Penat Tapi Tetap Kena Buat

Tadi aku ada tengok satu video di Tiktok bercakap tentang perasaan; penat dalam hidup. Dua lelaki sedang berborak setting macam dalam podcast. Ada dua kerusi. Lelaki A tanya soalan, lelaki B jawab. Soalan lelaki A minta lelaki B describe situasi dia yang sekarang tapi dalam satu ayat ringkas.

Hook dia simple je tapi menarik minat aku nak tengok video sampai habis sebab aku boleh relate dengan soalan tu. Style borak santai macam tu pun aku suka. Rasa macam sesi terapi merawat hati. Chewah.

Declare awal aku sedang berada di fasa hidup emosi aku terasa melankolik. Faktor usia. Menjadi surirumah memang mencabar. Kembali kepada soalan lelaki tu, rasa macam kawan baik yang tanya sebab nak catch up perkembangan diri dia sekarang. Rasa macam ikhlas nak ambil berat.


hidup-penat


 

Penat Tapi Tetap Kena Buat

Aku rasa deep gila jawapan lelaki B; "penat tapi kena buat, nak tak nak tetap juga kena buat”. Pergh menusuk woi. Penat macamana pun hakikat dia tetap kena buat. Atas dasar tanggungjawab sebab Tuhan masih beri kau nikmat bernafas. Berapa ramai lagi yang dah tak bernafas minta balik ke dunia nak bernafas.

Bagi aku menjadi dewasa adalah walau penat macamana sekalipun tetap kena buat tetap kena hadap. Serius cakap jadi dewasa tak seronok. Itulah dulu waktu kecil sibuk nak besar, nak kerja nak cari duit konon boleh beli apa saja kita nak.

Hakikat sebenar menjadi dewasa adalah tentang memikul tanggungjawab. Tanggungjawab bukan setakat kepada diri sendiri tapi juga orang sekeliling. Ada waktu aku macam nak lari baring dekat padang rumput hijau pandang langit lama-lama. Bayangkan diri terbang jauh ke angkasa.

 

Komen Tak Rilek

Kalau jumpa video menarik, mesti lah rugi kalau tak baca komen-komen netizen. Itu membuktikan bukan aku seorang je yang tersakiti bila menjadi dewasa. Nah aku kongsikan juga untuk tatapan korang.


Penat-Tapi-Tetap-Kena-Buat


  1. Tenang tapi kosong, penat tapi tak tahu kenapa๐Ÿ™‚ . More tu hilang rasa tentang kehidupan.
  2. bukan tak sakit, cuma dah terbiasa
  3. penat sangat tak ada tempat untuk meluahkan perasaan dan rasa penat ini
  4. duit memang bukan segalanya....tapi segalanya memerlukan duit
  5. Sakit tapi kena hidup ๐Ÿ˜ญ
  6. "penat , kosong tapi terpaksa senyum"๐Ÿ˜‡
  7. sincerely tired, but still going.
  8. penat tapi diam ๐Ÿฅฐ
  9. penat tapi kena pendam
  10. berusaha untuk mintak maaf..selebihnya aku memilih untuk berdiam diri
  11. penat tp 'terpaksa' buat
  12. im not good enough
  13. penat nak faham orang
  14. Penat, kecewa tapi kene juga hadap ๐Ÿ’”
  15. Penat, kosong dan suram. Rindu mak sangat
  16. sakit tapi tak terluah๐Ÿ˜Œ
  17. penat. hadap. repeat.
  18. sunyi dalam ramai
  19. penat tapi demi mak.
  20. nak menghilang.. tapi kemana?๐Ÿ˜”
  21. Sayang, tapi terpaksa ๐Ÿ˜ญ
  22. Mengalah tak beerti kita lemahkan๐Ÿ™‚
  23. Bukan tak kuat cuma penat ๐Ÿ’”
  24. Aku sendiri pilih aku kena la hadap
  25. dalam ribut taufan hujan badai luar tenang setenang angin pantai๐Ÿฅบ๐Ÿ˜ญ
  26. sakit tapi terpaksa move on
  27. sayap terluka, tapi perlu terbang
  28. ditipu tapi masih percaya ๐Ÿƒ๐Ÿ‚
  29. takut.. tapi kau dah pilih.. kene hadap
  30. berharap tu sakit, penat, tersiksa
  31. gembira tapi sakit
  32. penat tapi bukan beban๐Ÿ‘Œ
  33. aku yang membuatmu pulih tapi bukan aku yg kau pilih..
  34. aku tampak tersenyum tapi nyatanya aku separuh gila๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”
  35. mahu hilang tapi bukan mati
  36. Bila dah dewasa ni memang akan penat dan kena terus buat. Melainkan mati, akan hilang penat tu
  37. Masih mencari penat yang menyeronokkan.

