Pasang Template Blog Baru 2024, Istiqamah Menulis

Assalamualaikum. Hari pertama menulis di bulan yang terakhir untuk tahun 2023. Pejam celik sekejap je kita nak menghampiri hujung tahun. 


Moga sebulan yang terakhir ini kita dapat kumpul sebanyak mungkin pahala, semakin ringan untuk melakukan kebaikan dan semuanya baik-baik sahaja. 


Alhamdulillah, baru siap pasang template blog yang baru sempena menyambut kedatangan tahun baru, 2024 yang bakal tiba. Alasan paling kukuh sebenarnya stress dengan template blog lama. 


menulis-blog.webp


Pasang Template Blog Baru 2024, Istiqamah Menulis

Entah mana silap dia, pageview merudum teruk. Dapat la beza kalau dulu paling teruk tak menulis seminggu masih okay lagi. 


Setelah fikir panjang, kita cari template blog baru yang lebih fresh. Buang mana yang tak patut. Korang rasa okay tak?


Sengaja cari template yang cerah. Maklumlah semakin meningkat usia, pening kalau tatap warna yang kusam. 





Semak Performance Blog 2024

Diah pernah kongsikan sebelum ni cara nak tengok performance blog. Walaupun bukanlah pakar tapi sedikit sebanyak cuba buat mana yang faham. 


Sungguh memberi kepuasan bila dapat buat. Sekarang tengah fokus nak baiki masalah ikut analisis Google Search Console. 


Ha dekat situ lagi berganda-ganda pening nak faham. Lepas semak performance guna Gmetrix, dapat tukar Gred B kepada Gred A. 


Dekat bawah ni report sebelum tukar template. 


performance-report-blog-before

Pernah baca kalau nak semak kena sign in dan uji guna server Canada bukan China. Mereka kata keputusan lebih tepat. Wallahualam. 


Dekat bawah ni report selepas tukar template. 

performance-report-blog-after



Buang Gadget Blog Tak Perlu

Untuk template baru, Diah tak pasang gadget yang tak perlu. Kalau ikut mereka yang pandai tentang blog semua nasihat perkara yang sama. 


Gadget mempengaruhi cepat atau lambat blog loading. Selalu ambil tips dari blogger Sii Nurul dia suka share pasal blog. 


Kalau tengok template sekarang lebih ringkas dan ringan. Harapnya lepas ni lambat lagi nak kena tukar template. 


Mesti akan rujuk checklist Tukar template blog



Semangat Menulis Blog Tahun Baru 2024

Besar sangat harapan Diah semoga diri ini sentiasa bersemangat dan ada masa untuk menulis blog. Berbaloi menulis sebab banyak perkara yang jadi Diah akan rujuk blog. 


Jadi bukan setakat dapat bantu orang lain yang perlukan maklumat tapi lebih kepada menjadi jurnal untuk diri sendiri dan keluarga. 


Harapnya semangat menulis semakin membara, dan semakin ramai Kembali memeriahkan dunia blogging. 


Kesimpulan

Semoga dengan template blog baru 2024 Diah akan lebih istiqamah menulis. Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan,  tinggalkan komen dan semoga ukhwah kita walau di alam maya berpanjangan. 


Pengalaman Menduduki UKKM - MRSM Bentong

Hari tu masa kongsi dan upload vlog UKKM Ikhwan ada beberapa ibu bapa yang tanya tentang proses kemasukkan ke MRSM. 

Lebih tepat lagi adalah soalan berkenaan kemasukan MRSM iaitu UKKM. Alhamdulillah Ikhwan telah pun selamat menghadiri dan menjawab ujian. 

Pada hari kejadian kami bertolak dari rumah selepas solat Subuh dan ambil masa 45 minit untuk sampai ke MRSM Bentong. 

Sebagai ibu bapa yang pertama kali memohon MRSM pastilah banyak perkara kami tak tahu. Cuba juga buat carian di Google tapi tak banyak maklumat kami dapat. 


Pengalaman Menduduki UKKM - MRSM Bentong 

UKKM atau nama lain Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM. Disebabkan pilihan pertama Ikhwan ialah Teknikal jadi dia kena jawab ujian di MRSM Bentong. 

