8 Lagu Raya Terbaik Sepanjang Zaman 

Ramadhan dah semakin tiba ke penghujungnya. Bila radio pun dah mula mainkan lagu raya tu tandanya raya dah nak tiba. Sebut pasal lagu raya mesti korang ada lagu raya favourite masing-masing kan? Bagi akak la kan, lagu raya yang selalu akak dengar masa zaman akak kecik-kecik dulu la lagu raya terbaik sepanjang zaman. Lagu raya sekarang kurang memenuhi selera akak.  Feel raya tu tak sampai. Tak tahu nak explain tapi lagu raya tu tak melekat ke jiwa.

Raya 2018
Lagu Raya Terbaik Sepanjang Zaman
Berikut antara lagu raya terbaik sepanjang zaman yang akak selalu dengar dalam kereta bila balik kampung. 

#1 Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Ellina nak beraya.  


Lagu Suasana Hari Raya oleh Anuar Zain & Ellina ni adalah lagu wajib dengar untuk ambil mood beraya. Lepas dengar terus semangat nak pergi beraya. Siapa tak tahu lagu ni kira macam tak lengkap 

#2 Balik Kampung – Sudirman   

Bila radio putar lagu ni mesti masing-masing sibuk nak karaoke sama-sama. Semua hafal kot. 

#3 Suasana Di Hari Raya - Junainah M Amin   

Lagu ni selalu akak nyanyi bila menyambut tetamu datang beraya ke rumah. Dia macam automatic keluar lirik lagu “panggilah kawan mu duduk keliling meja, makanlah ketupat kuih muih yang ada” kalau mak akak dengar berbulu je dia. 

#4 Dayangku Intan-Senandung Hari Raya Untukmu   

Setiap kali keluar je lagu senandung Hari raya ni mesti teringat parodi tiga mamat yang pakai baju melayu, kain sampin dia pakaikan ke kepala dan buat tarian kayuh sampan tu. Alahai melekat kat otak yang tu sebab kelakar sangat. 

#5 Sudirman-Dari Jauh Ku Pohon Maaf    

Ni lagu Sudirman yang akak hafal masa cuti semester masa belajar dekat UiTM Pahang dulu. Duduk tepi tingkap bilik then nyanyi acah-acah anak muda di perantauan tak dapat balik beraya. Lakonan semata-mata. Ni lagu sedih so feeling dia lebih sikit. 

#6 Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya    

Lagu ni best sangat kalau karaoke dalam kereta woi, berhantu..apa ni semua lagu berhantu ni. Tapi part “yang jauh berkirim salam, yang dekat berkunjung-kunjungan” best wooo… 


#7 Aisyah – Pulanglah    

Lagu Aisyah – Pulanglah pun lagu sedih yang melekat dalam jiwa. Feeling sedih lebih banyak untuk mereka yang jauh dari keluarga, yang mana beraya sebelah suami dahulu dan yang beraya di perantauan. 

#8 Mamat Exist - Ku Pohon Restu Ayah Bonda     

Satu-satunya lagu raya yang aku suka Mamat EXIST ni nyanyi. Lagu penyesalan sesuai dinyanyikan bila tengah bersalam dengan ayah bonda. Sayangnya aku ni tinggal bonda je. Huwaaaa. Ayah dah lama tinggalkan kami. Semoga ayah tenang di sana. 

Lagu raya lain terbaik sepanjang zaman yang memikat telinga nak dengar dan karaoke ramai-ramai. 

  1. Warna Warni Aidilfitri - Nyanyian ramai artis artis SONYBMG     
  2. Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, New Boyz & Aqasha - Nikmat Hari Raya    
  3. Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim, Anis Suraya - Aidilfitri Di Alaf Baru     
  4. Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya        
  5. Sharifah Aini - Nostalgia Aidilfitri      
  6. Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri    

2 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Mesti nak dengar lagu Sepasang Kurung Biru Khairil Johari Johar.

    ReplyDelete
  2. Semua lagu-lagu ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.. Memang terbaik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Previous Post Next Post