 

Ingat tau korang, aku pernah dengar ustazah pesan yang aku ingat sampai sekarang. Dunia adalah tempat kita berpenat. Nak rehat nanti dekat akhirat. Sebelum tu usaha cantikkan rumah berehat kita di akhirat. Baca tips ni elak burnout 

Virus HFMD Serang Sekolah – Panik Attack Mode On

Sebelum sekolah anak aku umumkan yang ada murid dijangkiti virus HFMD (Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut) aku dah panik terlebih dahulu. Sehari sebelum tu dalam group whatsapp kampung, heboh sekolah rendah aku dulu diberi notis perintah tutup premis selama lima hari.

Virus HFMD telah menyerang sekolah. Emak cakap ramai cucu-cucu peneroka yang positif HFMD dan penyakit tu merebak dengan cepatnya. Jadi notis perintah tutup premis tu disebabkan KKM arahkan untuk jalankan kerja-kerja pembasmian kuman penyakit berjangkit.

Virus-HFMD-Serang-Sekolah

Bila sekolah anak sendiri dah beri peringatan mula la risau tak senang duduk jadinya. Anak-anak ni memang kena selalu diingatkan terutama murid tahap satu. Terbayang mereka berkongsi cawan minuman, bergurau senda dan kena selalu ingatkan jaga kebersihan.

Virus-HFMD-di-sekolah



Virus HFMD Serang Sekolah – Panik Attack Mode On

Lega juga zaman dah canggih jadi apa-apa perkara banyak aku tunjukkan contoh terus kepada anak-anak. Suruh tengok video supaya mudah mereka nak faham. Aku selalu tunjuk video di Youtube.

Ini apa ibu bapa perlu tahu tentang HFMD. Ia adalah penyakit yang biasa berlaku pada kanak-kanak, disebabkan oleh virus. Lepuh merah yang keluar kat tangan, kaki, dan dalam mulut tu adalah salah satu tanda. Walaupun tak bahaya sangat, ia boleh menyebabkan anak-anak rasa tak selesa dan demam.

penyakit-tangan-kaki-mulut


 
Langkah-Langkah Pencegahan HFMD

Walaupun penyakit ni penyakit ‘biasa’ menyerang kanak-kanak tapi kita tak boleh ambil remeh dan tak juga terlalu takut. Penting untuk berjaga-jaga. Anak-anak ni tahap kesedaran dia masih rendah jadi Ibu bapa lah yang bertanggungjawab bantu anak-anak.

Penting juga bekerjasama dengan sekolah supaya penyakit ini dapat kiat cegah dari terus merebak. Jangan tunggu sampai anak sakit baru nak bertindak, lebih baik kita cegah awal.

1. Cutikan anak jika tahap kesihatan anak tidak memuaskan!

Memang wujud ya manusia selfish dalam dunia. Dah tahu anak menunjukkan tanda-tanda kena HFMD masih lagi gigih hantar anak ke sekolah. Antara tanda-tandanya ialah: Demam suhu tinggi, Sakit Tekak & Lesu (rasa penat dan kurang selera makan) serta timbul lepuh merah. Lepuh berisi cecair boleh muncul kat tangan, kaki, atau dalam mulut.