Ikhwan menduduki UKKM pada 21 November 2023, hari Selasa sesi pagi. Rupa-rupanya ada empat sesi berlangsung pada hari yang sama.

Memang agak sengit nak bersaing. Kalau ada rezeki masuk ke MRSM, Ikhwan adalah wakil keluarga Wan Samiah pertama bergelar pelajar MRSM. 

Kalau tak dapat pun takpelah, sekurang-kurangnya dah dapat pendedahan dan juga pengalaman. Balik tu kami singgah makan lemang di Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang


Ujian-UKKM-Bentong


Permohonan MRSM 2024 Tingkatan 1


Sebelum Diah kongsikan lebih panjang lagi, jom Diah terangkan dari awal proses permohonan MRSM 2024 khususnya untuk Tingkatan Satu.

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM bagi tahun 2024 telah dibuka mulai 15 September - 20 Oktober 2023.

Waktu inilah ibu bapa, dan murid kena buat permohonan secara online. Nak mohon tu tiada masalah, tapi nak pilih program yang sesuai tu kena fikir secara mendalam. 

Ada enam pilihan program yang ditawarkan iaitu:


Premier - Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA

Ulul Albab - Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran 

IGCSE - Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM

Teknikal - Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan
BITARA - Kurikulum kebangsaan berteraskan STEM

IIB MYP - Mengintegrasikan kurikulum STEM dan Middle Years Programme dari Sistem Pendidikan Baccalaureate. 

Untuk informasi lebih tepat boleh rujuk laman sesawang MARA.


MRSM-Bentong


Mohon MRSM Bentong, Program Teknikal 

Dari awal lagi Ikhwan dah menyuarakan keinginan dia nak ambil Program Teknik. Hanya ada satu MRSM Teknikal iaitu di Bentong. 

Ikut kecenderungan dia minat Sains dan Matematik. 

Sebelum isi borang kami dah duduk berbincang dengan Ikhwan tentang minat, cita-cita dan apa perancangan dia untuk masa depan. 

Perkara yang sama kami buat waktu memohon Kemasukan Sekolah Khusus, SBP. 

Kami juga ada merujuk kepada pihak sekolah dan minta pendapat guru-guru Ikhwan. Cukupkan syarat sebelum buat keputusan seterusnya. 


calon-UKKM-Bentong


Awalnya Diah agak berbelah bahagi nak lepaskan anak sulung ke asrama. Tapi rasanya tak adil kalau nak halang apa anak minat. 

Bukan mudah ya nak capai kata sepakat. Jadi kami doa, usaha dan tawakal sahaja. Kita go with the flow. 


Semakan Ujian Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 

Selepas memohon murid kena bersiap sedia dan menyemak status tawaran menduduki ujian melalui pautan yang diwar-war kan. 

Tak lama pun kena tunggu. Jadi selepas tamat tarikh permohonan hari-hari Diah semak di link yang diberi. Takut terlepas tarikh panggilan. 

Maklumat berkaitan UKKM ada dinyatakan dalam Surat tawaran seperti tempat, tarikh, waktu dan peraturan perlu dipatuhi oleh murid. 


calon UKKM Bentong


Antara dokumen yang perlu dibawa ialah Surat Tawaran, Surat panggilan menduduki UKKM, kad pengenalan, slip gaji dan juga Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah.

Bermula tahun 2021, MRSM wajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). 

Bertujuan nak uji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Untuk Program Teknikal ada ujian tambahan iaitu Ujian Teknikal. 



Persediaan Menduduki UKKM 

Sementara tunggu tu kami buat persiapan yang perlu. Ikut pengalaman waktu menduduki PKSK sebelum ini, soalan memang mencabar dan di luar kotak ya. 

Sama seperti sebelum ini, Diah beli juga Set Persediaan UKKM + Ujian Khas Teknikal. Dalam tu ada 200 soalan berharga RM100. 

Amatlah berbaloi sebab berdasarkan pengalaman Ikhwan, soalan persediaan dan soalan sebenar lebih kurang susah. 

