pasti apa punca tulang leher Raudah boleh terkehel tapi salah satu punca yang kami perasan dan jadi habit dia dari kecil ialah postur badan yang salah ketika belajar.

Ini apa yang kami nampak. Sebelum tu nak bagitahu bukan niat kami nak salahkan mana-mana pihak. Waktu dia belajar di Pra Sekolah, banyak aktiviti seperti mewarna dan melukis.

Banyak kali juga aktiviti, cikgu suruh murid duduk dan siapkan kerja di atas lantai. Silapnya dekat sini, Raudah terlalu fokus dan bina postur badan yang salah.

Kalau duduk di meja dan kerusi Pra sekolah pula, postur badan dia terlalu menelengkan kepala seolah-olah macam nak makan kertas warna tu.

Lagi mengeruhkan keadaan, kerusi meja untuk murid Pra berbeza dengan murid Tahap 1 & Tahap 2. Saiz dia lebih kecil dan menyumbang kepada postur duduk yang salah.

 

Pengalaman Menjalani Rawatan Chiropractic Di HIC Nursing

Pengalaman ini adalah berdasarkan apa yang kami nampak dan terima sepanjang Raudah menjalani rawatan chiropractic.

Ikut apa Diah faham nama rawatan ni ialah Chiropractic yang kalau tarik tulang ada bunyi cracks tu. Memandangkan usia Raudah masih muda, jadi tak lah bunyi kuat dan sakit.

Sebelum tu kena buat temujanji dan ceritakan serba sedikit masalah yang dihadapi. Sampai dekat sana perlu mendaftar dan tandatangan persetujuan mendapatkan rawatan. Perlu timbang berat badan juga.


Surat-kebenaran-rawatan-chiropractic


Cuak juga waktu ni, terbayang kalau sesuatu yang tak elok berlaku tapi cepat-cepat tepis. Lagipun HIC Nursing mengaku mereka merupakan Body Setting Specialist.

Selesai mendaftar akan dibawa ke katil dan ahli fisioterapi pula akan tanya soalan keadaan bahagian yang sakit.

Soalan yang masih terpahat di ingatan ialah bila encik tu tanya, dah jumpa doktor ke belum? Kami berterus terang yang kami tak rujuk doktor.

Ahli fisioterapi terangkan serba sedikit rawatan yang akan dibuat dan mula periksa badan Raudah. Tekan-tekan dekat bahu, tulang belakang, gerakkan leher dan kemudian catat dekat kertas.


Body-alignment-adjustment


Encik tu kata tulang belakang kiri dan kanan dia senget / tak seimbang.  Waktu dia suruh Raudah duduk dan lunjurkan kaki, encik tu tunjuk yang kaki Raudah tak sama panjang.

Kaki sebelah kanan lebih pendek dari kaki kiri. Weh masa ni seram. Bila kaki tak sama itu yang sebabkan masalah sakit tulang di bahagian atas.


rawatan-chiropractic


Itu penerangan ringkas lah. Jadi apa yang dia akan buat ialah dia akan tarik semula kaki sebelah kanan yang pendek tu bagi sama semula.

Maka rawatan pun bermula. Tarik-tarik jari, tolak tulang, tekan bahagian belakang dan macam-macam la. Selesai semua rawatan, kaki Raudah dah sama panjang.

Cuma rawatan untuk tents / stimulate yang dipasang alat di belakang badan kami skip sebab Raudah menangis.

Alat tu fungsi dia untuk stimulate saraf dan rasa pedih macam kena gigit kerengga katanya.


rawatan-tent-chiropractic-HIC


Pujian harus diberikan kepada ahli fisioterapi HIC Nursing sebab sangat tenang dan lemah lembut bila buat rawatan. Lupa lah nama encik ni tapi muka dia banyak dalam TikTok HIC Nursing.

Raudah terima rawatan pada 6 April 2023 dan selepas enam bulan keadaan dia baik-baik sahaja. Dia dah tak mengadu sakit leher dan Alhamdulillah rawatan tu berkesan dekat dia.


Harga-rawatan-bone-setting


 

Caj Rawatan Bone Setting Package

Caj rawatan akan ditentukan bergantung kepada kronik atau tidak keadaan pesakit. Rawatan meliputi (jika perlu) bone setting / chiropractic, physiotherapy, tents / stimulate, drill, bone setting / chiropractic (ending).

Ada tiga pakej disediakan dan beberapa caj tambahan dikenakan.

Full Package: RM200

Medium Package: RM180

Basic Package: RM160


Harga-pakej-rawatan-bone-setting


Untuk weekend dan public holiday ada caj tambahan RM50. Korang yang berminat boleh hubungi nombor dekat bawah untuk tempahan;

 

HIC Nursing

No. 21-1A & 21, 1B, Jln. UP 1/3, Taman Ukay Perdana,

68000 Ampang Jaya, Selangor

Telefon: 03-410 25094

Whatsapp: 019-356 5094