2. Kerap cuci tangan!

Benda paling mudah tapi ramai yang anggap perkara remeh. Kena ingatkan anak-anak supaya cuci tangan setiap kali sebelum makan, selepas makan, atau lepas guna tandas. Penting juga untuk cuci selepas main kat luar. Kuman kan kecil mana nampak, jadi cegah sebelum parah.

3. Jangan kongsi barang!

Pesan dekat anak supaya tidak berkongsi barang dengan kawan-kawan. Ingatkan supaya tak kongsi minuman, atau barangan peribadi dengan orang lain. Walaupun nampak remeh, perkara ni sangat penting kerana virus mudah merebak melalui barang yang digunakan bersama.

4. Makan makanan seimbang & tingkatkan imuniti badan!

Penting sangat untuk pastikan anak-anak makan makanan seimbang dan galakkan makan makanan yang boleh meningkatkan meningkatkan daya tubuh badan melawan penyakit. Lebihkan makan Ubi Keledek, Kunyit, Bayam, Halia, dan Bawang Putih.

Macam Ikhwan dulu waktu dijangkiti memang selera makan dia out. Sakit mulut sebab penuh ulser dan tak boleh nak menelan. Jadi memang bagi dia makanan yang lembut macam yogurt, jeli dan ais krim. Nasi pun susah dia nak kunyah aku buatkan bubur.

notis-tutup-premis-sebab-Virus-HFMD


 

Pengalaman Jaga Anak Dijangkiti HFMD

Ikhwan pernah kena HFMD ni waktu dia berumur lima tahun. Lagi teruk waktu tu Raudah baru je masuk usia tiga bulan. Bayangkan kami tinggal serumah dan risiko Raudah dijangkiti amat tinggi. Memang tak lena tidur kami seminggu tu. 

Memang sepanjang aku jaga anak-anak, kerja aku asyik salin baju, cuci tangan dan mandi. Suami dan aku ambil giliran jaga Ikhwan. Oh ye, masa dia kena tahun 2016. Bayangkan lama dah tu berlalu. Jadi sekarang kami ambil kesempatan tambah ilmu pengetahuan mana yang patut.

Harap-harap jauhlah penyakit ni dari anak-anak. 

 

HFMD memang boleh jadi masalah besar kalau kita tak jaga dengan betul, tapi kalau kita ikut langkah-langkah pencegahan yang betul, insyaAllah anak-anak akan lebih selamat.

Ajar mereka untuk selalu cuci tangan, jaga kebersihan, dan elakkan berkongsi barang dengan orang lain. Kalau anak dijangkiti, pastikan mereka berehat dan minum air secukupnya. Kalau perlu, bawa mereka ke doktor untuk rawatan lanjut.

 

Letak Jawatan Sebagai AJK PIBG Sekolah

Secara rasminya aku dah letak jawatan sebagai ahli jawatankuasa persatuan (PIBG) sekolah rendah bagi sesi 2024/2025. Rasa macam satu beban telah diangkat dari bahu. Syukur Alhamdulillah.

Sabtu lepas berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28. Aku tak dapat sertai kali ini sebab balik kampung jenguk mentua tak sihat. Sebelum mesyuarat aku dah beritahu pengurusan sekolah dan AJK lain.

Segala tugas dan isu berkaitan aku dah selesaikan awal lagi. Sedikit sebanyak rasa bersalah dan sedih tu ada tapi aku yakin, takdir ini yang terbaik Tuhan dah tentukan dari awal. Sedih sebab lepas ni, confirm aku akan jarang ke sekolah dah kecuali ada urusan penting.  

