Cara buang label blog post

Rodiah Amir
4

Cara buang label blog post 

Ilham nak buat entry cara buang label blog post ni bila terbaca entry yang ditulis oleh blogger Aerill Hassan bercerita dekat blog dia. 

Sesungguhnya memang dah lama berhajat nak belajar cara buang label blog post tapi tak jumpa tutorial yang sesuai. Masa menulis di waktu kurang matang dulu main letak je label blog post, apa yang rasa best. Habis caca marba blog. 

Buang label blog tidak bermaksud kita padam entry tu ya. Jangan risau. Aku pernah baca untuk blog mesra SEO, setiap label blog post kena ada sekurang-kurang lima entry. 

Paham tak? Contoh kalau letak label “anak”, kena buat sekurang-kurangnya lima entry dan letak label “anak”. 

Masa tengah cuba-cuba buang label blog post, aku terjumpa pula cara nak tambah label pada post yang lama. Berguna untuk kita update entry yang lama, contohnya aku ada tunjuk cara kat bawah. 

So jangan pening ya. Baca slow-slow cara buang & tambah label blog post. Ada soalan boleh tanya di bahagian komen. 

Cara-cara buang label blog post adalah seperti berikut: 

Tips penting!

Kalau nak BUANG LABEL kena mula dari SEBELAH KANAN

1.Pilih label YANG HENDAK DI BUANG contoh “#kakdiahmasak”, nanti akan keluar blog post yang ada label “#kakdiahmasak”. 

Cara tambah label blog


 
2. Semua entry yang ada label “#kakdiahmasak” akan keluar dan sila klik button kecil tu.

3. Tekan simbol dan bawak cursor ke label yang hendak dibuang. Akan ada pop up mesej untuk “add or remove label dan sila tekan. 

4. Siap di buang. Boleh check dekat list label dah tiada. 


tambah label post


Cara-cara tambah label blog post adalah seperti berikut: 

Ini contoh: aku nak tambah label “anak” dekat blog post yang lama. Ikut kan hanya ada 3 sahaja blog post ber label “anak”. 


tips cantik kan blog


Tips penting! 

Kalau nak TAMBAH LABEL kena mula dari SEBELAH KIRI.

1.Pilih POST mana YANG HENDAK DI TAMBAH dan check kotak kecil tu.

2.Bawa cursor ke symbol list label dan pilih label yang korang nak. Dalam kes aku tunjuk contoh aku nak tambah blog post label anak. Akan ada pop up mesej untuk “add or remove label dan sila tekan.  Siap di tambah. 


cara mudah buang label post


 Boleh check dekat list label dah bertambah jumlah blog post dari 3 menjadi 103.

tutorial mudah nak ingat


Mudah kan cara nak buang label post ni? Cuma nak rajinkan diri update dan cantikkan blog. Selamat mencuba. 

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. TQ for sharing.. Memang tengah buat buang dan tambah label ini..

    BalasPadam
  2. o... cam tu rupanya... nice sharing... leh buat anak-anak lg

    BalasPadam
  3. Info berguna. Saya pun nak buang juga la label lama-lama yang jarang pakai. TQ for sharing :>

    BalasPadam
Catat Ulasan