Bagusnya tidak la dia terperanjat dan lebih bersedia. Oh Diah beli Set Persediaan UKKM dari Akademi Intan Payung melalui Group Telegram. 


Kesimpulan 

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana urusan dan pengalaman menduduki UKKM di MRSM Bentong berjalan lancar. 


Bukan sahaja untuk Ikhwan tapi juga untuk kami sebagai ibu bapa faham potensi dan minat anak.  

Cakoi Berlauk, Golden Stick Pasar Malam Taman Melawati

Masih terbayang kesedapan Cakoi Berlauk yang Diah makan tadi. Kena betul dengan tekak. Ini pertama kali kami jumpa gerai yang menjual Cakoi berlauk macam ni. 

Kisahnya kami ke Pasar Malam Taman Melawati. Pusing-pusing nk cari makan malam. Siang dah makan nasi jadi malam rancangnya nak makan ringan-ringan je. 

Kalau dah namanya rezeki memang dapat juga lah merasa. Kami dah lalu depan gerai Cakoi ni beberapa kali. 

Memang wajib pusing pasar malam banyak kali baru putuskan nak beli apa. Pernah jadi sebelum ni buat pembelian sebab terpaksa. Sebab habis idea.


Cakoi-daging-blackpaper


Cakoi Berlauk, Golden Stick Pasar Malam Taman Melawati

Nama gerai ini kalau ikut sepanduk ialah Golden Stick. Kalau korang pernah dengar, ada orang panggil Kayu Keramat. 

Kayu keramat atau nama lain Cakoi. Maaf saya tak tahu beza tapi macam lebih kurang sama je. Kalau salah betulkan eh, boleh drop komen dekat bawah. 

Kebiasaan kita nampak orang jual cakoi cicah dengan pencicah manis, kaya warna hijau. Ada juga yang buat cicah kuah kari. 

Tapi Golden Stick pula dia go to next level sebab buat Cakoi berlauk. Bukan kuih Cara je ada yang berlauk, Cakoi pun ada tau. 


golden-stick



Review Cakoi Berlauk, Golden Stick

Penjual Melayu, Muslim pakai tudung. Dia susun cakoi dalam dulang. Jadi meriah nampak dan menggamit perhatian orang nak beli. 

Ini pertama kali jumpa Cakoi macam ni. Anak yang buat keputusan nak cuba. Ikhwan beli Cakoi Daging Blackpaper. 

Gabungan cakoi yang ringan tekstur dan rangup, makan pula dengan daging hancur blackpaper yang memang ngam. 


cakoi-taman-melawati


Tak terlalu masin jadi cukup rasa. Gabungan masin berlemak Cakoi dengan daging. Rasa blackpaper tak pedas sesuai anak kecil nak makan. 

Satu biji cakoi berlauk dijual pada harga RM6. Memang tak cukup satu nak kongsi sebab sedap. 


Cakoi Berlauk Pelbagai Perisa

Selain Daging Blackpaper ada juga Cakoi Ayam Blackpaper, Cakoi Daging Kurma, Cakoi Tuna special, Cakoi Mayo dan Cakoi sausage Jumbo. 



cakoi-sausage-jumbo


Nak special sikit sila pilih Cakoi Kambing Merah, harga pun semestinya mahal sikit (RM9). Tak mahu berlauk, Cakoi original pun ada. 


cakoi-daging-kambing


Pau Goreng Kacang merah dan Kacang Hijau juga ada dijual. Satu biji saiz tapak tangan dijual pada harga RM2. 


kuih-cakoi


Kesimpulan korang kena cuba Cakoi Berlauk / Golden Stick terutama Daging Blackpaper kalau ke Pasar Malam Taman Melawati. 

Landmark Pasar Malam ialah lokasi yang sama Pasar Tani Taman Melawati, berhadapan dengan Melawati Mall. 

Tak Pasti dekat mana akak ni buka gerai kalau hari biasa. Lupa nak tanya. 


Baiki Handphone Sepantas 30 minit - MRFIX Kota Warisan

Korang kalau phone rosak selalunya korang cuba baiki handphone terlebih dahulu atau terus je beli yang baru? 