Jarang ke sekolah maksudnya jaranglah aku jumpa mereka-mereka yang banyak menolong, melancarkan segala urusan di sekolah. People come and go. Begitulah hidup sementara kat dunia kan?

 

letak-jawatan-AJK-PIBG-Sekolah


Letak Jawatan Sebagai AJK PIBG Sekolah

Sebelum ni aku memegang jawatan sebagai ketua Biro Publisiti. Dipilih untuk menerajui biro tersebut pun disebabkan latar belakang aku sebagai “content creator”. Ishh segan nak gelar diri sendiri pencipta kandungan.

Dalam tempoh setahun tak banyak pun aku boleh tolong. Untuk bahagian penjenamaan, buat konten aku serahkan pada pengurusan sementara aku fokus mengajak ibu bapa masuk Kumpulan Sokongan IbuBapa (KSIB).

Sebelum ni penglibatan ibu bapa amatlah sedikit. Sibuk dengan kehidupan dan tak tahu nak sertai aktiviti sekolah adalah alasan paling kerap aku dengar bila berborak dengan ibu bapa. Usaha tubuhkan KSIB bukanlah usaha aku seorang.

Usaha bersama kerjasama ibu bapa lain yang ada niat yang sama iaitu nak bantu sekolah supaya anak-anak seronok datang sekolah, cintakan ilmu dan seterusnya berjaya jadi manusia.

AJK-PIBG-Sekolah


 

Kutip Pengalaman Berharga

Kalau ikutkan banyak sungguh pengalaman yang menyentuh hati. Lepas jadi AJK dan banyak terlibat dalam urusan sekolah jadikan aku lebih emosional bila melibatkan anak-anak. Put aside anak-anak yang ada keluarga yang sempurna.

Fokuskan pemikiran kepada anak-anak yang nasib kurang baik, datang dari keluarga yang bermasalah, dan keluarga yang ekonomi menjadi cabaran utama. Alhamdulillah itu semua jadi asbab untuk aku didik anak sendiri supaya sentiasa jadi manusia bersyukur.

Cara aku dan kawan-kawan adalah dengan dekat dengan anak-anak. Jadi kawan mereka. Banyak perkara berjaya kami capai bila kenal mereka terutama anak-anak yang ada masalah disiplin. Buat hal sebab kurang perhatian. Mana mampu kami nasihat kami buat.

 

Berkawan Sampai Syurga

Seronok bila anak-anak menjerit panggil nama kami setiap kali jumpa di sekolah. Ramai-ramai datang, salam cium tangan. Muka masing-masing gembira dan mulut non stop bercerita. Ada saja perkara nak mengadu.

ajk-sekolah


Pengalaman melatih anak-anak pra sekolah nak masuk pertandingan bukan perkara kecil sebab melibatkan mental dan fizikal. 

Kalau ditanya apa pengalaman dan perkara paling berharga akan aku kenang sampai bila-bila adalah cikgu yang setiap kali aku berborak dan buat kerja bersama tak pernah lokek dengan senyuman.

Yang setiap kali aku jumpa dan bekerjasama pasti akan terasa ikhlas berkawan. Juga senyuman dan kegembiraan murid yang bangga selepas berjaya bangkit dari kekalahan. Aku seronok jadi sebahagian proses mereka membesar.

 

Apa pun aku bersyukur, Allah bagi peluang dan sekarang masanya untuk aku susun semula hidup fokus kepada diri dan keluarga. Meletak jawatan bukanlah aku senyap terus cuma beri peluang kepada muka-muka baru untuk suntik idea untuk kecemerlangan anak-anak.

 

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Minggu lepas terima email notis peringatan nama domain blog bakal tamat tempoh pada hari Selasa, 13 Mei 2025. Sejak awal dan sehingga kini aku masih lagi setia menggunakan khidmat dari hosting provider, NetKL Network.

