3 Cara mudah menggunakan myGDEX

Rodiah Amir
4

Pernah dengar tentang myGDEX? Kalau belum, meh sini akak nak cerita tentang kewujudan myGDEX ni. 

Kalau nak tahu myGDEX ni adalah platform dalam talian yang dikendalikan oleh GDEX Express. Ala syarikat penghantaran barang tu.

Cara mudah menggunakan myGDEX oleh GDEX Express 

Pada tahun ini, GDEX Express telah melancarkan platform dalam talian yang bertujuan untuk memudahkan pelanggan menggunakan perkhidmatan penghantaran barang secara ‘online’. 

Boleh TEKAN SINI untuk tahu lebih lanjut. Ini ialah salah satu cara GDEX Express
untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan juga pengalaman penghantaran pelanggan mereka.

Cara mudah menggunakan myGDEX oleh GDEX Express

Hantar Barang Online

Sebagai pelanggan dan juga seorang penjual barang secara online, akak memang gembira sangat dengan adanya platform atas talian macam myGDEX ni. Mudah kerja. 
Nak hantar barang, semak status, semua la. 

Pendek kata semua aktiviti dekat kaunter dah boleh buat secara “online” je. Kalau dahulu kerja kiriman barang ni agak memenatkan sebab semua kena buat sendiri tapi dengan wujudnya myGDEX telah menyenangkan kerja pelanggan. 

Semuanya di hujung jari. Hanya isi butiran, tunggu barang diambil dan penerima terima barang.




Daftar myGDEX oleh GDEX Express
 

#1 Daftar myGDEX e-Wallet

Perkara pertama perlu awak buat kalau nak gunakan khidmat myGDEX ialah kena lah daftar kan diri di link ni https://my.gdexpress.com/signup  Selepas daftar dan untuk mulakan transaksi pembelian kenalah top up e-wallet. 

Dah ada duit dalam e-wallet tu baru boleh mula untuk buat penghantaran barang atau nak suruh myGDEX ambil barang. 

Pakej yang ditawarkan pun menarik dengan harga berpatutan. Tak rugi lah sebab myGDEX ada sistem ganjaran yang berbaloi-baloi untuk ahli dan berpeluang menikmati kredit percuma, risalah percuma dan susunan pick-up percuma.



myGDEX oleh GDEX Express


#2 Cetak Sendiri Nota Konsainan myGDEX

Senang sangat kalau guna myGDEX ni. Kebiasaannya kalau kita nak kirim barang, pengirim kena datang ke kaunter dan isi nota konsainan kan? 

Perkara yang akak selalu hadap ialah barisan yang panjang dan setiap pelanggan akan ambil masa yang lama sebab nak kena isi nota konsainan. Terbakar hati kena berdiri lama. Banyak buang masa tau.

Tapi dengan myGDEX, pengirim tak perlu ber susah payah isi nota konsainan di saat akhir. Pengirim boleh mencetak sendiri nota konsainan (CN) secara online dan menyerahkannya di cawangan GDEX atau “lodge-in centres” dan “drop-off points” yang terdekat. 

Nak menulis nota konsainan secara manual pun boleh menangis awak, kalau bertimbun-timbun. Dengan myGDEX ni jimat tenaga dan dakwat pen. Tekan kat keyboard je. 


#3 Pick Up Service myGDEX

Berita baik untuk mereka yang selalu yang selalu angkut kotak besar untuk pos barang terutamanya peniaga yang berniaga secara online, sekarang dah tak perlu bersusah payah lagi. 


Pelanggan boleh minta myGDEX untuk datang ke lokasi yang di inginkan dan “pick up” barang yang hendak di kirim. 

Apa yang pelanggan perlu buat ialah isi segala detail parcel termasuk lah pilih pengangkutan yang diperlukan untuk ‘pick up’ barang. Motor, van, lori pun ada ok. 

Tak kisah awak peniaga mahupun individu, semua boleh guna. Kemudian tunggu je staff myGDEX sampai di tarikh yang awak pilih tu. 

Melalui myGDEX juga pelanggan boleh melakukan pengesanan penghantaran dan dapatkan status terkini dalam talian tak kira masa. Mudah yakmat kan nak guna myGDEX ni. 

Semua informasi memang dah lengkap disediakan. Kalau masih lagi ada pertanyaan awak boleh hubungi khidmat pelanggan myGDEX di talian 03 - 6419 5003 atau boleh email ke mygdexadmin@gdexpress.com. Pasti mereka akan bantu. 

Semoga perkongsian kali ni bermanfaat untuk awak. 


Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Waahh!! saya baru tahu ni. lagi mudah dan senanglah untuk penghantaran barang menggunakan mygdex ni. thanks kak untuk perkongsian ni

    BalasPadam
  2. nice sharing.. lepasni makin mudahlah :)

    BalasPadam
  3. Thanks for sharing. Nak tracking GDEX kat sini pun boleh.

    BalasPadam
Catat Ulasan