Membazir lah kan kalau setiap kali phone rosak kena beli baru. Malang kan tak berbau. Kadang-kadang kita dah jaga sebaik mungkin tapi kemalangan tetap juga berlaku. 

Phone jatuh, skrin retak, telefon masuk air, bateri cepat habis dan banyak lagi lah. Perhatian untuk orang Kota Warisan, Sepang dan kawasan sekitar! 


mrfix-kota-warisan


Baiki Handphone Sepantas 30 minit - MRFIX Kota Warisan

Kalau korang sedang mencari kedai untuk baiki telefon dan juga komputer riba korang boleh ke MRFIX cawangan Kota Warisan yang baru sahaja dibuka. 

Tiga cawangan MRFIX yang terdahulu ialah di Putrajaya, Bangi dan Cyberjaya. 

MRFIX sedia membantu dan boleh membaiki pelbagai jenis telefon. Juruteknik mereka yang berpengalaman dapat baiki handphone sepantas 30 minit tau. 

Tertakluk kepada stok alat ganti yang tersedia dan jenis kerosakkan adalah minor. 


mrfix-sepang


Smartphone & Macbook Repair Specialist - MRFIX Kota Warisan

MRFIX Kota Warisan dikenali kerana kepakaran dan kemahiran membaiki telefon pintar, tablet dan juga komputer riba. 

Pelanggan boleh walk-in terus ke kedai dan boleh rujuk dengan juruteknik MRFIX. Telefon anda akan dibaiki secara face to face. 


juruteknik-mrfix


Pelanggan juga boleh bertanyakan soalan berkaitan kerana mereka senantiasa bersedia membantu anda. Jangan lupa minta tips penjagaan telefon dari juruteknik tau!

Jangan risau, pemeriksaan awal gadjet anda adalah PERCUMA. Juruteknik akan mulakan tugas mereka selepas pelanggan setuju dan berpuas hati dengan tawaran yang diberikan. 

Demi memberikan servis terbaik, MRFIX hanya menggunakan barang berkualiti dan menawarkan jaminan. 

Antara masalah yang dihadapi oleh pelanggan adalah seperti berikut: 

  1. Skrin Telefon Retak
  2. Handphone tak boleh caj
  3. Handphone dimasuki air
  4. Ipad tidak berfungsi
  5. Bateri cepat habis

repair-phone-murah



MRFIX Kota Warisan Jadi Pilihan Pelanggan

Lebih 40,000 pelanggan yang pernah menggunakan khidmat MRFIX Kota Warisan berpuas hati dengan servis secara bersemuka. 

Ha waktu inilah pelanggan berpeluang melihat di depan mata, cara kerja juruteknik membaiki telefon mereka. Sehingga hari ini lebih 26,000 skrin berjaya mereka baiki.


baiki-handphone

Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis yang pantas dan jurutenik berpengalaman serta mahir berkongsi penyelesaian. 

Dari segi harga pula, caj yang dikenakan adalah berpatutan. 


pelanggan-mrfix


testimoni-mrfix



Senarai Servis MRFIX Kota Warisan

Antara servis yang boleh korang dapatkan di MRFIX Kota Warisan adalah seperti berikut: 

  • Broken LCD
  • Water Damaged
  • Battery Broken
  • TABLET & IPAD Repair
  • Software Error

Dan pelbagai lagi masalah berkaitan gadget korang. 


mrfix-kota-warisan-review


Jadi apa tunggu lagi? Jom ke MRFIX Kota Warisan untuk baiki handphone korang. Serah kan pada yang pakar. 

Berita baik untuk pembaca blog Rodiahamir, korang layak dapat 10% diskaun bila hantar gadjet anda ke MRFIX Kota Warisan untuk dibaiki. 

Hanya tunjukkan artikel ini kepada mereka. 


MRFIX Kota Warisan - Smartphone & Macbook Repair Specialist

21-G, Arena Warisan Puteri,  

Jalan Arena, Kota Warisan,  

43900 Sepang, Selangor  

Landmark:  Dalam Al Ikhlas Gadget  

Waktu Operasi : Isnin-Ahad (Setiap hari)  

☎012-540 0531 (admin) 

Whatsapp      Map    Facebook