Sepanjang tempoh melanggan, tiada masalah yang timbul jadi tempoh setahun tu berlalu begitu saja. Setakat ni puas hati dengan performance customer service NetKL Network, memang laju.

Aku dah jadi pelanggan mereka sejak tahun 2018, bila difikirkan ini tahun ke Tujuh aku bersama NetKL. Aku siap kongsi cara beli domain. 

Soalan yang sama berlegar dalam otak aku setiap kali dapat notis peringatan adalah nak perbaharui domain atau biar je expired. Buat masa sekarang, aku memang dah kurang buat job review.

Atas sebab komitmen yang ada sekarang aku tak boleh nak ambil job review dan menulis di blog. Nak menulis tentang life sendiri pon tercari-cari waktu yang sesuai. Sedih rasa. Keras betul hidup ni. 

 

Notis Peringatan Domain Blog Bakal Tamat

Tapi bila datang perasaan negatif tu mula la hati ni bandingkan diri dengan kawan blogger lain. Orang lain elok je menulis, ada je masa nak update blog. Mula lah salahkan diri sebab tidak berdisiplin.

Ya memang tak boleh nak bandingkan hidup orang dengan hidup kita. Memang sangat-sangat berbeza. Jiran aku tak lalui apa aku lalui. Tak adil la nak judge diri sendiri macam tu. Maaf jiran aku ambil kau sebagai contoh.

Ada masa lebih kurang tiga minggu lagi aku boleh fikir. Nak perbaharui atau nak lepaskan je. Sayangnya nak lepaskan nama https://www.rodiahamir.com/ Teringat masa awal-awal dulu, banyak perkara aku kena hadam sebelum ambil keputusan nak tukar domain. 

Nak pejam mata bayar RM60 tu macam terasa sangat beban dia. Harga domain pula setiap tahun asyik naik je. Lagi sakit hati. Setakat ni harga masih lagi sama macam tahun lepas. 


Domain-Blog-Tamat-tempoh


 

Kesan Kalau tak perbaharui Domain Blog

NetKL Network awal lagi dah beri peringatan. Nak elak gangguan perkhidmatan kena perbaharui lebih awal. Lagi teruk, risiko paling tinggi adalah aku akan kehilangan domain selama-lamanya. Ugut eh? Tak baik tau.

Mereka juga ingatkan kalau aku hanya biarkan tak buat apa-apa sehingga tamat tempoh, domain akan digantung dan mana-mana tapak web atau perkhidmatan e-mel yang dikaitkan dengannya, akan berhenti berfungsi.

Pendek kata dah tak jumpa la blog aku bila korang search dekat internet. Untuk tunjukkan mereka baik hati, NetKL Network bagi tempoh 29 hari untuk memperbaharui domain ini pada harga pembaharuan biasa. 

Apabila domain anda tamat tempoh lebih daripada 29 hari, ia akan memasuki fasa Redemption Period (fasa penebusan tempoh).

 

reminder-Domain-Blog-Tamat-tempoh

Amaran & Peluang Terakhir – Redemption Period

Selepas 29 hari berakhir, bermulalah pula redemption period. Tempoh penebusan biasanya 40 hingga 45 hari iaitu dari hari ke-30 hingga hari ke-70 atau ke-74, selepas tarikh luput. Ini peluang terakhir untuk pengguna memperbaharui domain.

NetKL juga ingatkan kalau perbaharui sewaktu fasa penebusan tempoh / redemption period, pengguna akan menanggung kos yang tinggi iaitu yuran RM750 dan kertas kerja (mengambil masa 3-4 hari untuk disiapkan).

Nilai RM750 tu memang ikut polisi yang telah ditetapkan dan yuran tu bukan dibayar kepada NetKL tapi kepada “Registry”.

 

Pendek kata, nak selamat dan kalau masih sayangkan nama domain elok lah perbaharui dalam jangka masa yang diberikan. Mana tahu rancangan masa depan kan? Ada rezeki kita melalui blog.