Sedap sangat ke D24 Durian McFlurry dari mcdonaldsmalaysia

Tahun lepas melepas nak rasa ice cream D24 Durian McFlurry yang digembar gemburkan sedap yakmat dari mcdonaldsmalaysia. Masa tu mcdonaldsmalaysia promote sekejap sangat. Sengaja buat gimik supaya orang tergila-gila nak beli ke apa? Sekejap pun, tapi ramai je kawan-kawan yang sempat merasa. Aku yang ketinggalan agaknya. sakit hati tak dapat beli macam ni la. Gelak kan diri sendiri. 

Tapi dah nekad lepas ni kalau keluar kena beli juga. Sebab tekad nak rasa la akhirnya suami layankan permintaan isteri dia. Harga D24 Durian McFlurry  ni ialah RM9.99. . Kalau yang McFlurry party tu kalau tak silap dalam RM19++

DurianMcFlurry
Sedap sangat ke D24 Durian McFlurry dari mcdonaldsmalaysia 
D24 Durian McFlurry atau McFlurry Party

Kalau ikut kebiasaan aku memang tamak nak yang meriah terus macam McFlurry Party tu, ada campuran coklat dan lain-lain tapi sebab nak rasa ketulenan makan ice cream D24 Durian McFlurry jadi kita cuba satu-satu ok. Aku beli D24 Durian McFlurry dekat branch mcDonald Aeon Big WangsaMaju, kebetulan masa tu tengah beli barang rumah. Terserlah keterujaan nak merasa. 

Ini pertama kali aku rasa D24 Durian McFlurry. Rasa durian tu ada tapi kalau letak lagi banyak isi durian dan pekat berkrim lagi aku suka. Gabungan perisa vanilla dengan durian memang kena sangat la. Sejuk-sejuk lemak manis berkrim. Lagi bagus kalau McDonald letak seulas durian D24  yang sebenar lagi peminat ice cream ni melompat gembira. 

Sediakan air mineral lepas makan D24 Durian McFlurry ni ya. Sedap confirm mulut anda berbau durian. Sila kunyah chewing gum atau kumur mulut anda sebelum bercakap dengan orang. Kesian mereka dapat bau je. Dan hati-hati kalau nak sedawa. 

Kepada peminat Durian dan juga ice cream mcdonaldsmalaysia sila lah cuba dan dapatkan di McDonald berhampiran anda. 

1 comment:

  1. Hampa rasa hati sebab masa nak beli, budak tu kata dah habis.. Teringin juga nak rasa..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.